Balik Kampung

Tiktok-tiktok bunyi jam di dinding. Aku berada di pejabat menungggu waktu untuk balik keranna tidak sabar untuk pulang ke kampong halaman setelah 5 tahun berjauh merantau di tempat orang demi mencari sesuap nasi dan rezeki yang hallal. Perasaan tidak sabar menyelubungi diriku kerana ttidak lama lagi aku dapat melepaskan rinduku kepada kampong halaman dan kedua orang tua ku.
Bunyi riyuh-rendah disertai gelak tawa daripada rakan sekerja ku membawa maksud waktu pejabat telah tamat. Melihat keadaan itu, aku turut serta bergegas menyambbar topi keledar dan beg kerjamku. Pejebatku terletak di tingkat 26 dan aku sempat membayangkan perasaan ku dan wajah orang tua ku bila aku sampai ke kammpung nanti. Bunyi lift menyedarkan ku dari lamunanku. Dalam beberapa langkah keluar dari lift, aku disapar oleh Adam yang merupakqan kawan baik ku sejak dari kecil kerana kami tingggal sekampung.
“apahal!”
“ui kasarnya.”
“oh maaf. Aku tak sabar nak pulang ke kampong.”
“eh, kau nnak balik ke kampong? Aku nak join boleh tak Man?”
“eh, bukan kau baru balik kampung bulan lepas ka?”
“aku memang setiapp bulan balik kampung. Yang kauu tu, apa mimpi kkau nak balik kampong pullak? Bukan bapak kau…”
“dah 5 tahun aku tak balik kamppung! Kalau nak join jangan banyyak Tanya boleh tak!”
“maaf Man. Mmm… boleh boleh.”
“kalau boleh, jumpa kau malam ni. Kita gerak tepat pada jam 8.”
“ok bos.”
Aku mmenuju ke motosikal kapcai ku yang dihadiahkan kepada ku oleh Pak Ali yang merupakan jiran sebelah rumah ku. Aku menghidupkan injin motosikal dan terus menunggang, meredah trafik yang kini merupakan rutin harian setiap individu yang keluar pagi dan pulang petang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pwekerja. Sesampai sahaja aku di rumah, aku terus ke bilik mandi untuk menyiappkan diri untuk solat maghrib dan seterusnya ke terminal bas untuk ke kampung.

“Assalamuallaikum warahmatullah assalamualaikum warahmatullah.” Kring-kring. Talifon bimbit ku berbunyi. Tertera nama Adam pada skrin talifon bimbit. Aku sempat bermonolok, “apa lagi alasan si Adam nak melambatkan kerja ku kali ni?”
“oi Man.”
“mm. waalaikumsalam!”
“hehe. Assalamualaikum.”
“waalaikumssalam. Apahal lagi ni?”
“mmm. Berapa lama kau plan nak stay dekat kampong?”
“aku minta cuti 3 hari. Termaksuk sabtu ahad, dalam 5 hari la.”
“koh. Hari rabu balik lagi la?”
“yala.”
“kalau nanti kau balik sorang boleh tak?”
“kau mintak cuti berapa lama?”
“aku kena buang kerja. Kebetulan kau balik kampong, aku join la.”
“apa yang kau buat sampai kena buang kerja?”
“aku malas la nak membawang.”
“eh, macam tu pun kira membawang ka?”
“entah. Aku pun tak tahu.”
“habis tu kenepa kau cakap macam tu?”
“tran terkini bro.”
“ceh! Kau dari dulu hingga kini apa pun benda kau tak mengerti.”
“eh aku genius tau. Kalau tak,, tak aku di ambil kerja wow!”
“setau aku, yang genius tu tadi baru kena –paksa cuti selamanya tadi.”
“ttak lawak bro.”
“mmm. Boleh aku balik sorang.”
“ok thanks sebab faham bro.”
”takda hal punya. Cepat siap. Jumpa di terminal nanti.”

Talian dimatikan dan aku terus bersiap untuk ke terminal. Aku sampai ke terminal 10 minit lebih awal dari yang dijanjikan. Rezeki aku datanng awal sebab dua tiket sahaja lagi tinggal. itu pun sit belakang sekali. Bas dijadualkan untuk bergerak pada jam 08.10 dan jam telah menunjukkan pukul 08.07 malam. Perasaan geram, marah dan risau si Adam tak memunculkan diri . aku cuba menghubunginya. Namun, hampa kerana panggilan ku dijawab oleh suara yang amat semua orang kenali. “maaf, Orang yang anda cuba huubungi tidak dapat nmenjawab panggilan anda.” Walau bagaimanapun, suara itu masih tidak dapat menenangkan perasaan ku yang aku pun tak tahu mana satu betul.

