Nenek Tua Menjual Kuih

Assalamualaikum kepada pembaca FS. Ini pertama kali aku tulis kisah aku di sini. Terima kasih tak terhingga kepada Team FS jika ceritaku ini di siarkan. Maaf juga jika cerita ku ini tidak seram seperti yang di inginkan. Ada sedikit tokok tambah untuk tidak menyinggung mana-mana pihak.

Cerita 1 .

Peristiwa ini berlaku ketika aku berusia 6 tahun. Bapa ku merupakan seorang polis dan kami tinggal di berek polis. Banyak kejadian yang telah berlaku sepanjang aku dan keluargaku mendiami rumah tersebut, dan satu kejadian telah terjadi pada malam itu.

Pada malam itu aku tidur di ruang tamu bersama adik-beradik ku. Yalah, malam Jumaat ada saja movie yang boleh ditonton. Selepas waktu 2 pagi ketika semua sedang lena di buai mimpi, aku terbangun kerana tujuan utama ku ingin pergi ke tandas.

Tapi, niat ku terhenti apa bila aku mendengar ada suara datang dari arah dapur rumah ku,jarak dari dapur ku dan ruang tamu tidaklah jauh..hanya dalam 10 langkah boleh sampai ke dapur. Dan untuk ke tandas hanya mengambil 10 langkah juga.

Berbalik kepada cerita ku, suara yang aku dengar itu adalah suara ibuku dan kakak ku sedang berketawa sambil kedengaran suara piring diadukan, suara gelas berlanggar, suara kuali di ketuk2. Tapi yang membuatkan aku yakin itu bukan ahli keluargaku apabila aku berpaling ketempat tidurku dan aku lihat kakakku sedang tidur di ruang tamu.

“Siapa pemilik suara tu?” Bisik hatiku. Aku melangkah secara perlahan untuk ke dapur untuk melihat siapa di dapur. Baru dua langkah, aku terus bersuara, “Ibu buat apa di dapur?” Tanyaku. Tiba-tiba suara itu hilang dan aku merasa ada sesuatu yang keluar dari dapur. Aku terus berlari ke arah kakak ku dan terjun seperti aku melakukan suka terjunan udara. Tapi kakak ku tidak terbangun dan meneruskan lenanya.Perlahan-lahan aku dengar bunyi ketawa yang sayup-sayup dari arah dapur keluar..

Aku terlihat ada kain putih dan rambut panjang sedang menuju ke arah tempat tidurku. Sepertinya dia tahu bahawa aku yang bersuara. Aku terus memejamkan mata, sehingga aku terdengar pintu bilik terbuka ! Aku terus buka mata dan melihat kain putih tadi terus keluar melalui pintu kaki lima . Kuat bunyi hempasan tu tapi keluargaku masih tidak sedar.

Aku buka mata dan lihat nenekku keluar dari bilik ingin menuju ke tandas. Aku terus melupakan niatku untuk ke tandas dan terus tidur. Keesokannya aku menceritakan kepada baba ku mengenai cerita tersebut. Apa yang baba cuma pesan bila tidur baca ayat suci Al-Quran dan jika dengar bunyi begitu biarkan saja. Tamat.

Cerita 2:

Cerita ini berlaku ketika aku berusia 9 tahun. Ketika ini kami sudah pindah ke tempat baru. Baba sudah di pindahkan ke bahagian lain. Kejadian ini berlaku ketika ibuku mengandungkan adik ku yang paling bongsu. Ketika ini kami sekeluarga sedang menonton tv menghabiskan hari cuti sekolah.Biasalah bila cuti semua perasaan malas tu datang dan hanya ingin berehat.

Ketika itu baru pukul 4 petang waktu kejadian. Sedang kami menonton tv ibuku memasak di dapur ada seseorang mengetuk pintu rumah. Langsung ibuku membuka pintu. Wanita tua dalam lingkungan usia 50-60 an, membawa bakul berisi kuih. Dia menjual kuih dari rumah ke rumah . Tapi, selama kami tinggal di situ, baru pertama kali aku melihat nenek tua tersebut. Kami hanya melihatnya dari ruang tamu.Ibuku menolak untuk membeli kuihnya dengan cara yang paling sopan yang teramat. Tapi tidak semena-mena dia terus memaksa sehingga ibu memanggil baba untuk menolong. Baba terus berdiri dan berkata dengan sopan “Kami sudah minum petang.Terima kasih saja.” Tetapi dia terus menolak pintu rumah kami dan duduk bersila di ruang tamu. Dia ingin menyentuh perut ibuku tetapi dihalang oleh baba.

Ketika itu kami sedikit terkejut dengan dirinya yang tua tapi kudratnya seperti orang muda. Baba terus memberitahu nenek tersebut,”Jika kamu tidak mahu keluar dari rumah ini saya akan report polis.” Mendengarkan kata itu dia terus berdiri dan pergi sambil memberikan senyum sinis kepada ibu dan terus berlalu pergi.

Baba terus menutup pintu dan mengarahkan kami agar malam ini tidur di ruang tamu.
Malam hari ketika aku masih dalam keadaan binggung akan arahan baba. Ketika itu juuga tepat jam 12.00 malam. Kami melihat bebola api melintas di hadapan tingkap ruang tamu kami. Baba terus membaca ayat-ayat Al-Quran,begitu juga dengan ibu dan kmai semua. Kedengaran suaranya menjerit sayup dan terus pergi dari pandangan kami.

Keesokannya, kami terdengar jiran-jiran kami bercerita mengenai ada keluarga di kawasan perumahan kami yang kehilangan kandungannya dan di bawa terus ke hospital.Tak dapat aku bayangkan jika itu berlaku pada ibuku dan adikku.
Kini adik ku berusia 13 Tahun . Kami semua masih tinggal di sini lagi.

Pesanku jika ada sesiapa yang menyapa jangan terlalu dekat dengan mereka. Kita tidak tahu cerita di sebaliknya.Allahualam.
p/s : maaf jika tidak seram. harap semua terhibur.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Nenek Tua Menjual Kuih”

Leave a Comment