Salam FS, terima kasih kerana publish kisah saya ini. Saya tidak ingin bercerita mengenai kisah seram sihir, hantu dan jembalang, tapi ingin bercertia tentang keseramannya seseorang yang menghidap sindrom Narcissist Personality Disorder. Sindrom ini juga disenaraikan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders 5 ( DSM-5).
Baiklah itu pengenalan. Jemput baca kisah di bawah ini.
=====
Haikal menekan skrin sentuh telefon pintarnya bersedia untuk live Facebook.
“Adik, Abang, lari sana. Nanti nampak.” Haikal mengarah anak-anaknya untuk berganjak dari belakangnya kerana dia sudah sedia untuk mula bersiaran secara langsung.
Adi dan Azim anak lelaki Haikal yang sedang memakan laksa pun bergegas lari ke tempat lain yang tidak dilihat kamera handphone abah mereka.
Telah berhari-hari Haikal merasa kagum dengan diri sendiri kerana berjaya untuk mencipta ‘chaos’ di kalangan rakyat Malaysia. Jika sebelum ini, namanya disebut-sebut kerana tidak menyekolahkan dua orang anak yang berada dalam jagaannya, selepas itu namanya juga disebut akibat tidak memvaksinkan anaknya.
Kini dia berada di puncak kegembiraanya kerana berjaya meraih perhatian dengan menjadi seorang ‘flat-earther’ pula.
Haikal pun Live di Facebook. Sekali –sekala dia membetulkan rambut menghadap kamera kerana ingin tampil sempurna di hadapan peminat-peminatnya.
Penonton live videonya mulai masuk satu persatu, daripada 0 hingga 100,000 penonton.
Peminatnya memberikan salam. Dijawab salam berkenaan oleh Haikal.
Walaupun dirinya hanya sekejap sahaja di dalam kumpulan Nasyid terkemuka tanah air, tetapi dirinya tetap dikenali sehingga kini. Perkara itu meningkatkan lagi keyakinan bahawa dirinya mampu bergerak solo.
Selang 5 komen pertama yang memberikan salam, komen-komen seterusnya lebih kepada bertanyakan tentang pandangan beliau, kenapa tidak percaya bumi itu berbentuk sfera.
“Kalau bumi itu rata, macam mana kejadian siang malam berlaku?”
“Cuba bagithu kejadian empat musim berlaku macam mana?”
“Negara mana yang ada di cornet lot?”
Bertalu-talu soalan menerpa ke video live Facebooknya. Tidak tahan dengan soalan-soalan yang pada hematnya mereka yang bertanya itu tidak percaya pada Al-quran.
Haikal membalas,
‘Awak siapa saya nak jawab soalan awak tu?”
Dan bertalu-talu selepas itu komen menyokong tindakannya supaya tidak melayan komen provokasi.
Membuak-buak perasaan dalam diri Haikal merasa dirinya betul kerana mempunyai banyak penyokong.
Seraya dengan itu, Haikal block satu persatu mereka yang tidak sehaluan dengannya.
Dan video livenya pun berterusan dengan melayan soalan-soalan peminatnya yang bertanyakan tentang tips keibubapaan, tips homeschool dan tips rumah tangga bahagia.
Semuanya Haikal jawab satu persatu. Jika ada yang mempersoal walau sedikitpun, laju tanganya klik butang ‘block’.
Dan videonya terhenti di sana sahaja.
“Netizen-netizen ni ingat abang nak ikut je ke apa yang NASA cakap pasal bumi ini bulat?Memang taklah.”Bentak Haikal.
“Sedangkan ulamak pun ada yang tak percaya bumi ni bulat. Siapa mereka nak bangkang-bangkang abang.” Haikal menambah nada amarahnya.
“Ye bang, mereka tahu komen je, tetapi tidak mengkaji. Abang kan selalu pesan kena selalu suka mengkaji apa yang ada dalam Al-Quran.” Balas Iza yang menyokong tindakan suaminya itu.
“Takpelah bang, lupakanlah. Jom makan. Iza dah panaskan laksa pagi tadi.”Tambah Iza membalas.
Haikal pun menjamah laksa sambil kepala ligat memikir hendak kemaskini status Facebook apa pula malam ini.
===========
Narcissist:
Ia adalah kecelaruan personaliti diikuti corak tidak normal pada sikap yang terlebih merasa diri sangat penting, keinginan membuak untuk dikagumi, dan kekurangan rasa empati.
Mereka yang mengalami akan lebih banyak berfikir untuk mencapai rasa keberkuasaan atau kejayaan, atau pada penampilan.
