Angin Kuat dan Hujan Lebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk warga pembaca FS. Kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku semasa aku di Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh yang agak terkemuka di pantai timur. Aku yang hampir tak pernah berjauhan dengan keluarga tiba-tiba kena tidur satu dorm dengan 7-8 orang siap dapat katil tingkat atas lagi. Memang sendu la perasaan sepanjang minggu orientasi. Lebih – lebih lagi beberapa kawan yang aku baru nak rapat tak tahan homesick dan terus balik sekolah kat kampung. Tapi bila difikirkan balik memang itu pengalaman yang ditempuhi setiap pelajar yang masuk asrama kan.

Seperti sekolah berasrama yang lain, tentu ada cerita hantu yang berlegar-legar di mulut student. Cerita bertaraf urban legend macam makcik karipap dan hantu dalam tandas tu dah biasa sangat dengar dan dah ada beberapa versi yang aku pun lost track dah. Kadang-kadang ada senior yang terlebih rajin dan naik tingkat kitorang semata-mata nak cerita hantu(asrama kitorang ada 3 tingkat dan pelajar tingkatan satu diasingkan dari senior lain). Bila senior datang tu, confirmlah malam tu ada budak yang tidur beramai-ramai atas satu katil sebab masing-masing dah takut.

“Kalau dah tau diri tu penakut buat apa dengar cerita senior jugak. Dah menempel macam kuih lapis aku tengok”, aku sindir diorang. Aku memang tak ambil pusing sangat cerita hantu sebab aku pun penakut jugak hehe. Untuk rekod aku pernah nampak sampai lima orang atas satu katil. Cerita yang paling popular masa tu adalah cerita kertas ayat pendinding yang koyak separuh di pintu masuk asrama aku. kalau ada masa aku mungkin cerita yang tu pula.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa minggu di sekolah ni, ada beberapa senior yang organise movie night kat dewan sekolah. Basically diorang pasang CD kat laptop dan pancar guna projektor kat layar dewan. Kerusi plastik disusun asing lelaki dan perempuan dan bayaran masuk 50 sen. Ala-ala macam panggung wayang la kot. Diorang buat setiap malam khamis lepas baca Yasin kat surau. Dulu mana ada smartphone dan internet macam sekarang jadi inilah saja hiburan budak asrama di hujung minggu.

Ada satu minggu tu diorang pasang cerita The Grudge pulak. Yang pasal Ju-On tu la.

Aku awal-awal dah rasa tak sedap hati dah. Walaupun aku tak pernah tengok filem ni tapi dormmate aku komen yang filem ni memang seram habis. Nak keluar dewan tiket dah bayar(dah masuk baru tahu apa diorang nak tayang). Lagi pulak dewan tu jauh dengan asrama. Takkan aku nak jalan balik sorang-sorang. Jadi berbekalkan sedikit keberanian dan student yang penuh dalam dewan tu aku beranikan diri tengok filem tu. Tapi jangan harap la aku nak tengok direct pada layar tu. Cuma yang part jumpscare aku buat-buat pandang bawah sambil menyumpah dalam hati.

Akhirnya habis jugak cerita tu. Walaupun tak tengok sepenuhnya tapi disebabkan audio yang bergema dalam dewan tu darah aku jadi gemuruh jugak sikit-sikit. Masa nak balik ke asrama tu kitorang dah perasan yang angin makin kuat dan sejuk. “Wei aku rasa nak hujan dah ni. Jom cepat sikit. Aku ada sidai baju kat ampaian tu”, aku bagitahu pada dormmate yang lain. Kitorang pun jalan la cepat-cepat. Tapi yang sebenarnya aku nak terkucil dari tengok filem tadi. Nak guna tandas kat dewan rosak pulak. Kalau boleh aku nak masuk tandas asrama sebelum lightoff.Bagi yang tak tau lightoff ni masa student wajib tutup lampu dorm masing-masing kecuali bilik study dan tandas je. Bila dah lightoff dan satu asrama dah gelap lagi seram la aku nak masuk tandas. Dorm aku kat hujung asrama dan tandas pulak kat hujung satu lagi jadi jauh jugak la nak menapak. Aku ajak sorang kawan untuk teman.

