Assalamualaikum, hye guys. Ok hari ni aku nak cerita pasal kejadian di hospital. Kebetulan adik aku doktor, so banyak juga aku dapat story. Hari ni baru aku sempat menaip. Sebelum aku mula ada dua perkara aku nak beritahu.
First! Aku bukan doktor, jadi istilah yang diguna pakai oleh doktor, alat-alat hospital memang aku tak tahu. korang faham-faham sendiri bila aku cuma menggambarkan menggunakan ayat pasar.
Second! aku gabungkan terus tiga cerita sebabnya aku rasa macam pendek. aku nak cerita ni ringkas, padat, tepat, dan mudah difahami.
SIAPA DIA??
Tiga tahun lepas, malam tu macam biasa, doktor yang baru habis belajar ni kira on call, adik aku tak terkecuali. Adik aku perempuan, Shah nama dia. Shah, Tikah dengan Sara ni kawan baik. Jadi bermulalah perjalanan hidup diaorang sebagai doktor pelatih yang orang sebut MA? MO? Aku pun tak tahu. sebagai orang yang baru, diaorang sudah tentulah nak kenal-kenal hospital.
Jadi malam tu, kes tengah tak ada kata si Shah ni. Dia pun bergerak lah dengan Tikah dan Sarah keliling kawasan hospital. Bukan lah jauh. Sekitar kawasan department diaorang je. Ok! Diaorang ni jaga bahagian emergensi. Dan bahagian tu dekat pula dengan bilik mayat.
Nak dipendekkan cerita! Malam tu ada satu kes kemalangan. Kes tu melibatkan seorang orang tua dan pemuda belasan tahun. Budak tu selamat. Ok, sikit je kecederaan tapi tetap dimasukkan ke bahagian tu sebab nak cek kot-kot ada bahagian lain yang luka agaknya.
Pakcik tu pula tenat. Diaorang gunalah alat defibrillators (yang pam jantung tu) tapi tetap tak bernafas juga. So diaorang guna teknik CPR. Berganti-ganti. Lepas Shah, Tikah. Lepas Tikah si Sara diikuti oleh doktor senior yang lain. Diaorang buat bergilir-gilir, tujuan supaya jantung pakcik tu berdegup.
“Shah, aku nak terkencing.” Masa ni Sara dah tak boleh tahan.
“Tandas yang depan tu berkunci. Korang kena guna tandas hujung tu.” Arah seorang senior sambil menekan dada pakcik tu berkali-kali. Masa ni semua dah letih. Aku tanya adik aku, dia cakap penat ooo buat benda tu sebenarnya.
Tandas hujung?
Shah dan Sara berpandangan. Tikah tengah menggantikan doktor senior tu tadi dok tekan-tekan dada pakcik tu.
“Ye tandas sana tu.” Doktor senior tu turut membantu Tikah. Masing-masing tengah sibuk. Tapi bab nak terkencing memang tak boleh nak kawal, macam mana pun memang perlu membuang.
Shah takut sebenarnya, sebab tandas hujung tu kena lalu bilik mayat. Jam dah pukul dua pagi. yelahh… diaorang ni sebenarnya macam mana banyak sekalipun praktik dekat hospital, kalau bercakap pasal makhluk halus. Semua kecut! Semua tahu benda tu wujud.
Jadi berjalan lah si Sara dan Shah ni. Doktor senior dah bising suruh cepat. Masa lalu bilik mayat tu, diaorang rasa lega sebabnya lampu depan bilik mayat tu terang dan ada doktor yang uruskan bilik tu. Yelah, kalau tak, tentu sekali gelap. Jalan tu tak adalah jauh, tapi kalau dah pukul dua pagi…. selangkah pun rasa macam setahun.
Shah dengan Sara berlari cepat lalu situ. sampai dekat kawasan yang ada doktor tunggu kat bilik mayat tu, diaorang just menyapa dan kemudian tersenyum, tapi doktor tu buat muka kerek.
Sombong!
Sampai dalam tandas Sara melepaskan hajat. Adik aku si Shah ni terdetik nak keluar. Dia pun tengok semula bilik mayat tu. Eh! Gelap. Lampu tadi tah tutup tapi doktor tu masih ada lagi lahhhhh. Dia tengah tulis apa entah kat papan putih. Mungkin tugasan dan giliran untuk esok. Adik aku urut dada, bolehlah bernafas lega.
“Dah jom! Kau tak nak buang air?” tanya Sara
Shah menggeleng. “Jom cepat!”
