Singgah

Salam, hai. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada team FS kerana sudi menyiarkan cerita aku yang tak seberapa ni (kalau disiarkan, hehe). Okay aku kenalkan diri aku. Nama samaran aku adalah Shai. Perempuan berumur 22 tahun. Hehe okay sebelum aku mulakan, aku nak minta maaf kalau cerita ni tak seseram cerita lain. Benda ni berlaku kat rumah family aku.

Kejadian pertama ni dialami oleh arwah nenek aku. Oh ya. Rumah aku ni teres setingkat je. Ada 4 bilik. 1 bilik ni ada sekali bilik air. Macam master bedroom lah. Tapi, kiteorang jadikan guest room. So, arwah nenek aku tidur situ. Then ada satu malam ni, dia terjaga dari tidur dalam pukul 2 or 3 pagi. Dia nampak ada orang berdiri kat pintu.

Masa tu bilik gelap tapi pintu terbukak. So cahaya datang dari ruang tamu je. Benda tu memang berdiri betul-betul kat pintu macam nak masuk, tapi tak. Arwah nenek aku kata, muka dia macam aku. Pakaian dia dari atas sampai bawah warna kuning. Then dia angkat tangan dia macam nak solat time takbir tu. Tapi dia stay je tangan dia camtu, then dia gegarkan satu badan dia. Tiba-tiba, dia pergi macam tu je. Nenek aku tau dah ianya makhluk ghaib sebab tu nenek tak tegur pun benda tu.

Kejadian kedua, masa ni bulan puasa. Abang aku tinggal sorang kat rumah sebab mak aku teman ayah aku kat hospital. Ayah aku sakit masa tu. Sebenarnya aku ada lagi adik beradik lain. Tapi lain semua dah kahwin. Tinggal aku ngan abang aku je. Aku kat universiti masa tu. So, tinggallah abang aku sorang-sorang ngan kucing kiteorang, Na.

Masa tu pukul 3 pagi. Abang aku baru lepas buat kerja dia, then dia prepare ah nak tidur. Pastu, Na ni naik atas katil abang aku. Pintu bilik terbukak.  As usual, bilik gelap dan diterangi oleh cahaya dari ruang tamu je. Abang aku menghadap ke dinding. Then masa tu, dia baru nak tutup mata, dia ternampak ada bayang-bayang orang lalu kat dinding.

Lantas abang aku bangun dan pandang Na. Kucing kan, mesti nampak benda-benda ni. Tau Na buat apa? Dia tengah pandang ke ruang tamu. Mata dia bulat and terus tegak kepala dia. Dia macam fokus je ke ruang tamu. Seakan ada tetamu di ruang tamu. Terus abang aku tau ada benda. Abg aku dah rasa seram dan takut juga masa tu tapi dia buat tidak tahu dan terus ja paksa diri untuk tidur.

Kejadian ketiga, as usual abang aku biasanya akan siapkan kerja dia sampai lewat malam. Oh ye, dia ni ada business sendiri ye. So, dia tidur pun tak menentu sebab nak siapkan kerja. Masa ni pukul 2 pagi. Suasana sunyi dan sepi je. Parents aku pun dah lama dibuai mimpi-mimpi indah. Dia sorang je kat dining hall, buat kerja dia. Lepastu, tiba-tiba dia dengar ada orang bisik “SHHHHHH”. Quite kuat jugak bunyi dia.

Masa tu jugak bulu roma dia meremang dan rasa seram. Tanpa membuang masa dengan langkah yang agak kelam kabut, dia terus tutup lampu and masuk bilik tidur. Orang kata kalau kuat suara tu, maknanya dia jauh. Masa dia cerita kejadian ni kat aku, aku cakap lah, maybe dia tengah tengok abang aku dari luar and suruh senyap. Hahahahah aku memang suka sakat abang aku. Dining hall aku ni ada tingkap and sliding door. Maybe betul lah kot dia tengah tengok abang aku dari luar atau agaknya dia minat kat abg aku.

Kejadian keempat ni berlaku masa aku tak lahir lagi. Abang aku pun. Kejadian berlaku kat abang aku yang kedua. Aku ada 3 abang and sorang kakak. Okay, back to the story. Masa ni, dia tengah main ultraman dengan abang aku yg sulung.

Then, mak aku suruh diorang masuk tidur. Dalam pukul 10 lebih malam. Angah aku ni entah kenapa tiba tiba dia nak tengok tingkap. Dia nampak ada muka ultraman melekap kat tingkap. Terus dia lari kat mak aku dengan penuh ketakutan dan memberitahu apa yang dia nampak. Mak aku, of course lah tak nampak benda tu dan dia sangka angah hanya gurau-gurau saja. Terus mak aku suruh dia tidur. Sian angah aku tidur dalam ketakutan malam tu.

Itu je cerita yang aku boleh cerita setakat ni. Parents aku kata benda tu menyinggah je. Tak duduk tetap pun. Anyways, ada banyak lagi cerita yang terjadi kat universiti. Masa aku diploma. Kalau aku ada masa, aku akan cerita lagi. Terima kasih kerana sudi membaca.

Shai

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Singgah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.