Step Up (Last Chapter)

Baca Part 1 dahulu

[IMMORTALITY]
Anak Mak Long yg berusia belasan tahun terus bangkit dan berlari sepantas pokok ke arah Rita sambil memeluk beliau. Di tekannya muka Rita ke dadanya bagi memastikan mulut Rita terus tekatup. Rita meronta2 supaya dilepaskan, mungkin sebab nak pergi berjumpa dengan “kawan”nya or mungkin sesak nafasnya dengan terjahan sepupu dia. Dalam Rita meronta2 tu, Iz dan Pak Long serentak memuncungkan bibir dan meletakkan jari telunjuk ke arah bibir menandakan bahawa anak Abg Cass ni perlu diam dari berkata2 semasa mambang sedang mengetuk pintu.

Bunyi ketukan pun berenti lepas kemunculan Rita. Maybe motif beliau menggendang pintu rumah untuk memanggil si kecil, or maybe motif beliau saja menyakat keluarga Iz. Hanya mambang lebih mengetahui pemikiran mambang. Aku sebagai Pak karut hanya mampu membuat spekulasi murahan. Then, dalam kekalutan tu, suddenly, lampu dapur terbuka dan tertutup, ganguan yg disifatkan maha dasyat oleh Iz continue tanpa belas kasihan even penghuni rumah tu lebih dari 10 orang dan majoriti dari para penghuni terpaksa menghadap dengan gangguan tersebut. Pak Long yg sedang meniarap sambil mengeletar di bawah meja kopi melaungkan azan sekuat hati tanpa belas ikhsan kepada ketenangan malam jiran2 Abg Cass. Azan berkumandang 2 kali pada malam tu. Laungan azan disambut dengan keadaan dapur lip lap lip lap menjadi gelap katup, mungkin mambang rumah mengambil keputusan untuk cabut lari, or mungkin mambang dah terbakar jari2nya dari OCD-kan suiz lampu rumah Abg Cass, again, hanyalah spekulasi aku.

Rita akhirnya terlepas dari genggaman sepupu beliau meluru lari ke dapur yg gelap melintasi Mak Long dan anaknya yg terkapai2 cubq membuat tackle terhadap dirinya. Ahh, sudah, bala apa yg menimpa keluarga Iz yg wajib mengambil Rita semula di dapur. Mahu tak mahu, terpaksa salah seorang daripada mereka mengambil Rita, selepas puas main latalilatlailitamplung beramai2, tanggungjawap tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Iz. Iz pun jalan sambil buka mata kecil, terus menuju ke dapur untuk mencari Rita. Sampai di dapur dia terus petik suis lampu maka terang benderanglah jadinya dapur tersebut. Di usha nya sekeliling dapur, still tak nampak kelibat Rita, then dengan langkah yg penuh berhati2 umpama berjalan di padang yg penuh bomb lembu, dia terdengar bunyi gelakan kecik dari arah bilik air.

Warghhh, warghhh~~ Apasal ko boleh ada dalam jamban Rita oiii, ko tau tak dalam tu ada budak kecik yg tak serupa manusia? Jerit Iz sekuat2 tenaga didalam hatinya.. Mungkin akibat jeritan tu, peluh mula menitik2 di atas dahi Iz. Di belakang Iz kelibat Pak Long dilihat berjalan secara slow motion sambil melompat2. Rita yg sedang bercakap2 seorang diri menambahkan lagi rencah keseraman suasana yg dah cukup seram tersebut.

Iz: Rita~~ Rita~~ Keluar dari bilik air tue, sinilah datang kat abang..
Pak Long: Rita oii, jangan main dalam bilik air tue, bahaye, nanti ade lipas..
Iz: Pak Long, dengan mambang jamban pun die tak kisah, ape plak dengan lipas.. (kate Iz dalam hatinye)

Iz jenguk dalam bilik air, Rita sedang duduk mencangkung sambil bercakap sendirian. Ditariknya Rita ke luar bilik air, meronta2 balik budak tu, digenggamnya Rita sekuat hati sebab taknak dia lepas masuk dalam bilik air, takut tergelincir ke ape ke. Then, Rita mula meraung balik, aksi tarik menarik, gigit mengigit berlaku antara Iz dgn Rita. Rita yg disifatkan sebagai anak-anak kecil main api mcm dah umur 20 tahun dah, tapi 20 tahun badak afrika disebabkan kekuatan yg melampau. Pak Long mula masuk campur, dipegangnya kaki Rita untuk di angkat ke atas. Rita menjerit2 mcm budak lelaki yg menjerit2 tak nak jumpe tok mudim. Akhirnya, bantuan sampai setelah sepupu2 Iz yg tengah tidur mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tidur mereka.

[IMMORALITTY]
Sampai di ruang tamu, Rita terus dengan aksi rontaan umpama kambing di jirus air. Dengusan2 si kecil memang menandakan yg dia ni bukanlah si kecil yg biasa di buli oleh Iz dan pakcik2nya yg lain. Dia adalah makhluk lain.

Mak Long: Rita dah kena sampuk nie. Ambik air.

Bergegaslah kazen Iz pergi ke dapur untuk mengambil sebaldi air di dalam bilik air. Di bawanya ke ruang tamu dan menerima ketukan padu di kepala oleh Mak Long Iz. Rupa2nya, air dalam gelas sebab nak bagi minum. Mak Long kemudian menyuap air kedalam mulut Rita. Rita meminum air tu sehingga separuh, masing2 dah mula seram sejuk tengok Rita yg membeliak2an matanya dan mengambil keputusan menyembur kembali air tu ke arah Mak Long. Keadaan semakin panic bila Rita dah mula meracau2 bahasa pelik. Ada yg cakap mcm bahasa siam, ada yg cakap mcm bahasa tamil dan ada plak yg cakap mcm bunyi kereta yg terlupa di tarik handbreak sambil memecut 140km/j.

