Moyang Aku Bunian

Assalamualaikum semua pembaca fikshen shasha, aku ingin menceritakan kisah yang betul-betul terjadi kat aku dan aku pun terkejut sampai sekarang. ok tak nak panjang -panjang kan cerita kita mula.

Moyang aku  hidup lama dalam umur 150 tahun kot rasanya dia. Semasa dia meninggal dunia, sedang kami nak simpan dia ke Lubang Lahat, tiba-tiba dari jauh bau wangi semerbak baunya menerpa ke arah hidung kami dan muncul la seorang perempuan yang datang berpakain macam orang purba. Paras wajah dia cantik sangat. Dia memperkenalkan dirinya sebagai puteri Kalsom (bukan nama sebenar) seorang puteri bunian. Abah aku seorang yang ada kelebihan dan aku juga seperti abah aku. “apa hajat puteri kemari?” tanya abah aku menggunakan bahasa purbakala “puteri datang untuk mengambil kakak puteri, puteri inawati (bukan nama sebenar) jangan tuan hamba kuburkan dia di sini,” kata puteri kalsom. kami terkejut. Eh, moyang kami ni bunian? muka dia nampak takda kacukan pun. Aku tarik baju abah, aku tanya kat abah, “kenapa moyang takda rupa macam puteri tu pun?” abah aku kata tak tau la.. Kami penuh dengan tanda tanya. Tiba2 keluar pertanyaan dari puteri Kalsom “kenapa muka puteri inawati tiada rupa seperti puteri?” tanya puteri tadi sambil melihat aku dengan senyuman, aku mengangguk “oh”. , Katanya lagi, “emak puteri inawati dan emak puteri kalsom lain-lain, emak Puteri kalsom bunian sepenuhnya tetapi emak puteri inawati ialah seorang manusia seperi kalian.” sambil tersenyum.Jjenazah moyang aku sudah ada di tangan para pengawal puteri bunian yang tiba-tiba muncul dari arah belakang puteri. Seluruh saudara-mara ku masih terkejut.  Aku memandang puteri tadi kembali dan masa yang sama juga puteri itu berkalih memandang ku. Dia merenung ku sambil tersenyum. Masa ni aku sedikit terkelu lidah dan sangat terkejut, “tuan hamba,adakah ini anak tuan hamba?” Tiba-tiba tuan  puteri bertanya sambil memandang lagi ke arah ku” ya, puteri ini anak kami” Ku perhati, tuan puteri tersenyum melebar dan tak lepas-lepas memandang ke arah ku dari tadi.” nombor 2 ya?, boleh tuan puteri membawa dia pulang bersama puteri? puteri akan mengantikan dia dengan harta tuan puteri di istana sana.” Aku pun lari pergi belakang mak aku. “Maaf tuan puteri, anak ini tidak boleh di gantikan dengan harta. “maaf.” kata abah aku. “Darah puteri inawati ada di dalam badan ibunya dan anak tuan hamba mewarisi darah itu, jikalau tuan hamba tidak mahu memberikan anak itu kepada puteri, puteri akan mengambilnya kemudian hari. “assalamualaikum”.  Kemudian puteri itu hilang dari pandangan kami.

Malam itu kami tidur beramai-ramai di ruang tamu. Perempuan tidur belah kanan ruang tamu, mana kala sepupu lelaki tidur belah kiri ruang tamu. Ibu bapa kami tidur di dalam bilik. Rumah moyang aku tu sangat besar tapi rumah kayu. Rumahnya seperti huruf T. Ruang tamunya boleh memuatkan dalam 30 orang kerana rumah itu sangat la besar. Biliknya saja ada 10 dan 1 bilik boleh muat 3 hingga 6 orang. Moyang membuat rumah terebut besar kerana cucu-cicit dia banyak.

Jam menunjukkan pukul 12.57 tengah malam tetapi aku masih tidak dapat tidur sedangkan sepupu-sepupu ku yang lain sudah hilang entah ke mana di alam mimpi.” syuhada…”  (bukan nama sebenar) panggil satu suara yang sangat merdu di telinga aku. Serentak itu pintu utama terbuka “kreeek!!!” sekali lagi suara itu memanggil nama ku. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah seorang perempuan yang berpakain seperti puteri di raja purba kala. Sedang aku berjalan ke arah puteri, tangan ku ditarik seseorang. Khairul sepupu lelaki ku,”syu nak ke mana ni?” tanya sepupu ku itu. Suara puteri kalsom masih ada memanggil ku dari jauh mengharapkan aku datang kepadanya. “takda bang, syu nak tutup pintu ni aje,terbukak, angin la kot”  Kata aku cuba untuk berbohong. “syu, syu ni muda dari abang setahun je jangan ingat abang tak tahu yang syu ni tipu abang”. Aku hanya diam mendengar bebelan yang aku akui memang betul. Abang khairul ni ada kelebihan jugak. selepas menutup pintu utama kami kembali ke tempat asal. Selang beberapa minit toto yang selesa lagi tebal itu bergerak seperti ada yang duduk di sebelah ku padahal sebelah ku ini hanya kosong tidak ada orang.  Aku pejamkan mata rapat-rapat. “syu,dah tido ke?” oh, abang khairul rupanya “tak lagi,kenapa?”  ku buka mata duduk bersandar di dinding bersebelahan dengan abang khairul. “tak de ,cuma abang nak tanya hari jadi mira yang ke-15 tahun dah sambut ke?” aik apa tanya soalan pelik pulak ni? “Erm, dah kenapa bang?” aku pandang sekilas ke arah adik lelaki ku yang sedang tidur. sebelahnya ,abang khairul!!! sedang tidur nyenyak. Ku pejam mata ku rapat-rapat kerana takut yang amat sangat bau wangi bunga seperti wangian bunga kasturi, mawar macam tu la dan datang suara tadi memanggil nama aku. Kemudian aku pengsan kerana takut yang amat sangat.