Masa lalu kat koridor dorm-dorm yang lain tu semua dah tutup lampu. “Aik semua dah tidur ke. Biasa hari sekolah pun tengah malam ada lagi yang duk menyanyi. Ni semua dah membuta ke”, aku gelak-gelak dengan kawan aku tu. Bila dah dekat dengan tandas tiba-tiba aku rasa seram sejuk satu badan.Ni tak boleh jadi ni, kena setel cepat-cepat. Mungkin nak ribut kot, aku ngomel sorang-sorang. Kawan aku pulak nak tunggu luar je. Lantak ko la. Time nak masuk tandas tu la tiba-tiba angin sejuk menderu dari belakang aku…

BAMM!!. Pintu tandas tiba-tiba tertutup rapat.

Aku yang dah sebelah kaki nak masuk jadi tergamam dan kaku kat kat situ. Masa tu aku dah menggeletar satu badan.

Mana taknya pintu tu tertutup betul-betul depan aku. Kalau aku masuk awal sikit memang kena hentam la muka aku. Dan yang peliknya angin datang dari belakang aku tapi pintu tertutup dari dalam seolah-olah angin datang dari dalam tandas. Ni dah lain macam dah ni, kata aku. Terus rasa nak terkencing dah takde. Ini kalau aku masuk taktau la apa yang menunggu kat dalam. Nanti tiba-tiba lampu padam ke ada nampak something ke tak ke naya. Dalam kepala aku dah terbayang hantu Ju On tu duk tertenggek atas mangkuk tandas. Terus aku ajak kawan aku balik bilik. Kawan aku buat muka pelik tapi dia ikutkan aje tanpa tanya apa-apa. Adakah dia nampak apa yang jadi tadi. Aku pun tak tanya sebab taknak panjangkan cerita.

Bila masuk bilik aku dan kawan aku terus naik katil. Nampak la katil bawah tidur ramai-ramai lagi(aku punya katil 2 tingkat dan dapat katil atas). Ini mesti kes takut tengok filem tadi ni. Kali ni aku malas nak tegur sebab badan dah menggeletar sebab takut plus sejuk. Terus aku selubung dengan selimut satu badan. Sampai kepala pun masuk selimut sekali. Akhirnya aku tertidur.

Tett. Jam digital aku berbunyi. Bila aku bukak mata terus nampak cahaya kilat dan telinga aku tangkap bunyi guruh dan angin saling bertingkah. Rupanya tengah ribut kat luar. Dari baring, aku bangun ke posisi duduk. Kain selimut dah melurut ke pinggang. Mungkin terselak masa tidur agaknya. Semasa aku nak tarik selimut pintu dorm terbuka dengan kuat dan angin menderu masuk. Kemudian tertutup semula. Buka. Tutup. Kejadian itu berulang beberapa kali. Oh mungkin angin agakku. Dalam keadaan gementar balik dari tandas tadi aku terlupa nak kunci pintu seperti kebiasaan. Aku buat keputusan biarlah pintu itu dibiarkan begitu. Nanti kawan aku yang lain mesti terjaga dan bangun mengunci pintu. Perlahan-lahan aku tarik semula selimut dan baring membelakangi pintu itu. Rupa-rupanya aku silap besar.

Sebaik saja aku baring dan dengar dentuman pintu buka katup selama beberapa minit, aku baru perasan sesuatu. Dari hujung telinga aku boleh dengar hampir semua pintu dorm yang lain terbuka dan tertutup sekali. Aik takkan satu tingkat lupa tutup pintu kot, getus hatiku. Yang lebih menakutkan pintu-pintu itu seperti mengikut aturan. Pintu dari hujung asrama akan terbuka dan dituruti pintu sebelah sehinggalah ke hujung satu lagi. Dan dari hujung sebelah sini pintu tertutup semula hingga ke hujung sana. Aku dah terdetik dalam hati. Ini bukan lagi angin biasa. Mana mungkin angin ribut boleh buat turutan semacam itu dan kekal selama beberapa minit pulak.

Perlahan-lahan selimut di bahu aku tarik menutupi kepala. Biarlah aku kelemasan asalkan tak nampak yang bukan-bukan. Jantung aku dah mula berdegup laju dan bibir dah terketar-ketar. Nafas pun aku cuma mampu sedut pendek-pendek. Aku cuba tenangkan diri namun ternyata ketakutan dah menguasai tubuh. Suasana sejuk buat rasa nak terkencing datang semula. Ah memang terbaik la timing dia. Nak bangun tutup kipas (sebab sejuk) badan pulak rasa kaku. Kali ini aku nekad. Biarlah apa yang jadi aku takkan bangun. Kalau terkencing atas katil pun aku redha.