Then, Rita mengambil keputusan untuk menjerit sekuat hati. Dengan automatically, Iz terus mengayung air didalam baldi dan di jirusnya ke arah Rita. Perbuatan Iz tu mendapat bantahan secara laju2 dari semua saudara mara beliau. Habis dilecture Iz dek perbuatan tak senonoh dia terhadap budak kecik tersebut. Then, suddenly Pak Long datang sambil badannya basah lenjun.

Iz: Pak Long.. Apsal basah lenjun nie? Mandi ape mase tengah2 kritikal nie?
Pak Long: Aku amik air sembahyang la!! Bak yassin, kite bacekan yassin kat budak nie..

Keluarga Iz menyerang Rita dengan bacaan yassin bertubi2 sambil beberapa kazen beliau menekan Rita di atas tilam. Kuat sungguh budak kecil ni, sampai beberapa orang kena jaga. atau untuk menambahkan lagi ke-spekulasi-an, mereka sebenarnya tak nak baca yassin. Then, lepas satu ketika, keadaan mula reda, Rita pun tertidur. Iz pun mula meng-subtitute-kan diri beliau dengan hand phone (bacaan yassin dari hand phone).

Tengah duduk2 sambil melepaskan penat lelah dikacau. Sayup2 terdengar suara dari arah gate. Haih la, tak cukup2 lagi ke kamjad entiti mengacau. Masing2 dah mula merapatkan diri menanti bala apa yang bakal menimpa. Kemudian, suara yg sayup2 berkumandang itu berhenti. Selang, beberapa minit, terdengar bunyi jeritan yg kuat.

WARGHHHH!!! WARGHHHH!!!

Melompat masing2 dari duduk dan bertempiaran lari menyelamatkan diri, ada yg ke bawah meja kopi, ada yg di bawah tilam tempat Rita baring, ada yg dah mula memanjat tangga. Iz hanya berdiri tegak sambil menekapkan mukanya di dinding untuk mengelakkan diri dari apa2 penampakan. Bunyik tersebut semakin kuat seolah2 berada di atas meja ruang tamu..

WARGHHHH!!! WARGHHHH!!! WARGHHHH!!! WARGHHHH!!!

Pak Long: Eyh, handphone aku berbunyik rupe nye.. Sorry ye~ Hehehe~

Nasib baik dinding rumah Abg Cass tidak boleh di cabut, kalau tidak, dah dihentaknya dinding tu ke kepala Pak Long. Apehal dia punye ringtone sama mcm ringtone Abg Cass?? Lepas Pak Long bercakap dengan phone di subuh2 gajah, terus dia meluru ke pintu dan melihat Abg Cass tengah memapah adik Iz.

Terus die belari ke arah Abg Cass dan menyelok2 kocek beliau untuk menggambil kunci mangga. Dalam keadaan tergopoh-gapah, beliau membuka gate dan Abg Cass pun berjalan masuk berpeluh2 sambil mendukung adik Iz. Semua mata tertumpu ke Abg Cass. Then, sayup2 kedengaran suara dari arah bawah tilam.
[ROAD TRIP]
Abg Cass terkejut lepas nampak anaknya mandi di atas tilam. Macam dah tak cukup bilik air sedara-mara beliau nak guna. Dia pun meletakkan Adik Iz di sebelah Rita sambil kesat peluh di dahinya. Masing2 tercengang2 tengok adik Iz yg sepatutnya dah lebih sejam keluar dari rumah tue tetibe balik semula ke rumah diatas pangkuan abang sedaranya.

Iz: Abg Cass, mane ko jumpe budak nie? Ko ade skandal dengan adik aku ke?
Abg Cass: HOI!! buang tebiat nak mampos ape ko nie ? Nie trending jenis ape nie asyik tuduh aku ade skandal je!!

Iz menrenjis2kan air di muka adiknya. Tak bangun gak, Pak Long yg baru nak berehat-rehat sambil bermain handphone terus sambung balik bacaan yassin di sebelah adik Iz pulak. Iz pun suruh Abg Cass ceritakan apa yg berlaku.

/Story Abg Cass/
Abg Cass yg selesai menjalankan arahan mem besar utk menghantar bantuan makanan ke hospital pulang ke rumah sambil berkaraoke di dalam kereta beliau. Terngiang2 perbualan beliau dengan Kak Hani.

Kak Hani: Cass, I rase kan, kite patut panggil ustaz la tengok2kan rumah kite tue..
Abg Cass: Huh? Kenape?
Kak Hani: Rumah tue ade bende la, I dapat rase..
Abg Cass: Isk, merepek je la u nie.. Mainan perasaan je kut..
Kak Hani: Rita dah 2 kali I nampak berbual sorang2 dalam bilik.. Seramlah Cass..
Abg Cass: Hurmm.. Nanti I pikirkan..

Then, sampai di simpang rumah dia pun masuklah simpang tu. Abg Cass dah duduk situ dekat sebulan, dia betul2 hafal jalan balik ke rumahnya, lepas masuk simpang, ke kiri sikit sebab ada lubang, lepas dah elak lubang, ke kanan sikit nak elak pasu bunga dan tong sampah jiran. Lepas tu ada bumper haram yg di buat oleh jiranny, naik je bumper tu teruslah sampai ke rumahnya. Tapi, masalah nya, Abg Cass terlepas ke simpang sampai nak ke hujung jalan. So, dia pun u-turn balik kereta dia. Jalan terus, sebelum bumper sampailah ke rumah beliau. Tapi, untuk kali ke-2, Abg Cass tak jumpa juga rumah dia. Maybe sebab penat, sebab tu lah dia asyik terlepas je rumah dia. Abg Cass buat percubaan kali ke tiga. Malang sekali, tak nampak juga rumah di. Lepas kali yg ke-8 dok main u-turn u-turn, Abg Cass dah mula fed up. Di on kan GPS and ikut je lah dia GPS tu. Dengan GPS dan Abg Cass sekali gagal menemui rumah mereka.

