Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca setia FS, kisah yang akan sis ceritakan kali ni sudah beberapa tahun berlalu sewaktu sis belajar di madrasah yang terletak di selatan tanah air. Nama madrasah sis rahsiakan, nama panggilan juga bukan nama sebenar melainkan nama sis. Jom kita sama-sama ikuti kisah ni.
Matahari pagi sudah mulai memancarkan sinarannya menerangi alam, unggas yang bersiulan di dahan pokok berhampiran seakan-akan berzikir menyebut asmaNya. Pagi itu tenang, setenang pagi-pagi yang ku lalui disini. Setiap hari, semua pelajar dikehendaki beratur di tapak perhimpunan walaupun hari cuti iaitu Ahad, ustazah akan memberikan sedikit taklimat dan semua pelajar akan membaca doa sebelum bergerak ke kelas masing-masing. Madrasah ni hanya menempatkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki berada di madrasah yang lain. Disini cuma ada dua aliran, hafizah dan alimah (kitab).
Sebagai salah seorang warden, tugasku agak berbeza dengan pelajar lain. Disini, warden juga merupakan pelajar tetapi dipilih oleh mu’alimah untuk mengawasi pelajar yang lain.
“Esok hari Ahad dah cuti, malam ni boleh kita lepaking lama sikit” kata Munirah kepadaku. Aku tersenyum, dibenakku tiba-tiba terlintas tugasan yang kami lakukan, setiap malam semua warden dilarang tidur selagi pelajar lain belum tidur dan wajib bangun lebih awal berbanding pelajar lain untuk berbagai tugasan yang telah diamanahkan oleh mu’alimah.
Disini dewan makan memang menjadi kawasan larangan pada waktu malam, menurut pelajar senior sebelum ni kawasan itu agak keras. Bekalan makanan yang diberikan oleh ibubapa kami akan diletakkan di dalam locker yang telah disediakan oleh pihak madrasah yang berada didalam dewan makan.
Dewan makan ni terletak berhampiran dengan tapak perhimpunan kami, madrasah ni satu bangunan 2 tingkat, ada dapur untuk pelajar-pelajar sediakan makanan, semua pelajar ada jadual bertugas masing-masing siapa yang akan masak setiap hari secara bergilir-gilir, surau pula berdekatan dengan kelas. Asrama kami terletak di tingkat 2. Struktur madrasah ni memang tak sama dengan sekolah. Sebelah surau pula, ada pejabat. Pejabat ni tempat untuk ibubapa refer mu’alimah dulu kalau ada apa-apa kes, contohnya nak bawa balik anak, bukan pada hari cuti mereka atas alasan kenduri atau sebagainya. Pejabat ni cuma mu’alimah, ustazah dan warden saja dibenarkan masuk. Warden dibenarkan masuk pun atas keizinan pihak atasan. Aku terangkan kat sini untuk para pembaca boleh bayangkan keadaannya macam mana nanti.
Pelajar juga dibenarkan meletakkan makanan mereka seperti biskut atau maggi di dalam locker buku dekat asrama, ni untuk mengelakkan pelajar ke dewan makan jika ada kelas lewat malam.
Senja melabuhkan tirai, langit jingga beransur kelabu. Malam ni hati aku berasa kurang enak, seperti ada yang tak kena. Nak kata sakit hati tak pula, entah kenapa malam tu debaran yang aku rasa luar biasa. Selesai semua pelajar menunaikan solat isyak berjemaah. Mereka akan mengaji. Pelajar yang uzur juga akan duduk bersama-sama didalam surau untuk mengaminkan doa. Selesai solat dan mengaji, memandangkan esok hari cuti, ada pelajar yang berkumpul di tapak perhimpunan untuk bermain bola keranjang ; bola beracun ; galah panjang. Ada juga yang lebih selesa duduk di dalam surau bermain uno, jutaria, dam. Melihat telatah adik-adik ni terasa lepas lelah aku mendengar riang ria mereka ketawa. Dari sekecil 6 tahun sehingga 20-an menuntut ilmu disini. Umur aku ketika itu masih muda remaja.
Dalam keriuhan mereka, tiba-tiba….
Huuarggghhhhhh!
Kedengaran jeritan bergema di tapak perhimpunan, aku yang dari tadi galit membaca buku di dalam surau tersentak! Aku bergegas ke arah pelajar tersebut, makin ramai yang mengerumuni.
