Rambut

Apa yang aku nak cerita ni bukannya panjang dan menyeramkan sangat, tapi cukup untuk meninggalkan kesan trauma seumur hidup aku.

Korang selalu gugur rambut tak? Tak kira la lelaki or perempuan, semua ada masalah ni kan? Sama la dengan aku. Masa aku tingkatan 5, rambut aku selalu gugur dek stress belajar spm. Jadi, tak hairanlah kalau lantai bilik aku full ngan rambut. Ohyaa, and one more thing aku lupa nak beritahu, aku ni perempuan yg ada satu penyakit msteri. Penyakit ‘lebam tetiba’. Kadang² bila aku bangun, ada aku nampak lebam dekat sekitar badan aku. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali. Penyakit ni kadang timbul after aku mimpi something yg pelik². Like aku date ngan laki yg aku x kenal ke, aku bermesra ngan laki la and all that. Ustaz cakap buatan orang or memang ada “benda” yg tertarik ngan aku.

Nak dijadikan cerita, one fine night masa aku busy buat revision aku sedar ada something pelik. Aku dapat rasa kat belakang aku ada org tengah berdiri. Mula² aku fikir adik or mak aku. Tapi ikut logik, kalau dah jam 2 am, memang aku sorang je yg masih berjaga masa tu. Dengan selambanya aku toleh belakang, but nobody theres. Bila toleh balik kat meja belajar, ada satu bayangan yg memang jelas tubuh manusia kat belakang aku. Tengah static berdiri. Apa lagi aku masa tu, terus la melompat ke katil and berbalut selimut. Nasib katil and meja belajar bersebelah je. Esok paginya bila aku dah bangun, aku tengok kat lantai bilik aku rambut yg ya rabbi banyak ya. Tapi aku buat tak kesah.

Hari lain pula, masa aku balik skolah. adik aku tetiba demam panas (adik aku 7 tahun). Dia takut sangat tengok aku masuk dalam bilik aku masa tu. Everytime aku biarkan pintu bilik aku terbuka, dia akn nangis kuat sangat and muka dia jadi pucat sangat masa tu. Dah masuk seminggu adik aku demam. Makin lama makin teruk smpai adik aku meracau. Ahli keluarga aku yg lain semua tak sedap hati ngan perangai adik aku ni. Last² ayah aku ambek langkah untuk bawa dia jumpa ustaz.

Masa adik aku berubat, ustaz tanya apa yg adik buat sampai demam macam ni. Adik aku cakap, “adik tak sengaja masuk bilik kaka ya untuk main. Tapi masa adik buka pintu, adik nampak perempuan mengensot di lantai kaka ya kutip rambut and taruh di kepala dia.” Adik aku ada juga cakap yg “perempuan” tu muka hitam mata putih, baju lusuh. Seram jee. Bila ‘perempuan’ tu sedar yg adik aku masuk bilik and takut tengok dia, terus benda tu mengensot masuk bawah katil aku. Dia juga cakap yg dia nampak ‘perempuan’ tu makan rambut aku kat lantai bilik. No wonder la adik takut tengok bilik tu. Hmm.

Then lepas berubat adik aku penat and tertido. But tak sangka pula aku pun disuruh untuk berubat sekali. Ustaz tu tu yg ajak. Mula aku kena tanya if aku ada something yg pelik. Aku cerita pasal penyakit lebam aku tu. Both parents aku terkejut sebab aku tak pernah nak gtau sapa². Takut dorang risau. Ustaz simpulkan yg itu adalah gangguan dari jin lelaki yg tertarik ngan aku. Ustaz cakap, setiap manusia ada pemanis sendiri. Tak kira dari kening ke, senyuman ke. Kalau aku, dari lesung pipit ni jin tu suka. Jadi dia nak berkawan (menurut ustaz tu).

And yg aku terkejut, rambut aku gugur pn sebab jin juga. Jin perempuan yg dengki. Dia tak suka yg jin laki tu berkawan ngan aku. Jadi dia marah. Dia tarik² rambut aku sampai gugur bnyak. Lepas tu, dia ambek rambut aku. Jin perempuan tu menetap bawah katil. Hmm. Patutlah sometime aku rasa ada bnda bergerak dari bawah katil. Ustaz cakap lagi, kalau aku tak berubat maybe worst will happen. So aku turut kn je. Selesai berubat, kami balik rumah.

Kat rumah baru la semuanya bercerita. Dorang selalu nampak perempuan mengensot kat lantai rumah aku malam². Rambut aku kat lantai ruang tamu boleh hilang tetiba. Mak fikir aku sapu, padahal aku tak buat apa pun. Ada satu hari itu kakak aku bangun pergi tndas, dia nampak ada somethng yg mengensot masuk bilik aku dari dapur. Mengensot laju je kakak aku cakap. Dorang tak nak cerita sebab takut aku tak tido bilik lagi. Esoknya bila aku ngan family aku kemas bilik, kami angkat katil and somethng kami jmpa. Gumpalan rambut aku sebesar pnumbok and and kesan air liur kt rambut tu.

Bermula dari hari itu, aku memang akan selalu buang rambut aku yang gugur. Dah tak biar bersepah. Pantang nampak rambut aku akan vacum terus.

So if korang punya rambut banyak gugur jugak, cuba tengok bawah katil. Kot² ada yg dok kumpul or makan?

.

Iza
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

  1. Gunalah sunsilk urang aring.. sesuai utk yg ska balah tangah. Soul akn lbih trserlah. Yg pnting balahan simetri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.