Abg Cass pun mule pelik, dia pun park kereta dekat tepi jalan and keluar dari kereta. Dia tengok keliling kawasan perumahan dah betul, dia pun jalanlah kaki selang beberapa rumah sambil mengusha2 rumah beliau. Tapi, still dia tak nampak rumah dia. Haih, siapa yang bomoh rumah aku bagi tak nampak ni, bukannya kedai makan!! Bisik Abg Cass dalam hati.. Dia pun baliklah ke kereta beliau dan buka station radio pilihan masyarakat tempatan apabila diganggu kepelikan – IKIM fm.. Suddenly, dia nampak lampu yg sangat terang didepan kereta dia. Abg Cass pun dengan automatically memandu keretanya ketepi sampai keluar ke bahu jalan. Dia pun terus keluar kereta untuk melihat lampu apa yg terang sangat tu. Tapi malang sekali, jangankan kereta lain, anjing pun tak dapat dilihatnnya di kawasan tersebut. Abg Cass mengesat2 matanya dan masuk kembali dalam kereta. Kali ini, dengan berbekalkan radio IKIM fm, dia dapat berjumpa rumah beliau. Dia pun keluar kereta untuk buka gate yg dimangganya tadi.

Selangkah je lepas keluar kereta, dia terdengar suara budak menangis. Terus di capainya stering lock dari dalam kereta dan mencari punca bunyi tersebut. Bunyi tu jelas kedengaran, tapi tuan empunya badan still tak nampak. Then, Abg Cass ternampak kereta Iz yg pintu nya terbuka Dia pun check la kereta Iz, tiada apa2 dekat dalam tu melainkan kunci kereta di dalam lubang kunci. Dengan perasaan pelik, dia pun tutup pintu and sambung cari mana sumber suara menangis tu. Bila dia check dekat sebelah kiri kereta, dia tenampak satu lembaga mencangkung sambil menangis menderu2. Adik Iz rupanya, ditanyanya Abg Cass.

Abg Cass: Adik, nape menangis kat sini nie?

WUUUU WUUUU WUUU WUUUUU WUUUU (sfx: adik Iz menangis)

Abg Cass: Ko gaduh dengan Iz lagi ke? Haih la, tak abis2 la korang nie..

WUUUU WUUU WUUU WUUU WUUU (sfx: sambung nangis)

Abg Cass: Woi!! Dah la, jom masuk dalam rumah balik!!

Then Adik Iz terus bangun dan cube menerkam Abg Cass.. Abg Cass menepis2 adik Iz..

Abg Cass: WOI!!! Aku dah ade Kak Hani la, ko nie dah kenape ?? WOII!! STOP!!! STOPPP!!

Abg Cass terus tackle adik Iz dan menjatuhkan beliau ke atas kereta Iz, terus budak tu diam terbaring atas kereta. Pengsan rupanya. Dia pun angkat adik Iz ke depan gate sambil melaung2 name Iz, Pak Long dan lain2, tapi malang skali, siamang pun tak membalas panggilan beliau..
/End of Story Abg Cass/

[ANOTHER TRIP]
Pak Long: Aku rasa la kan Cass, rumah ko ni mmg keras la..
Iz: Nie bukan rase lagi nie Pak Long!! Nie dah memang keras dah nie!! Adey la!!
Pak Long: Aku nasihatkan ko, pegilah panggil mane2 ustaz tolong tenggokkan..

Abg Cass dan penghuni2 rumah tersebut pun bertukar2 cerita pengalaman mereka dan mengambil keputusan untuk memanggil ustaz pada keesokkan harinya. Sedang sibuk bercerita tu, tiba2 diorang dengar suara orang menjerit.

WARGHHH!!! WARGHHHH!!!

Pak Long: (Angkat phone) Hello!! Hello!! Eyh bukan henpon aku la..

WARGHHH!!! WARGHHHH!!! WARGHHH!!! WARGHHHH!!!

Abg Cass: (Angkat phone) Hello!! Hello!! Bukan henpon aku gak..

Rupa2nya Adik Iz menjerit2 sebab dah tersedar dari pengsan. Iz pun pergi dekat adik dia sambil meraup muka adiknya dengan air bacaan yassin tadi. Terus adik dia mcm tersedar.

Adik Iz: Aku kat mane nie ?? Aku kat mane nie ??
Iz: Ko kat rumah Abg Cass.. Apsal ko menangis kat blakang kete ?? Ingat dah balik..

Adik Iz sambil mengigil2 terus bercerita dengan diorang, apa sebenarnya dah berlaku dekat dia.

/Story Adik Iz/
Adik Iz nie dah pasang plan dah, sampai je rumah Abg Cass, dia nak cabut balik ke rumah dia. Biarla drive lebih sejam pun memalam buta, asal bukan tidur kat rumah Abg Cass. Tapi satu problem adalah, kalau dia nak balik, sure abangnya si Iz nak ikut sama, kalau abang dia ikut, sure mak dia tak bagi sebab semua orang nak balik, mcm tak menghormati Abg Cass plak. So, di tunggulah masa yg sesuai untuk dia cabut. Bagai mengantuk disorongkan bantal, Iz pergi angkat tilam kat tingkat atas. Apa lagi, berdesup la dia keluar rumah sambil bawa kunci kereta abangnya.

Sampai je kat luar rumah, terus die masuk kat dalam kete.. Dipulasnye kunci dan dipijaknye tempat minyak dan berdesup kete tue meluncur.. Habis di langgarnye tong2 sampah jiran.. Pedulik hape!! Tengah takut!! Jangankan tong sampah, kalau gajah tengah duduk bersila sambil minum teh kat tengah jalan pun, akan dilanggarnye tanpa belas kasihan.. Then, tengah memecut, tibe2 die terdengar mcm ade suare menegurnye..

Suare: Nak pegi mane tue ?