“Ya Allah, kenapa ni ukhti… Siapa yang buat Atikah ni” aku bersuara, terpaku aku melihat Atikah yang meronta-ronta seakan-akan ada ikatan pada tangan dan kakinya.
“Ya Allah ukhti Adila, apa tu! Tengok atas atap dewan makan tu” kata Jamilah, pandanganku segera ku alihkan kearah tempat yang ditunjukkan oleh Jamilah. Alangkah terkejutnya aku, melihat satu lembaga besar, hitam berbulu, bertaring panjang, lidahnya runcing terjelir, matanya yang merah saga merenung tajam tepat ke arah kami. Makhluk itu mengeluarkan bunyi dengusan panjang seolah-olah sedang marah. Aku mengesat-ngesat mataku yang tidak masuk habuk, aku hampir tak percaya apa yang baru saja aku lihat.
“Cepat kita sama-sama angkat ukhti Atikah ke surau. Pelajar lain, ambil wuduk. Kita semua ke surau. Cepat!” arahku. Ada antara mereka yang mencebirkan bibirnya seperti tidak senang akan sarananku. Niatku cuma tidak mahu apa-apa yang lebih buruk berlaku. Atikah dibaringkan didalam surau. Kami membuat bulatan untuk bacaan yasin dan ruqyah.
“Hahahaha Hihihihi Hahahaaaargg!” Atikah lantang berteriak!
Siti mengambil air yasin yang memang diletakkan disurau untuk disapu-sapu kemuka Atikah.
“Apa yang korang dah buat ni” Munirah membuka bicara.
“Tak ada ukhti, cuma tadi kami tengah cerita hantu tiba-tiba” kata Siti kawan kepada Atikah, “Tiba-tiba saja dia lari dan terus jadi macam ni” katanya lagi.
“Sudahlah tu, kita baca yaasin dan ruqyah, mudah-mudahan Atikah tak ada apa-apa” kataku kesal.
Badan Atikah tiba-tiba nampak kejang! Jari jemarinya tegang, dia membulatkan matanya memerhati sekeliling ibarat seekor harimau yang tak sabar untuk menerkam mangsa.
Aku menghampiri Atikah, entah kenapa rasa belasku kepadanya melebihi daripada perasaan takut.
“Atikah, lawan tika jangan ikut dia. Atikah baca apa-apa pun surah dalam hati, ingat Allah ingat mak ayah tika, jangan ikut dia” sambil aku mengusap-usap rambutnya. Atikah tiba-tiba lemah dan menutup kedua belah matanya. Kelihatan cecair bening mengalir di pipi nya. Pelajar lain masih meneruskan bacaan yasin.
Tak lama kemudian.
Haaaaa haaaarghh!
“Ya Allah apa lagi ni” keluh hati kecilku.
Kelihatan seorang pelajar berlari tercungap-cungap menghampiri kami. Langkahnya terhenti di muka pintu surau.
“Ukhti ni kenapa” soal Munirah. “Kan tadi ukhti Adila dah bagitahu semua berkumpul di surau” terangnya lagi
“Ana dan Sarah tadi di asrama kami naik atas nak tidur, memang kami tak nak join aktiviti malam ni” kata Ana.
“Enti kan tahu pelajar dilarang naik ke asrama sebelum jam 10malam, sekarang ni baru pukul 9.30. Dah berapa lama enti di asrama tadi.” soalku pula. Kesal mulai singgah.
“Kami tak turun pun ke surau tadi waktu solat maghrib dan isyak berjemaah, kami solat di asrama je.”kata Ana, “Tapi ukhti tolong la Sarah kat atas tu. Dia dah tidur waktu saya leka membaca buku, tiba-tiba tingkap asrama diketuk berkali-kali, saya toleh kearah tingkap nampak ada satu bayang-bayang besar daripada luar.” katanya.
Untuk pengetahuan pembaca asrama kami di tingkat dua ya. Jadi mustahil ada orang boleh sampai tempat setinggi tu untuk ketuk tingkap daripada luar.
“Saya terkejut terus saya kejutkan Sarah tapi dia tak sedar-sedar juga. Sarah memang jenis suka tidur berselubung satu badan bila saya tarik saja selimut dia, mata Sarah dah terbuka tapi nampak mata putih je! Badan dia sejuk!” jelas Ana, kelopak matanya bergenang saat menceritakan peristiwa ngeri itu.