Apabila ku buka mata melihat puteri bunian tadi dan para pengawal mengerumuni aku. “angah? angah?” suara mak aku mengetuk gegendang telinga ku. “mak? mak!!! mak kat mana?” aku buka mata ku perlahan takut kalau itu semua hanya mimpi tapi tak, mak aku berada di tepi ku bersama abah dan adik, kakak, adik beradik mak dan sepupu-sepupu ku. “Ja,bagi angah minum air ni” (panggilan (ja) untuk mak aku). Mak aku ambil air yang telah dibaca abah aku tadi. Terasa perit leher aku bila air yang di baca itu masuk di kerongkong aku.”angah, angah pi mana ?” yang lain hanya berdiam diri. “angah tak pi mana aih, semalam puteri tu mai dia panggil nama angah” kata aku sambil menunduk. “semalam?” kata abang kahirul terkejut. Masa tu abang khairul bukak cerita yang malam aku hilang tu dia dengar aku bercakap dengan seseorang. Lepas tu dia tengok aku berjalan ke arah pintu utama sambil ditemani perempuan cantik berjalan sehingga ke hutan. Dalam masa tu dia berlari ke dalam rumah sambil menjerit-jerit kata aku kena ambil puteri bunian. Mak ngan abah aku bangun cari aku keliling rumah moyang tapi tak jumpa. Abah aku cuba macam-macam untuk dapatkan aku balik. Sampai la jumpa seorang orang tua ni orang panggil dia paklang Mon (bukan nama sebenar) boleh dikatakan pandai berubat dan boleh berkomunikasi dengan benda-benda ghaib. Abah aku mintak tolong dia.

Petang tu pak mon sampai rumah minta segelas air dan mulakan upacara panggil puteri Kalsom. Pak mon datang bawak hajat untuk berunding dapatkan aku, puteri tu datang dengan muka yang bengis dan marah-marah dengan pak mon. Puteri tu cakap pak mon kacau urusan dia nak ambil keturunan dia itu hak dia. Pak mon kata kita berunding la secara elok. Tak lama selepas habis berunding, puteri tu cakap dia akan hantar aku dalam 5 minit. Kemudian aku muncul la depan Pak mon. puteri tu setuju dengan syarat yang mereka berdua tetapkan iaitu setiap bulan dia akan datang sebanyak 3 kali melawat aku. Pak mon pulak tetapkan syarat agar jangan pernah bawak aku ke alam dia lagi. Macam tu la ceritanya kata abah aku.

Korang tahu tak aku hilang berapa lama? 2 minggu kot!!! padahal aku tak jaga-jaga pun kat situ punya la lama aku pengsan langsung tak sedar. Pak mon tu kata hati-hati setiap bulan dan 3 hari tarikh dia datang melawat aku tu 15, 20, 25hari bulan. Setiap tarikh tu mesti aku akan mimpi dia bawak aku pergi 1 taman yang cantik dan ada bunga, rama-rama, buih dan ada air terjun. Paling pelik bila aku sedar je dari mimpi mesti baju aku basah atau kesan lumpur. Aku tak tau sama ada tu betul ke atau hanya mimpi semata-mata.. Jadi nasihat aku untuk pembaca, banyak-banyakkanlah baca al-quran kerana quran tu pendinding diri buat kita..Ok itu aje kisah aku kali ini. Terima kasih fikshen shasha kerana siarkan cerita aku yang tak seberapa seram ni. Assalamualaikum.

FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. Best ceritanya…tak seram tapi sangatlah menarik….pergi taman yang indah….woww..apapun…terbaikkk!!!!….😊👍❤

  2. Cerita menarik…nak tanya,mcm mana rupanya puteri bunian tu? Org kata,org bunian ni tiada longkang di antara atas bibir mcm manusia biasa..betul ke?

  3. Betul ke ni,cerita betul bukan merapu …
    jika betul alhamdulillah ..memang manusia boleh ke alam Bunian dengan Jasad kot …jadi betulah kata Tok-tok guru kita …
    Semoga Selamat semuanya dengan izin Allah swt …

  4. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

    Al-Israa’ 17:85

  5. Assalamualaikum…. apa yg diceritakan… sama ada betul atau tak.. kita kena percaya.. saya juga percaya.. kerana kita dikurniakan 2 alam… Alam Nyata Dan Alam yg hanya Allah sahaja yg tahu… apa-apapun, kita semua kena kuatkan akidah demi melindungi diri daripada tipu daya syaitan dan sekutunya… pengalaman sebegini, pernah terjadi kepada kaum kerabat saya… saya juga pernah mengalaminya.. ‘mereka’ akan perdayakan kita melalui mimpi2 indah… serta penglihatan yg orang lain tak nampak.. tak rasa, kita je yang melihat dan merasa… cuma, hati kita perlu kuat walaupun dalam mimpi, kita boleh ‘cuba kontrol’ pemikiran luar sedar kita.. mohon la kepada Allah SWT.. agar kita tidak mengikut ‘jalan mereka’….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.