Terus di abaikan secara total. Yg penting kaki kena lekat dekat tempat minyak. Lepas dah beberape lama dipecutnya, adik Iz perasan, dia still tak sampai2 lagi dekat penghujung simpang rumah abangnya. Dia pun dah mula rasa pelik, dah dekat 20 minit dia bawa kereta, tak sampai2 gak hujung simpang rumah Abg Cass. Padahal, antara simpang dan rumah Abg Cass tu bukan jauh man pun, dalam 2-3 minit tekan minyak dah sampai dah.

Menampakkan pelik lagi, Bila adik Iz tengok rumah yg disebelahnya, rumah2 yg dilalui nya sama dari tadi, then, sampailah ke rumah yg dia familiar. Rumah Abg Cass dan Kak Hani. Adik Iz yg mcm disumpah tak boleh keluar dari taman rumah Abg Cass pun give up dan berhentikan kereta. Terus angin masuk di kepala beliau (meroyan)..

Adik Iz: HOI!! KO NAK APE HAH!! JANGAN KACAU AKU!!! WARGHHH!!! WARGHHH!!!

Di hentak2 stering kereta sambil menyambung2 lagi jeritan beliau. Then, sampai satu ketika, dia dengar lagi suara bisikan.

Suare: Nak pegi mane tue ?

Adik Iz yg tengah bengang nie terus terdiam dan perlahan2 memandang ke arah seat belakang. Dan ternampaklah dia seorang gadis jelita yg berambut panjang lurus dengan sebuah senyuman yg menawan. Mwahahahaha, you wish!! Sebenarnya, adik Iz nampak, seorang pompuan yg mukanya huduh yg disifatkan seperti seorang nenek tapi kedutan muka tu mcm terlampau dasyat yg diyakini mana2 syarikat kecantikan muka akan reject application untuk bagi treatment, berambut mengerbang sambil menyerigai memandang adik Iz..

Pandangan Adik Iz pun gelap.
/End of Story Adik Iz/

Lepas pencerahan dari adik Iz tu, dia terus kembali menangis sambil ditenangkan oleh Mak Long dan anaknya. Abg Cass tanpa berpikir panjang terus di telepon kawannya yg arif dalam hal2 mistik sebegini..

TRITTT BLITT TIT TIT BIT LIT (sfx: dialing tone)

TRUTTT TRUTTT TRUTTT TRUTTT (sfx: calling)

Abg Cass: Mujib!! Mujib!! ko datang rumah aku!!! Kitorang kene kacau lah!!! TOLONG MAS TOLONG!!!
Mujib: Hoi!!!! Ko dah gile ape call aku pukul 4 pagi suruh datang rumah ko!! Esok tak boleh ke? Lagi pun..
Abg Cass: Eyh yer ker pukul 4 pagi dah.. Esok je lah ko datang.. Lagi pun ape ??

Derang yg terlibat dengan drama seram malam tu amik keputusan untuk tidur beramai2 di ruang tamu, Pak Long dan keluarganya tak jadi nak check in hotel sebab dah subuh dah. Esok paginya, lepas sedara mara lain yg tidur di tingkat atas tahu kejadian menimpa rumah tu malam tadi terus marah menyinga2 sebab tak kejutkan diorang.
[OPEN SESAME]
Tiada apa yg nak di ceritakan di meja sarapan di cafe hospital oleh keluarga Iz melainkan kegalauan yg berlaku malam tadi. Masing2 lagi still trauma dgn kejadian ngeri menimpa diorang. Paling over sekali adalah Pak Long dan adik Iz, masing2 asyik mengaku cerita diorang paling best.

Pak Long: Pak Long semalam nampak pontianak dekat tingkap bilik atas..
Adik Iz: Adik lagi best, adik tak keluar dari taman..
Pak Long: Pak Long lagi best, Pak Long dengar bunyik orang ketuk pintu!!
Adik Iz: Adik lagi best la!! Adik nampak die duduk kat belakang kete adik!!!
Pak Long: Pak Long lagilah best!! Pak Long nampak kaki berbulu kat bawah pintu!!!! Hah hah!!
Adik Iz: Adik lagi best tau!! Adik pengsan!! Long ade ?

Iz yg tengah sakit kepala akibat kekurangan tidur, berasa kagum dengan tenaga yg ada dekat adiknya dan Pak Long berlagak dengan kisah ankerr mereka. Abg Cass yg sibuk menelepon Mujib untuk ditunjukkan jalan ke rumahny tak menghindarkan lawak super spontan antara pakcik dan adik Iz. Abg Cass lebih berminat nak settlekan discharge form Kak Hani. Kalau bukan sebab si Rita disampuk semalam, mahu dia buat bodoh je pasal bende ni.

Lepas beberapa ketika, after semua borang2 telah di isi dan Abg Cass naik ke wad, keluarlah Kak Hani sambil mendukung Rita dari pintu wad. Masing2 tak brani nak buka mulut pasal rumah ankerr beliau, Kak Hani baru lepas keluar wad di sebabkan rumah ankernya, karang cerita lelebih karang, habis dilarinya masuk ke wad balik. Then, diorang pun geraklah balik rumah Abg Cass. Abg Cass berhenti di stesyen minyak berhampiran untuk menjemput Mujib. So, yg lain2 pun baliklah dulu. Sampai je rumah, masing2 terkejut sebab rumah tu bersepah yg amat, mcm dilanda taufan di dalamny, habis semua barang berterabur.

Kak Hani: Cass ni kan!! Orang datang rumah, yg pegi buat selerak kenape?