Diaorang pun berlari lalu tempat yang sama. tapi tak adalah takut sangat sebab ada doktor tu. So! Sampai je dekat bilik kecemasan tu, diaorang sambung tugas doktor senior tadi dan Tikah. Masa ni Tikah pula rasa nak terkucil.
“Ha! pergilah, kat tandas hujung sana.” Shah suruh.
“Jom teman. Gila kau pergi sorang?” Tikah minta doktor senior tu teman.
“Ala tak payah teman, kau lalu je… ada juga doktor lain yang jaga bilik mayat tu. Tak adalah takut sangat.” Adik aku si, Shah cakap.
“Doktor jaga bilik mayat?” Doktor senior tu hairan.
Shah dan Sara angguk jelah, diaorang tak fikir apa-apa.
“Owh! Doktor lelaki, pakai kot putih? Rambut belah tepi? Pakai cermin mata?” jawab doktor senior tu
“Haah!”
“Korang tanya apa kat doktor tu?” tanya yang senior tu lagi.
“Tak apa, dia masam muka je.” Jawab Shah.
“Doktor tu memang sentiasa ada kat situ, ramai orang nampak, tapi sebenarnya dia dah lama meninggal. Kemalangan. Aku sendiri pun tak pernah nampak.” Senior tu tadi beritahu, tapi muka dia msa cakap tu selamba je.
Shah dan Sara ni memang benganglah. Yelah! Boleh pula selambaaa je dia cakap.
“Sorry2. Aku tak pernah jumpa, tapi doktor kat sini yang beritahu. Memang itulah hakikatnya. Aku ingatkan tak wujudlah cerita tu, tapi kalau kau dah beritahu kau jumpa, kira korang bertuah lah.” Senior tu kemudian menawarkan diri untuk teman Tikah. Walaupun jauh diaorang tetap pergi tandas yang jauh.
Masa ni pakcik tu dah stabil. Boleh bernafas dan dah sedar. Tapi tiba-tiba pula pemuda tadi mengalami komplikasi. Akhirnya, pakcik tu hidup dan pemuda itu menemui Ilahi.
Itulah adik aku kata pengalaman pertama dia jumpa benda pelik dan pertama kali berdepan dengan keluarga untuk memberitahu tentang kematian.
SARINA
“So! Sarina ni kerja dekat mana?” Sara tanya pesakit yang masih berumur 20-an. Lawa budaknya. Lembut je. Masuk hospital sebab jangkitan kuman pada paru-paru selepas demam panas.
“Saya kerja cashier je kak.”
“Eh! Selagi kerja halal apa nak cakap macam tu?” Sara baru lepas ambil darah budak tu. Kali ni Sara jaga wad petang tu.
Haaaa aku tak tahulah sangat kerja doktor ni, tapi dari apa yang adik aku cerita begitulah lebih kurang. Diaorang kena belajar semua sekali. Tak ada yang tinggal. Apa yang nurse senior tahu, diaorang akan ambil pengalaman dari situ. Kadang-kadang, bab cucuk dan ambil darah pesakit ni, nurse lagi pro kata adik aku. Dan sebagai doktor diaorang pun memang sikap merendah diri. Belajar apa yang diaorng tak tahu. nampak simple tapi itulah kebenarannya.
“Ok! Kita akan buat ujian pada darah ni,” Sara dengan budak tu sama je umur. Sambil berborak-borak, diaorang ceritalah hal-hal sakit dan hal-hal lain. Tujuan Sara ni tak nak Sarina ni berfikir sangat pasal sakit dia. Biasalah orang kalau dah masuk hospital, otak diaorang fikir, lambat baik, mati, tak ada penawar. Itu je… risau tu kadang-kadang melampau
kira Sara ni jenis yang banyak mulut. Kata adik aku, kalau berjumpa dengan Sara ni, baru sehari dah macam setahun.
“Nanti doktor datang lagi?”
“Esok saya datang dengan doktor pakar. Biasanya pagi doktor pakar akan datang.”
Sarina angguk beberapa kali dan barulah Sara pergi.
Malam tu, Sara duduk dengan si Shah ni dekat bilik yang dikhaskan untuk doktor yang oncall. Diaorang berborak lah. Yang si Shah ni luahkan rasa stress dia dan si Sara pun sama. Sebenarnya doktor ni lagi penat dari apa yang orang sangkakan. Kalau time diaorang oncall tu tak berhenti kes, memang kalau dapat katil terus terbongkang.
Tapi time baru je si Shah dengan Sara ni nak terlelap, diaorang dapat call dari nurse, kata ada pesakit kat wad atas sesak nafas, so nak kene buat intuber. Apa lagi, berlari lah si Sara ni. Sebab itu wad dia. Dia pun siap-siap lah.
