Terserempak ‘Benda’ Masa Explorace

Salam perkenalan kepada semua pembaca FS. Tahun 2015. Masa ni aku masih di alam persekolahan. Sekolah menengah swasta lah katakan. Setiap tahun akan ada kem kepimpinan 3 hari 2 malam bagi mereka yang berjawatan. Nak pulak aku ni pengawas masa tu. Memang sah lah aku kena pergi kan?

Bila teringat balik, aku main ikut je kawan aku pergi interview jadi pengawas dengan cikgu disiplin masa dulu. Tiber aku yang dapat kawan aku ni tak dapat sebab tangan dia terketar- ketar depan cikgu tu. facepalm.

Okay sambung. Kitorang sampai kat tempat tu waktu tengah hari. Kem ni kat hulu langat serius tak ingat kat mana yang aku tahu, aku turun dekat tepi jalan then masuk dalam sikit baru jumpa tapak kem. Hutan beb. Ada pondok dua tiga je. Sampai- sampai tu macam biasalah komander amik alih then setup khemah lepastu berkumpul untuk buat kumpulan. Tekejotnya aku kem kepimpinan kali ni satu kumpulan kene gabung dengan lelaki. Maklumlah sekolah agama acah sensitif part ceni.

Malam tu kitorang semua lepas solat maghrib baca yassin. Dah macam dalam setting movie aku rasa masa tu sebab angin kuat. Like sampai daun kering kau boleh nampak terbang- terbang. Aku rasa pelik so aku dok rapat- rapat dengan membe sebelah. Takut. Lepas habis baca yassin ada akak dalam kumpulan aku pergi cerita masa diorang termasuk cikgu yang cuti ni duduk kat saf paling belakang dia dengar ada ‘benda’ mengilai. Aku rasa nak tampor je mulut akak tu sebab cerita kat aku. Malam tu jugak ada explorace.

Explorace bermula bila kitorang kene turun lalu ikut anak sungai. Seperti biasa, torchlight kena turn off then bila jalan kene pegang tali yang jadi guide kuat2. Susunan dalam group masatu perempuan kene duduk tengah- tengah antara lelaki. Mula- mula okay je sampai la kat masa tengah- tengah dalam perjalanan kitorang tu, aku nampak benda terbongkok- bongkok nak dekat dengan kitorang. Aku masatu nak cakap tu cikgu in action tak boleh gak sebab serius bongkok nak mampos and keadaan masatu sunyi sepi gila. Ketua tu pon perasan so dia pon remind la kat kitorang suruh pandang depan. Jangan layan. Pegang tali. Alhamdulillah semua selamat sampai kat checkpoint 1. Kahkah tension je lebih.

Tapi. Kat checkpoint 1 tu cikgu terus arahkan kitorang ikut jalan darat. naik atas. Akak belakang aku mention kat ketua ‘weyh ash ape bende atas batu kat sana tu?’ Ah sudah. ‘Tak ada pape lah. Diam je.’ Aku punya level takot masatu sampai tarik baju ketua sebab dia hampir nak tinggalkan kitorang kat belakang ni. Padahal tak sampai 1 meter pon jauh dia.Then explorace continue macam biasa dekat tapak kem kecuali aku yang semput terpaksa duduk tepi.

Explorace tu sambung lagi pada keesokan harinya. Kene lalu lagi dekat anak sungai tu. Adela cabaran lain macam lalu bawah tunnel kecik binaan cikgu dekat sungai. Oh ya, sungai tu kejap dalam, kejap cetek. Basah kuyup semua. Then sampai kat tempat semalam. Ya. Checkpoint 1, malam semalam. Ustaz (cikgu bahasa arab kitorang ni) tu suruh senyap, amik nafas. Baru sambung jalan lalu kat sungai tu tapi kena jalan perlahan- lahan. Jangan bagi dengar bunyi kasut berkecak dalam air. Aku masa ni tiba- tiba rasa lain macam. Jantung aku berdebar laju. Mata aku melilau sana sini walaupun tak pakai cermin mata masatu sampaila mata aku terpaku dekat batu semalam. Aku taktau apa bnda tu sebab tak jelas tapi rambut dia panjang lepas jugakla lutut tu. Baju dia putih. Muka dia tak nampak. Dia duduk atas batu. Aku ingat dia je rupanya ada lagi sekor kat belakang batu tu tengah diri. Menghadap sungai. Fuh, baju putih lusuh berdarah. Kaku.