Kak Hani pun mengutip2 barang2 rumahnya sambil merungut2 dibantu oleh Mak Long dan adik Iz. And then, Adik Iz terjumpa serpihan kayu yg panjangnya sejengkal di antara barang2 berselerak tu. Dia pun berniat mengutip kayu tu nak buang, takut siapa2 terpijak and termasuk selumbar. The moment dia pegang je kayu tu, terus automatik Adik Iz meroyan2 mcm orang gila. Di jerit2 kearah Kak Hani dan Mak Long. Then, digelaknya sekuat hati. Di lempangnya Iz sepenuh hati. Diroyannya seisi rumah sesedap hati. Sedara-mara Iz yg dalam keadaan kepelikan ni pun terus tersedar yg something wrong happen dan terus menekam adik Iz sambil menekan dia ke arah lantai. Adik Iz terus menjerit dalam bahasa pelik. Pak Long azan sekuat hati, then, barulah keadaan reda sikit, adik Iz berhenti menjerit dan pengsan. Tiba-tiba diorang dengar si Rita pulak ketawa kecil mcm ada sesuatu yg mengelikan hatinya.

Rita: Hehehehehehe~

Semua mata tertumpu ke arah Rita, Iz dah mula rasa yg something wrong, tapi belum sempat dia buka mulut, mata hitam Rita dah mula naik ke atas and terus die mengilai.

Rita: Yahahahahahaahaheeeeeeeeeeeeeeeee (mengilai)

Terus keadaan dalam rumah tu huru hara balik. Di sebabkan Rita nie kecil, jadi dia takdalah susah nak di jatuhkan mcm adik Iz, tengah2 sibuk Iz dan kazen lelakinya menekan Rita di lantai, tetiba Pak Long mendengus2 mcm kuda. Semua mata memandang Pak Long, tebiat apa yg orang tua ni cuba buktikan. Pak Long bangun dan start jalan macam nak terbang. Sampai je di pintu dapur, terus Pak Long bersilat membelasah angin. Sudah, dia bersilatlah pulak. Iz dengan kazennya yg menekan Rita cuba menerkam Pak Long. Perbuatan hero diorang tu dihadiahkan sepakan2 padu oleh Pak Long, salah satunya tepat ke rusuk Iz, tergolek Iz ke arah sofa. Dalam pada kelam kabut tu, Rita bangun dan berlari ke luar rumah. Kak Hani dan Mak Iz terus mengejar Rita, nasib baik gate di pagar, so Rita hanya berlari2 di dalam kawasan rumah je. Tu pun setelah berhempas pulas mengejar Rita, Kak Hani berjaya mendukung anaknya yg meraung2. Pak Long masih lagi dengan kekuda silat di dalam rumah. Di sebabkan keadaan kacau bilau, majoriti sedara-mara Iz terpaksa keluar dari rumah untuk mengelak dari di kung fu oleh Pak Long.

[MORTAL COMBAT]
Iz yg tinggal dalam rumah tu kerana risau Pak Long akan menyilat dinding sambil melukakan dirinya sendiri or the worst case scenario, Pak Long smack down-kan adik Iz yg tak sedar diri. Pak Long kemudian bersila di tengah2 pintu dapur sambil mendengus2 macam kuda hitam. Mata Pak Long melilau mcm mencari mangsa nak di kuntaunya. Iz yg berposisi di belakang sofa, memerhati gelagat Pak Long sambil memegang handphone nak buat emergency call. Nak di telepon polis, takut di tembaknya orang tua tu, nak di telepon bomba, takut di tak dilayan oleh jabatan bomba. Akhirnya dia teleponnya Abg Cass..

PIT TRIT LIT BIT TIT (sfx: no dialing)

TRUUU… (sfx: dialing tone tak sempat berbunyi, abg cass dah angkat)

Abg Cass: Weyh, abg on the way.. Korang hold dulu keadaan rumah.. Lagi 5 minit kitorang sampai..
Iz: Eyh, mcm mane abg tau nie, Pak Long nie tengah bersilat nie.. Macam mane nak buat nie..
Abg Cass: Mujib bagitau abg, ade musibah tengah berlaku kat rumah.. Ko cakap dengan Mujib la..
(pass phone kat Mujib)
Mujib: Assalamualaikum.. Ape khabar? Anda sihat?
Iz: Hello, hello, Mujib yer.. Pak cik aku bersilat nie, nak buat ape nie ??
Mujib: Okeyh, memule ko ambik..

Belum pun sempat Mujib habis memberikan instruction. Terus hand phone Iz di rampas oleh Pak Long. Di lempar nya hand phone tu ke arah dinding. Selama Iz hidup di dunia ni, sebagai anak lelaki sejati, jarang dia berasa sedih seumur hidupnya. Air yg keluar dari matenya adalah hanya untuk beberapa occasion besar je seperti tersepak bucu pintu, kepalanye tersepit di kerusi semasa berada disekolah menengah, menonton cerita 1 litre of tears dan ketika break up dengan awek 1st beliau. Air mata Iz mula bergenang sambil melihat hand phone nye melayang-layang ke dinding. Teringat dia susah payah dia mengumpul duit dgn berkerja part time utk membeli hand phone nya, saat di buli oleh boss, saat di buli oleh rakan sekerja nya, saat dia pancitkan tayar kereta boss dan rakan sekerja nya pada petang tersebut, saat dia menyorok dekat tepi tong sampah ketika boss dan rakan sekerjanya membawa obor mencari Iz. Memori2 indah Iz mengumpul duit berlalu satu persatu macam slide show ketika itu. Kemudian, air mata Iz berguguran bersama kepingan2 kaca screen phone nya ke atas lantai. Iz terus bangun dengan perasaan membara terus berteriak ke arah Pak Long..

Iz: PUNKOQ BERDARAH!!! BODO PIANG!!! WOI!!! HAND PHONE AKU TUE LA KAMJAD!!!

