Malam New Year 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga fiksyen syasya. saya bahasakan diri saya sofi. (bukan nama sebenar). Terlebih dahulu sofi nak mintak maaf , ni first time sofi nak berkongsi cerita dekat FS and sorry sebab sofi tak pandai nak mengarang cerita (time spm dapat C je paper BM).

Sofi rasa cerita ni tak seram bagi korang tapi bagi sofi ni pengalaman sofi yang paling seram sebab ni first time sofi nampak hantu / makhluk halus / setan sepajang life sofi. Cerita ni agak panjang and sofi harap cerita ni tak membosankan and sofi akan cuba pendek kan.

Cerita dia bermula apabila sofi dan kawan2 sofi seramai 7 orang termasuk sofi iaitu ana , syu , piqa , ain , lina and yaya (semua bukan nama sebenar) plan nak lepak malam New Year , time tu tahun 2015 and umur kami 18 tahun time tu. Okay sofi nak bagitau, tempat yang sofi duduk ni bukan la bandar besar macam KL tu yang ada mall besar and tempat lepak and what so ever tu. Sofi stay kat Pahang , daerah yang kecik and ada bandar yang kecik, tempat pelancongan and kawasan ni sejuk. Bila cuti confirm ramai gila orang, sampai jem jalan. Paling best pun starbuck je sofi rasa.(boleh teka tak kat mana ? ) so bila malam New Year tak de la semeriah malam New Year kat KL tu ada bunga api bagai. Yang ada pun jiran2 je main bunga api kecik tu. So malam tu kami plan nak gi makan and lepak. Bila sofi dah habis kerja ana datang ambik sofi and kawan2.

Then bila dah ambik semua , kami pun bergerak lah pergi makan kat oldtown dalam pukul 10:30 macam tu. Sampai oldtown macam biasa la makan and sembang2 sampai pukul 11:45 . lepas tu kami plan nak lepak kat parking satu Hotel ni sebab kawasan and pemandangan Hotel ni sangat2 lawa and luas. So semua setuju lepas makan kami gerak pergi ke Hotel tu. Okay bermula la kesah seramnya disini. Sofi ni bukan la jenis yang boleh and senang nampak tapi kadang2 sofi boleh rasa benda tu ada. Ana pulak dia ni jenis yang boleh and senang nampak hantu. Bila sampai kat tempat parking tu ana pun park lah kereta. Tempat yang ana park tu dekat dengan pokok2 and ada semak sikit and kat situ jugak ada satu batu besar. Sebesar kereta kancil. Ana pun park kereta membelakangkan batu tu. Jarak kereta dengan batu lebih kurang 100 meter.

So bila dah park kerata kami pun keluar and lepak kat kawasan berdekatan yang terang , yang ada lampu sebab time tu nak selfie la kan apa semua. Dah lepak2 , selfie , sembang2 , gelak2 sampai kene marah dengan pelancong kat Hotel tu sebab bising sangat. Syu , piqa and ain ni pulak jenis gelak yang memang tak payah pakai mic pun dah kuat. Bila bergabung kau rasa macam mana pulak kan. Memang malam tu kami galak sangat. Bila tengah gelak2 tu tiba2 ana mencelah “Korang , jum lepak tempat lain nak ?” yang piqa ni pun cakap la “alaaa kejapnya ,awal lagi baru pukul 12:30 kut” bila ana dah mencelah tiba2 macam tu sofi jadi pelik and sofi tengok muka ana dah lain. bila tengok muka ana macam tu tiba2 sofi rasa seram sejuk and terus sofi cakap “ha a laa korang jum la lepak tempat lain, dah lewat ni, nanti ganggu pelancong pulak” then bila sofi dah cakap macam tu semua setuju. Syu ni mulut sangat2 la celupar and tak boleh cover , so bila otw nak ke kereta ni syu cakap “korang , ada pocong kat batu tu” sambil gelak and lari masuk dalam kereta. Yang lain termasuk sofi sekali pun gelak laa sebab kami tau syu bergurau je tapi ana senyap je tak kata apa2 terus masuk kereta.