“Saya terus lari nak turun bawah, tapi belum sampai dekat tangga lagi saya toleh balik kebelakang nak tarik Sarah sekali, rasa tak sampai hati pula nak tinggalkan dia, masa tu juga saya ter..ternampak ke..kepala tanpa badan! Kepala tu bertenggek atas almari, mata benda tu besar buntang pandang tepat kearah Sarah, bibir benda tu lebar dengan senyuman yang menakutkan, ada darah menitik-nitik daripada bibir dia.” ceritanya lagi panjang lebar.
Lepas satu-satu kejadian menimpa kami malam tu. Sambil mendengar cerita Ana, ketua warden cuba menghubungi ustazah dan mu’alimah untuk memaklumkan kejadian itu tetapi gagal. Kami terpaksa masuk kepejabat kerana semua pelajar termasuk warden memang tidak dibenarkan membawa fon sendiri. Kami membuat keputusan terpaksa memberanikan diri untuk naik ke asrama.
Sampai saja didepan pintu asrama! Pintu asrama terkunci daripada dalam. Kami cuba membukanya tetapi gagal. Pang! Pang! Pang! Pang! Kedengaran bunyi yang sangat bingit daripada dalam asrama seolah-olah katil asrama diketuk-ketuk dengan batang besi.
“Tak boleh jadi ni, apa lah jadi dengan Sarah kalau kita tak pecahkan saja pintu ni” baran Munirah mulai membuak.
“Kita tak boleh terburu-buru, pasti ada cara lain selain pecahkan pintu ni.” balas Izzati juga salah seorang warden disini.
“Ya Allah, ukhti tengok tu kat bawah tu kan Sarah” kata Dalilah pula. Kelibat Sarah kelihatan sedang memerhatikan kami daripada bawah berdekatan dengan dewan makan kemudian menghilang. Hilang dalam samar-samar malam. Gelap.
Keadaan semakin serabut. Aku yang terdiam seribu bahasa daripada tadi berasa seperti bermimpi dan tak percaya apa yang sedang berlaku saat itu.
Bayangan Sarah muncul pula di tapak perhimpunan! Pop! Hilang semula. Perkara yang sama berlaku berulang-kali. Lidah kami kelu tak mampu memuntahkan kata-kata.
Dalam kekusutan aku cuba memejamkan mata lalu beristighfar berkali-kali, “Astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazimm, astaghfirullahalazimm” serta merta timbul satu ilham untuk melaungkan takbir sekuat hati, aku berpakat dengan yang lain. Kami sama-sama melaungkan kalimah “Allahuakbar!!” sekuatnya, tiba-tiba bunyi bising daripada dalam asrama tadi senyap. Malam yang terasa hangat tadi tiba-tiba menjadi dingin sedinginnya. Terasa tiupan angin malam yang tiba-tiba menerpa kearah muka kami.
Bulu roma mulai tegak, sekali lagi kami melaungkan kalimah suci, “Allahuaakbar!!”sekuat hati. Munirah tidak menunggu lama dia segera menggapai tombol pintu lalu menolak pintu asrama dengan segala kudrat serikandinya dan ya! Pintu itu boleh dibuka. Dari takbir bertukar hamdallah.
“Alhamdulillah” hanya itu saja yang keluar dari bibir ku setelah lama mengunci mulut.
Belum sempat menghembus nafas lega, perasan aneh mulai menerpa. Makhluk yang dikatakan Ana tadi sudah tiada pada pandangan kami, bukan saja makhluk itu yang hilang. Sarah! Sarah juga hilang entah kemana, keadaan semakin panik. Nak tak nak, mahu tidak mahu kami mesti mencari Sarah, semua tempat dalam asrama kami geledah. Sarah tetap tak dijumpai. Tingkap juga tertutup rapi tiada langsung tanda-tanda Sarah keluar melalui tingkap. Aneh. Setelah kami betul-betul yakin yang Sarah memang tiada di asrama. Kami sama-sama bergerak turun ke surau, Atikah sudah sedar. Aku mendekatinya.
“Enti ambil wuduk solat sunat dua rakaat ya, mohon perlindungan daripada Allah.” kataku. Atikah akur, dan dia ditemani Munirah untuk solat bersama. Kebetulan pada hari berkenaan aku memang tidak berdosa meninggalkan 5 waktu.