Di gengamnye penumbuk di tanggannya. Iz tak kira, pak cik ke, mak cik ke, ungka ke, cipan ke, kena rasuk rosakkan phone kalau, ini je jawapnya. Iz, menghayun penumbuk ke arah Pak Long.. Tumbukkan Iz yg disifatkan oleh Iz hingga hilang lengannya dek kerana kelajuan melampau terus menuju ke muka Pak Long. Terdengar sayup jeritan2 dari kazen2 dan pak cik2 nya yg lain berlari ke arah beliau dan Pak Long. Penumbuk Iz mendekati muka Pak Long, Pak Long kilas penumbuk Iz, dan siku Pak Long tiba2 muncul di hadapan hidung Iz(.. Itulah perkara terakhir Iz nampak sebelum hilang ingatan selama 10 saat. Perkara yg Iz ingat selepas tu adalah dia terbaring di atas lantai, Iz cuba bangkit tapi terasa mcm berdesing kepala dia yg teramat, belom pun sempat Iz digest ape yg sedang berlaku, tapak kaki hinggap di dahinya membuatkan beliau kembali terlentang. Moral of the story, jangan cari gaduh dengan orang kena rasuk.

Pak cik2nya dan kazen2nya yg lain terus menerkam ke arah Pak Long sambil terdengar jeritan2 kazen perempuan dan makcik2 Iz. 2 orang kazen beliau menerkam ke arah Iz sambil menekan badannya ke lantai..

[GANDALF THE WHITE]
Lepas Iz di tekan ke lantai automatik dia meronta2. Then, tetiba Iz terasa benda panas mengalir dari hidung beliau.

Kazen 1: Darahh!! Darah!! Iz tumpah darah!!!
Makcik2 dan kazen pompuan: Eeeeeee, Eeeeeeee (suara background menjerit2)

Kemudian muka Iz di tampar2 oleh kazennya sebab mereka yakin yg Iz pun dah kena sampuk and tetiba naik angin. Iz pun menjerit2 dan meronta.

Iz: AKU TAK KENE SAMPUK LAH!! WOI!! WOI!!
Kazen 1: Tipu!! Mane ade orang ngaku die kene sampuk!!
Iz: AKU TAK KENE SAMPUK LAH!! LEPASKAN AKU!!
Kazen 1: Kalau ko tak kene sampuk, 3 tambah 3 brape ?
Iz: 6!!!!

Then, sepantas kilat, sume orang yakin tiada apa2 masalah dengan Iz. Ketika itu, Pak Long masih di lantai sambil di tunggang 4 orang lelaki. Iz bangun sambil darah terus mengalir ke bajunya, Iz yg dah mula berpikiran waras ni mengambil keputusan untuk tidak masuk campur dengan urusan Pak Long ny, dia tak nak di sepak buat kali ketiga oleh Pak Long beliau. Kemudian Pak Long pun menjerit2.

Pak Long: (garau) Jangan cabar aku!!! Jangan cabar aku!!! Pengecut korang semua nie!!! Bacul!!!
Pak Cik1: Long, mengucap long.. Hoi la, mengucap long!!
Pak Cik2: Long, ingat anak bini long!! Malulah mcm nie!!
Pak Long: (garau) Lepaskanlah aku setan!!! Korang sume pengecut!!

Suare: KAMUUU YG SETANNN SEBENARNYE!!!! Jangan kacau derang lagi !!

Semua mata tertumpu ke arah lelaki yg berbadan kecil berdiri di pintu masuk sambil lelaki tersebut memandang tepat ke arah Pak Long, sesekali rambutnya berterbangan mengikut angin. Mujib dah sampai!! Akhirnya, bantuan telah tiba.
[THE LAST SAMURAI]
Mujib berjalan mendekati Pak Long yg ditimpa bertingkek-tingkek. Di dekatkan muka dengan Pak Long, dan betempik la beliau..

Mujib: Sape Kau!!!!
Pak Long: Hak Tuihhhh~~~

Mujib mengelak terjahan cecair hijau ke mukanya, terkena sipi di pipi beliau.

Mujib: HOI!! Kurang ajar!! Suke tak kalau aku ludah ko balik ?
Pak Long: ngrohhhh!!! ngrohhh!! (sfx: menarik2 hidungnya mengumpul peluru)

KELEPAP!!! (sfx: dahi Pak Long di tepuk)

Pak Long tertelan semula peluru beliau. Mulut Mujib terkumat-kamit membacakan sesuatu, di hembusnya ke arah Pak Long. Pak Long memandang tepat ke arah Mujib dgn tajam. Sedara-mara Iz yg berada di atas Pak Long mula bergegar dek akibat gegaran badan Pak Long si skala 5 skala ritcher. Pak Long mengoyang2kan badannya untuk dilepaskan tanpa perasaan penat. Mujib menyambung lagi bacaan-bacaan yg sepatutnya. Di sebabkan aku dengan Iz tak tahu ape mantera yg di baca, mungkin ayat2 lazim al-quran, mungkin ayat2 ruqiah or mungkin lagu altimet, hanya Mujib dan Allah sahaja yg lebih mengetahui. Penampakan marah pada muka Pak Long mula ketara apabila dia mula mendengus2 kembali, then 4 orang yg di atas Pak Long tergolek di tolak oleh Pak Long. Pak Long melompat bangun sambil bertempik.

Pak Long: Echiyaaaaak~~~~ (sfx: bunyik tempikan membuka langkah silat)
Mujib: Owh.. Ko nak main macam nie? Sini la kalau berani!!

Pak Long memperkemaskan kuda2 nya, Mujib mula bangun dan berdiri tegak. Pak Long menujukan penumbuk ke arah Mujib..

Mujib: Kaedah A!!!

Mujib menepis tangan Pak Long ke kanan. Satu lagi tumbukan dari tangan kiri Pak Long terbang ke arah Mujib..

Mujib: Kaedah B!!!

Mujib kilas ke kiri.. Pak Long melompat sambil membuat tendangan padu ke arah Mujib..

Mujib dan sedara mara Iz: Kaedah C!!

Tepisan Mujib membuat Pak Long terjatuh. Pak Long bingkas menyiarap umpama harimau sambil merenung Mujib. Terus dia menerkam Mujib ke arah pinggang~~

sedara mara Iz: Kaedah D!!!!

