Pengalaman Seorang Rider Perempuan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan. Okay first of all aku perkenalkan diri aku dulu, nama aku In. Boleh dikatakan peminat tegar fiksyen shasha. Taklah berapa nak seram pun cerita ni, pada aku poyo je nak cerita tapi nak jugak share. Haha

Okay. aku ni perempuan, yang suka dengan motor. Yes, suka sangat. Setakat ni konvoi-konvoi aku ikut semua takde lah dekat-dekat sangat. Belah Utara je belum pergi, kalau lain-lain semua dah. Oh ya, aku ride sendiri k. Haha, ok i’m 19. Time ni aku pergi ke Shah Alam tak silap, ada MG125z. Kisah ni, pada tahun lepas. Aku tengah ride, bebudak lain semua dah kedepan. Yelah bawak motor perlahan kan tak boleh lah saing huhu.

Tapi aku perasan ada satu motor ni ikut aku tau kat belakang. Aku tak expect apa sangatlah pada aku benda ni biasa-biasa je. Kau tahu? Motor ni boleh langgar aku dari belakang? And guess what bila dah terjatuh confirm confirm lah aku sorang kan? Sebab yang lain semua dah kedepan. Oh ni sebelum masuk highway. Sorry lupa nak bagitahu. So jalan memang gelap. Tak silap aku dalam pukul 11 malam. Sebab sampai sana pukul 7 pagi.

Takda siapa pun dekat belakang. Jatuh bergolek sikit je kot takkan la motor tu boleh laju pulak kan, and takkan lah aku tak nampak. Sebab jalannya lurus je kot. Bukan bengkang bengkok. Takpa. Aku bangun balik, check apa yang tak ok, tapi Alhamdulillah ok semua. Aku pun tak fikir apa apa sebab mungkin semua ni khayalan aku. Time bergolek jatuh tu pun motor tak terseret. Serious talk, aku pelik gila kot weh. Hahaha padahal dalam cerita cerita terseret hahaha ( jakun) .

Ok aku teruskan perjalanan. Time ni dah nak masuk highway. Lepas tu bebudak ni ramai la kumpul dekat tol. Yelah tunggu lah semua sampai, gerak saing kan. So aku pun berhenti lah dekat dorang. And then salah sorang tanya, ” weh, kau tadi bukan dah kedepan ke? Berdesup je bawak motor?”. Yang lain pun, “macam haah lah In, kau kan dah kedepan. Takkanlah kau patah balik kot? Hat mana nak patah baliknya?”. Aku macam pelik tau. Aku dahlah duduk paling belakang, lepas tu kata aku berdesup. And then sorang lagi menambah, ” In , kau bawak siapa? Sejak bila ada pakwe pulak ni?”.

Oh untuk pengetahuan semua readers, club ni campur laki perempuan tapi aku memang tak pernah bawak sesiapa pergi konvoi. Alaa lagipun aku start konvoi pun awal tahun lepas memandangkan birthday aku awal tahun, bulan 1. Mama babah aku bagi buat lesen pun lepas birthday. Sobsob. Ok sorry. Kita sambung. So aku macam.. Peliklah kan. Nak kata pakwe, memang aku takde. Sebab aku tak minat sangat. Lebih cenderung kepada apa yang aku ada sekarang je. Yang aku tahu time ride aku kat belakang, and aku jatuh.

Aku bagitahu aku jatuh, tapi dorang kata doranglah paling belakang. Sebab ada sorang ni dia memang jaga. Takut ada apa-apa jadi ke kan so memang dia duduk belakang. Memang takde sesiapa. Waktu awal-awal tu pun dorang sebenarnya cari aku jugak. Nama dalam list tapi bayang muka aku tak nampak. Dorang syak aku dah pergi dulu lah. So aku pun diamkan jela. And sorang lagi makhluk Allah ni tegur aku, “weh suruhlah pakwe kau turun dulu, pakai helmet je. Pakai baju sejuknya lagi. Meh lah borak borak”.

Bila ditegur, aku macam tak kisah lah sebab ingatkan dorang gurau. At last, benda tu turun betul. Aku tak nampak but yang lain cerita dekat aku balik. Sebab aku jadi pendiam sangat. Aku tak ingat terus lepastu. Yang aku tahu lepas je aku sedar, aku masih dekat tempat yang sama. Tepi tol. Hahaha tapi dikelilingi kawan kawan akulah. Macam pelik kan? Macam tak pernah dengar benda sebegitu noob jadi padahal dekat tepi jalan.

Sebenarnya, sebelum pergi tu aku tak baca ayat naik kenderaan. And aku tengah Kaisara. Kaisara ni, masalah perempuan. Time aku sekolah agama dulu ustazah aku selalu panggil kaisara. Lembut sikit bahasanya daripada datang bulan. Memang tengah tak bersih, so aku pun jenis degil. Malam-malam ride. Sorang, yelah benda tu kan suka dekat benda yang kotor. Oh ya. Part aku jatuh tu, ada sorang member aku mengaku dia langgar aku and dia sorang je yang nampak aku ride. Yang aku ingatkan hantu langgar aku tu wakakakaka. Rupanya dia.