Selesai saja mereka solat, ketua warden mengarahkan semua pelajar tidur saja di dalam surau sementara aku dan warden yang lain serta beberapa orang pelajar bercadang untuk teruskan usaha mencari Sarah.
Semua pelajar telahpun tidur melainkan kami yang masih tidak putus asa untuk mencari Sarah. Jam tanganku sudah menunjukkan tepat jam 12 tengah malam. Kelibat Sarah masih belum kami temui. Air mataku mulai mengalir, setelah lama ku pendam ia terkeluar jua. Empangan airmata ku takmampu lagi ku tahan. “Enti penat ke? Enti rehat la ya, ” kata Munirah sambil mengusap-ngusap belakangku.
“Kita cuma risau, apa nak cakap pada mu’alimah, ustazah, mak ayah Sarah nanti. Kenapa satu malam ni semua benda ni jadi serentak. Kita takut” aku membalas. Munirah yang memandangku terus menundukkan kepalanya, kelihatan airmata nya menitik jatuh mengenai bajunya.
Setelah kami lelah mencari dan menemui jalan buntu akhirnya kami bertawakal. Kami perlu rehat walaupun sebentar memandangkan esok banyak lagi tugasan yang perlu kami galas. Pelajar yang membantu kami mencari Sarah tadi, telah lama kami suruh mereka pergi ke surau untuk tidur dan berehat bersama pelajar lain. Malam itu, mataku susah untuk dipejam. Kelopak mataku lebam, kusut fikiranku memikirkan bagaimana keadaan Sarah. Pada firasatku, mungkin Sarah disorok.
Keesokkannya, ketika semua pelajar sudah bangun. Aktiviti hari cuti mereka bertukar dengan mencari Sarah, kejadian ni sudah dimaklumkan kepada mu’alimah. Seawal pagi lagi, kami terpaksa masuk ke dalam pejabat walaupun tanpa keizinan untuk menggunakan telefon pejabat bagi menghubungi mu’alimah. Kunci pejabat disimpan oleh ketua warden jika ada apa-apa kecemasan.
Mu’alimah memberitahu kami untuk bersiap menyarung niqab masing-masing kerana beberapa orang ustaz akan datang tak lama lagi.
Tak lama kemudian ustaz pun tiba diiringi oleh mu’alimah. Suasana panik menyelubungi kami para warden, pasti kami akan dimarahi kerana culas dengan amanah yang telah diberikan tetapi apakan daya. Telah berkali-kali kami ingatkan mereka tetapi masih ada pelajar yang berdegil dan memandang rendah segala nasihat kami.
Aku pendekkan cerita ya, panjang sangat dah ni.
Sewaktu proses mencari Sarah cuma Ustaz, mu’alimah dan beberapa orang warden je yang ikut. Aku masa tu duduk dengan pelajar lain dekat dalam surau dan kami diarahkan untuk membaca yasin. Akhirnya Sarah ditemui dekat dalam tandas. Dalam keadaan terbaring dan tak sedarkan diri. Kasihan aku melihat Sarah ketika diusung oleh mereka masuk ke dalam surau. Wajahnya pucat, bibirnya pula sudah kebiruan. Ustaz tu bacakan manzil dan ruqyah. Tak lama kemudian, Sarah tersedar terus termuntah. Busuknya ya Rabbi, seperti bau bangkai haiwan yang sudah mereput. Yang keluar cuma buih-buih daripada muntah itu tetapi baunya sungguh menyengat hidung kami yang berada disitu. Ana mengambil telekung untuk disarungkan kepada Sarah. Sarah kemudian bersuara.
“Aku kat mana sekarang ni, kenapa ramai kerumun aku ni? Semalam aa…aku sesat kat dalam hutan tebal, aku tak nampak sesiapa pun melainkan pokok. Gelap! Macam mana korang boleh jumpa aku”
Kami mengerutkan dahi. Apa yang Sarah merepek ni.
Sarah menangis lalu menyambung ceritanya.
“Semalam masa aku cuba cari jalan keluar, aku nampak satu makhluk ni, hitam legam! Dia macam marah, tiba-tiba benda tu bersuara; “Ramai yang buang pad tak cuci, sisa makanan bersepah, tulang-tulang ikan ayam bersepah kat tempat akuuuu”suara makhluk tu garau besar, luah Sarah kepada kami.
Kami mendengar dengan teliti, Sarah sambung lagi.