Malang sekali, silibes persilatan Mujib tak cover serangan menggunakan seluruh badan, kaedah D tidak berguna dalam situasi begini. Tergolek2 Mujib ke lantai bersama2 Pak Long. Pak Long mula melepaskan tumbukan2 ke arah Mujib, seronok Iz melihat Mujib dan Pak Long-nya bersilat sambil baring di atas lantai. Sedara-mara Iz yg merasakan Pak Long dan Mujib semakin sumbang langkahnya mengambil keputusan menerkam Pak Long semula.. Mujib bangun dan continue baca apa yg di bacanya tadi. Pak Long mula marah dan menjerit2!!!

Pak Long: (garau) HOI!! Bacul!!! Kalau ko anak jantan, sinilah!!
Mujib: Dah, malas aku nak layan ko dah!! Nanti sampai esok pun tak abis!!

Mujib menyuruh Iz mengambil air sebaldi dan merendam limau purut yg berada di dalam beg dia. Iz pun membuat kesemua yg di suruh oleh Mujib. Selepas membacakan bismilah + ayat2 yg tidak difahami (ayat al-Quran, tapi Iz tak tau ayat mane). Terus di raupnya muka Pak Long. Pak Long gelak sakan akibat perbuatan tu. Di raup lagi sekali, digelakkannya lagi Mujib. Mujib pun tengok ke dalam baldi air. Berbiji2 limau purut terapung di atas air.

Mujib: Iz.. kenape ko tak potong limau2 nie ?
Iz: Errr, mane la saya tau Abg Mujib.. kene potong ke ?

Mujib terus mengambil limau tu dan di gengamnya untuk diperah ke dalam baldi. Di cuba lagi teknik yg digunakan terdahulu. Still tak jalan gak. Makin kuat Pak Long bergelak tawa mcm menonton rancangan spongebob dah.

Iz: So Abg Mujib, ni error lagi ni, bukan salah saye la kan..

Sementara Abg Cass meluku kepala Iz laju2. Mujib terus menerus melawan Pak Long menggunakan ayat2nya. Mungkin ayat Mujib berkesan atau tenaga Pak Long sudah habis, keadaan kembali tenang, perlahan2 Pak Long layu ke lantai. Mujib pun mengambil towel dan di mandikan Pak Long dengan tuala basahnya. Adik Iz dan Rita juga di arah supaya di mandikan dengan air tersebut, Mujib menyerahkan tugas tu kepada Kak Hani dan Mak Iz dan dia keluar rumah untuk mengambil angin(isap rokok).

[ISENGARD]
Iz, Abg Cass dan sedara-mara yg berkumpul di keliling Mujib pun meminta penjelasan tentang apa yg berlaku..

Abg Cass: Mujib, ape kene nie? Aku kene sihir ke ape ke?
Mujib: Susah nak cakap, nie bukan salah sesiape nie..
Abg Cass: Abis tue, apsal dah jadik sarkis dah rumah aku nie?
Mujib: Bende yg ade dalam rumah nie takde kene mengene dengan ko, die mmg dah bersarang dalam rumah nie lame.. Sebelum ko duduk lagi..

Kebetulan, Mak Poah dan Pak Mamat (husband Mak Poah), terkedek2 datang ke rumah Abg Cass setelah mendengar bunyi orang berteriak2 bergaduh. Setelah bersalam-salaman dan menceritakan apa yg berlaku. Pak Mamat pun bersuara.

Pak Mamat: Actually, I think I know why this is happening..
Abg Cass: Pak Mamat tau? Pak Mamat nie omputih ke?
Pak Mamat: Back then, this house belong to grandpa teacher Ramlee..
Abg Cass: granpa teacher Ramlee tue ape jadah Pak Mamat, cakap melayu boleh tak ?
Pak Mamat: granpa teacher Ramlee was known as Tok Guru Ramlee by resident location (penduduk setempat)..
Mak Poah: Isk, Abang nie, mengada2 lah, cakap melayu je lah.. Mane Abg tau si Ramlee tue Tok Guru?
Pak Mamat: Mestilah aku tau, aku selalu lepak dekat rumah die tak ingat ??
Mujib: Ape bende yg di ajar oleh Tok Guru nie Pak Mamat ?
Pak Mamat: Owh, die tak ajar ape2 pun, aku suruh die ajar buat minyak dagu, haram die x kasik!! Suruh dibayar plak!!
(Mak Poah yg memberikan renungan maut ke arah Pak Mamat membuatkan Pak Mamat terus menukar tajuk perbualan)
Pak Mamat: Ramai pengunjung syarikat sukan bernombor datang mintak pencerahan dari die..
Mujib: Hurm, care die buat tue betul ke Pak Mamat?
Pak Mamat: Ahh!! Karut tue sume, 15 tahun aku dapat nombor dengan die, 10 orang datang, di kasiknye 10 nombor 1st prize.. Abis modal aku beli kura-kura dan tutung!!

Pak Mamat yg dah pengsan akibat di belasah oleh Mak Poah tidak dapat meneruskan penceritaan beliau. Tapi, kesimpulan yg dapat dibuat dari penceritaan Pak Mamat adalah pernah berlaku upcara pemujaan didalam rumah tersebut. Then, Mujib pun menyuruh Abg Cass carik balik Tok Guru Ramlee dan suruh dia buang penduduk2 haram rumah Abg Cass.