Mereka selalunya mengambil kesempatan pada orang sekeliling mereka. Ianya selalunya terjadi pada umur dewasa.
====
Pada kisah di atas, Haikal merupakan seorang Narcissist yang mana akhirnya ia membawa keburukan pada orang sekelilingya.
Jika anda inginkan contoh kisah lain tentang Narcissist ini, saya akan sambung kisah Haikal di atas bagi menunjukkan betapa seramnya sindrom ini. Orang sekeliling pula boleh terkena sindrom yang dikenali sebagai Narcissistic Victim Syndrome. Mungkin pada entri akan datang saya akan menulis mengenai sindrom ini khas buat pembaca FS.
hantar kisah anda: fiksyenshasa.com/submit
Good writing, Memme! At least orang lain yang baca ni tahu apa sindrom watak tersebut hadapi (in real life). Sambung tau.
baiklah..hahah
Sambung plis 😀
plisss sambung… nak tau jugak.. tengok pon boleh agak, kalau berdepan dgn penghidap ni. mesti menakutkan
Fuh padu
Syok Sendiri @ SS yg kunun2 pentaksub Flat Earth @ FE…lantak ko lah nk taksub bagai…tp sampai taknak bg anak2 di vaksinkan tu mmg teman xleh nk terima….org mcm ni elok dok dlm hutan jer…salah seorang yg dh kn block teman lah…apa dia ingat anak2 tu takder cita2…camner deme tu nk capai cita2 kalau sekolah pon idak…takat htr kt tahfiz kunun2 nk jdkan penghafaz al-quran…dia ingat semua budak boleh ker dok menghafaz….org mcm ni sepatutnya jgn dilayan…skrg boleh lah dia mendabik dada undangan pentas byk…nnr kalau semua org dh menyampah…org pon dh x mau nk panggil ke pertunjukan pentas…bernasyid lah korang laki bini anak beranak kt dlm umah…last sekali teman nk panggil ini org…BINGAI
Btl ckp ko Epong. org pggl buat show sbb kesiankan anak2 dia yg pagi ptg siang mlm melantak laksa je.itupn x bersyukur,membongak lg ada.vaksin x nk.dpt ubat spital bodoh2 je buang dlm tong sampah.pastu bumi pulak jd rata skg ni.aje gila si setan tu.sakit btl hati acik nih😠
menarik.perlu kupas lagi berkenaan Sindrom Narcissist. 🙂
Ni ditujukan pada seseorang yang itu ke?
elok sangat ke buat begini. tak suka, tak setuju, apa pun tapi sampai sanggup bagi pahala sendiri dan tanggung pulak dosa dia? jangan jadi bodoh piang
Bodohnya kamu
Ni mesti geng haikal. Phuiii!
Baru ku taw ini rupanya nama sindrom yg menyerang si haikal selama ni. Ptt la nmpk mcm on x on je😁
Risiko utk membunuh org ada x? sbb mcm dh capai tahap kritikal je penyakit dia ni😁
Nak jg taw kesudahan sindrom ni pd kacamata tuan tanah. Pls continue k✌
Sambung cepat taw.i follow
Alahai sekejapnya! Sambung cepat!
mohon smbg ….
kuakuakuakua menganjing si bodo SS le ni
Sama la mcm mak bapak bodo aku tu dia sambut aku gan abang aku lahir kat umah sampai skrang dia sorok dh la takde Surat beranak … sekolah pun tak … tak boleh buat ic! mcm Tak wujud je kami dua beradik ni rekod kelahiran pun tiada
kalau report polis kami kena tangkap ke???? sebab takde ic
adui kesiannya
Hi, kalau umur dh dewasa sy rasa dh boleh buat sendiri. Mcm case awk ni mungkin special case. Try pegi JPN k. Utk kesenangan diri.
kalau sye jadi adik kan sye tikam 2000 Kali je mak bapa mcm tu biar dorang terburai usus, lepas tu sye serah diri baru puas ati
berko’cak mcm anjing pandai tanggujawab takde puiii atas muka dorang dua ekor tu!!!!!!!! bukan salah adik pun jadi jgn pernah nak ada niat nak bunuh diri ok!!
Kesian ank bini.. Dpt laki penyakit mcm tu.. Baik duk dlm hutan je mcm tu..
Ini namanya kisah benar hahha. Jilake boleh plak buh nama haikal.. bumi itu flat boskurr
hahahahaha yaaa mmg SS tu nakkan perhatian je. dah lama sendu
sambungan cerita ni mesti pasal graviti tu tak wujud..ahaha
hahaha.. hawauu.. graviti tak wujud jd mcm mana dia blh jejak tanah?
hahaha…hadoi…terbaiklah