Sihir Pengasih Untuk Kakak

Hai. Aku Ayra (bukan nama sebenar) berasal dari kelantan.. sebenarnya aku nak cerita tentang perkara yang berlaku dalam keluarga aku..dah 6 tahun tapi benda ni tetap segar dalam ingatan aku. Masatu aku umur 18 tahun tengah Stpm .aku ada kakak kembar nama Aina dan Ainan .Aina kakak sulung aku dan Ainan kakak kedua aku.

Ceritanya bermula ketika Aina berkenalan dengan seorang lelaki juga dari kelantan. Aku namakan dia Alif. Kakak aku berusia 23 tahun. Satu hari kakak aku bawak balik si Alip ni untuk dikenalkan dekat mak aku. Dia kerja kerani biasa jer dekat KB .. penampilannya boleh dikatakan segak la..aku pun tak berapa nak ambik tahu sangat kan..diorang bercinta dekat 2 tahun tak silap..tup tup satu malam kakak aku si Aina ni balik rumah dalam keadaan nangis. Mak aku pelik dah kenape anak aku.

Keesokannya Aina bagitahu dia dah putus dengan si Alif sbb kantoi buat benda tak senonoh dgn kawan baik kakak dia sendiri dalam kereta. Sape tak marah wei. Mak aku cakap dia tak bape setuju sangat dengan di alif tu.

Seminggu lepas tu si Alif datang umah utk mintak maaf dengan kakak aku.. Yang pelik,takde waktu lain ke kau nak datang ,waktu maghrib wei.. dia ajak berbincang dengan kakak aku tapi mak aku tak bagi..lepas tu aku tengok mata dia merah sangat ..macam kena rasuk..lepas tu dia blah .
Keesokannya waktu maghrib kak aku berteriak bertempik dlm bilik ..aku sedang akat lauk kat dapur terus lempar pinggan tu.. terkejut ..mak dan adik lelaki aku terus terjah bilik..tengok2 kakak aku sedang duduk mencangkung .rambut dia dahla panjang weii..terketar-ketar aku..

Aku amik wuduk dan baca ayat kursi letak lada hitam kat ibu jari kaki dia (suka tengok drama macamni lah jadinya) dan nak tahu ..kakak aku terjah aku dan cekik tekak aku..serius macam nk mati aku..dia cengkam tu kuat..bayangkan abah aku dan adik aku nak lepaskan tangan tu susah ..kitorang ada pnggil sorang lelaki ..bukan ustaz tapi dia boleh bab-bab ni..

Dekat semimggu kakak aku meracau tiap kali waktu maghrib ..dan tiap2 kali azan samada subuh ke zohor ..dia akan pasang lagu siam ..macam mengulit pn ada..bila kitorang tutup dia mengamuk sampai sanggup hentakkan kepala pada dinding rumah..batu weii bukan papan bukan kayu..makin lama makin teruk..sampai dia tak keluar rumah..dah macam nenek kebayan berkurung dalam bilik..satu hari tu dalam jam 9 pagi dia bersiap-siap nak keluar.kitorang pelik ..mak tanya kau nk pergi mana .. dia jawab nak keluar jumpa alif ..dia rindu alif .dia masih syg alif..kitorang lagi pelik ..so biarkan je sebab tak syak apa2 lagi.

Balik dr jumpa Alif ..maghrib jer dia meroyan ..and kali ni dia punya meroyan lagi teruk..siap panggil nama alif ..alif ..kitorang dah syak dah..lepastu call sorang abang ni kitorang panggil abang mat .dia datang dan ruqyahkan kakak aku..masa abang mat ubatkan akak aku..akak aku cakap tuan dia nakkan akak aku..so malam tu berlakulah dialog antara benda tu dan abg mat..so aku ringkaskan jelah .

Benda tu cakap dia nakkan akak aku .kalau akak aku tak nak terima dia..dia akn pastikan akak aku mati ..akak aku tolak..malam tu jugak Abg mat buang benda tu ..untuk seminggu keadaan kembali kpd normal..oh yaa yang kakak kembar aku si Ainan aku smbung jap lagi..

Lepas seminggu tu..kakak aku kembali dengan pekikan dan kena rasuk lagi..Call abg mat dia kata kejap lg dia datang..kali ni benda lain yg dia hantar…dia hantar beruk yang besar..sebelum nk buang benda tu susah..byk hari jugak la abg mat buat persiapan..dan tiap2 malam kitorang tak mampu nk lelapkan mata sebab beruk tu jalan atas bumbung rumah kitorang..rumah dahla zink besi biasa jer..tak ke roboh nanya..oke sambung..

Satu hari kakak aku kena rasuk lagi waktu maghrib .benda tu kata rumah kitorang penuh dengan barang2..sekeliling rumah..tu yg menguatkan lagi benda tu .dan tiap kali aku mak dan adk beradik lain solat ..benda tu akan kacau..macam aku ..tengah sujud tetiba dia lalu ..kusyuk entah kemana ..tapi aku kuatkan hati ..aku dinding diri aku dgn ayat2 ruqyah yg aku mintak dr ustazah..mak aku kena kacau tarik selimut masa tidur..paling teruk gangguan kitorang bila benda tu rasuk akak aku dan dia berlari keluar rumah ..dia punya larian tu fuhhh kalah maraton ..laju sangat ..dan paling pelik .. sebelum abg mat datang benda tu meroyan teruk hingga tak mampu kitorang nk handle.. tp bila abg mat datang benda tu elok..dia lari ..so abg mat trpksa panggil dia utk berdialog .

