Hai, Assalammualaikum nama aku Manis(bukan nama sebenar). Aku berasal dari Sarawak dan rumah maknek yang aku ceritakan ni ialah rumah pusaka dari zaman moyang yang diturun ke maknek aku. Maknek ni adalah nenek perempuan gelaran yang dipakai oleh kami orang Sarawak. Sebelum itu, aku nk minta maaf kalau cerita tidak la seram tapi lebih ke cerita mistik yang berlaku di rumah tersebut. Terima kasih kepada team Fiksyen Shasha kerana sudi menyiarkan cerita ni kalau cerita ni ada disiarkan.
Rumah maknek ni terletak di kampung dalam Kawasan rantau laut kebanyakan orang Sarawak kalau dengar je “ranto laut” ni bermakna kampung tu sangat-sangat jauh dari bandar dan bersebelahan dengan laut. Misteri rumah maknek adalah dimana pada suatu hari itu setelah hampir sebulan rumah maknek ditinggalkan kosong disebabkan masa itu mak, maknek dan ayah aku pegi menunaikan umrah tapi maknek sudah tinggal di rumah kami di bandar 2 minggu lebih awal sebelum mereka nak berangkat ke tanah suci. macam biasa la untuk membuat persedian yang patut sebelum pergi ke tanah suci.
Ceritanya bermula apabila kami sudah balik ke kampung setelah mereka balik dari menunaikan umrah. Pada hari itu tiada benda pelik atau aneh pun yang berlaku sehingga pada waktu malamnya. Mak aku menghadiahkan aku sebotol minyak raudhah yang dia beli dekat Mekah katanya bau dia memang macam bau dekat dalam raudhah. Untuk pengetahuan korang, raudhah ni adalah sebuah area di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Ia merujuk kepada kawasan antara rumah Nabi Muhammad SAW dan mimbar baginda sebab tu dia beli dan hadiahkan wangian raudhah tu dekat aku.
Nak dipendekkan cerita, pada malam tersebut sebelum kami tidur aku mengenakan wangian tersebut ke pergelangan tangan dan jugak di cuping telinga. Ini tabiat tidur aku sebab mak aku pernah cakap pakai wangian sebelum tidur untuk buat benda halus tak suka dekat dengan kita waktu tidur. Jadi malam tu aku pakai macam biasa cuma sebelum ni aku selalu pakai minyak kasturi kijang malam tu first time aku pakai minyak raudhah konon nak bagi effect lagi kuat lagi boleh lena tidur sebab raudhah kan tapi lain pulak yang jadi pada malam itu.
Sebelum tidur tu aku ingat lagi aku borak dengan maknek aku memang sebilik dengan dia bila nak tidur aku terlupa minyak wangi tu ada dalam handbag kat ruang tamu jadi aku pun keluar balik ke ruang tamu capai handbag dan aku berhenti sejenak melihat tangga yang menuju ke tingkat atas yang bersebelahan dengan dapur tu. Aku pun hairan kenapa aku buat macam tu tapi aku tak ambik endah aku terus masuk dalam bilik pakai minyak raudhah tu dan tidur. Malam tu aku mimpi benda yang pelik iaitu situasi mimpi tu sama macam sebelum tidur tadi. Dimana aku borak dengan maknek dan pegi ambik handbag dan masuk tidur cuma yang berbezanya dalam mimpi tu masa aku tercegat tengok tangga kat sebelah dapur tu dimana dalam mimpi aku tu rupa-rupanya ada entiti yang tengah berdiri di situ berambut panjang berbaju jubah lusuh berjari panjang dan hitam tercegat di atas tangga tersebut.
Kemudian, aku pun masuk dalam bilik sama macam sebelum aku nak tidur tadi tu. Kemudian masa aku nak tidur (masih dalam mimpi) tiba-tiba entiti tadi meluru masuk dalam bilik dan mencekik leher aku macam orang tak puas hati macam ada benda yang buat dia marah kat aku. Aku melawan tapi tak ada kudrat sampai la aku teringat aku pernah tengok satu ceramah ustaz tu dia cerita berkenaan dengan Syaitan ni takut nak bertemu dengan Rasulullah SAW apabila sudah ditangkap 3 kali oleh salah seorang sahabat kerana nak merompak.
Aku teruslah terfikir nak berselawat sebanyak tiga kali ke atas nabi pada masa itu (masih dalam mimpi) tidak semena-mena tangan entiti tersebut melemah lalu aku cuba untuk membalas nak memukul entiti tersebut tapi tiba-tiba aku tersedar dari tidur dan rupanya aku terpukul maknek yang tidur disebelah aku. Terkejut orang tua tu bangun melihat aku tercungap-cungap macam lepas lari marathon. Masing-masing kami melihat jam pukul 3 pagi pada masa tu maknek aku tanya aku mimpi apa aku cakap esok pagi aku cerita dan kami sambung tidur tapi hakikatnya aku tak tidur sampailah lepas subuh baru aku sambung tidur.
Keesokan harinya aku cerita balik apa yang aku mimpi dan petang tu maknek aku tabur garam kasar keliling rumah dan kami pun balik ke rumah kami di bandar sebab nak kerja keesokkan harinya. Itu kali pertama aku mimpi yang dalam mimpi tu flashback balik apa yang sebenarnya terjadi sebelum mimpi tu. Rupanya dia nak bagitau dia la yang aku tengok masa aku termenung tengok tangga tu dan dia nak bagitau rupanya dia tak suka cium bau raudhah kat rumah dia.\
Kenapa aku cakap rumah dia? Ada kisah jugak sebenarnya tersangat kompleks kisah rumah tu sebenarnya bukan aku je penah diganggu dan rumah tu memang ada kisah silam yang membuatkan rumah tu masih seram dan tak dapat diubati sampai ke hari ini. Akan aku ceritakan lain kali kalau ada masa.