Malangnya semua tu tak habis di situ. kedengaran bunyi cakaran di atas siling. Maklumlah aku di katil atas. Memang tak jauh dengan siling. Kiranya kalau aku berdiri memang hujung rambut boleh sentuh siling dorm. Pada waktu biasa mungkin aku anggap bunyi tikus saja. Tapi sekarang ni pendengaran aku jadi tajam dan semua bunyi jadi menakutkan. Mungkin tikus pun tau perasaan aku waktu tu. Itu pun jika benar itu adalah tikus.

Bunyi kain menggelibas ditiup angin pulak timbul. Dalam keadaan mata terpejam aku agakkan bunyi tu datang dari tingkap. Aku cuba sedapkan hati, mungkin kain langsir kot. Macam mana pulak diorang lupa tutup tingkap sebelum tidur. Takkan aku sorang yang sedar semua ni kot.Tapi bunyi tu makin dekat dengan aku. Ah sudah. Takkan kain langsir boleh beralih tempat kot. Sikit demi sikit bunyi makin dekat sampai la ia berhenti betul-betul atas kepala aku. Sampai aku boleh rasa angin meniup ke kepala aku yang dalam selimut tu.

Ya Allah kau selamatkanlah hambamu yang lemah ini, aku nangis dalam hati. Korang bayangkan la jantung aku masa ni dah berdegup tahap maksimum dan pundi kencing pun rasa nak meletup. Ayat-ayat suci yang aku baca perlahan dah berterabur diselangi rasa nak menangis. Pintu dorm pulak makin menggila buka tutupnya. Macam-macam benda yang aku terbayang tengah melayang atas aku sekarang ni. Aku rasa ini la masa yang sesuai untuk aku bangun mengenggam penumbuk sambil menjerit Allahuakbar ala-ala ustaz dalam filem hantu Melayu. Biarlah jeritan aku boleh mengejutkan “dia” sebelum dia kejutkan aku.Atau sekurang-kurangnya jeritan aku boleh mengejutkan dormmate aku yang lain.

Tapi hampa. Badan aku dah keras kejung dan aku hanya mampu tekapkan muka aku dalam bantal. Aku jerit sekuatnya tapi hanya tersekat dekat tekak saja. Rasanya tiada siapa yang dengar hatta katil bawah sekalipun. Mungkin itu tenaga aku yang terakhir boleh aku habiskan.

Pandangan aku kelam walaupun aku tengah pejam mata. Macam rasa kena selubung. Suasana jadi diam. Tak ada lagi bunyi kain berkibar. Tak ada lagi bunyi cakaran. Bunyi pintu dah berhenti. Bunyi guruh pun terasa makin jauh…

Bila aku buka mata, aku tengok lampu dorm dah menyala dan semua kawan aku dah bangun. Rupanya dah subuh. Alhamdulillah syukur dalam hati. Tak pasti sama ada aku pengsan ataupun tertidur yang penting episod penyiksaan tu berakhir. Sebelum nak fikir panjang lagi aku terpaksa berlari ke tandas. 8 jam tahan beb. Silap-silap boleh kena batu karang. Lepas balik dari tandas baru lega dan ada peluang nak ingat balik apa yang jadi semalam. Aku masih keliru sama ada apa yang jadi semalam mimpi aku sorang atau betul-betul berlaku.

“Weh korang ada bangun tak tengah malam semalam?”, aku buka mulut.

Dormmate aku semua yang tengah bersiap untuk solat subuh hampir serentak berhenti.

“Aku sedar semalam. Hujan lebat gila. Takut nak bangun”, jawab sorang.

“Aku rasa ada benda mengintai kat luar tingkap bilik semalam”, jawab sorang lagi.

“Kami bertiga memang tidur berpeluk semalam”

“Aku nampak ada benda ulang-alik depan koridor tingkat kita”

“Korang jangan terkejut. Aku nampak keranda terbang yang lalu depan bilik kita weh. Aku panggil semua tak menyahut. Tidur mati semua”

Ayat tu buat semua dalam dorm tu terdiam. Terbongkarlah malam semalam sebenarnya diorang semua terjaga tapi semua tak berani nak bangun. Nak tak nak semua turun subuh di surau dengan mulut kelu. Di surau rupanya kecoh ramai student nampak benda yang sama. Aku hanya banyak mendengar sebab sejujurnya aku tak nampak apa-apa (ditambah aku pejam mata sepanjang kejadian).