Masa dia keluar dari pintu tu nak naik tangga ke tingkat atas dia nampak si Sarina tu merayau. Tengok jam dah pukul 11 malam. Jadi si Sara ni panggil lah si Sarina tu yang kebetulan masa tu baru je lintas depan dia.
“Sarina..” Sara berlari ke arah tangga. Tapi bila sampai tempat tu, dia tengok si Sarina tu tak ada. Jadi dia naiklah anak tangga tu. Sara dekat tingkat satu masa tu, pergi wad Shah sekejap. Wad Sara tingkat tiga.
Jadi masa nak naik tangga dengan berlari-lari tu, terserempak dengan Sarina lagi. jadi si Sara ni cuma suruh Sarina tu balik ke wad dan tidak merayau. Dia marah juga dengan nurse yang jaga, macam mana boleh si Sarina tu dibiarkan keluar? Jadi lepas dia tegur si Sarina tu untuk balik wad, dia lari naik tingkat atas.
Dengan gelabah dengan kelam kabut, Sara pergi ke katil yang pesakit sesak nafas, yang perlu intuber, iaitu Masukkan tiub dari mulut ke rongga tekak tu
Jadi masa sampai dekat katil tu Sara terdiam, dia tengok je pesakit tu lama-lama. Tertelan air liur jugalah si Sara ni. Sampaikan nurse tu beberapa kali tegur apasal dengan Sara tu. Sara buat je kerja dia, tapi sesekali dia pandang juga ke pintu masuk wad. Dia macam tak percaya, dia baru jumpa Sarina dan tegur perempuan tu, tapi yang di atas katil tu, yang sesak nafas, yang sedang separuh sedar, yang nak masuk intuber tu adalah Sarina.
“Kenapa doktor?” Tanya salah seorang nurse yang memang perasan banyak kali Sara tu buat muka pelik.
“Tak ada apa.”
Namun takdir menentukan segalanya. Malam tu lebih kurang setengah jam lepas Sara bertungkus lumus selamatkan Sarina, gadis itu meninggal dunia. Sampai sekarang, Sara rasa itu adalah roh Sarina. Yelah, waktu dia tengah sesak nafas tu mungkin roh dia dah di awang-awangan. Dia dalam keadaan antara sedar dan tidak. Wallahualam.
PSIKIATRI
Dalam banyak-banyak cerita yang adik aku beritahu, cerita yang ini paling aku tak boleh blah. Kira bagi aku, ini cerita yang paling aku meremang dan luar biasa. nak tahu kenapa? Ok cerita dia macam ni
Shah ada seorang kawan yang kerja di bahagian psikiatri, Hemrul namanya. Hemrul ni kira sama juga satu batch dengan Shah, cuma bahagian dia lain. dia ni kalau berborak-borak biasanya dia akan cerita pasal kelakuan pesakit mental. Bukan untuk mengaibkan, tapi dia menceritakan sekadar berkongsi pelajaran apa yang dia tengok dan tanda-tanda awal penyakit tu bermula.
Yelah, zaman sekarang ni orang yang ada pesakit mental banyak, cuma diaorang tak tahu diaorang sakit.
Kata si Hemrul, ada satu kes ni yang dia paling tak boleh lupa…… siap dia rekod lagi apa yang berlaku. masa dia tunjuk apa yang ada dalam video tu, Shah dengan kawan dia tak percaya, sebab memang perkara itu sangat mustahil. Bukan dia sahaja, malah pakar dekat hospital tu terkejut sewaktu berlari untuk buka pintu bilik perempuan tu dan tengok apa berlaku.
“Ini bukan kes psikiatri ni!” doktor pakar tu ternganga.
“Sila duduk.” Hemrul suruh wanita di hadapan dia untuk duduk. Ini adalah kes pertama bagi wanita itu. Dia hamil, tujuh bulan. Dia datang dengan suami dia sekali, jadi suami dia masuk masa sesi kaunseling tu.
“Apa masalah nya puan?” tanya Hemrul. Perempuan tu menunduk je.
“Doktor, isteri saya selalu nampak benda hitam besar dekat rumah tu, dia nampak benda bukan-bukan. Saya rasa dia banyak berkhayal.”
Dan bagi Hemrul, itu perkara biasa. Bagi pesakit mental, memang itulah yang selalu diaorang nampak. Diaorang akan bercakap dan berbual dengan ‘benda’ yang dikatakan kawan diaorang.
“Apa lagi yang puan nampak?” tanya Hemrul.
barulah wanita tu mendongak. Dia cakap benda tu selalu nak suruh dia mati. Ok! Itu juga tanda pesakit mental. Mereka akan mendengar suara halus yang menyuruh diaorang bunuh diri. Jadi, Hemrul menganggap itu memang kes biasa. “Apa lagi dia cakap?”
