Hantu Air

Hi pembaca sekalian. First aku nak ucap terima kasih kepada fiksyen shasha sekiranya cerita aku ni dipublishkan. Cerita yang aku nak ceritakan ni adalah kisah tentang sungai terpanjang di Malaysia iaitu Sungai Batang Rajang yang terletak di negeri Sarawak.
Sg. Batang Rajang ni ada banyak cabang. One of it is Sungai Kanowit. Familiar? Kanowit ada dimention dalam buku teks sejarah ting 4 dan 5. Ok kisah ni jadi kat sungai batang rajang area kanowit ( Sg kanowit).
Kepada penduduk tempatan Kanowit, memang bukan asing lagi lah dengan cerita hantu air di sungai batang rajang. Sudah banyak nyawa terkorban di sungai. Ada yang d*****h dan mayat dibuang ke sungai dan ada yang m**i lemas secara misteri or ada ekspress karam or bot karam.

Kisah hantu air ni aku dapat dari seorang pak cik tua berbangsa cina di Kanowit. Aku bagi nama Pak Cik Lee (bukan nama sebenar). jadi Pak Cik Lee ni hobinya memancing. Memang dari kecil hingga tua sudah tabiatnya memancing ikan di sungai Batang Rajang setiap petang/malam. Dia akan turun ke area berpantai berhampiran dgn jeti untuk memancing . ( * kisah ni jadi tahun 2000+ so masa tu belum renovate waterfront Kanowit. Jeti masih jeti yang lama yang takda apa2 safety feature. Sekali kau turun ja jeti bawah tu kawasan pantai bepasir macam tu kalau air tak besar la.)

Pak Cik Lee ni tiap kali memancing memang akan bawa geng. Tapi malam tu geng dia semua tak boleh turun memancing. Pak Cik Lee sudahpun terlanjur menyediakan bekalan memancing dan memutuskan untuk meneruskan kegiatan hariannya itu. Pak Cik Lee masa tu memang tahu yang sungai tu berhantu melalui cerita dari mulut ke mulut masyarakat di situ. Memang ditegah untuk berseorangan di tebing sungai /kawasan sungai. Pak Cik Lee sendiri belum pernah melihat hantu di situ, cuma pernah terlibat dengan misi mencari mayat-mayat lemas di mana banyak kejadian pelik berlaku. Misalnya pencarian mayat lemas mengambil masa berjam jam di lokasi sehinggalah pihak bomba hampir menyerah kalah. Ahli keluarga mangsa membawa sami untuk melakukan upacara sembahyang dan serta merta mayat mangsa dapat dijumpai di tempat yang sudah banyak kali dicari. Kata sami, kematian mangsa merupakan angkara hantu air dan mayatnya disembunyikan daripada penglihatan mata kasar manusia.

Ok back to cerita Pak Cik Lee memancing. Malam tu kira-kira dalam pkl 8.30-9pm pasar kanowit banyak yang sudah tutup. ( kehidupan di pekan Kanowit ni simple2. Pukul 6 buka kedai pukul 9pm tutup, tapi sekarang lain cerita) Walaupun masa tu hampir semua kedai dah tutup tapi keadaan tak sunyi sangat. Tapi tiba² Pak Cik Lee rasakan suara sekeliling tiba-tiba hilang. Tiada bunyi cengkerik ataupun bunyi-bunyi haiwan lain. Masa ni Pak Cik Lee dah rasa lain. Tapi Pak Cik Lee tak nak balik. Pak Cik Lee masih menunggu ikan. Selang beberapa minit kemudian dia dengar bunyi air. Tiba² kakinya ditarik ke dlm sungai. Separuh badan Pak Cik Lee tertarik oleh sesuatu ke dalam sungai. Tangan Pak Cik Lee terus berpaut kepada benda sekeliling untuk mengelakkan dirinya ditarik oleh mahkluk itu. Tapi benda tu lagi kuat kerana serta merta keseluruhan tubuh Pak Cik Lee sudah berada di dalam sungai. Pak Cik Lee hampir lemas kerana kepala nya sudah masuk ke area berair yang cetek. Nasib baik Pak Cik Lee ni jenis yang boleh tahan nafas lama dalam air. Kalau seminit lebih tu dia masih boleh tahan lagi. Masa ni dia nak jerit tak dapat. Pak Cik Lee sudah buntu dan panik.

