Salam semua, nama aku ila. Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah kisah semasa aku menuntut di sebuah universiti di sebuah pulau di utara tanah air.
Siapa yang tidak gembira bila dapat menjejakkan kaki ke menara gading kan..begitu juga aku. Tahun pertama aku di tempatkan sebilik dengan kakak seniour yang bagi aku amat baik.. Syukur Alhamdulillah… Roommate aku kakSeha (nama ganti) sebagai ketua aras hostel kami dan aku dilantik sebagai penolong ketua aras.
Jadi setiap malam aku akan menemani kak Seha memastikan pintu depan dan pintu belakang berkunci untuk keselamatan dari diceroboh. Oh lupa, kami di aras 2 yer. Biasalah hostel perempuan risau ada yang masuk mengendap ke apa kan, lebih lebih lagi di belakang hostel kami adalah hostel lelaki.
Adat laa tinggal di hostel semua kena kongsi dan ikut giliran, begitu juga laa dengar nak mandi nak cuci baju nak seterika baju. Sebab itu aku ni jenis yang tak suka nak berebut rebut. Di awal pagi aku akan bangun mandi sebelum orang lain bangun mandi. Malam pulak aku akan mandi selepas orang lain sudah mandi.
Sama jugak dengan cuci baju. Aku lebih suka cuci baju pada waktu malam lepas semua orang siap cuci baju. Dalam pukul 11 malam ke atas biasanya aku mula cuci baju di bahagian cuci baju tepi tandas dan bilik mandi. Untuk pengetahuan semua tandas berada di hujung tangga sebelah kiri dan kanan. Bilik aku berada selang 4 bilik dari tangga sebelah kanan jadi aku lebih dekat menggunakan tandas dan bilik mandi sebelah kanan.
Pada malam itu seperti kebiasaannya bila balik dari kuliah aku rehatkan diri dulu di bilik, bila semua orang sudah nak masuk tido aku mula keluar untuk mencuci baju. Pada waktu mulanya tak ada apa yang berlaku. Aku cuci baju berus baju macam biasa seorang diri. Lepas tu aku terdengar macam ada orang tengah cuci baju jugak di sebelah aku. Bila aku jenguk tak ada sesiapa. Ah biarlaa..kata ku dalam hati.
Lepas tu aku tengok lampu di bilik mandi berhadapan dengan aku berkelip kelip. Eh lampu rosak ke..kataku dalam hati..aku teruskan cuci baju. Bila semua dah siap aku berjalan ke bilik sambil membawa baldi berisi baju yang kubasuh tadi..esok ajer laa aku sidai di bawah. Sambil berjalan aku tiba tiba rasa bulu roma meremang, seram sejuk. Eh apa hal lak ni. Aku toleh ke belakang..aku nampak ada sorang perempuan rambut panjang paras pinggang berjalan menuju ke tangga depan tandas.
Tapi aku tengok dia macam melayang layang bukan berjalan. Lepas tu terus hilang di depan pintu tangga. Aku pelik laa sebab tadi dekat bilik mandi dekat tandas tak ada orang..lepas tu tak ada lak aku selisih dengan sesiapa masa berjalan nak ke bilik. Dalam hati cakap orang tu budak aras 3 nak naik aras tiga kot. Aku terus letakkan baldi baju di situ dan ke pintu tangga sebab kalau dia naik aras tiga pintu tangga tu mesti dia buka jadi aku hendak kunci balik pintu tu.
Tapi bila aku pergi ke pintu tangga elok jer pintu berkunci. Pelik mana dia hilang. Bulu roma tiba tiba berdiri. Ada angin sejuk yang menghembus ke muka ku. Aku cepat cepat berjalan masuk bilik, kunci pintu dan selimut tutup muka.
Aku dengar ada orang ikut dan ketuk pintu bilik. Aku rasa macam nak menangis sebab takut sangat. Akhirnya aku tertido dengan ketakutan. Esoknya roommate aku tanya kenapa baldi baju tinggal kt depan pintu bilik. Seingat aku baldi tu aku tinggalkan di tengah jalan sebelum ke bilik aku semasa hendak tengok pintu tangga semalam. Macamana boleh ada depan pintu bilik. Dalam hati aku pikir..oo perempuan tu tolong hantar baldi baju aku kot sebab tu dia ketuk pintu. Hihi.
Selepas kejadian tu aku dah tak berani nak cuci baju atau mandi malam sorang diri. Mesti ada teman. Sekian dulu buat kali ini. Maaf kalau tidak seram sangat. Nanti aku ceritakan kisah hantu mengira pintu tandas, hantu perempuan dengan bayi, hantu jepun berbaris dan ada lagi yang aku dan kawan kawan alami masa kami di sana. Sekian.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Politeknik ka
hantu tu baik doh haha
Hmm…citele best la…smbung jla lagi pleaseee!🥺🥺🥺