Cinta ditolak dihantar Sihir Bomoh Orang Asli

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur diberi kesempatan untuk berkongsi lagi sebuah kisah seram dan kejadian misteriSemoga anda-anda semua dalam kerahmatan dan perlindungan Allah swt..

Kejadian berlaku di Negeri Sembilan pada seorang pesakit saya yang terkena sihir dari bomoh orang asli.Ina masih lagi dalam rawatan untuk memutuskan sihir yang dihantar.Alhamdulillah menunjukkan kesan positif walaupun sudah berlanjutan sakit selama lebih 6 tahun sebelumnya.Begini kisahnya yang terjadi pada tahun 2019..

Ina seorang yang happy go lucky dan ceria.Dikeliling oleh famili dan orang yang tersayang namun ada sisi gelap dimana setiap kali awal tahun,kulit Ina akan menggelupas sehingga bernanah dan luka. Hal ini terjadi sudah lebih 6 tahun dan Ina merana apatah lagi keluarganya yang dengan susah payah berubat kesana-sini.Ina dan sekeluarga ditipu oleh ramai yang katanya claim sebagai perawat tetapi penyangak perawat-perawat ini yang memeras wang. Ribuan ringit dan masa dihabiskan untuk mencari kesembuhan dan ditipu berulang kali bertahun-tahun. Akhirnya rakan karib Ina menghubungi saya dan memberitahu akan maasalah yang dihadapi.Maka bermulalah proses rawatan kepada Ina.

Saya turun bersama guru dan rawatan berjalan selama 7 hari untuk mengetahui kisah sebenar.Dari hari pertama rawatan bermacam kisah yang muncul dalam proses berubat. Terapi dijalankan. Pelbagai tiipu daya helah jin berlaku.Ada yang nampak seperti saka,sihir di kalangan ahli keluarga, terpijak barang atau ketegyr. Namun guru dan saya mengambil langkah berhati kerana takut ada unsur-unsur penipuan syaitan. Semuanya kerana Allah dan dengan kuasaNya kami bermohon.Sepanjang proses rawatan,Ina diberi mandian kunyit hidup, mandian limau niis dan limau purut.Terapi gangguan jin di berikan selama hampir seminggu. Alhamdulillah ada kemajuan dan unsur gangguan dapat di kawal dnegan kuasaNya.Rawatan campuran dengan sapuan minyak habbatus sauda,minyak argan,minyak zaitun,minyak kelapa dara dan beberapa bahan lain digunakan untuk melegakan keradangan kulit dan jangkitan kuman yang melanda.Perawat-perawat sebelum ini ada yang cakap dah buang gangguan dari hantu raya dan sihir, namun apa yang dibuang hanyalah banyangan hantu raya atau copy badan sahaja. Bila badan induk hantu raya dna punca sihir tidak dibuang maka gangguan akan muncul semula.

Alhamdulillah keadaan kulit Ina yang luka dan bernanh berjaya dikeringkan dan keradangan semakin hilang dengan kuasaNya jika dibandingkan dengan sebelum ini. Al-Manna diberi untuk menstruktur kembali sistem pencernaan badan Ina dalam merawwat sakit kulit ini.

Setelah rawatan beberapa hari, diberi petanda akan punca gangguan yang melanda Ina. Dimana suatu ketika dahulu Ina menolak cinta dan ajakan kahwin dari seorang jejaka yang berasal dari Pantai Timur. Cinta yang ditolak itu diberi secara melulu dan tanpa rela Ina. Oleh itu lelaki berkenaan ada menyimpan sifat dendam yang membara kerana tidak dapat memiliki Ina.

Jadi lelaki berkenaan pergi bertemu dengan bomoh orang asli untuk melakukan ritual menghantar sihir. Apa yang dihantar amatlah sukar untuk dikesan punca dan bagaiana kerana sihir ini berselindung disebalik kesakitan penyakit yang dialami Ina.Cara sihirnya begini yang dilakukan bomoh berkenaan.

Dicari seekor ayam yang mempunyai sakit kulit/cacar air.Dipuja ayam berkenaan dan diikat dengan nama Ina serta gambar.Ayam disembelih oleh bomoh dan korban ayam dan d***h diberi pada jin yang menyerupai jelmaan HANTU RAYA.Gangguan ini berlaku selama lebih 6 tahun.Ina juga selalu ditindih oleh susuk hantu raya ini sejak sakit.Sungguh dayus dan jahat lelaki ini kerana tak gentleman. Jika seorang wanita dah tak suka, hadapi dengan hati redha dan terbuka.Bukan buat amalan khurafat sedemikian.Sepanjang rawatan juga saya dan guru mengalami tempias dari gangguan sihir ini. Kami kena senantiasa bersihkan,buang gangguan dan dindingi diri dari benda-benda macam ini. Jika kail panjang sejengkal usahkan nak menduga lautan dalam.Itu pepatah yang saya pegang demi menjalankan fardhu kifayah ke jalanNya.

Alhamdulillah setelah punca gangguan dikenal pasti,sihir berjaya dikawal dan sedang dalam proses memutuskan gangguan sihir ini.Walaupun mengambil masa inshaa Allah boleh sembuh kerana Alah yang Maha berkuasa.

Walaupun saya dan guru tidak mengenakan sebarang upah hanya sekadar kos bergerak pergi dan balik.Ramai yang berkata kami kurang bijak dan “bodoh”.namun Alhamdulillah Allah selalu mengurniakan berkat dan nikmat rezeki dalam proses rawatan dan penyembuhan seluruhnya.

[email protected]

wassalamualaikum wbt

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “Cinta ditolak dihantar Sihir Bomoh Orang Asli”

  1. betul, kalau org da tak suka, buat ape perlu hantar bnda2 mcm ni.. elok pergi perbaiki diri dari merosakkan org lain..

    Reply
  2. Tu namanya jantan kaberet…dhnorg tak suka tak reti2 lg nk angkat kaki belah…carilah pompuan lain…yg pi sihir blk pompuan tu naper…dok naya jer…tak takut m**i ker? Dok sekutukan Allah…semoga pesakit beroleh kesembuhan…insyaallah

    Reply
  3. Mmg pelik laa..xdapat memiliki,tp jgn laa simpan dendam. Ke Ina tu malukan lelaki tu that’s why dia berdendam?one side story kan,kita xtaw caner.
    Pape pun,resort to this method mmg tak perlu laa..just redha dan pasrah dgn apa y ditentukan Allah..hmmm…

    Reply
  4. Bkn nk sebelahkan sape² tp sebaiknya kena dgr penjelasan dr dua² pihak.
    Pnh dgr kes pompuan yg ludah muka lelaki yg dia x suka than tiba² je dorang kawin, esok paginya dh kena cerai talak 3. Dendam.
    Tapi apa yg laki tu buat mmg x de hati perut la.

    Reply
    • manusia sebaik2 ciptaan…boleh jadi yang terbaik dan terburuk..jangan sampai gugur syahadah dan syirik kita semua.

      Reply
  5. Assalamualaikum…. hope sy pn akn jump jalan penyelesaian mcm ina jgk 😔 … semoge dipermudahkn jalan sy

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.