“Benda Apa tu Mama?”

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. First of all, aku nak berterima kasih pada admin FS sebab dah post kisah pertama aku hari tu. Maaf kepada semua pembaca sebab tak perkenalkan diri aku. Aku perempuan bukan lelaki ya hehe.Panggil je aku Jojo. Dalam entry aku sebelum ni https://fiksyenshasha.com/kompilasi-kisah-seramku/ aku ada tulis dalam satu situasi tu aku “ berpeluh jantan” padahal aku perempuan.

Maaf sebab merojakkan bahasa. Ok seperti yang aku janjikan, kali ni aku nak sambung kompilasi kisah seram yang aku pernah alami. Aku sendiri tak pasti kenapa aku sering di ganggu. Sedikit intro pasal diri aku. Masa aku sekolah tadika sehingga habis upsr, aku memang tahfizah. Aku dah pernah khatam al-quran lebih daripada 10 kali sebelum umur aku 10 tahun. Hafazan,nasyid, perbahasan dan peraduan membaca al-quran tu memang kegemaran aku lah dulu.Pernah sorang ustadz cakap, “entiti” ni memang suka mengganggu orang-orang yang suka dekatkan diri kepada jalan Allah ni.Kalau boleh nak sesatkan iman kita. Aku cuma mampu tawakal and be positif saja lah pasal ni.

Kisah yang aku nak share ni pasal anak lelaki sulung aku. Aku pendekkan cerita, suami aku kena transfer ke KL. Masa tu selain dinaikkan pangkat, company suami aku ada beli sebuah rumah untuk kami duduk kat KL.
Rumah tu besar dan double storey. Kedudukan rumah ni menghadap jalan. Korang imagine rumah ni betul-betul macam kedudukan T-junction.Orang cakap tak begitu elok kedudukan macam tu. Tapi kami tawakal saja lah.

Owner asal rumah tu orang India. Dalam rumah memang company suami ada buat minor renovation untuk keselesaan kami sekeluarga. Lokasi terpaksa aku rahsiakan sebab nak menjaga nama baik company lama suami aku. Suami aku pergi dulu KL sebab aku kena tunggu tempoh 3 bulan resignation. Setiap hujung minggu, samada suami balik jb atau aku dan anak lelaki aku akan turun ke kl.Satu hari tu turn kami untuk turun ke rumah KL. Memang seronok lah anak aku nak jumpa papa dia. Masa kat KL semuanya ok dan smooth. Sampai la masa kami blk JB, anak aku berperangai pelik sikit dan jadi penakut. Paling kemuncak masa dekat rumah emak aku.Elok dia main dekat hall, tiba-tiba dia berlari ke arah aku dan parents aku sambil marah cakap “Eh pergilah, sibuk jer kacau. Dah lah busuk!”banyak kali dia ulang ayat “iskk sibuk je”. Sampai dekat aku dia peluk cakap “takut ma..takut..takut “. Lepas tu kejap tunjuk sana, kejap tunjuk sini dekat siling rumah.

Cuba korang bayangkan masa tu nasib ada parents aku. Kalau sorang-sorang mahu menggelabah juga aku. Aku tanya anak aku “Apa “yang ganggu dia. Dia cakap “benda” tu bulat macam bentuk kuali nenek masak, colour black, mata merah dan gigi tajam-tajam. Secara jujur nya untuk budak 4 tahun explain macam tu, aku memang percaya la kan. Lagi-lagi aku tak pernah dedahkan pasal cerita hantu pada anak aku. Even dekat rumah aku pun on off dia akan nampak “benda” tu. Bila tidur, kerap dia mengetap dan gigi bergesel. Bila pasang ayat rukyah akan kurang sikit gangguan “benda” tu.

Plan nak bawak anak jumpa ustadz kat masjid asyik tak jadi je. Sehinggalah satu hari tu emak aku call masa aku tengah kerja, anak aku menangis-nangis. Aku dah tak boleh tahan, minta tolong kawan aku yang ada contact ustadz yang boleh tolong merawat “benda” mistik ni. Aku terus call dan Alhamdulillah ustadz Ali( bukan nama sebenar) suruh datang terus. Ustadz Ali bekerja kat Jabatan Agama Johor. Aku terpaksa cerita sedikit pada Boss untuk minta excuse nak setelkan hal anak aku.Nasib baik Boss jenis yang memahami. Aku pergi berdua dengan kawan ofis. Dalam suasana guruh berdentam dentum, aku tawakal je drive ambil anak kat rumah emak dan terus ke pejabat ustadz Ali. Sampai jer dekat sana,ustadz suruh pergi ke surau. Masa ustadz tanya details pada aku dan anak aku, tiba-tiba anak aku tunjuk dekat luar tingkap. “Hah tu.. tu.. sibuk jer.. dah lah busuk”.