08.10. aku baru hendak bangun dari kerusi untuk menahan bas agar bas boleh bergerakk lebih lewatt sedikit. Niarku terhenti apabila aku terdenga suara Adam menjerit “maaf saya lambat sikit.”
Jeritan Adam disambut dengan tengkkingan dari pemandu bas. “oi! sekolah dulu cikgu takda ajar menepati masa ka!”
“ada. Tapi cikgu Cuma cakap, waktu sekolah wajib datang awal. Cikgu takda sebut pun pasal bas.”
“ei! Pegi duduk la!

Adam tersenyum dan terus berjalan menuju kkearah belakang bas, ada0 meminta maaf kerana terlambat. Aku hanya mengyiakan sahaja.
Setelah beberapa waktu berada dalam bas, aku baru perasan yang duduk disebelah aku adalah seorang wanita yang mmendukung bayi. Aku sempat melihat wajah bayi tersebut comel dan putih. Aku bertanya kepada wanita tersebut.
“kak, berapa umur baby kakak?”
Wanita tersebut memandang kearahku seakan terperanjat dengan soalan ku. Menyedari aku memandang wajahnya, dia terus berpaling dan mengendahkan soalanku. Aku berkata dalam hati, “sombongnya. Aku baru Tanya umur baby. Bukan umur dia pun.”

Bas berhenti di pusat RNR dan aku terus turun untuk melegarkan diri. Selepas selesai segala urusanku, aku terus naik bas. Aku kejutkan Adam. Mana tahu Adam mahu turun. Namun dia tetap menjawabku dengan dengkuran yang menyakitkan hati dan telinga. Aku mengalihkan tumpuanku kepada wanita yang berada di sebellah kiriku. Aku kasihan dengan dia kerana tak dapat turun kerana mungkin tidak mahu mengejutkan bayi itu. Aku berttanya
“kakak ada apa-apa tak yang nak dibeli? Kalau ada, saya boleh turun.”
Sekali lagi aku mendapat tindak balas seperti tadi daripada wanita itu.

Bas memulakan perjalanannya semula. Adam turut gagah berlayar. Setengah jam kamudian, sekali lagi bas berhenti. Kali ini, aku tidak turun. Adam pun seperti tadi. Namun perhatianku tertumpu pada wanita tadi. Dia meletakkan bayinya keatas kerusi dan dia berpesan jangan ganggu bayi itu. Dia tekankan lagi, sentuh pun jangan. Aku pun akur. Aku tenung wajah bayi tersebut. Comel. Itu sahaja yang aku dapat katakan. Tenung dan tenung lagi, aku tidak perasan yang wanita tadi sudah berada kembali dalam bas. Dia memandang kearahku.
“kau ada kacau dia ka tadi?”
` “tak.”
Itu sahaja perbualan antara kami. Lebih kurang 1 setengah jam lagi tinggal waktu perjalanan. Aku terlelap dan aku merasakkan bahuku di cucuk seperti ada orang mahu bercakap dengan ku. Aku membuka mata dan bertanya
“kakak panggil saya ka?
Dia hanya mengelengkan kepalanya. Aku menoleh kearah Adam. Seperti biasa, masih gagah berlayar. Pada waktu ini, banyak sit sudah kosong kerana banyak penumpang sudah turun. Aku mengambil keputusan untuk berpindah tempat duduk. Aku mengambil tempat duduk yang selang dua baris kehadapan kerana tiada seorang pun yang duduk di baris tersebut.

Sekali lagi aku terlelap. Tetapi, kali ini aku bermimpi. Aku berada di sebuah taman yang indah dan tenang. Jauh dihadapanku berdiri sepasang suami isteri. Mereka berdua Nampak sudah berusia. Terdapat seorang bayi yang dibawa oleh si isteri. Mereka memandang ku dan aku pun memandang mereka. Perlahan-lahan mereka menuju kearah ku. Aku terkaku tidak boleh berbuat apa-apa.

Apabila mereka sudah berada selangkah dihadapanku, si isteri menghulurkan bayi itu tadi kearah ku. Aku mengangkat tangan mahu menyambut bayi itu. Tiba-tiba, sekali lagi aku dikejutkkan oleh perkara yang sama seperti tadi. Kali ini, aku sedikit hairan kerana tiada orang yang duduk sebaris dengan ku. Aku endahkan sahaja dan terus tidur.

