Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS. Terima kasih Fs telah siarkan kisah hantu beras sebelum ni. Ada yang komen hantu kerongsang ke hantu beras. Hehehe..Aku panggil hantu beras kerana dia menjelma dengan bentuk muka seperti beras dan putih macam beras.
Kali ini aku ingin kongsikan beberapa kisah ringkas setiap gangguan yang pernah aku hadapi sepanjang hidup aku ni. Diharapkan ianya dapat menghiburkan keseraman korang semua.
Kisah pertama aku ingin kongsikan sewaktu aku mula-mula study di kuantan. Ini juga pengalaman pertama aku duduk di hostel. Beberapa bulan sem pertama aku di hostel di salah sebuah institusi pengajian terkenal negeri pahang.
Aku mempunyai 2 orang kawan yang agak rapat. Mungkin kami datang dari kampung yang berdekatan. Bila dah masuk kolej tiba- tiba boleh berkawan rapat kononnya. Seorang bernama Nurul dan seorang lagi bernama Dayah. Ini juga merupakan pengalaman pertama kami bertiga duduk dan tinggal di hostel. Jauh dari keluarga.
Kami duduk dibilik beransingan. Bilik aku koridor sebelah kanan. Bilik nurul dan dayah di koridor sebelah kiri.
Nak dijadikan cerita pada satu hari, Kami bertiga balik dari kelas tengahari, selepas makan siap- siap dikampus dalam pukul 3 petang. Kami mula bergerak balik dengan menaiki bas yang disediakan pihak kolej. Hostel dengan kampus dalam 10 minit je perjalanannya.
Apabila sampai di hostel kami mula naik ke bilik ditingkat 3. Hostel kami 2 tingkat bawah adalah tingkat untuk pelajar lelaki. Dua tingkat atas adalah untuk pelajar perempuan. Cuma dipisahkan dengan grill besi di setiap tangga. Maknanya pelajar lelaki memang tak akan boleh naik ke atas.
Sewaktu kami sampai. Suasana hostel sangat sunyi kerana ramai student masih di kampus, yang ada kat hostel pun mungkin hanya beberapa orang, Dan kebanyakkan mesti tengah tidur. Jadi kami pun sepakat lah masing- masing nak tidur. Disebabkan kami berlainan koridor kami cuma menjerit je lah untuk berkomunikasi. Siap berjanji ” woi korang tido taw. Aku pun nak tido ni”. Begitulah kami.
Bagi student perempuan. Yang berbaju kurung, rasanya normal kot kalau masuk bilik kitorang tanggalkan kain baju kurung. Cuma pakai baju kurung sahaja. Begitulah aku. Aku masuk ke dorm. Kosong. Tak ada sesiapa. Hanya aku sorang. Katil aku tingkat atas (doubledecker). Disebabkan malas nak naik ke atas.Aku ambil keputusan untuk tidur di atas katil kawan. (Bawah katil aku).
Syiok tidur tengahari kan? Kipas depan muka. Langsir tingkap jarangkan sedikit bagi cahaya masuk sikit. Suasana dalam bilik pun macam mendung je. Bukak radio.Time tu famous radio era. Kerana lagunya semua best- best. Aku pun membuta dengan lenanya. Tak sedar dah jam pukul berapa.
Tiba- tiba aku tersedar dari tidur sambil mengiring ke kanan. Dalam kepala aku ni berfikir. “Eh tadi aku tidur atas katil, macamana boleh baring atas lantai ni”.Dalam masa yang sama aku dapat rasakan macam ada seseorang dibelakang aku.Seolah- olah aku dapat dengar nafas dia. Dulu aku seorang yang sangat berani, aku berani pergi kemana-mana walaupun malam gelap gelita. Duduk sorang – sorang walaupun orang kata tempat tu berhantu. Aku tak takut. Sebab tak pernah jumpa lagi. Ok sambung…..
Aku seolah-olah dapat dengar nafas dia. Dalam keadaan baring tu aku toleh ke belakang. Laaa Dayah rupanya. Hahaha. Sambil meniarap atas katil yang aku baring tadi. Aku pun pusingkan badan ,baring lurus terlentang. Aku borak dengan dia. Dia pandang aku. Dia senyum. Kawan aku yang sorang ni dia seorang yang hitam manis. Dan suka pakai lipstick warna merah. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Dia senyum dan sambil jeling. Jelingan dia tajam.
Dari tadi dok jeling- jeling lama- lama kang juling plak mata ni nanti. Aku pun tanya
Aku: Eh dayah ko tak tido ker wey?
Dayah: Cuma anggukkan kepala dan senyum sambil mata masih pandang aku.
Mati kutu jugak macam ni. Sepatah tak bercakap si dayah ni. Kedengaran di radio lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Ella.Sempatlah bernyanyi dalam hati ni. Tengah nyanyi dalam hati, tiba- tiba aku terfikir dan spontan tertanya dayah “wey macamana ko masuk??” Waktu tu juga spontan terfikir Yaallah pintu tadi aku sendiri yang kunci.Dia mana ada kunci bilik aku. Sambil mata ni memandang dayah. Dan sekelip mata juga dia melompat atas badan aku.