Aku tak boleh nak teruskan. Dalam hati “apa benda pagi- pagi ni. PAGI KOT” yang buat aku convince benda yang aku nampak tu bukan manusia bila ahli kumpulan yang lain sume rilek je lalu siap “weyh asal tercegat lagi kat situ. Cepatla” aku terus pandang ustaz cakap tak nak lepastu acah semput. Aku dapat rasa muka aku macam dah tak ada darah masatu. TAK SANGGOP AKU NAK LALU DEPAN BENDA TU. Ustaz terus suruh aku berdiri belakang dia. Jangan pandang mana- mana. Lepas je semua ahli kumpulan aku, cepat- cepat ustaz bawak aku balik tapak kem.

Sebelum sampai tapak kem. Bertembung dengan orang kampung yang jaga tempat tu. So actually benda tu memang real. Tempat tu kawasan dia. Nasibla tak jadi apa-apa. Kumpulan lain semua tak dibenarkan lalu lagi lepas checkpoint 1 tu, semua kena naik atas.

Cerita aku sekadar pengalaman sebab aku memang tak pernah nampak tapi adela sekali dua je kena kacau kat rumah tu pun takat main pintu.

12 thoughts on “Terserempak ‘Benda’ Masa Explorace”

  1. hi kita pun penah join kem tengah hutan. then time tu apa punya tak pikir dengan selambe badak ajak junior mandi tengah pagi buta pkul 2-3pagi. sambil tnggu dia mandi tu pusing belakang elok je ‘benda’ tu berdiri belakang pokok tengok kita tengah tunggu junior. then the nxt day pulak tngh meeting tiba junior belakang kita kena rasuk. time tu memang cuak gilerr fuhh

    Reply
  2. Bosan…acah acah bagus…boring baca citer humble brag ni, baru berapa perenggan rasa nak muntah…lain kali, kalau nak brag, tak yah submit la…loya baca…

    Reply
  3. Aku pun pernah jungle walking pukul 12.30 malam sampai 2.30 pagi.Kitaorang kumpul dekat tempat lapang sebab koman sruh tunggu.lepastu one by one jalan dalam gelap.langsung x boleh bawak lampu picit.bertemankan cahaya bulan je..lepas je sampai checkpoint last ade sibling ni orang terakhir.adik die dah mengangau dah yang sorang lagi sampai2 terus pengsan.nasib baik ade akk yang sambut kalau tak nasib muka kena humban tanah merah tengah hutan

    Reply
  4. hmm.. aku mcm pernah join kem mcm ni masa sekolah. to be honest, aku mcm tak berapa ada memori sgt pun pasal tu. ingat2 lupa camtu. tapi, satu part yg aku ingat, kitorang kena berjalan waktu malam, blindfolded, tp sama mcm kau, kena pegang and follow tali. siap kena masuk dlm air, and then ada rentang tali ke apa kat surface, so ko kena jugak selam lalu bawah air to the other side. aku ni dah la tak reti berenang. takut air, mata kena tutup pulak tu. tapi sbb blindfold, so takde la nampak apa. cuma tetiba teringat sbb aktiviti kau mcm sama dgn yg aku buat. different execution style, maybe depends la kat korg punya sekolah. probably tempat pun sama ni. cuma tu lah. aku hilang ingatan pasal ni. haha.

    Reply

Leave a Comment