Peneman Dalam Bilik

Assalamualaikum kepada semua readers FS yang tak pernah jemu baca cerita kat sini termasuk aku. Hee. Sebelum ni aku hanya baca cerita korang. Ada yang seram gila. Ada yang seram biasa. Ada yang biasa. Entah kenapa aku rasa teringin nak luah kat sini apa yang pernah terjadi kat aku.

Macam ni ceritanya. Benda ni jadi ketika aku belajar di ipta di utara tanah air. Di negeri Kedah yang terletak di daerah Jitra. Korang teka lah sendiri. Masa tu masa minggu orientasi. Semua student diwajibkan stay di asrama ketika minggu orientasi. Lepas dari orientasi, kami boleh decide sama ada nak stay asrama atau rumah sewa. Bagi yang rumah dekat, boleh balik hari. So, dipendekkan cerita.

Hari ketiga orientasi, masa tu pukul 12 lebih malam. Kami baru selesai taklimat. Aku yang memang dah letih sebab seharian jadual pack dengan aktiviti, naik awal ke asrama. Ohh sebelum aku lupa. Bilik aku di tingkat 4. Tingkat paling tinggi untuk blok lelaki. Masa aku tengah lepak ambik angin kat koridor, member aku lalu. Aku tegur dia, ” Bro malam ni tidur bilik aku weh. Roommate aku buat kerja gila fly balik rumah ah. Teman aku malam ni boleh ?”.

Sebelum aku terlupa. Membe aku ni aku kenal dia dari form 1 sampai lah sekarang. Mungkin rezeki kami dapat satu tempat. Satu kos. Satu floor. Haha. So, dia pun cakap ” Haa cantik, japgi aku datang bilik kau. Aku nak mandi jap. Lagipun bilik aku, roommate aku ajak member dia tidur situ malam ni”. Aku pun okey je lah bila dia cakap macam tu. Tunggu punya tunggu, dalam 25 minit lepas tu dia datang ah ketuk pintu bilik aku. Aku suruh dia masuk je sebab pintu tak kunci. Dia pun masuk.

Lepak apa semua. Sembang sampai tak ingat dunia. Pastu masing-masing dah start mengantuk. Dia pun rilek je tarik selimut baca doa, tiga qul apa semua. Pastu dia tidur. Aku pun lepas baca ayat kursi apa semua, aku baring. Terlelap sampai lah aku dengar bunyi alarm siren abam abam fasi yang suruh bangun pegi surau. Bila dah sedar semua, dia pun bangun pastu dia kata dia nak balik bilik dia dah. Nak pergi toilet mandi jap. Aku okey jelah.

Pastu dipendekkan lagi cerita. Berapa kali pendek tah. Hahaha. Masa aku praktikal sem 4. Aku dapat satu jabatan dengan member aku ni. Sehati sejiwa betul. Haha. Masa tengah lepak borak-borak, member aku bukak cerita hantu. Sembang punya sembang, aku pun tercakap macam ni kat member aku, ” Ehh Dot, selamat lah aku kau temankan aku masa malam time orientasi tu. Tidak aku tidur sorang ah malam tu”.

Tetiba member aku kerut dahi dia macam tengah pikir something. Pastu dia buka mulut. Dia kata, “bila masa doh aku teman kau tidur masa malam orientasi. Masa orientasi seminggu tu, aku tidur bilik aku je”. Aku dah bila dengar dia cakap macam tu, aku pun cakap, “Ah. Kau jangan nak menipu aku ah. Kau tidur bilik aku malam tu. Kau sembang dengan aku malam tu. Kau lepak dengan aku malam tu sampai ke subuh. Kau tak ingat?”.

Aku tengok member aku buat lagi sekali kerut dahi. Pastu dia cakap, “sumpah demi Allah doh aku tak tidur langsung bilik kau sepanjang seminggu tu. Pehal aku nak tipu kau. Aku cakap benda betul”. Lepas je dia cakap macam tu, jantung aku jadi berdebar and guess what? Lepas dari hari tu, aku demam dua hari. So, siapa yang teman aku tidur malam tu ? And for your information, asrama situ memang keras sikit. Terutama blok perempuan. Dah banyak kes tapi kami just diam tak buka mulut.

Ustaz dah pernah bersih tempat tu tapi ‘benda’ tu┬átak hilang. Tetap ada. Pesanan untuk korang. Jangan lupa Allah. Tu je. Sebelum aku stop cerita aku. Aku nak gitau korang. Malam hari kedua orientasi, aku nampak benda putih terbang tepi tingkap bilik aku. Dia kacau manja je. Minggu Suai Kenal yedokk. Hahaha. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 comments

    1. Kak Yulie..kalau benda tu sendiri dah pandai baca 3 qul..kita manusia baca apa pun macam tak jalan ker? Lari lintang pukang laa jawabnya

  1. Rasa macam tau dekat mana. Pernah kursus dekat IAB jitra. Boleh tahan seram juga situ. Dah la sunyi. Bunyi guli lepas tu ubah2 perabot memang tiap malam dengar. Huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.