Waktu tu mata ni cuma nampak gelap sambil cuba untuk bangun. Tangan sidayah pulak tengah mencekik leher aku. Haram betul la syaiton nirojim nih. Aku nak baca Al-fatihah pun boleh jadi tak ingat, nak baca ayat kursi lagi la. Dalam kepala ni cuba ingat Allah je. Yaallah selamatkan aku dari gangguan syaiton ni. Lama jugak rasanya bergelut dengan makhluk Allah tu. Naik give up aku rasa. Tiba- tiba aku terdengar bunyi microfon dari surau sebelah hostel ni. BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM
Tak semena-mena telinga aku ni tertangkap satu suara seperti suara lelaki yang menjerit ibarat badannya ditikam dengan pisau. ARGHHHHHH.. Dalam waktu yang sama aku rasa badan aku mula longgar dan aku ternampak satu tompokan asap berwarna coklat kehitaman ibarat terkena vacum dari luar tingkap. Disedut dari luar tingkap sambil suara tadi menjerit 2 3kali dan hilang. Kedengaran azan asar dari surau tadi.
Aku melompat bangun terus buka pintu lari keluar bilik. Terdiam termenung atas kerusi luar bilik. Sambil kak Alice dorm bilik depan datang kat aku. Sambil cakap eh bila Ayu balik. Tadi kak Alice nampak ada bayang hitam lalu masuk bilik Ayu. Kak Alice ketuk pintu tapi tak ade orang buka. Dia tak tahu aku dah kena sakat dengan si syaiton nirojim tu. Aku terdiam sambil tunggu azan habis baru aku ceritakan semuanya pada dia.
Setengah jam kemudian balik sorang roomate kami. Tiba- tiba menangis dan termenung. Dia bercakap sorang-sorang. Aku akan datang malam. Aku akan ambil 4 jiwa lagi. Terus dia ketawa mengilai- ngilai.
Ok malam tu 4 orang histeria. Dan itu adalah permulaan histeria. Lepas dari hari tu hampir setiap minggu akan ada histeria di hostel tu. N katil yang aku membuta atas dia tadi. Tu adalah katil budak histeria sem sebelum aku. Lepas dari hari tu banyak kisah2 seram yang kami dengar dan alami. Cuma aku tak pernah tengok dengan mata sendiri akan rupa jelmaan- jelmaan tu.
Dan kisah ke2 yang aku nk kongsikan. Yang tadi aku tak pernah tengok rupa “dia” kan. Kali ni aku berpeluang tengok.
Dalam banyak- banyak jenis hantu yang aku tahu. Ok kejap. Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki banyak jenis hantu. Kalau orang putih hantu depa vampire, dracula. Kat malaysia ni special. Macam- macam hantu ada.pontianak,penanggal,toyol hantu galah, hantu kecik, hantu besar semua ada. Tapi hantu yang paling seram dan paling aku takut ialah hantu pocong. Walaupun berbungkus je. Tu je dah mampu buang aku rasa seram sangat-sangat.
Aku nak kongsikan yang aku pernah diskodeng dengan hantu pocong. Hahahaha.. Kelakar kan.. Kelakar…. Tak tahu lepas tu lembik lutut ni rasanya.Tiba-tiba buat pengsan.
Kisah ni terjadi masa aku lahirkan anak aku yang kedua. Anak aku dalam umur beberapa bulan time tu. Aku pun tak ingat dah. Tapi masih baby la. Malam tu aku rasa panas. Jadi aku tidur aku buka kan sikit langsir tingkap bilik tu. Dua cermin paling atas dah pecah. Jadi tak de la cerminnya. Tapi kedudukan balik aku ni. Tinggi dari luar. Maknanya kalau dari luar memang tinggi. Orang lelaki yang tinggi pun tak akan boleh tengok melalui cermin tingkap yang pecah tu. Melainkanlah kalau dia sanggup gi angkut tangga dan panjat.
Malam tu aku rasa panas. Aku tidur kaki aku halakan ke tingkap. Jadi aku pun bila terjaga mata akan memandang ke tingkap. Anak aku yang masih baby di sebelah kanan aku, bawah ketiak aku. Sewaktu aku tidur,anggaran mungkin jam 3 pagi. Aku rasa macam ada orang tengah tenung aku. Walaupun mata tengah terpejam ni aku dapat rasakan macam orang tengah tengok aku. Deria ke6 aku ni kuat juga. Aku pun mula buka mata perlahan-lahan, yaallah mengucap aku dalam hati. Terkejut sangat-sangat tak tahu nak gambarkan macamana. Rupanya dari cermin tingkap yang pecah tu. Terpacul sebiji kepala yg dibalut dengan kain putih tapi nampaknya dah kotor jugak kesan- kesan tanah. Mukanya pucat macam mayat, matanya masuk kedalam tapi anak matanya nampak tepat tengah pandang muka aku.
Disebabkan terlalu terkejut nak bergerak pun takut. Aku cuma gerakkan tangan pelahan-lahan. Peluk anak aku kuat-kuat dan mata aku pejam rapat-rapat.Aku harap dia tak nampak pergerakkan aku tu. Aku pejam je mata, takut nak buka, tapi hati nak juga tengok ada lagi ke dia kat situ. Tapi aku dah tak seberani dulu. Aku tak tahu bila aku terlena. Esok harinya aku ceritakan pada keluarga aku. Semuanya diam je. Rupanya dah sebulan heboh. Ramai yang jumpa dan kena kacau dengan cik cong ni. Ada yang jumpa bergolek dari bawah bukit naik ke atas bukit. Jumpa dipadang sekolah. Tiba- tiba menjelma dalam rumah penduduk. Tiba-tiba duduk diruang tamu. Macam- macam. Akhirnya senyap macam tu je. Aku pun tak pasti tapi sebulan yang lalu dengar lagi cik cong ni mula membuat onar mengganggu penduduk kampung. Mujur aku dah berpindah ke kuala lumpur.
Eh jangan ingat bandar besar tak de hantu. Nanti aku kongsikan ye.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mantap