Abg Cass: Mak Poah, tau tak nombor telepon Tok Guru Ramlee..
Mak Poah: Tau, tapi die dah tak pakai telepon lagi mak cik rase..
Abg Cass: Kalau mcm tue, rumah die yg sekarang la.. Mak Poah bagitau boleh tak? Saye pegi rumah die sekarang..
Mak Poah: Isk, malas la Mak Poah nak tunjuk ko rumah Tok Guru tue..
Abg Cass: (marah) Mak Poah!! Apsal Mak Poah malas? Apsal Mak Poah melayan saye dan keluarga saya sebegini ? Ape dosa kami!!!
(Abg Cass terus meroyan2 sambil menghentak2an kaki nye ke simen 20 kali)
Mak Poah: Tok Guru Ramlee rumahnye kat tanah perkuburan Islam.. Sekarang musim hujan, lecak, malasla Mak Poah nak pegi sane..
Abg Cass: Mak Poah!!! Apsal Mak Poah tak cakap je To Guru dah kojol!!! Apsal Mak Poah buat lawak sebegini!! Mak Poah nie tak serius!! jxbxq berdarah!!!

Abg Cass yg mengalami mengalami mental breakdown yg amat dasyat terpaksa di tenangkan oleh Iz dan Mujib..

Mak Poah: Mak Poah nak balik masak.. KBai~~~

Permergian Mak Poah balik ke rumah sambil mengheret Pak Mamat yg sedang pengsan, ditenung oleh Abg Cass dengan cita2 untuk menjadi pembunuh jiran sebelahnya satu hari nanti. Then, mereka masuk ke dalam dan melihat keadaan 3 orang mangsa yg sedang terbaring. Mujib pun menyambung aktivitinya dan ketiga2 mangsa berjaya dibangkitkan. Masing2 blur dengan keadaan sekeliling. Mujib pun memberi sekeping kertas instruction kepada Abg Cass supaya disemahkan rumah beliau dan meminta diri untuk pulang ke rumah.

Mujib: Okay Cass, ni je yg aku mampu, kalau ade apa2 lagi call je lah aku.

[CROSS ROAD]
Petang tue, Abg Cass terus mencari barang2 yg diperlukan unyuk menyemah rumah beliau dan mengadakan sedikit kenduri untuk di jemput orang2 surau untuk mengadakan bacaan yassin pada malam esoknya. Sedara-mara Iz yg risau banana labour twice check-in di hotel berdekatan untuk membantu Abg Cass dan keluarganya menguruskan kenduri. Abg Cass dan Kak Hani pun ikut sekali check-in akibat ketakutan berada di rumah ankerr mereka.

Hari-hari Abg Cass dan Kak Hani kembali normal selepas kenduri, penampakan atau pendegaran perkara pelik tidak lagi terjadi kepada mereka di rumah tersebut. Mereka pun menjalankan kehidupan normal seperti kebanyakkan penduduk Lembah Klang yg lain.. Pergi kerja, balik kerja, tidur. Tiada apa2 yg terjadi pada keluarga beliau, sehinggalah tiba di satu malam yg hening dan berudara sejuk. Abg Cass terjaga malam untuk ke toilet. Sedang dia duduk di atas seat jamban, di lihatnya bayang2 di bawah kakinya muncul 2 pasang tangan tambahan, akibat tidak mahu melihat ke atas, Abg Cass terus membasuh hadas kemudian dengan pantas tidur di bawah katil.

Hari-hari ankerr kembali menghantui Abg Cass, Kak Hani dan Rita. Episod2 penampakan berlaku disetiap masa di dalam rumah. Mujib pun di jemput sekali lagi untuk bertandang. Mujib terpaksa balik dengan mengeleng2 kepala sambil memohon keampunan kerana tidak berjaya menyelesaikan kes tersebut.

/Current/
Iz: So JC, ko nampak dah tak permasalahan aku sebab kene tidur rumah Abg Cass sekarang nie?
JC: Aku still tak nampak ape2 masalah la Iz, tapi aku dah tau dah ending die ape..
Iz: Ape ending die?
JC: Ko nak suruh aku teman pi rumah Abg Cass kan? Then, buat bende nie jadik masalah aku jugak ??
Iz: Mane ko tau pemikiran aku JC ? Terrer la ko? Soo…
JC: Ahhhh!!! Tidak sama sekali!!!! Ko pi carik orang lain!! Aku tak nak terbabit dalam kes nie!!!
Iz: Ala JC, kamon la!! you are my friend!! kamon man!!
JC: Ko jawap dulu soalan aku.. Di manakah cikgu Ruhaya ?
Iz: ??????????!!!

So dengan jawapan Iz, aku tak ikutlah die ke rumah Abg Cass..
[AFTERMATH]
Sekarang Abg Cass dan Kak Hani sudah berpindah dari rumah tersebut akibat tak tahan dengan entiti yg berada di rumah tersebut. Abg Cass terpaksa membayar installment bulanan kepada bank dan apabila dia dah cukup tempoh matang, dia akan menjualkan rumah tersebut. Kini Abg Cass dan Kak Hani just menyewa di rumah lain.

Tamat

25 thoughts on “Step Up (Last Chapter)”

  1. Terpikir gak.. Dah tau umah angker kenapa tak pasang rukyah dari mlm sampai pagi.. Keluarga ni jika kuat ibadah pasti hantu setan keluar dgn sendiri.. Bacaan quran dan zikir setiap hari.. Jika umah tu di jual tak ke kes aniaya sebab pasti penghuni baru di ganggu juga..

    Reply
  2. Nyatakan lokasi rumah tersebut kalau berani la . Sb pada pendapat aku , tu rumah kau . Kau mesti kena settlekan bukannya lari , setan tu semua makhluk tuhan juga !!!

    Reply
  3. meleret2 sgt. try hard to be funny and cool kononnya. banyak parts yang tak perlu. sikit2 tu kelakar la tp lama2 annoying. try ringkaskan sikit dan tak payah melalut sgt.

    Reply
  4. bahasa digunakan sangat complicated. kiasannya bikin pening. panjang sangat satu. banyak mngarut pun ade… tapi okayla 6/10.

    Reply
  5. Yang komen cerita panjang sangat, try hard nak jadi funny nie kenapa eh? Just enjoy tak suka takyah baca teruskan jugak kenapa πŸ˜‚
    BTW nice story JC never let me down!!

    Reply

Leave a Comment