Nak hijab a.k.a Kasyaf ???

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya diberi kesempatan dan umur yang panjang untuk berkongsi kisah yang tak seberapa. Kali ini saya nak cerita sikit tentang hijab atau kasyaf yang selalu orang dambakan.

Sebelum itu, mungkin cerita ini akan trigger segelintir pembaca dan orang-orang diluar sana seperti yang mengaku kaki-kaki scan, hijab terbuka, kasyaf 7 tingkatan dan macam-macam. Saya nak bercerita kisah ini kerana nak educate pembaca-pembaca tentang fenomena yang selalu disalah erti oleh masyarakat kita. Ramai yang kena tipu dan terpedaya oleh helah-helah yang mengaku kasyaf/hijab terbuka dan kaki-kaki scan ni. Maaf sekali lagi saya tiada niat begitu cuma nak selamatkan masyarakat dari terus di tipu oleh segelintir manusia yang suka ambil kesempatan dalam hal-hal ghaib dan mistik.

Kasyaf Haq.
-pemberian Allah
-untuk melihat/ketahui perkara ghaib
-tiada unsur2 jin
-ada 2, diminta dan diberi
-kasyaf diminta biasanya pada mukasyafah/iman/warak/alim/makrifatullah dan lain-lain
-kasyaf diberi sesiapa sahaja kerna Allah itu maha berkuasa atas semua
-jika ada 4 jenis keyakinan seperti Ilmul Yakin,Ainul Yakin,Haqqul Yakin dan Kamalul Yakin.

-Kasyaf boleh jadi diberi sebagai ujian supaya tidak ujub,sombong,angkuh dan riak.
-Tidak mendomba dia kasyaf, orang kasyaf tidak mengaku dia kasyaf
-rahsiakan apa yang memang rahsia, jaga aib orang dan Allah jaga aib kita.
-menjaga rahsia alam, jangan cerita dengan sembarangan orang

Kasyaf jin bahaya kerana penuh dengan sifat tipu, keji, ujub, takabbur dan riak serta sombong.

Kasyaf bukan setakat tengok hantu,jin dan syaitan. itu tahap paling rendah. Sebab kejadian makhlok berkenaan x sehalus kejadian malaikat dan alam ini yang berlainan dimensi.

kasyaf ada bermacam jenis seperti kasyaf mata,telinga, mata hati, rasa, lidah dan firasat,akal dan ladunni.

Kalau ada orang mengaku kasyaf, sila cakap ayam dan keldai lagi kasyaf sebab boleh nampak malaikat.

Daripada Abu Hurairah,katanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
“Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah (doa) kepada Allah kurniaNya (rezeki) saat itu, ayam itu melihat malaikat. [Hadis Nabawi]
“Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai atau salakan anjing, maka berlindunglah kepada Allah daripada syaitan kerana sesungguhbya saat itu ia melihat syaitan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

saya ada kenal seorang pengetua tahfiz yang tidak sanggup nak lalu dekat atau pergi ke kubur. Kerana dia dikurniakan kasyaf oleh Allah dengan dapat mendengar teriakan dan jeritan laungan ahli kubur yang terkena seksa kubur. Kadang-kadang dia juga dapat melihat bagaimana seksa kubur itu. semuanya dengan kuasa Allah swt. Kasyaf yang seperti ini dikurniakan oleh Allah secara direct tanpa diminta.

Jika seseorang mengaku kasyaf menggunakan bantuan jin, maka ingat lah jika kita memohon selain bantuan selain Allah maknanya kita mensyirikkan Allah dengan menduakanNya.

Sesiapa yang nak tahu lebih tentang hijab, tahap yang paling tertinggi dan paling halus adalah “melihat diri dan mengaturnya”. Jika pembaca inginkan hijab tahap berkenaan dan inshaa Allah akan mudah nak dapat hijab yang lain, kaji, faham dan amalkan Ayat Kursi. Belajar dan jangan tinggalkan salah satu iaitu hakikat, syariat, makrifat dan tarekat. Berguru dan dapatkan pemantauan dalam membuat pengkajian ini untuk mendapatkan hijab yang sejati dan hakiki tanpa campur aduk jin dan syaitan. Inshaa Allah lepas ni pembaca semua tidak akan rasa takut kecuali pada Allah swt

Maaf jika tidak seram post kali ini, hanya sebagai info mengelakkan pembaca semua takut, lebihkan keyakinan pada Allah dan elakkan di tipu kaki-kaki yang mengaku boleh scan, tilik pesakit dan sebagainya.