Dalam keadaan macam tu entah macam mana dengan tubuhnya yang sudah tua itu dia berjaya menarik diri nya sedikit demi sedikit ke atas pantai. Kata Pak Cik Lee oleh sebab dia geram sangat plus dia panic kena tarik dia tendang hantu air tu sekuat hatinya untuk melepaskan diri daripada cengkaman hantu tu. Tanpa buang masa Pak Cik Lee terus naik atas jeti. Kata Pak Cik Lee tangan hantu air tu macam tangan manusia + tangan katak. Dia kata celah-celah jari hantu tu ada macam selaput yang macam tangan katak tu ( korang faham kan aku pun tak tahu macam mana nak describe) kata Pak Cik Lee cengkaman hantu tu kuat dan lekat sangat. Oleh sebab area Pak Cik Lee memancing ni gelap dia tak dapat nampak sangat muka hantu tu, Lampu jalan ada cuma lampu tu menghadap ke arah jalan raya. Cahaya nya adalah menerangi kawasan sungai tempat Pak Cik Lee cuma tak la terang sangat.

Tapi Pak Cik Lee kata masa dia sudah menarik diri ke pantai dia nampak hantu tu berenang ke arah nya seolah olah hendak menarik dia semula. Masa benda tu dh sampai kawasan cetek. Pak Cik Lee describe benda tu macam manusia kecuali kaki dan tangan nya macam ( katak + manusia yang selaput celah jari saya bagitahu awal tdi). Pak Cik juga kata yang benda tu saiz macam budak kecil lelaki dalam keadaan telanjang. oleh sebab jeti tu masih dekat dengan kawasan berair. Benda tu terus cuba berenang ke arah Pak Cik Lee. Sekali lagi kaki nya dicengkam. Masa tu Pak Cik Lee masih di daratan. Pak Cik Lee cuba melepaskan diri. Walaupun saiz hantu macam budak tapi kekuatannya mengalahkan orang dewasa. Masa ni Pak Cik Lee jerit minta tolong. Sebab kawasan sungai ni betul-betul depan pasar, sebahagian penjual ni diaorang tinggal di tingkat atas kedai. Mereka semua terdengar jeritan Pak Cik Lee. Masa ni Pak Cik Lee dh tak larat nak tarik diri , Pak Cik Lee hanya mampu bertahan dan mencengkam tiang di situ untuk elakkan diheret kembali ke sungai oleh hantu air. Hantu tu taklah bodoh sangat, dia tahu orang akan datang. Jadi dia lepas Pak Cik Lee. Orang-orang yang datang nak tolong pun dah sampai. Mereka segera tolong Pak Cik Lee dan tanya cerita dia. Lepas kejadian tu, Pak Cik Lee tak berani memancing sorang-sorang. Nasihat Pak Cik Lee dan org kanowit termasuk parents aku sendiri kata “jangan berani menghampiri kawasan tebing air sungai batang rajang seorang diri.” “Jangan berseorangan berhampiran sungai.”

Haaa tu je la kisah hantu air ni.
Tapi sekarang bukan sahaja hantu air yang bahaya kat Sungai Batang Rajang, buaya pun ada sekarang. Setakat ni takda kes orang kena baham buaya di Kanowit. Tapi penampakkan buaya selalu especially time banjir. Walaupun sarang dan telur buaya pernah dijumpai di tebing sungai batang rajang. Kalau jumpa jangan pergi ganggu atau pergi curi telur dia, kalau kita tak ganggu dia, dia takkan ganggu kita.

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

SanSarawakian

2 thoughts on “Hantu Air”

  1. Dulu pernah ikut aunty pergi mandi manda kat Sungai Batang rajang. syukur tak pernah ada apa apa berlaku. Sekarang baru tahu Batang Rajang banyak buaya, biasa lah masa kecil dulu mana ingat nak fikir tu semua kan bila dah nampak air sungai

    Reply
  2. Dengar bentuk fizikal lebih kurang mcm ‘kappa’ hantu jepun je.
    badan kecik, kudrat kuat dan mcm katak.
    ini hanya pendapat yaa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.