PENANGAN SPIRIT OF THE COIN

Assalamualaikum kepada pendengar Fiksyen Shasha dan admin Fiksyen Shasha. Terima Kasih kepada admin kalau admin dapat post saya punya cerita ini. Kepada pendengar pula minta maaf sekiranya cerita saya ini membosankan dan tidak terlalu menyeramkan. Ini kali pertama saya share cerita hantu kepada orang dan kali pertama juga untuk post dalam Fiksyen Shasha ni.

Okeh kita mulakan kisah aku yang aku lalui sendiri ketika belajar dikawasan Klang dahulu.

Kisah aku ni pasal senior aku yang bermain spirit of the coin pada betul betul malam Jumaat dalam linkungan 2.30 pagi. Masa tu kolej aku ada 5 dorm sahaja dan dorm aku paling atas. Senior dalam dorm aku ajak kawan kawan dorang untuk lepak sama sama. Masa tu aku tak dapat tidur sebab katil aku sebelah tingkap dan senior aku lepak pun sebelah tingkap sebelah katil aku. Korang boleh faham tak? Antara katil dengan tingkap ada ruang besar macam tempat untuk study siap ada meja sekali. Ha dekat situ la dorang lepak.

Aku tak dapat tidur sebab dorang bising sangat dan dorang borak macam dorang dekat kedai mamak. Okeh berbalik pada cerita aku tadi, dalam 2.30 pagi macam tu dorang dah start lepak dekat meja study tu. Aku apa lagi dah tak dapat tidur aku bedal la main phone, dengar lagu semua. Sambil sambil tu aku dengar juga senior aku borak borak. Okeh dalam lingkungan 3.15 pagi macam tu ada sorang senior ni nama Kas (bukan nama sebenar). Kas ni nak ke tandas katanya nak berak time tu dan satu lagi mungkin dia penakut so dia ajak kawan dia Yop (bukan nama sebenar). Yop ni pulak jenis kalau pagi pagi memang penakut nak kemana kemana dan Yop ni jenis suka hasut orang, so Yop ni bagi cadangan dekat Kas suruh aku yang teman dia ke tandas dan aku pun teman dia. Nak kata aku ni lurus bendul tak juga cuma masa tu Kas ni ugut aku dan aku terpaksa akur dengan dia. Okeh dalam perjalanan nak ke tandas tu aku pegang phone aku, elok senyap je masa nak ke tandas tiba tiba phone aku pasang lagu sendiri. Aku dah mula tak sedap hati, sampai je tandas Kas lepaskan hajat dia tu kami terus balik dorm. Alhamdulillah time tu takda apa apa terjadi.

Bila aku dengan Kas sampai je dorm, senior aku masih lepak. Dalam hati aku siap mengata dorang lagi “ dorang ni memang hantu ke tak suka tidur malam? Sial betul aku nak tidur pun susah”. Dekat sini la bermulanya dorang nak main spirit of the coin tu. Dah balik tandas semua Kas duduk sekali dengan dorang dan aku baring dekat katil aku. Katil aku double dan aku punya katil di bawah. Atas katil aku member aku, yang aku peliknya kenapa aku tak boleh tidur dan member aku boleh tidur nyenyak gila sedangkan senior aku bising macam dekat mamak. Dalam lingkungan 3.50 pagi tu ada sorang senior ni Mail (bukan nama sebenar) ajak main spirit of the coin sebab dia kata spirit of the coin tak bahaya dan best kalau main ramai ramai. Dalam hati aku “mana dia dengar spirit of the coin ni tak bahaya? Aku syak kepala dia terhantul la”. Aku gelak sorang sorang time tu. Ada senior aku yang tak bersetuju nak main dan ada yang kata nak tidur dari main benda ni. So dalam ramai ramai senior aku tadi tinggal sekerat je dalam 5 orang macam tu termasuk aku, tapi aku tak main la aku baring dekat katil je sambil tengok dorang. Yang main hanya 4 orang je dan 4 orang tu Kas, Mail, Yop dengan Lebai. Yang Yop tu kena hasut main sekali dengan Kas sebab dorang ni satu katil yang sama. Yang sorang lagi ni namanya Lebai. Batch aku panggil dia ni Lebai sebab bapaknya Pak Lebai dekat kampong dia. So dorang start la main spirit of the coin tu dekat atas meja study. Yang aku perasan ayat atas kertas yang dorang main tu ada tulis YES, NO dengan HOME.

