Assalamualaikum, terima kasih kepada admin FS jika sudi siarkan kisah aku. Aku seorang wanita.Ini kali pertama aku menulis di FS. Selama ini, aku pendam dalam hati, jadi pengajaran buat diri sendiri. Walaupun ramai kawan-kawan suruh aku berkongsi cerita di FS. Namun, aku tak punya keberanian itu. Tapi, kali ini..aku ingin berkongsi kisah. Ini kisah aku. Kisah biasa-biasa yang sedang diuji Allah S.W.T.
Tak terfikir dek akal bila kau lihat sesuatu yang tak pernah kau lihat. Ciptaan yang jauh berbeza dengan manusia dan sangat-sangat menggerunkan. Boleh pitam dan mental. Itu keadaan aku bila mana pertama kali aku melihat makhluk lain selain daripada manusia.
8 tahun mengalaminya, dan kini semakin boleh biasakan diri. Alhamdulillah. Tapi, bila nampak yang pelik sikit, aku demam jugaklah. Pengalaman banyak, tapi aku cerita satu persatu.
Hijab aku terbuka masa aku umur 18 tahun. Well, aku pernah sakit. Kebanyakan orang yang pernah sakit samaada ‘menumpang’, ‘saka’, terkena ‘sihir’ mesti ada kelebihan boleh nampak apa yang orang tak pernah nampak.
Macam aku, selain boleh nampak. Aku juga boleh tahu kalau orang tu sakit. Terutama jika terkena sihir. Yang peliknya, aku tak kenal siapa dia, tapi aku boleh tahu dia sakit dan apa benda yang ada dengan dia. Kadang, aku turut terkena tempias sebab tubuh aku lemah. (Kata ustaz yang pernah berubat aku. Tubuh aku sarang dia dah.) Mungkin..
Alkisahnya…malam tu. Aku lupa tarikh, tapi haritu, hari Isnin malam Selasa. Pukul 2 pagi. Di saat semua orang sedang tidur, aku masih lagi terkebil-kebil main telefon. Tiba-tiba saja, ada angin sejuk bertiup masuk. Berdebar habis! Jantung nak terkeluar dari rangka dada. Mana taknya..aku tutup tingkap, kut. Bilik aku bukan dekat pintu masuk. Jadi celah mana angin tu masuk? Cuba fikir..
Sejuk dia lain macam. Dingin semacam. Suasana malam tu sepi gila. Selalunya cengkerik dan unggas buat bising. Malam tu tak! Tenang je.. tapi, jantung aku tak tenang. Sebab, bila suasana tu jadi sepi macam tu, ada sesuatu yang akan berlaku.
Aku dapat rasa ada something nak datang. Haa..ni satu lagi yang aku pelik. Instint aku kuat. Aku boleh rasa bila something tu nak jadi. Contoh kaum kerabat aku nak sakit ke apa ke. Aku boleh rasa. Jangan percaya sangat! Syirik! Sebab tu aku buat bodoh je.
Selang setengah jam, tiba-tiba pintu rumah aku diketuk dengan kuat. Memang kuat giler macam nak roboh pintu tu. Suara lelaki. Cuak gila. Tak cakap banyak, aku terus melompat keluar daripada bilik.
Keluar bilik, abah tengah bercakap dengan budak lelaki tu. Kisahnya..dia bertanyakan arah rumah Kak Lin. Lupa nak cerita…rumah Kak Lin, sebelah rumah aku. Dia ni ada kelebihan ilmu mistik. Erti kata lain, “Tok Bomoh.” Yang elok ke tak elok, aku tak tahu. Malas nak judge orang. Nanti jatuh fitnah. Yang aku tahu, dia banyak berubat orang. So malam tu, budak tu cari rumah Kak Lin.
Abah aku tunjuk arah ke rumah Kak Lin. Nak ke rumah Kak Lin, dorang kena lalu depan rumah aku. Masa tu, aku tak tahu kenapa, aku tak sedap hati. So, aku buka pintu, keluar tengok dorang.
“Datang nak berubat ke bang?”
“Ye, kak. Datang nak berubat.” Salah seorang lelaki tu jawab.
“Berubat orang sakit ke?”
“Ya, kak. Orang sakit.”
Aku tak puas hati. Sebab aku pelik. Setahu aku, bila dorang kalut cari bomoh or ustaz macam tu, mesti budak yang sakit tu tengah tenat. Mustahil dia nak ikut sekali, kan? So, aku tanya lagi.
“Orang sakit tu datang ke?”
“Nak berubat orang sakitlah ni, kak.” Dia jawab dengan suara sedikit tegas. Bengang sebab aku tanya banyak kali, kut. Hahah..
“Tak. Orang sakit tu datang ke?”
“Ya, kak. Datang nak berubat orang sakit.”
Sah! Budak ni tak faham aku tanya. Tak tahulah kenapa dia tak faham. Padahal soalan aku tu mudah untuk difahami. So, aku tukar soalan.
“Datang berapa orang bang?”