Bas berhenti, enjin dimatikan. Aku dikejutkan oleh pemandu bas. Menyedari bahawa aku sahaja lagi yang tinggal dalam bas, aku bergegas mengambil semua barangan ku dan terus turun dari bas. Mataku berkeliaran mencari Adam. Namun, yang ku jumpai hanyalah wanita tadi. Aku terus mengejar wanita tadi ke sebuah van yang bewarna putih. Aku berniat mahu bertanya tentang keberadaan Adam. Dalam beberapa langkah daripada van, akuu terdengar suara wanita yang ku agak ibu kepada wanita tadi.
“macam mana budak ni boleh meninggal? Apa yang kamu buat? Mana bapa dia?
Mendengar kata-kata itu, aku terus teringat bayi yang ada dalam bas tadi. Aku batalkan niatku dan terus berjalan melepasi van itu.
Dalam keadaan celaru, aku terus pulang membiarkan persoalan dimana keberadaan Adam begitu sahaja. Aku menaiki Grab untuk membuat kepulanganku lebih dramatic. Bila aku sampai kerumah, rumah kelihatan gelap. Aku tidak hairan kerana perjalanan tadi memakan masa lebih kurang 5 jam.

Pada masa itu, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Aku menuju kea rah pintu. Pintu terbuka sebelum aku sempat mengetuk pintu. Berdiri dimuka pintu, seorang wanita tua yang sangat ku kenali. Mengallir airmata ku melihat senyuman ibu yang melihat kepulangan anak lelakinya yang sudah 5 tahun tidak pulang ke pangkuannya. Aku memeluk dan mencium tangan ibu penuh kasih sayang dan rasa rindu.
“mak, Man minta maaf mak. 5 tahun man melarikan diri dari bapa. Man tak berani berhadapan dengan bapa. Man tak sanggup.
“maafkan ibu nak. Masuklah nak. Bilik kau mak dah siapkan.”
“mak tahu Man dah nak datang ka?”
“setiap hari mak tunggu kepulangan kau nak. Setiap hari mmak siapkan bilik kau nak.”
Aku masuk dan terus ke bilik tidurku. Pintu bilik dibuka dan ku lihat bilikku yang rapi dan kemas. Sekali lagi airmataku mengalir kerana membuat ibu menunggu selama lima tahun.
“dah la tu. Mak sentiasa maafkan kau nak. Rehat lah nak.”
Aku terperanjat dan tersenyum.
“terima kasih mak.”
Pintu bilik ditutup dan aku terus menyalin pakaian dan terus terlelap. Sekali lagi aku bermimpi sepasang suami isteri tadi sudah Berjaya menyerahkan bayi tadi kepadaku. Mereka tersenyum dan berlalu pergi. Aku memandang kearah bayi tadi dan terus aku tersadar dari tidurku lalu aku beristighfar.

Waktu sudah pagi. Aku terlepas subuh. Aku terus mengambil wuduk dan qadakkan subuhku. Selesai sahaja solat, aku mencari ibu. Ibu tiada di ruang tamu dan ruang dapur. Aku mengetuk pintu ibu. Namun, tidak be jawab. Aku mengambil keputusan untuk membuka sahaja pintu billik ibu. Pintu di buka dan aku dapat mencium bau yang amat busuk. Aku menutup hidung. Diatas katil terdapat sekujur tubuh yang hitam dan dikerumuni ulat-ulat. Namun, aku masih boleh mengenali bahawa tubuh itu kepunyaan ibu ku. Airmataku tidak mampu lagi mengalir kerana aku sudah tahu maksud mimpiku.

Sekian….Sampai disini saja penceritaan ku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

20 thoughts on “Balik Kampung”

  1. Kenapa cerita ni bny sgt persoalan yg x tjwb? Adam mana? Persoalan dlm van putih tu? Kenapa wanita tu larang sentuh ankny? Kenapa dgn ayah Adam?

    Reply
  2. Nie nak cerita main-main ke apa?? Cerita tak habis.. pengunaan susunan ayat pon terabur. Ejaan pon semberono je.. Aihhh.. Sape cikgu BM dia nie?? Adoiilahhh

    Reply
  3. nk reka pun biar la cerita tu habis betul2…ni adam tu hilang kemana pulak? bayi yg meninggal tu ape cer? eh kau ni..hangin lak aku….

    Reply
  4. sungguh! kemurungan aku baca cerita ni. si adam tiba2 senyap hilang gitu jer, pompuan ngan anak tu & van putih tu apa kena mengena. tetiba mak pulak da hitam kejung mati. nak mengarut pun agak2lar wey nak buat org kemurungan

    Reply
  5. Editor pun camhanat g approve cite ni. Cite lain yg elok2 xnk plk approver. Writer yg mantap2 pun habis diblock nya. Cmharam la ko min.

    Reply

Leave a Comment