“Dia nak baby saya…” kata wanita tu.
“Dia nak baby puan?”
wanita tu angguk.
“Puan ada masalah tekanan? Masalah kewangan? Masalah tidur atau apa-apa sahaja?” Hemrul kena cek jenis penyakit perempuan ni.
“Tak ada, saya ok, tapi percayalah saya tak bohong.”
“Saya tak kata puan bohong.”
“Tapi semua orang tak percaya.” Marah perempuan tu.
“Bukan tak percaya, kadang kala, kita berimaginasi yang bukan-bukan bila kita penat, atau tertekan.” Hemrul pujuk, harap tak adalah perempuan tu rasa sedih sangat. Jadi setelah perbualan tu semua, dia merujuk pakar dan pakar mengesahkan yang perempuan tu ada masalah kemurungan. Kebetulan pula, suami dia baru berhenti kerja, sewa rumah tertunggak, bil dah nak kena potong. Memang Hemrul nampak ianya masalah kemurungan dan tanda-tanda tu ada selain dia suka berkurung di dalam bilik.
Jadi sepatutnya lagi dua minggu temu janji dengan perempuan tu. Aku namakan pesakit ni Adah. Jadi sepatunya Adah akan ke hospital dalam masa dua minggu dari sekarang. Tapi tak sampai beberapa hari, Hemrul dapat kes dari kecemasan yang merujuk kepada psikiatri tentang Adah ni yang nak bunuh diri. Adah ni kelar tangan dia, berdarah-darah. Panik suami si Adah ni. Menangis-nangis, nasib baik sahaja dia tak tikam perut dia.
Jadi selepas selesai hal perubatan di emergensi, Adah ni dibawa ke psikiatri semula untuk dirawat. Jadi Hemrul menyuruh si Adah ni duduk di wad, senang bagi mereka pantau. Tapi Adah ni bertegas. Dia cakap yang dia tahu kawal diri. Dia kata pada pagi dia mengelar tangan tu, bukan dia yang buat, tapi benda hitam tu yang buat.
Hemrul dah gelisah bila dengar perempuan ni tak habis-habis cakap pasal hal lembaga hitam. Hemrul tahu itu semua hanya khayalan dan perempuan tu mengalami tekanan yang sangat teruk sampai dia nak cederakan diri.
Hasil dari perbincangan dengan suami, akhirnya suami dia setuju untuk tinggalkan perempuan tu dekat wad untuk sementara. Jadi doktor boleh pantau keadaan Adah ni. Oklah Hemrul ni lega bila dapat permission macam tu.
Untuk hari pertama kedua dan ketiga, macam biasa. Adah ni elok pula. Tak ada langsung tanda yang dia mengalami tekanan. Sampaikan Adah ni siap cakap. “Pelik! Tak ada pun benda hitam tu kat sini.”
“Haaa kan saya kata, memang semua tu khayalan je. Puan banyak fikir sangat.” Hemrul nampak perkembangan yang baik pada perempuan tu. Perbualan dia semua nampak normal. Dia tak tertekan pun. malah dia gembira je bila bercakap dengan kawan-kawan lain yang ada di situ. Jadi dia minta doktor untuk beri dia kebenaran pulang.
Jadi Adah diberi pulang. Namun dalam masa tiga hari, dia datang balik dalam keadaan yang sama di wad kecemasan sebab cubaan bunuh diri dan bunuh baby dalam kandungan. Dan sekali lagi, Adah ni dihantar ke wad psikiatri seperti mana sebelum ni. Dan sepanjang di wad psikiatri tu juga, Adah tidak mengalami apa yang dialami di rumah. Tapi kali ini dia duduk agak lama berbanding sebelum ini.
Pada malam pertama, kedua dan ketiga memang Adah ni ok macam biasa, tak ada apa-apa. Tapi start malam kelima, Adah mula bercakap sendirian. Malam keenam dia mula nampak kelibat lembaga hitam tersebut dan selepas seminggu dia selalu histeria. Doktor dekat situ tetap beritahu dia masih mengalami trauma, tekanan, dan kemurungan yang dasyat. Selepas bagi ubat penenang apa semua, Adah tu ok semula.
Hari ni pagi, Hemrul datang ke wad untuk memeriksa pesakit macam biasa. Dia pergi dengan sorang lagi doktor lain. Sebaik dia masuk dalam bilik Adah, wanita tu membelakangkan Hemrul. Bila Hemrul tegur je Adah ni, tak semena-mena Adah ni bersandar di dinding dan naik atas dinding tu macam cicak.