Tapi aku tanya dia, lepas dia langgar tu sebenarnya kenapa? Mana dia pergi? Dia kata ada je kat tepi motor aku. Dia panggil aku tapi aku tak pandang pun. Aku terus jadi pendiam je. Dia langgar motor aku pun sebab ada benda bertenggek atas beg aku. Ha kau atas beg, yelah pergi tempat orang takkan tak bawak apa-apa kan. Haha travel bag la. So dia hon aku, aku takde respond. Padahalnya aku dok syok la tengok siapa kat belakang. Aku memang ride dengan benda tu la kan hahaha. Menumpang tak bagitahu ceh. Rupanya memang tertutup hijab aku sementara. Maksudnya aku tak nampak yang lain.

Okay putar belitkan ayatnya? Hahaha. Actually aku dalam kalangan bersama kawan-kawan jugak time ride. Tapi aku perasan yang aku ni ride paling belakang. Memang aku tak nampak dorang sumeeeee. Hahaha aku sedar tu pun sebab salah sorang antara kami ada yang pandai lah baca baca ni. Ha engkorang yang mula-mula kalau nak label aku minah rempit tu, boleh hold dulu ok. Jangan pandang remeh dengan mat mat motor ni. Kadang-kadang dorang lagi pandai daripada kita kita yang kuat serkap jarang ni. Huhu k continue.

Dia kata aku kena sampuk dan benda tu saja menumpang. Tapi bila tahu aku ni tengah kotor, dia pun amek kesempatan lah. Entahlah sampai sekarang aku masih pelik lagi kenapa aku boleh kena pulak malam tu hahahaiii. Haaa satu lagi aku lupa nak bagitahu hahahaha, yang duduk belakang aku tu perempuan. Tapi badan macam lelaki. Jenis badan sado punya hahaha. So thats why dorang kata aku bawak pakweee. Hok dia nak bawak pakwe, bawak suami teruih la haha. Ok then sambung ride, tapi time ride tu aku memang dijaga la. Dorang ada yang suruh balik tapi aku taknaklah. Dah sekerat jalan kot. Sayang gila kalau patah balik. Jadi, takda apa pun yang seram. Aku cuma nak sampaikan pesan je..

So aku nak simpulkan dekat sini, dekat akak-akak, abang-abang yang sentiasa berseorangan kalau ride atau drive. Sebelum pergi mana-mana baca doa. Kadang-kadang ada jugak kan cerita pasal accident langgar pokok, m**i terkejut dalam kereta dan sebagainya. Sebab ni lah, mungkin. Baca doa pendinding untuk diri sendiri. Aku cakap ni pun sebab aku ingatkan untuk diri aku sendiri.

Kalau lalu tempat baru, jangan ditegur banglo mewah tengah tengah hutan, dan sebagainya. Aku tahu benda ni macam remeh kan? Tapi yang remeh ni lah sebenarnya antara benda penting. Dibuatnya m**i tengah jalan, tak baca doa perjalanan lagi. MashaAllah hindarkan lah kita dari semua ni. Okaylah maaf kalau ada yang rasa benda ni merepek. Thank you and sorry terpanjang pulak ekekeke. Bye, Assalamualaikum.

-In-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

14 thoughts on “Pengalaman Seorang Rider Perempuan”

  1. Mmg moden dh benda2 ni…
    Nk join konvoi plaaakkk…
    Siap jaket helmet bagai…
    Helmet die pki tu Arai ke Barai…??.
    Heheheheh…

    Reply
  2. 1. Hahahaahahahahahahahahahahahahahaahaha byk nau.
    2. Ayat susun elok-elok lain kali ye nakkk….
    3. Kau rider kan dek non, konvoi, persoalannya takkan takde sweeper? Main ride je dek…bahaya sgt2 bahaya. Cemana pon, kena ada…or maybe suka suka je eh…..oklah.
    Kesimpulannya, nak ride, elok lepas subuh. Jgn mlm2, bab paranormal tu kita tak boleh nak agak. Tapi bab keselamatan jalan raya, daaan keselamatan semua rider yang penting. Jgn pikir ride malam senang tak panas. Salah tu. Lepas subuh adalah yang terbaik utk riding, diiringi doa dan NIAT yang bersih. 19thn? masih jauh perjalanan kau nakkkkk…
    My2cents…

    Reply
  3. Diingatkan siapa yg nak menulis cerita tak perlu tulis Hahaha…
    Kau je rase lawak. Org yg bace blom tentu rse lawak. 1 lagi, ayat berterabur…. Byk cmpur aduk dgn bnde tk perlu, n cara penulisan mcm tgh sembang ngan member…. Tak tersusun jalan cerita..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.