Antara faktor yang menghalang seseorang untuk buka hijabya kerana masih ada lagi hijab Bashari dan hijab Bashiirati di hati,kelakuan dan ucapan.

p/s : petua jika rasa seram/ hadapi gangguan sihir dan sebagainya boleh amalkan beberapa ayat ini yang saya kumpulkan dan biasa guna :-

Surah Al Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah (1-5, 254-257, 284-286), Surah Yasin 1-12, Surah Al A’raf 54-56 dan 117-119, Surah Thaha 65-69, Surah Ali Imran 1-9 dan 18-19, Surah An-Nisaa’ 115-121, Surah Yunus 79-82, Surah Al-Mu’minun 115-118, Surah As-Shaffat 1-10 dan Surah Ghafir 1-3.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 thoughts on “Nak hijab a.k.a Kasyaf ???”

  1. jika beli kereta dengan bantuan loan bank,sila bertaubat kerana telah mensyirikkanNya. jangan pukul rata orang yang dapat bantuan untuk melihat, apatah lagi jika niat dan lakunya dipastikan betul. nanti jadinya hasad dengki.

    Reply
  2. Lebih baik fokus pd tujuan asal usul diciptakan diri. Kerana sebaik2 kurniaan yg ajaib dalam karamah ialah istiqamah dalam ibadah,bkn amalan lain. Benar setiap kurniaan ialah ujian utk menjadikan diri lebih bsifat penghambaan.

    Reply
    • Semoga kita dilapangkan dada diterangkan hati mengenal Allah dgn lebih dekat lagi.

      Tenang² je hidup ni. Niat bukak FS nak tambah ilmu & belajar dr pengalaman org lain 🙂

      Reply
  3. orang islam memang suka ye nak gaduh2 komen dalam forum begini tapi bila nak berdepan takut??? suka sangat bergaduh dan perjuangkan yang sia2 dan menghambur kata kesat…dengan orang seagama sendiri berani tapi dengan agama lain yang lantang menghina agama Islam takut pula nak bersuara.. setakat menjadi keyboard warrior elok simpan jauh2 skill..sini untuk berkongsi bukan nak gaduh..malu sikit pada Allah swt yang memberi nikmat pada sekalian alam…admin team FS x tapis ke komen2 yang memberi kata2 kesat atau berbaur ancaman dan menghina2??

    Reply
    • En.Syed, kita kena terima hakikat yang dalam dunia ni tak semua dilahirkan cerdik walaupun kat sekolah dulu dah diajarkan bab adab dalam pendidikan islam. contoh yang komen2 merapu kat atas tu. Sabar je lah

      Reply
  4. ” saya ada kenal seorang pengetua tahfiz yang tidak sanggup nak lalu dekat atau pergi ke kubur. Kerana dia dikurniakan kasyaf oleh Allah dengan dapat mendengar teriakan dan jeritan laungan ahli kubur yang terkena seksa kubur. Kadang-kadang dia juga dapat melihat bagaimana seksa kubur itu. semuanya dengan kuasa Allah swt. Kasyaf yang seperti ini dikurniakan oleh Allah secara direct tanpa diminta.”

    Ziarah kubur hukumnya sunat, bertujuan utk mengingati mati.

    Pelik juga pengetua tahfiz ni tak sanggup ziarah kubur kerana dia mendakwa tak sanggup dengar azab kubur. Betul ke dia dengar azan kubur ?

    Ingat syaitan boleh menipu manusia dgn berbagai cara. Tidak sewajarnya pengetua ni bagitahu orang yang dia mendengar siksa kubur mungkin itu suara syaitan yg menggelincirkan manusia sehingga dia rasa Allah telah membuka hijab kepadanya kerana sudah bertentangan dengan sunnah dimana ziarah kubur adalah sunnah an Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam yg sangat di galakkan.

    Ash sheikh Abdul Qadir al Jilani rahimahullah berkata ” sekiranya kami melihat seorang itu boleh terbang di udara atau berjalan di atas air maka janganlah kamu fikir dia itu wali kerana mungkin itu bantuan syaitan ” wal ‘iyaadzu billah.

    Hati2 dgn permainan syaitan. والله أعلم

    Reply

Leave a Comment