Then bila dah keluar dari kawasan Hotel tu , ana pun cakap “korang tau tak apa yang aku nampak kat batu tu tadi , aku nampak pocong tau tak , syu boleh pulak cakap ada pocong kat situ” kami pun macam what ? series laa ana? Lepas tu ana terus cakap jum la balik korang. Semua setuju nak balik so hanta la yang jauh dulu , hanta syu , piqa , lina dengan yaya. Kami ni jenis tak serik tau , time otw nak balik tu pun galak lagi. Kereta ana ni ada tingkap kat bumbung yang boleh bukak tu. So kami bukak semua tingkap sambil pasang radio kuat2 , nyanyi2 and keluar kepala kat tingkap. Macam orang gila .Memang tak kesah orang kat luar dah. Nasib baik tak ramai orang sebab time tu dah nak dekat pukul 1 pagi. So kat sini pukul 1 pagi dah memang tak banyak kereta and tak ramai orang kat bandar pun.
Ada satu part tu syu ni dia dengan mulut celupar dia memang tak boleh dipisahkan. Time tu lina and yaya keluarkan kepala dorang kat tingkap atas bumbung tu, Syu cakap “korang ni keluar la kepala kat tingkap tu , kang ada cik ponti duduk atas bumbung ” sofi dalam hati cakap ya allah celuparnya mulut dia ni. Tapi dalam masa sama gelak jugak sebab tau syu bergurau. Bila dah settle hanta piqa , lina dengan yaya kami gerak hanta syu. Time sampai depan rumah syu , dia keluar and bergurau lagi pasal cik ponti, syu cakap “okay lah korang, hati2 balik nanti cik ponti ikut balik”.

So kami gerak la balik , tinggal sofi , ana dengan ain. Ana hanta ain balik and sofi orang last yang ana hanta balik. Bila dah sampai kawasan rumah sofi kami pun salam la apa semua. Sofi duduk flat , kalau nak masuk flat kene turun satu bukit pendek ni dulu , sofi suruh ana berhentikan sofi kat atas bukit je sofi boleh jalan balik sendiri tapi kene tunggu sofi dah sampai bawah bukit baru boleh gerak.(sofi takut sebab time tu dah nak dekat pukul 2 pagi, huhuhu) so sofi pun keluar la kereta and jalan turun bukit. Time jalan turun bukit tu sofi pandang kereta ana , sambil pandang tu tau tak sofi nampak apa ? sofi nampak ada orang sebelah ana, kira kat tempat duduk penumpang tu.

Muka dia sebijik macam piqa , dia senyum lebar , macam hantu momo tu. Time tu pulak ana terbagi highbeam kat sofi, bila ana padam balik highbeam tu benda tu dah takde. Sofi pun macam tak fikir apa pun , mungkin sofi salah nampak sebab sofi nampak sekilas pandang je and sebab sofi kan tak pernah nampak hantu sebelum ni, tak tau pulak rupa hantu macam mana. Cuma otw nak naik rumah tu sofi tak sedap hati , sofi baca ayat kursi and masuk rumah terus sofi basuh kaki and muka lepas tu sofi chat semua orang , sofi suruh dorang basuh kaki and baca ayat kursi sebelum tidur.

Sofi chat macam tu just nak pesan sebab kita dah balik lewat malam and galak kan malam tu. Sofi tak nak la cerita apa yang sofi nampak sebab tak nak dorang takut and takut apa yang sofi nampak tu tak betul.

Lepas beberapa hari kejadian tu , ana datang jumpa sofi dekat tempat kerja. Ana tanya sofi kenapa malam tu sofi chat ana macam tu , sofi pun cerita la semua benda kat ana. Then ana pun cakap kat sofi “apa yang kau nampak tu , benda tu memang ada sebelah aku malam tu, cuma aku tak nampak, benda tu ikut aku balik” sebab masa ana otw nak balik tu , makcik ana nampak ada benda sebelah ana kat tempat duduk penumpang tu. Ana pulak tengah period time tu. Malam kejadian tu ana cakap dia just tak boleh nak tidur je. Alhamdulillah , benda tu tak kacau , tak ikut masuk rumah and tak tunjukkan diri dia depan ana. Tapi macam pelik kan kenapa dia tak kacau syu malam tu sebab syu yang paling celupar kut. Sofi dengan ana jugak kene kacau.

So the moral of the story , kita anak dara jangan balik lewat and terlampau galak sangat bila lepak malam2. Mulut pun jangan celupar. Sampai sini je cerita sofi , maaf kalau tak seram and bosan. If korang rasa best and dapat sambutan , insha allah sofi akan ceritakan pengalaman sofi time waktu belajar pulak.
Sekian , Terima kasih.

19 thoughts on “Malam New Year 2015”

  1. kat mane.sbb kalau pahang satu hotel tu mmg berhantu.kalau lalu situ je mst ayah aku tunjk ni hotel berhantu ni.aku bole percaya sbb ayah aku jns xpercaya sgt dgn bende2 mcm ni tp yg tmpt die tunjk tu mmg btl.dulu die pnh dudok area situ kdg bermlm dkt hotel tu…ermmm

    Reply
  2. Tempat lepak tu kt parking Hotel Strawberry Park eh dik.. akak tau la akk sllu lepak situ zaman muda mudi dulu…. flat yg kene turun bukit pendek tu pulak kat area Jln Kuari tu kan kan kannnnn… mmg keras situ.. sbb byk batu.. kikikiii

    Reply

Leave a Comment