“Spirit spirit, are u here?”
Mail tanya sambil tangan dekat syiling lama tu. Terus tangan dorang gerak dan pergi dekat YES. Masa tu sumpah aku terkejut sebab takut gila sebab dia ada dekat tempat kitaorang duduk.
“What are u doing here?”
Kali ni Kas pula tanya dan tangan dorang gerak dekat HOME. Masa ni Yop muka dah cuak habis sebab takut. Aku pun sama muka cuak habis dah. Dalam hati aku “kalau dia ada dekat sini aku taknak kena apa apa, biar dorang je kena”. Kas dengan rasa nak tahu, dia tanya lagi.
“Home? This is your Home?”
Tangan dorang gerak dekat Yes dan masa tu juga Yop lepaskan tangan dia dari syiling tu sebab taknak main. Setahu aku kalau kita dah start main kita tak boleh biar macam tu je, kita kena main sampai habis. Kas dengan Mail marah Yop kenapa lepaskan tangan dari syiling tu dan masa tu juga dorang tegur si Lebai ni sebab diam je dari start main lagi.
“Oi Lebai, kau pahal senyap je dari tadi macam tunggul dah aku tengok kau”
Si Mail marah Lebai sebab diam je dan aku pun perhatikan la si Lebai ni kenapa senyap je. Macam kaku dan tak bergerak lansung. Tiba tiba si Lebai ni jawab.
“Salah ke aku senyap? Bukan aku yang nak senyap, orang yang dekat luar cermin tu yang suruh senyap”
Aku dah macam hilang arah dah, dah kenapa pula Lebai cakap macam ni. Aku tangok Yop dah mengigil dah ketakutan. Si Mail dengan Kas marah si Lebai ni sebab cakap orang luar cermin suruh diam sebab Mail dengan Kas tengok takda orang luar cermin. Dalam marah marah si Kas dengan si Mail tu. Si Lebai ni bersuara lagi.

“Korang dah bawa aku keluar dari dunia aku, korang taknak hantar aku balik. HAHAHAHAHAHHA”

Suara si Lebai tiba tiba berubah bila dia cakap camtu. Suara garau gila pastu gelak pun macam gelak hantu. Masa ni la aku keluar semua surah yang aku ingat, aku baca dalam hati. Tak henti juga la surah aku baca, dah tak fikir dah surah sama ke tak sama ke janji baca.

Bila si Lebai ni dah cakap macam tu, dia berdiri membelakangkan aku. Aku still di katil aku tapi dalam keadaan duduk. Si Lebai ni jauhkan diri dari meja menghala untuk keluar dari dorm. Masa tu Kas tiba tiba cekup pinggang Si Lebai dan jatuhkan dia dekat tanah. Kas cakap kuat kuat suruh hantu tu keluar dari Lebai tapi Lebai hanya ketawa. Si Mail pula dok pakat pegang Lebai pastu baca surah surah lazim semua.

Okeh time ni pula dalam pukul 4.30 pagi, aku pula yang kena kacau. Masa dorang dah pegang Lebai dan Mail dah baca surah surah lazim tu, Lebai pun dah macam lemah. Tapi hantu tu tak chaw lagi, kawan aku yang aku kata tidur dekat atas katil aku tu, tiba tiba dia gegar . Aku masa tu dah cuak dah apahal pula member aku gegar ni, aku bangun dari katil aku, aku pi tengok dia. nak tahu apa jadi? Dia cangkung bhai, elok elok dia tidur nyenyak tiba tiba dia cangkung dengan muka yang bengis gila macam nak makan orang. Dia pandang aku tepat dengan mata aku. Aku pun dah mengigil gila bila dia pandang macam tu. Pastu dia tiba tiba ketawa.

Ketawa dia sama macam ketawa Lebai tadi cuma lebih kuat. Masa tu Kas dah lari panggil ustaz datang dorm kitaorang. Masa Kas panggil ustaz tu member aku boleh buat pakour bhai. Elok dia atas katil dia lompat lekat dekat dinding dah macam spiderman dah. Aku tak tahu aku nak teruja ke atau takut dengan dia. hahahahahahaha main gila kot tiba tiba boleh lekat kat dinding. Aku syak hantu ni minat spiderman kot . Maka ustaz pun tiba, masa tu juga ramai dah bangun dari tidur mati. Semua tercengat tengok member aku lekat dekat dinding. Apa lagi ustaz pun baca surah halau syaitan tak silap aku la. Dalam 5 minit camtu gak ah mulut ustaz aku terkumat kamit baca surah. Masa tu jam dah dalam 5.15 pagi dah, nak dekat subuh. Ustaz masa tu arahkan yang lain pergi surau kecuali aku, Kas, Mail, Yop dengan Lebai.

Aku tak tahu kenapa aku kena stay padahal aku tak main pun mainan sampah tu. Habis ustaz baca baca surah halau syaitan tu, kawan aku semakin lemah dan ustaz kata hantu tu pun dah balik dunia dia. Ustaz suruh kitaorang stay sebab nak bagi minum air yang ustaz dah baca baca sikit dekat kitaorang dan sambil tu ustaz pun apa lagi, elok muka macam penat nak selesaikan masalah tadi terus tukar bengis. Aku ingat ustaz aku dah kena rasuk tadi tapi rupanya dia bebel dekat kitaorang kenapa main mainan ni, tak pasal pasal aku kena sekali -_- cilake betul senior tu . Last last semua dah okeh dan ustaz suruh kitaorang bersihkan tempat yang senior kitaorang main supaya hantu tu tak kacau lagi
Sekian….

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AKIF
PENANGAN SPIRIT OF THE COIN
8.5 (85.41%) 122 votes

10 comments

  1. best citer ni, tapi tulah aku selalu confuse au penulis kat fs ni lelaki ke perempuan. bila aku ingat penulis ni perempuan baca ii eh lelaki, bila aku ingat lelaki baca ii eh perempuan plak, aih pening ah. len kali please bagitau jantina kat intro ye hahaha pape pun goodjob arr

  2. Untung la xkena apa2.. geng kami dlu siap kena penampaq spring lg. Kecoh jugak la asrama. sbb yg dtg bukan sekor😂 tp anak beranak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.