Sejak hari tu sebelum tidur kitorang memang akan buat bacaan yasin sama ada berkumpulan atau sorang-sorang. Alhamdulillah kejadian tu tak pernah berulang lagi. Mungkin benda tu hanya kebetulan lalu semasa ribut atau imaginasi kita yang takut pada ribut semata-mata. Kesimpulan aku pula, disebabkan aku tengok filem hantu sebelum tu semangat aku jadi lemah dan ada yang datang hendak mengusik waktu tu. Persoalannya, kalau aku buka selimut dan pandang atas waktu tu apa yang aku nampak?

12 thoughts on “Angin Kuat dan Hujan Lebat”

  1. part tahan kencing tu memang seksa weii..lg plk dlm kdaan takut + sejuk…rs da ujung2 jekk..

    btw tu lah….sekolah dan asrama mmg typikal la kes cmni. apa yg blh d katakan…banyak2 zikir…semoga kita semua terlindung dr perkara2 jahil.

    Reply
  2. Seronok baca pengalaman ko dik.. ayat pun sempoi je. Mmg menusuk ke hati lah bila baca.. siap terbayang² kejadian tu berlaku seolah² berlaku pd diri sendiri.. apa pun syukur xde apa malapetaka yg berlaku pd korang mlm tu..

    Reply
  3. uish . best lah cerita u . i pernah stay asrama form 4 & 5 . first day masuk asrama , i yang paling lambat daftar, lepastu bilik semua full . yang ada cuma bilik bekas tandas and bilik tu dah lama di kunci , paling hujung dan dekat dengan hutan . I dapat bilik tu . alhamdulillah sepanjang 2 tahun stay asrama tak pernah tjadi apa apa .

    Reply
  4. penulis ni perempuan ke lelaki?

    aku pun dulu sekolah sbp. pattern sama dgn apa yang kau tulis tu. kedudukan toilet dgn katilnya.
    cuma takde kipas je sebab kononnye dulu ada kes budak kepala putus sebab bangun berdiri atas katil. ( betul ke tak ceritanya wallahualam ).

    walaupun dulu banyak cerita seram yg kedengaran tapi alhamdulillah allah tutupkan hati aku untuk rasa takut yang melampau macam sekarang ni ( selepas terjebak dgn FS ). sebab dulu aku anggap cerita hantu tu just cerita sahaja. semua tahyul. cerita dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan. takde yg betul2 dari pengalaman sendiri. tapi bila baca FS ramai yang ceritakan pengalaman sendiri.

    tak tau lagi bagus daripada terlebih tahu. nyesal baca FS tapi hari2 ngadap jugak tertunggu2 cerita baru. hhe!

    Reply
  5. Dlu pun i dduk asrama tapi campur laki dan pempuan. Setiap mlm sabtu i akan bawa pelajar perempuan utk dikongkek. Mujur xkena aids.skrg i kerja disebuah jabatan agama di ibu kota.

    Reply
    • Aku rse hang ni termasuk agama abuja ni..opsss lupa nak famous tu yg dok komen negetif je..awat hang ni bodo abadi tahap maksimum..mcm taradah otk..opsss lupa mmg tk de otk yelah nak fomous kan tu yg tk de otk huhu..set ii guna otk lembu patutlah sama ii lembap tahap dewa..kahkahkahkah

      Reply
  6. Salam Obirama.Seram duduk asrama. Best kisah ni, mohon sambung lagi ye next story.

    Ps: Si fulan Syed . Apa komen kau nih. Nak memburukkan institusi agama ke? Komen je lah pasal kisah penulis Obirama ni. Bertaubatlah, malu dgn Allah swt.

    Reply
  7. Igt dah xder beruk yg dok komen mcm kt komen pages sblm ni…ada gak beruk yg tersesat….aper pon sblm teman naik angin pi terajang beruk ni…teman nk komen citer adik ni mmg best…biasalah budak2 asrama…ngan citer hantu takkan dpt dipisahkan….terganak komer yer dok bior jer pintu mcm tu rupa…psl takut nyer psl…xder lg org yg mati kn kokaj ngan hantu lg…aper pon teruskan menulis…mnlah tau boleh jd penulis yg berbakat…

    Reply

Leave a Comment