Dia pandang ke arah Hemrul, tapi kedua tangan dan kaki dia kebelakang lekat kat dinding dan dia naik sampai atas siling. Melekat macam dalam cerita spiderman tu!
“Alahuakbar!!” Hemrul dengan nurse dengan doktor tu lintang pukang lari, bersepah fail-fail dia semua. Kata si Hemrul, masa tu diorang pula yang macam pesakit mental. Punyalah takut dan terkejut sangat-sangat. Tak terfikir dek akal.
Lepastu kecoh satu wad tu pasal Adah ni. Jadi diaorang pun panggillah doktor agak ramai sedikit untuk hilangkan rasa takut. Nak tak nak diaorang kena juga pergi tengok pesakit diaorang kan? Takkan nak biarkan, dahlah mengandung.
Sampai je dekat bilik tu, muka si Adah ni senyum. Dia kata, dia nak baby ni, lambat sangat keluarnya. Masa ni lah si Hemrul tu ambil video. Ha! bukan dia viral pun, cuma sebagai bukti yang perubatan itu dah tak termasuk dalam bidang mereka. Dia orang hanya rawat pesakit mental, bukan sakit macam Adah ni.
Tak lama selepas tu datanglah doktor pakar ke bilik yang sama, ada tiga orang, diaorang berlari buka pintu tu.
“Ni bukan kes psikiatri ni!” kata ketua pakar tu ternganga.
Dia minta suami perempuan tu datang dan tolong selesaikan apa masalahnya. Kes ini memang nyata pasal perkara-perkara ghaib.
Tak lama lepastu, Adah merayap sekitar dinding, merayap macam labah-labah dengan perut besar dia tu. Memang gayat tengok. Bukan fikir pasal dia, tapi fikir pasal baby dalam kandungan tu. Adah tu melompat dari dinding sebelah ke dinding sebelah selamba je. Memang macam labah-labah. Siapa yang tengok cerita munafik II, kalau korang tengok macam mana Maya Karin merayap dekat dinding rumah dan kat pokok tu, macam tu lah si Adah tu. Siap lompat lagi ke sana sini.
Lepas panggil ustaz, dan bacaan ayat suci al-quran, barulah si Adah ni turun perlahan-lahan, menggelupur macam orang kena minyak panas. Suami dia bawa balik. Ikut kata si suami dia, ada orang dengki dengan perkahwinan dia dan Adah. Wallahualam.
Dan lepastu Hemrul kata nanti dia followup pasal cerita misteri kenapa si Adah tu boleh kena sampai macam tu. Buat masa sekarang ni, Adah tak menjalani rawatan psikiatri dah… sebabnya Hemrul cakap, sah-sah bukan sakit mental. Jadi selama ini yang Adah ni nampak lembaga hitam dan dia berbual dengan ‘seseorang’ tu adalah benar!
Hemrul siap tanya lagi, entah-entah, dalam banyak-banyak pesakit mental yang dirawat tu, mungkin ada antaranya yang seperti kes Adah, cuma kita semua je tak tahu.
Sekian je cerita dari aku. manusia adalah satu perkara yang sangat menakutkan. Sifat dan sikap mereka tak boleh kita duga kan? Semoga kita semua berhati baik lah, sebab dekat akhirat nanti kau nak cari orang yang kau aniaya tu, haaaa…. selamat merangkak lah ye.
terima kasih
khamis / 28.2.2019 / 1.44pagi
“Aku cuba menerangkan sesuatu secara implisit melalui perbuatan. Dalam istilah yang aku fahami, ia membawa maksud tidak secara terus dan tidak terang terangan. Boleh juga aku katakan berbalik-balik atau berkias.”
hantar kisah anda: fiksyeshasha.com/submit
Nasa, suka cara you menulis. very santai. tanda koma, titik, seru all in place, memudahkan pembacaan. looking forward for your next story.
Best, best.
1st
Best 👍
Best! Ceta la lg..yang pasal Adah tu teringat cerita omputih Emily..
👍👍👍
Kes kronik adah ni. Bak kata Pak Raden mj12
hahahahhaha peminat mj12 ni. hampeh pak raden
Nasa ni penulis lama kat Fiksyen Shasha kan? Selamat kembali menulis Nasa.
Nasa…. Best cite… TQ share..
Best la….
HO (Houseman Offiecer – Doktor Pelatih)
MO ( Medical Officer – Pegawai Perubatan aka doktor)
MA ( Medical assistant – Penolong Pegawai Perubatan aka pembantu doktor )
Seram ooo cite last tu. mcm scene cite munafik