“Makhluk tu kata ada orang buat maksiat kat tempat aku, terus makhluk tu terkam aku. Lepas tu aku dah tak sedar apa yang berlaku” Sarah menyambung lagi sambil menangis teresak-esak.
Kami yang dengar masa tu tersentak. Diam. Sunyi. Serious, kalau masa tu ada orang yang kentut bunyi sipi-sipi tu mesti boleh dengar jelas.
Beberapa hari kemudian, mu’alimah dan ustazah buat spotcheck mengejut dalam asrama, ada pelajar bawa fon dalam madrasah. Dengar cerita pelajar tu selalu bergayut dengan bf dia malam-malam waktu semua dah nyenyak diulit mimpi. Mu’alimah suruh dia buka mesej tunjuk kat mu’alimah, mengucap panjang mu’alimah baca banyak mesej dia yang tak sesuai untuk diberitahu kat sini. Dan pelajar tu digantung selama sebulan sebab langgar peraturan madrasah.
Parent atau penjaga kami hanya dibenarkan melawat anak masing-masing 2 minggu sekali je, waktu tu la kami ni merasa makanan sedap-sedap sikit. Bukan duduk madrasah makanan tak sedap cuma tukang masaknya antara pelajar-pelajar tu juga. Jadi rasa makanan tu buat hilang lapar pun dah bersyukur sangat.
Maaf ya pembaca FS panjang pulak entry sis kali ni. Cuma berkongsi pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Okay la semua, assalamualaikum.
Meremang bulu roma aku baca cerita ni š ,.,……..sekolah tu memang berhantu ke????…berapa tahun dh cerita ni???apa apa pon ..best cerita ni cuma panjang sangat ješ
FYI, dulu tempat tu memang kawasan hutan dan ada insan yang wakafkan tempat tu untuk dibina madrasah. Wallahu’alam. Maaf, memang agak panjang, bertabahlah membacanya.
Teman pelik lah kenapa yer selalunya sejolah agama..mesti byk kes mcm ni..padahal setau teman kt saner mmg x putus2 org dok baca alquran…bertadarus bagai..bak kater ustaz teman dulu…kalo kt sekolah biasa syaitan @ iblis kt situ pangkat prebet jer..kalo kt tpt mcm ni syaitan @ iblis pangkat jeneral…mn2 sekolah yg ada pelajar pompuan kn titik beratkan soal kebersihan…terutamanya bekas2 pad yg terpakai..kn bersihkan & buang dgn cara yg betul…allahualam
Sebenarnya yang salah tu perangai individu. bukannya sekolah agama. tak kisah la sekolah apa pun, tempat apa pun waima tempat yang dikira ‘bersih’ sekalipun, kalau ada individu sorang dua yang berperangai teruk, seperti sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Cerita memang best and pernah jadi disekolah sye jugak.
Banyak pengajaran dalam cerita ni and sedih gak baca
Madrasah agama pun benda tu boleh kacau ya…akibat perangai sesetengah pelajar yg engkar.. Mmg hati kental warden Madrasah ni.. Mana nak belajar mana nak jaga student.. Mana nak masak ikut giliran..paling sadis bila ada kes mcm ni x dpt hubungi ustazah2 pulak.. Aduhai.. Guard x de ke.. Ni safety kot.. Apa2 jadi terutama nyawa mcm mana? Maaf saya kesal baca kisah warden merangkap pelajar ni.. Berat sungguh Amanah mrk ni.. Patutnya ada sorang ustazah duduk hampir madrasah… Apa2 terus berlari ke rumah dia.. Bukan mcm kisah ni pepandai student nak settle mcm mana… Dah lewat baru dpt contact ustazah.. Alahai.. Kesian la student ni..
Memang ada ustazah yg akn teman kami waktu malam tapi bukan setiap hari, kebetulan waktu benda ni nak jadi tak ada ustazah malam tu. Tempat tu memang selalu juga ada gangguan cuma bg sy waktu tu lah gangguan dia paling melampau. Mungkin memang tmpat dia.
Betul tu..kenapa xde ustazah lain yg ganti kalau ustazah tu ade urusan lain.rsau pulak kslamatan student2.apepon, seram cerita ni. Mahluk yg ana nampak tu penanggal ke?
Sy pun tak pasti, sebab warden tak nampak cuma Ana je yang nampak malam tu. Ustazah yang lain da kawen, yang selalu teman kami tu dia masih bujang.
