Suami Kerap Nampak. Ini kejadian Berpantang di Rumah Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih yang tak terhingga kepada admin jika siarkan cerita ni dan maaf jika susunan ayat terabur.

Setahun 9 bulan yang lepas saya bersalin anak first, yess ni gangguan dalam pantang dan saya yang kena k. Saya bersalin secara normal dan darah nifas terlalu banyak. Hari ketiga saya keluar hospital dan berpantang rumah mak mertua. Rumah mak dengan mak mertua dekat 5minit sampai dah, tapi suami ambil keputusan saya berpantang rumah mak mertua saya.

Hari first balik rumah saya duduk dalam bilik sebab abang2 suami banyak bujang lagi, keluar masuk rumah biasa untuk orang bujang. Malam first saya susah nak tidur, suami buatkan kopi tiba2 suami lari masuk bilik dan dia keluar balik pergi panggil mertua, sampai subuh mertua mengadap saya dengan anak. Dan masa suami duduk dalam bilik suami ada kata “anak bini aku kau jangan kacau kalau kau rasa nak hidup lagi” lebih kurang gitu, saya tanya2 dia tak jawab. Esok hari dia kata dia nampak kepala siap ada cahaya terbang naik ke atas lalu tingkap dapur (tingkap dapur ada yang berlubang)

Hari ke 7 masuk hospital lagi sebab baby demam panas, hari ke 15 saya keluar hospital dan sambung pantang. Oh lupa nak kasi tahu, rumah mertua rumah kampung dan toilet bila buang air kecil terus mengalir keluar. Ok sambung k, balik rumah sambung pantang, time ni suami dah bawak tilam keluar. Pantang sepertia biasa la ye.

Hari ke 17, ingat lagi masa tu maharaja lawak mega final. Family mertua pasang tv kuat sangat. Saya ke tandas nak buang air besar, orang pantang susah nak buang air besar. Masa tengah buang air besar dengar macam ranting2 dipijak tapi pelahan, positif time tu fikir ayam atau itik .

tandas rumah ketepi tapi menanjang, jamban hujung, depan tempat mandi. Tengah membuang dengar macam orang berdengus tapi kuat sangat. Tapi fikiran positif lagi. Lepas banyak lagi dengar saya ambil keputusan nak keluar, saya nak berjalan ke pintu dengusan tu macam ikut dari luar + bunyi dengusan tu macam orang tua, tua yang tua sangat.

Saya nak buka pintu takut sebab sebelah ada tingkap dan tingkap pecah. Saya ambil keputusan jerit panggil suami, 5 kali jerit sampai terduduk saya baru suami datang sebab tv terlalu kuat. Time tu nak buka pintu pun tak larat, suami tolak pintu ajak kedepan tapi kaki saya tak boleh jalan. Dia peluk saya bawak kedepan. Malam tu penuh ruang tamu, mertua, kakak ipar, abang ipar teman. Dan yang ganggu saya nenek kebayan. Suami yang kerap nampak. Alhamdulillah saya tak nampak hanya dengar.

Pantang ke 20 saya balik rumah mak saya sebab mak saya risau. Rumah taman better, sebab dekat luar sentiasa ramai orang. Tapi tetap syok berpantang dikampung, cuma seram sikit.

Tak seram pun tapi nak share. Darah nifas dia bau sangat kuat, 7petala langit boleh bau. Kalau toilet jenis air terus ke longkang luar rumah better repair k. Takut benda tu bau ☺️ Terima kasih

JajaComel
Suami Kerap Nampak. Ini kejadian Berpantang di Rumah Mertua
10 (100%) 1 vote

10 comments

  1. Tingkap dapo ada lubang.. Tandas pulak tingkap pecah..aliran kencing darah ke luar la pulak.. TV pulak di pasang kuat gelak ketawa pulak. 4 ni yg buat natang tu suka dan datang…nasib baik tandas bukan kat luar rumah..lagi senang natang tu ganggu..
    kalau saya pun panggil ank saya balik berpantang umah saya mcm tu..

    1. Haha.. salah tu makcik.. selagi x langgar perintah Allah.. antara emak ngan suami yg mana kena ikut? Kalo suami cakap pantang lam reban ayam (contoh ye) skalipun.. siapa emak nak sibuk2? Tu la masalah ramai mak mertua.. suka buat anak serba salah nak ikut cakap suami atau nak penuhi hajat emak… alasan keselamatan anak la konon.. kalo nak kena ganggu mana2 pun kena.. yg penting percaya ngan Allah Yang Esa…

    2. Tapi kan…
      Suami wajib menyediakan ruang kediaman yang selesa dan selamat untuk isteri…
      Lelagi kat rumah mak mertua tu ramai lelaki bujang, jadi agak berat dalam menjaga aurat terutama dalam keadaan yang kurang sihat…
      Isteri mmg wajib patuh pd suami…
      Tapi, suami yg baik akan bertimbangrasa selalu dengan isteri…

  2. Org berpantang ni plg senang nk kn apa2 yg buruk…teman dulu kalo org umah berpantang…mmg teman biasakan solat dekat ngan org umah tu berbaring..nk dkt maghrib mmg akan pastikan umah semua bertutup…siap dh psg kelambu ngan sembur ubat nyamuk…pas solat biasakan mengaji…at least ayat 3 qul tu…insyaallah x jd apa2 yg buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.