Sumpahan Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi pembaca FS. Aku harap FS dapat siarkan cerita aku ni. Okay, mula-mula nama gelaran aku ialah Haziq. Aku nak ceritakan tentang kisah benar yang terjadi kepada aku. Kisah ni terjadi semasa kami tingkatan 4. Cerita dia bermula masa aku, Daniel dan Atirah study kat sekolah. Nama sekolah memang tak boleh bagitaulah tapi sekolah ni ada ‘sesuatu’ yang selalu menghantui sekolah ni tapi aku pun taktahu tentang ceritanya. Banyak pelajar yang telah pindah dari sekolah ni sebab tak tahan.

(Back to story) semasa aku study dengan Atirah dan Daniel di kantin asrama sekolah, aku terdengar suara lantang dari mana entah. Aku pun taktahu. Masa ni dah malam, macik kantin dah balik rumah dan budak asrama pun dah balik bilik masing-masing. Aku tanya dengan Atirah dan Danial tentang suara tu tapi diorang tak dengar. Aku mula tak sedap hati sebab bunyi tu kuat sangat tapi kenapa aku je yang dengar? lepas kami dah habis study, aku dan Denial pergi ke asrama lelaki dan Atirah pergi asrama perempuan.

Jadi malam tu dalam sekitar pukul 12.30 macam tu aku terbangun dari tidur sebab nak terkencing jadi aku pergilah sendiri ke tandas. Masa aku nak buang hajat, aku dengar seperti suara Daniel sedang bercakap dengan aku tapi aku tak tahu apa dia cakapkan. Aku tak perasan pula yang daniel tu keluar bilik sebab bilik tu kan gelap.“aku tak dengar ah, apa kau cakap?” jawabku. Tiada apa-apa suara lagi aku dengar. Selasai dah buang hajat aku terus keluar dan aku nampak Daniel tengah berdiri di luar pintu tandas. Aku tanpa fikir panjang aku terus cakap dengan dia “oi Daniel. Sejak bila kau keluar dari bilik ni dan apa yang kau cakap tadi di tandas tu”. Dia hanya diamkan diri. Aku perasan ada yang pelik tentang Daniel ni. “oo mungkin dia masih mamai kot” utuhku dalam hati. Aku ajak dia balik bilik sama-sama.

Sampai dah kat bilik aku buka lampu dan aku terkejut kerana aku nampak Daniel masih di buai mimpi. Aku melihat sebelahku namun tiada apa-apa atau ‘benda’. Aku rasa tak sedap hati. Aku terus tidur dan biarkan lampu terbuka. Keesokan paginya, aku kejutkan Daniel dan bertanya “kau takda ke tandas semalam?”. “eh takda ah” jawabnya. Aku masih berfikir dengan siapakah yang aku berjalan semalam? Pada petang itu, aku ajak Atirah dan Denial untuk pergi study lagi. Setelah kami berkumpul, aku ceritakan semua yang telah berlaku semalam. lalu Aku tanya kepada Atirah tentang ‘cerita’ di sekolah ini (yelah perempuan memang ulat buku dan kaki gosip). “Ouh macamni, kau ingat tak cikgu ***** yang konon telah diberhentikan sekolah sebab dah tua sangat walaupun umurnya baru 41 tahun?” Bisik Atirah. Aku dan Daniel mengganggukkan kepala.

“Sebenarnya cikgu tu bukan diberhentikan sekolah sebab macamtu. Dia di berhentikan sekolah sebab mend3ra pelajar kerana tak siapkan kerja rumah. Orang saja buat cerita macam tu supaya menjaga baik nama sekolah ni” sambungnya. “habis tu? apa kena mengena dengan sekolah ni?” tanyaku dengan bingung. “ish dia belum habis cerita lagi” jawab Daniel sambil memukul kepalaku dengan perlahan. Aku mengaggukkan kepala menyuruh Atirah melanjutkan ceritanya. “Cikgu tu mend3ra budak sampai masuk hospital. Budak tu di sahkan meninggal dan orang kata roh budak tu tak tenang dan mahu membalas dendam” lanjut Atirah dengan ceritanya.Aku sedikit tak percaya dengan cerita itu. Setelah selesai kami berbual, kami pun balik ke asrama semula.

Cerita Atirah itu masih terngiang-ngiang di kepalaku. Ketika suara azan berkumandang, Aku dan Daniel pergi ke surau sekolah dan Atirah balik ke bilik. Kami menunaikan solat magrib secara berjemaah. ketika tu aku solat betul-betul kat depan tingkap gelap di hadapan surau sekolah. Aku perasan seperti ada kelibat yang sedang melambai dari luar tingkap belakang surau. Solat aku jadi tak kusyuk. “pacik pengawal kot” bisikku supaya dapat menyedapkan hati. Setelah selesai solat, kami pun balik ke asrama untuk berehat. Rehat punya rehat, aku pun tertidur. Kata orang tua-tua tak baik kalau tidur ketika magrib tapi aku abaikan. Daniel mengejutkan aku sewaktu azan isya’ dilaungkan. Aku bersiap-siap untuk pergi ke surau sekolah bersama-sama Daniel.

Ketika kami berjalan ke surau sekolah, aku nampak kelibat budak yang berpakaian sekolah sedang berlari dengan laju. Aku tak sedap hati. “mungkin ni kelibat sama seperti aku nampak kat surau tadi” bisik hatiku. Selesai solat isya’, Kami pun balik ke asrama. Daniel terus tidur tetapi aku tak boleh tidur sebab aku dah tidur maghrib tadi. Jadi aku putuskan untuk study. Sekitar pukul 12 malam, “kroot….kroot….kroot” kedengaran seperti seorang berjalan mendekati bilik kami dengan kaki yang basah. Aku tersentak dengan bunyi tersebut.

Bunyi itu semakin lama semakin kuat dan mendekati bilik kami. Aku melihat pintu masuk bilik kami dengan teliti. Bunyi itu berhenti secara tiba-tiba dan aku memberanikan diri untuk keluar melihat. Aku nampak sebuah kelibat yang sama berlari menjauhi bilik tetapi lebih jelas. Kelibat tu dia pakai baju uniform sekolah tapi berlumuran darah. Rambut dia pendek dan berkasut (muka dia tak nampak sebab aku nampak belakang dia je). Aku masuk ke dalam bilik dan paksa mata aku untuk tidur. Sekitar 20 minit aku terlelap dengan sendirinya.

Sekian….. Terima kasih sudi untuk membaca cerita ini. Saya harap FS dapat siarkan cerita ini. Maaf kalau ada salah penyampaian dan maaf jika tak seram.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Sumpahan Sekolah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.