Ok sambung sal barang disekeliling rumah aku..memang banyak sangat..abg mat yg paksa benda tu tuk bgtahu mana dia letak barang tu.. dia letak depan pokok jambu depan rumah aku..dia tanam..gali gali gali ada bungkusan kain kuning ..bila bukak ad satu bijik limau dicucuk lidi dan gambar kakak aku beserta nama penuh dan tulisan siam yg aku sendri tak faham ..yg kedua seluruh rumah aku ditabur debu mayat siam yang mati dibunuh ..dan yang paling susah nak ambil satu barang tu..dia letak kulit bab# atas bumbung rumah aku..mcm mana dia letak aku tak tahu..dan yang paling teruk satu malam tu dia tanam satu telur yang didalamnya ada satu jarum..juga dibalut kain kuning ..benda tu cakap kalau telur tu pecah akak aku akan lumpuh..masa buka kain kuning tu telur tu memang pecah..so benda yg merasuk kakak aku tu ketawa ..hilaian yg sangat menakutkan dan dia cakap kakak aku akan mati..abg mat cakap kau bukan tuhan ..so lps tu benda tu lari balik rumah dia melahap nasi kot untuk rasuk esok pulak..hari2 tak pernah aman rumah .hinggakan jiran termasuk mak sedara semua datang tolong..tolong ape..tolong tengok jer..haha hm.

Keesokannya kakak aku betul2 lumpuh..masa dia nak bangun pagi kaki dy berat dan dia jatuh katil..dan pada hari yg sama kakak aku si Ainan ni cuti sem so dia balik nk tengok akak kmbar dia..3 bulan jugak kakak aku merana dgn keadaan separuh badan lumpuh..ramai ustaz kami dh panggil.free berbayar semua dah…pelbagai pusat rawatan kami iktiar tapi tiada yg sesuai ..buntu ..kuat sangat ke ilmu siam ..ohh ilmu siam yg dia ambil tu dari tokong tidur di kelantan jugak..sape org kelantan dia tahu laa kawasan mana tokong tidur..hehe..

Makin hari makin banyak gangguan yg kami kena..aku student biasanya jam 2 pagi bangun study ..aku keluar nak bt air nescafe ..tengok2 ada lembaga duduk bertenggek atas meja makan di dapur sedang tengok aku.. meremang ..aku sedang taip ni pn masih meremang bila ingat balik…aku masuk blik tutup lampu smbung tidur..memang kecundang nk study..mak aku kena tindih ..adik aku kena alihkan tempat tidur..tapi akak aku kat U sana takde ape2 gangguan pun.

Sehingga satu hari ada seorang ustaz yang datang ke kampung utk berhijrah ..dia la yg ckap..dia kata hatinya terdetik nk datang sini..rupa parasnya bersih ..likungan 30-an..nama dia ustaz Adam..bukan ustaz dalam drama Nur 2 tu ye ..so ada la sorang hamba allah bagitahu dia tentang keadaan akak aku..so dia pn datang rumah aku dan tanya keadaan kakak aku sebelum ubatkan akak aku..rumah aku dia bersihkan dengan gunakan cuka getah dan air lada yg diblend dan dibaca ayat suci Al-Quran masa proses tu .gangguan beransur hilang..

Tak sampai seminggu mak dpt call dr pihak Universiti dari Utara cakap akak aku si Ainan ni kena gangguan ..so mak aku suruh dia balik..
Dia balik tu bawak p jumpa ustaz..ustaz kata dia kena buatan orang..kami sekeluarga pulak dah..lepas satu satu hal yg datang..masa berubat tu dia cakap dia nak akak aku mati .. dia tak puas hati sbb akak aku dah sembuh dari lumpuh ..kitorang terkejut ..tahu ke tak ?? Yang lumpuh tu kakak kembar aku si Aina ..tapi yang kena ni Si Ainan..so ustaz simpulkan kakak aku si Ainan ni terkena sihir mungkin sebab nama diorang tertukar..which mean sihir tu nak tuju kat kakak aku Aina tapi kene kat Ainan..kakak aku si ainan ni kena lagi teruk..nanti free aku sambung dlm masa yang terdekat sebab dua2 orang kakak kembar aku terkena dlm masa yg sama..korang blh bayangkan..dan utk tolong kedua dua kakak aku ni..badan aku telah dipinjam oleh sorang puteri..dia bahasakan diri dia puteri bunga melur dr gunung ape entah aku pn dah tak igt sangat..ini berdasarkan kisah benar..korang percaya ke tak tu pilihan korang..nnti aku submit balik cerita lepasni dlm masa trdekat..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kakaa
Sihir Pengasih Untuk Kakak
9.3 (93.06%) 98 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

22 comments

  1. Sambung la lg nk tau pa jadik ngn kakak2 awak…saya bayangkan muka kakak awk sorg mcm nelydia sorang mcm uqasha..he..he..

  2. Ya,percaya atau tidak,tu hak pembaca..anda yg merasai dan anda tahu hakikatnya..yg pastinya segeralah sambung apa yg telah dmulakan hingga penamat..risiko bleh dpt ptsd woo kalau tunggu lama2 mna2 cerita yg menarik

  3. Boring btl baca cite sambung2 ni. Tulis le sampai habis baru submit. Xde la panjang mana pun. Nnt ko sambung pun ntah mana2 terselit. Pastu org baca lost. Pastu nk kene search balik cite lama. Jeng

    1. aku heran tau.
      kenapa sami2 tu terima buat kerja2 jahat?
      kalau betul depa sami, kan sami patut jadi contoh teladan kat pengikut dia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.