Assalamualaikum wbt. Terpanggil aku ke sini untuk berkongsi sedikit pengalaman buat kali kedua yang tentunya tak setanding dengan ramai lagi penulis ‘golden’ laman ini. Sebenarnya, cerita ni dah lama aku lupakan tanpa sengaja. Tiba-tiba sahaja tercetus dalam minda, sebab mungkin cerita ini masih menimbulkan tanda tanya.
Mari kita mulakan.
Cerita berlaku pada tahun 2009 semasa aku sedang menghabiskan semester terakhir pengajian diploma. Aku ketika itu layak untuk ditempatkan di kolej disebabkan merit aktiviti yang melebihi satu mukasurat. Dan nasib yang begitu baik, aku ditempatkan di kolej kediaman yang baru disiapkan kiranya masih berbau cat. Kamilah perasmi blok baru.
Hari kejadian, senja Khamis. Aku baru pulang dari kelas, selepas minum petang dengan colek keropok dan nasi koboi di tepi pantai, bersaing dengan kawan-kawan yang tinggal di kolej kediaman lain, hanya aku yang terasing di kolej kediaman lain bersama pelajar semester satu. Berpecahlah kami, aku terus membelok ke kiri untuk pulang ke bilik. Tiba saja di bilik, aku pelik melihat koridor yang kelam diterangi oleh lampu bilik aku yang melimpah keluar kerana pintu yang tak ditutup, serta pelajar lain yang memenuhi bilik dan menjenguk dari pintu bilik masing-masing.
Aku memberi salam dan terus masuk dengan muka tertanya-tanya. Terlihat rakan sebilikku, Sha terduduk di tengah bilik sambal mendengus-dengus dan mata yang merah, badannya sedikit berayun ke depan ke belakang tanpa apa-apa pergerakan agresif lain. Tertangkaplah di kepalaku yang Sha disampuk.
“Kenapa ni?” aku tanya Ogy, katanya Sha tiba-tiba mendengus dan meraung sambil menarik-narik rambutnya dengan mata merah berurat baru 10 minit yang lalu di katil tingkat bawahnya. Mujur dia disampuk setempat, bayangkan kalau dia berlari di sekeliling bilik? Aku masih tenang, aku meletak beg di katil dan terus berjalan kearah kanan bilik untuk duduk di meja belajar, Sha mengekori aku dengan pandangan matanya.
Tangan kiri dan kanan dipegang rakan sebilik yang lain beralaskan kain tuala. Ogy memberitahu yang Sha dah sedikit tenang setelah direnjis air bacaan Qursi. Tak ada pula bacaan surah yang dapat dipasang, tak sempat agaknya nak pasang file mp3 di laptop. Tahun 2009 smartphone pun tak ada lagi. Aku mengangguk sambal menarik kerusi untuk duduk, kedudukan aku ketika itu di belah kiri Sha, matanya masih mengekori aku dengan mukanya ditoleh ke kiri, menghadap aku, sedikit mendongak untuk menyamakan aras matanya denganku.
Perlahan dia menyeringai dengan pandangan mata direndahkan, rambut lurusnya terjatuh di kiri kanan muka, sedikit berpeluh dahi dan atas bibirnya. Keadaan tangannya masih mendepang dipegang orang dengan kakinya melunjur ke depan, sedikit terkangkang. Terus Ogy bersuara “mengucap Sha..” dengan aku yang terus berdebar. Aku langsung tak tahu apa patut dibuat.
Mujur keadaan awkward tidak lama, Ustaz dan Resident Staff pun tiba. Beberapa orang pelawat dan jiran tetangga bangun keluar dari bilik yang dibanjiri mereka yang aku tak kenal pun sebenarnya. Dalam keadaan begitu, aku bangun untuk menyambut Puan Resident Staff dan Ustaz, pandangan mata Sha masih tertancap mengekoriku.
Masih tersengih, sekarang sedikit mengerang..”Erh..Erhhh..” bunyi yang dibuatnya dengan sengihan meleret. Apa yang dia suka sangat dengan aku ketika itu? Apa yang ditatapnya dengan begitu asyik sekali? Hujung jari jemari tangan dan kaki Sha kini digerak-gerakkannya, ibarat kucing manja sedang ‘kneading’. Kau boleh faham tak perasaan aku ketika itu? Aku ibarat kosong dan di awangan sebab sejujurnya aku tak pernah berada dalam situasi sebegitu pelik, di mulutku pun tiada apa-apa bacaan kerana aku seperti ‘blank’, dan pelik kenapa Sha menatap aku dengan begitu khusyuk sekali. Aku dan Sha ibarat pelakon utama ketika ini.