Terima kasih kongsi cerita ni. banyak belajar sesuatu.
Best !
Tak sangka. Ingatkan tempat orang orang ilmu agamawan takde perangai “tak cuci pad”. Ingatkan sekolah biasa je ada perangai mcm ni. Yg baca sms bdk tu, tak patutla buka sms orang. cukup la gantung sbb bawa hp. Tak perlu la baca. malu budak tu sampai ke sudah.
Yang bgthu tak cuci tu makhluk jelmaan tu, pelajarĀ² situ kata memang tak pernah tak cuci. Maybe, ada yang cuci tak berapa bersih. Wallahu’alam.
ya betul saya setuju part baca SMS tu. and dari penceritaan mcm ramai yg sama2 membaca. sepatutnya kalau perlu sgt pun cukup lah seorang mualimah je yg baca. itu dikira aib (dosa yg dilakukan secara sembunyi tp org lain sibuk2 mengorek dan mendedahkan).
“Muāalimah suruh dia buka mesej tunjuk kat muāalimah, mengucap panjang muāalimah baca banyak mesej dia yang tak sesuai untuk diberitahu kat sini.”
Untuk pengetahuan awak kami para warden and semua pelajar kat situ tak tahu pun apa mesej dia. Even ustazah pun taktahu apa isi kandungan mesej pelajar tu dgn bf dia. Cukup la sy beritahu macam kat atas tu untuk pembaca faham apa yang dia chat gn bf dia tu tak patut sebab belum halal. Jangan buat spekulasi sendiri, memang kami taktahu, yang tahu cuma mu’alimah. Tu pun pelajar tu yang buka cerita dia banyak kali chating dgn bf dia, sebab tu mu’alimah suruh dia buka mesej tu tunjuk kat mu’alimah. Cuma kami semua tahu ada pelajar bawa fon dan kena gantung, bukan sorang yang bawa fon tapi beberapa orang. Jadi, kami pun taktahu siapa yang ada bf tu. Kalau kita bercakap benda yang takpasti pun boleh jatuh fitnah kan.š
WardenĀ² ni dapat tahu ada antara mereka tu yang call dan sms bf pun lepas mu’alimah jumpa kami personaly suruh pantau semua pelajar ni kalau ada yg curiĀ² masuk dewan makan atau surau waktu malamĀ² dan kalau ada yang skip kelas untuk lepak dalam asrama. Tu pun mu’alimah tak detailkan pun apa yang dia cakap masa call atau sms tu. Pelajar lain pun taktahu benda ni, yang mereka tahu ada pelajar kena gantung sebab kesalahan bawa fon saja. Lepas pada kes tu, takde apaĀ² masalah besar da, masingĀ² da ambil ikhtibar, cuma gangguan kecil tu biasa lah. Sy jelaskan ni takut ada yg keliru lagi. Sy nak cite kang panjang sangat pulak terus jadi novelšš
Semalam masa aku cuba cari jalan keluar, aku nampak satu makhluk ni, hitam legam! Dia macam marah, tiba-tiba benda tu bersuara; āRamai yang buang pad tak cuci, sisa makanan bersepah, tulang-tulang ikan ayam bersepah kat tempat akuuuuāsuara makhluk tu garau besar, luah Sarah kepada kami. pengotor btl pempuan2 ni. x reti jaga kebersihan mmg la setan kacau
Well, ada yang sekecil umur 6tahun da menuntut ilmu disitu, apalah anak sekecil ni kadangĀ² faham. Yang bertugas pun bukan mampu buat semua benda sebab masingĀ² pelajar juga. Benda ni jadi pengajaran, mereka ambil ikhtibar lepas tu dan tak ulangi lagi. Takde manusia yang suci dari kesalahan.
sekarang ni belajar kat madrasah situ lagi ke?
Da habis belajar da.
yup..meremang bulu tengkuk hakak baca..tp kite seme memg maklumkan..lagi tggi n dekat satu2 manusia to dgn agama..lagi kuat setan akan mgoda mganggu..jd x heran la klu setan2 kat sek agama ni pangkat tggi2.. semoge anak2 sek agama nii kuat iman yee..
Aamiin ya Allah, terima kasih doanya. Semoga akak sentiasa dalam perlindungan Allah dan dimurahkan rezeki selalu. šš