Sebab aku nampak tiga orang. Tadi, abah aku cakap dua orang. Aku tak puas hati sebab aku nampak tiga orang. Ada sorang lagi dekat tengah. Tapi, budak tu tak pandang kiri kanan. Dia jalan straight je. Dua lelaki tu, pandang kiri kanan. Cara dia jalan pun pelik. Straight je. Apa ke hal manusia jalan macam tu. Tapi, masa tu aku tak fikir pelik. Sebab memang nampak macam manusia.
“Dua orang ni je kak.”
“Orang sakit tu tak datang ke?”
“Tak kak. Dua orang je kak.”
“Then, siapa dekat tengah tu?”
Sekali benda tu menoleh, tak ada muka bhai. Perempuan rambut panjang, tapi tak ada muka bhai. Budak tu apa lagi, berdesup lari masuk rumah Kak Lin sebab masa tu Kak Lin dah panggil dorang.
Tinggal aku jelah. Berdiri habis bulu roma. Perempuan tak ada muka tu masih pandang aku. Tak bergerak dari tempat dia walaupun budak berdua tadi tu dah lintang pukang lari.
Masa ni, abah ada dekat sebelah. Terus abah aku peluk aku kuat kuat sebab aku dah rebah. Angin tiba-tiba je kuat. Aku terus tutup pintu. So, sepanjang malam tu memang aku tak boleh tidur.
Esok pagi, Kak Lin tanya aku. Nampak ke apa yang datang semalam? Sebab budak tu bagitahu Kak Lin, aku bagitahu dorang budak sakit tu follow sekali. Kak Lin cakap, yang sakit tu memang budak perempuan. Sebijik dengan apa yang aku nampak semalam. Dah lama sakit. Kena buatan orang.
Itu baru kisah tak ada muka. Belum lagi aku cerita ada benda bercangkung atas perut aku bila buka mata. Belum lagi aku cerita aku nampak ada benda di sebelah pokok pisang masa kilat menyapa.
Yang ni, aku nampak dekat kedai yang agak famous di Selangor. Banting tak silap aku. Dan belum lagi aku yang menumpang dalam kereta.
Paling syaitan sekali ayat. “Kau dah tahu ke aku duk sebelah kau?” “Aku duk sebelah kau daripada tadi lagi.”
Bayangkan..bila kawan kau cakap dengan kau macam tu. Kau dengan dia berdua je dalam kereta. Nak balik kampung.
Subhanallah, je! Istigfar panjang dalam kereta. Doa biar selamat sampai kampung. Jangan dia pedajal terjun kereta atau cekik aku sudah!
Ini first time aku kongsi cerita. Maaflah kalau tak seram sangat. Jalan penceritaan kucar-kacir. Atau tatabahasa kelaut. Ini je ayat paling tersusun aku boleh fikir. Hahaha. Nanti aku cerita lagi..banyak kisah menarik yang kadang tak masuk akal. Pernah terfikir, takut jatuh syirik.
Tapi, aku berpegang pada Allah S.W.T. Setiap apa yang berlaku, adalah kehendak dia. Jangan terlalu obses dan takut. Dan jangan terpesong.
Kadang-kadang bila aku nampak, aku buat tak tahu je. Aku fikir…alaa..tu perasaan je. Walaupun banyak kali aku nampak. Orang bela jin la apalah, ada sakalah. Ada pontilah. Aku buat dek je. Manusia, makan kaca. Tapi, mulut tak berdarah. Kau fikir LOGIK TAK LOGIK?
Makan kaca wei! Hancur kaca tu. Tapi, mulut dia tak berdarah pun. Kaca dah jadi debu dah. Cerita Syamsul Yusof buat tu, kira seram dah. Tapi, realiti pengalaman yang aku alami. Tengok orang sakit, lagi seram. Tak masuk akal!
Aku bukan ustaz. Aku bukan bomoh. Aku cuma manusia biasa yang ingin menjadi normal.
Sekian, terima kasih.
-Bokbong HA-
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bokbong ha,Awak boleh tngok org dari jauh tak? Contoh org tu ada saka ke,pendamping ka?
Terima kasih kongsi cerita, Dik.
Apa-apa pun semoga Adik terus bertabah.
Macam mana orang lain sakit, penulis pun rasa sakit? Susah jugak macam ni
Nice story… Ada fb? Nak follow..
Tapi pic rumah tu macam tau je kat mana..haha.. Admin tinggal sini ke?
Awak syak dekat mana
Sy syak kat kota damansara..
hehe bes nanti sambung lg
Maaf ye… x bleh blah bila awak tulis itu baru cerita nampak pompuan xde muka.. belum lagi cerita cangkung atas perut.. etc2… cam hebat sgt je cerita/pengalaman awak tu… lahhhai….
hahah… betul. aku ingat cerita best. last2 macam ni.
Bila dh terkenan dgn bnda² mistik ni hidup pn dh rasa mcm x de life. sabor je ler😣
cerita you ok, santai and senang faham. next story please.
your cerita awal dah best. mudah faham. tapi part you cerita cangkung, pokok pisang tu dah blur dah saya. die jadi byk direction dah..Ending tak tau mana tiber masuk bab lain. sorry tegor.