Ustaz membuka sedikit bacaan, aku mula keluar dari kawasan bacaan untuk memberi laluan. Tak berapa lama selepas itu, Ustaz bangun dan mengelilingi bilik sambil membuat bacaan di setiap penjuru. Sampai di penjuru katilku yang terletak di tepi pintu masuk bilik, ustaz mengatakan ada perasaan luar biasa di situ.
Seolah-olah ada ‘prescence’, dia minta kami pindahkan tempat solat ke kawasan itu. Allah, sejujurnya kami di bilik itu sering lupa tanggungjawab sebagai umat Islam, ketika itu kami lalai dan jarang mengerjakan solat. Ibarat kami membuka rumah, mengundang ‘mereka’ masuk kan? Alhamdulillah, sekarang moga terus istiqamah.
Kini Sha hampir pulih, jam menunjukkan jam 8. Sha dibaringkan di katilnya, dia lantas tertidur. Sekitar jam 8.30 Sha bingkas bangun mengatakan dia terlajak tidur dan lambat untuk ke kelas. Seolah-olah langsung tak sedar apa yang berlaku padanya tak lama tadi. Ogy menghampirinya, mengatakan Sha harus berehat dan bertanya langsung tidak ingatkah Sha tentang apa yang berlaku baru tadi? Kami semua pun masih tak habis lelah menguruskan dia sebentar tadi.
Kata Sha, dia ada bergaduh dengan teman lelakinya di telefon selepas sampai di bilik dari kelas, sekitar jam 6.30 petang. Dia amat marah ketika itu, rasa seperti nak menumbuk dinding kerana terlalu kerap bergaduh lagi-lagi dengan keadaannya yang letih berulang-alik ke kelas dari pagi. Kemudian, dia tertidur. Ingatannya hanya setakat itu.
Sha langsung tak mempunyai memori di mana dia mula menarik-narik rambutnya seperti orang kehilangan anak, mendengus-dengus seperti kerbau lapar, meracau serta menangis seperti yang disaksikan rakan sebilik. Ketika itu aku yang berada di kawasan katilku, dilindungi pintu lokar cuba untuk berbual dengan Sha. Namun, apa yang tidak kujangkakan, Sha terus terdiam dari berbual dan mamandangku atas dan bawah. Rakan sebilik pelik dengan situasi ini. Aku seperti mahu menguji Sha, aku bertanya. “Ini akulah, kenal tak?”. Sha menjawab dengan dengusan..”HERHHHH…” sambal menyengih melihatku. Ah, bermula lagi.
Tanpa membuang masa, kami menghubungi semula Ustaz minta datang semula. Sha ketika ini bangun sendiri dan melunjur semula di lantai seperti posisi tadi dan menggoyangkan badannya ke depan dan belakang dengan dengusan pantas. “Heh..heh..heh..” berulang kali. Tiada siapa yang berani memegangnya. Hanya kami rakan sebilik sahaja yang ada untuk menguruskan situasi kini.
Dalam 30 minit kemudian, Ustaz tiba dan kali ini bersama beberapa pegawai lain. Sha harus terus dibawa ke bilik rehat untuk rawatan seterusnya, kami tidak dapat menemaninya oleh kerana keadaannya yang semakin teruk. Sha terus dibawa pergi dan tinggallah kami bertiga di bilik itu.
Keesokan harinya aku berbincang dengan rakan sekelas untuk membenarkan aku menumpang di bilik mereka sehingga habis sem yang berbaki dalam beberapa minggu, semua menerimaku dengan tangan terbuka dan aku terus berpindah. Malam kejadiaan adalah malam terakhir aku tidur di bilik itu.
Aku jarang berjumpa dengan mereka kemudiannya, kerana kami berbeza fakulti dan berbeza blok kuliah. Ketika itu hanya SMS dan panggilan telefon cara berkomunikasi. Aku tetap tertanya-tanya, apa atau siapa yang bersamaku ketika Sha disampuk? Apa yang dia nampak? Bagaimana rupanya? Kisah ini ibarat terkubur tanpa jawapan, hanya ada persoalan. Apa yang dapat aku simpulkan ketika itu adalah syaitan dan iblis menemui peluang untuk mengganggu anak Adam yang sedang tertekan dan lupa seketika kepada Maha Pencipta.
Kini aku telah 10 tahun meninggalkan institusi itu. Dah lama aku tamat belajar, dan lupa tentang kisah ini. Hari ini, 10 tahun kemudian..aku kembali tertanya-tanya..
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Huh… Kalau y 1stime nampak,boleh gugur bulu2 yang Ada.
maksud bulu2 yg ada tu termasuklah bulu lubang nikmat tu yea? bulu2 yg ikal2 gitew..
Sambal? Kenapa ada sambal dlm citer ni erk? 🤔
nice story