Ustadz Ali tu tengok cermin dan explain kat anak aku rupa “benda” tu. Anak aku angguk cakap betul. Dalam hati aku, Allah bagi kelebihan pada ustadz Ali sebab boleh nampak padahal anak aku tak sempat explain lagi rupa “ benda” tu. Lama ustadz Ali merawat anak aku dengan bacakan ayat-ayat Al-quran . Last sekali ustadz Ali bagitahu aku, dia akan baca kan ayat-ayat untuk tutup hijab anak aku yang boleh nampak “benda” mistik ni dan dalam doa itu disertakan doa untuk jadi anak soleh,beriman dan bijak. Lepas selesai semua, ustadz Ali bagitau yang “benda” tu mengikut anak aku dari rumah yang company suami aku bagi kami duduk di KL.Alhamdulillah, lepas rawatan tu, aku tak ada lagi dengar anak aku mengadu nampak “benda-benda” pelik.

Kisah 2

Apa yang aku nak cerita ni ketika aku mengandungkan anak kedua.Dulu suami aku kerja shift dan selalu outstation. Satu hari tu suami aku outstation, jadi tinggal aku berdua dengan anak lelaki aku. Masa tu aku dah ajar anak aku tidur asing. Jadi dia memang tidur bilik sendiri.Aku tak pasti pukul berapa masa tu, aku dengar orang ketuk bilik aku 3 kali berturut-turut. Aku dengan boyot perut bangun sebab konfiden anak lelaki aku yang ketuk. Bila aku buka tak ada siapa pun. Aku buka pintu bilik anak, elok je dia tengah tidur. Ok tak apalah aku cuba positif. Mungkin aku mamai.

Aku sambung tidur balik. Tak lama lepas tu, aku dengar suara anak aku panggil “ Mama..mama” . Aku terbangun dan terus sahut, “ kenapa lan.. nak apa?” Lepas tu diam..tak berjawab. Aku panggil lagi pun tetap diam. Aku bangun, tak ada orang lagi. Aku tak puas hati, aku buka bilik anak aku, aku tengok dia tidur siap berdengkur! Aku dah rasa tak sedap hati terus masuk bilik aku sambil baca ayat kursi dan on ayat-ayat al-quran dalam hp untuk menenangkan aku. Perkara tu hanging macam tu je sampai sekarang.

Banyak lagi perkara yang terjadi pada kami semasa tinggal di rumah company suami aku tu. InshaAllah akan aku share dalam next posting. Memang rumah tu angker, aku harap orang yang tinggal seterusnya tak akan terkena macam yang terjadi pada keluarga kami. Sesungguhnya, yang elok tu datangnya dari Allah, yang khilaf tu datangnya dari aku sendiri.
Assalamualaikum..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on ““Benda Apa tu Mama?””

    • Seorang yang sedang sarat mengandung, diganggu tidur waktu tengah malam , tanpa suami atau peneman didalam bilik, fikirlah guna akal sikit. Dengar cd alquran pun tak boleh dah sebab tahfizan? Kalau jadi pada kau terbarai dah agaknya. Agak-agaklah curious tu.

      Yang sepatutnya tidur bersama dengan anaknya. Sebab rumah tu dikira ada setan jin

      Reply
  1. “Masa aku sekolah tadika sehingga habis upsr, aku memang tahfizah”
    Menatang apa ni? Tak paham aku. Khatam lebih sepuluh kali sebelum 10 tahun?

    Kalau dah hafaz 1 quran orang panggil hafizah. Tu pun lepas dah habis hafal la, bukan “masa tadika sampai habis upsr”. Dah habis upsr jadi apa dia pulak?

    Yang habis hapal pun kebiasaannya malu nak letak title hafiz/hafizah (sembang informally), selalu cakap al-habis je.

    Reply

Leave a Comment