Kain Putih di Kolej Tun Merah, UiTM Lendu

Salam semua, aku peminat tegar FS. Boleh kata tiap malam aku ‘scroll’ kisah-kisah seram korang. Memang layan dan kadang-kadang tu rasa diselubungi pun ada. Minta jauh la shuuusshhh sana!

Tapi..Jauh mana pun kita nak halau pun ‘mereka’ ada di mana-mana. Cuba kau tengok tepi tingkap sekarang ada tak? Haaa
Cakap pasal tingkap ni, aku ada pengalaman yang nak dikongsi dengan korang.

Dulu masa aku belajar Diploma Masscom kat UITM Lendu, aku tinggal kat kolej Blok Tun Merah. Waktu tu bangunan baru segala nama jenis Tun macam sekarang tak wujud lagi. Kalau nak tau, Tun Merah ni terletak kat atas bukit sikit, ada tiga blok, Tun Merah (Blok perempuan), Tun Putih (Blok perempuan) dan Kasturi (Blok lelaki). Masa tu, sebelah bukit blok-blok ada hutan tebal. Sekarang dah membangun kawasan tu.

Blok Tun Merah pulak, paling dekat dengan tangga maha tinggi orang panggil ‘tangga batu caves’. Memang penat peluh basah ketiak kalau sapa duduk atas nun ha.

Alkisahnya, ada satu malam tu time ‘study week’, aku lupa semester apa masa tu, aku belajar sampai lewat malam. Tada la lewat sangat pun, masa tu jam 11 malam.

Aku tengah syok menghafal kat meja yang berhadapan dengan tingkap, tetiba ternampak kelibat bayang putih berdesup terbang dari arah tangga batu caves tu ke arah hutan tebal. Aku sangka aku mengantuk ke apa, gosok mata buat tatau je dulu, sekali lagi aku nampak benda terbang macam kain putih kena terbang angin.

Apalagi tersentak aku terbangun dari kerusi meja belajar aku. Kalau korang nak tau, bilik aku tingkat 1 paling hujung sekali dekat dengan hutan tebal tu agak agak nak amek angin segar boleh la berkelah kat beranda situ, bawah tu macam boleh nampak ruang lapang berumput, ruang legar untuk berkumpul aktiviti dan ampaian kain.

Lepas bangun tu aku telek la tingkap, kot la ada kain terbang dek angin ke apa, maklumlah duduk atas bukit la katakan..tapi sangkaan ku meleset. Aku tengok tada satu pun kain kat ampaian tu. Aku suruh ‘senior’ aku panggilan dia KS, tolong jenguk jap kot mata aku ni kero ke apa ke. Sedang KS tu menjengah bawah tingkap masa tu, tetiba ada kain terbang laju lagi…3 kali dah woi…aku pun nampak..terus KS tarik langsir, kami melompat naik katil selubung. Terpingga sesama sendiri. Macam tak percaya nampak hantu. Tapi yang pasti tak nampak bentuk muka ke apa…mintak jauh laaaa kalau tak, mau ‘fail paper’ aku tu hilang segala maklumat dalam otak.

Rasanya itula kali pertama kami berdua nampak hantu kain putih kat Tun Merah tu. Selalu dengar cerita je. Macam macam cerita lah ada kat blok tu, hantu toilet la, hantu susun kasut selipar la, hantu kotak la, orang minyak la. Apa pun yang kami nampak malam tu mungkin cik pon, cik lang atau cik poc. Wallahualam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Miro
Kain Putih di Kolej Tun Merah, UiTM Lendu
5 (49.73%) 37 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

7 comments

    1. Tun? Hahaha..zaman baru lg la ni.. Dulu kitorg pakai abjad M N P R H.. Tun Teja je yg pakai tun.. BTW aku blok N… Tp ramai kata nama dah tukar Jebat.. Ntah la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.