Salam, thanks kalau admin sudi publish cerita ni. So cerita ni based on apa yang aku alami. Ini erita pengalaman aku kat sebuah hospital.
So baru-baru ni aku kena admit kat sebuah hospital kat KL. Hospital ni swasta and memang mahal juga kena tapi sebab ayah aku boleh claim balik kat company, so dia decide hantar aku kat sini. At first aku ingat hospital mahal takde sangat hantu tapi yelah, hospital kan. So aku admitted due to high fever. Okay aku skip which satu malam ni nurse tukarkan aku ke wad yang letak dua orang dalam satu bilik. Family aku takde teman aku sebab risau demam aku agak tinggi. Aku duduk sorang sebab katil sebelah tu memang takde orang pun. Wad ni jugak ada toilet. So malam tu nurse dah transfer, dia cakap dia akan datang balik untuk last check and bagi minum malam. Aku request minum malam tu sebab aku rasa lesu nak makan macam tu.
So datang lah nurse laki ni hantar makanan. Mula aku pelik jugak sebab dia ni diam je tak cakap pape. Aku just biar, dia letak tray makanan lepas tu dia pergi. Masa tu aku noticed takde air. Risau tercekik ke apa so aku cuba bangun dari katil, aku keluar nak kejar dia. Aku buka pintu, toleh kanan tengok dia tengah slow slow tolak trolley makanan. Aku pun panggil dia banyak kali tapi dia jalan je. Oh ya, level aku tu memang SUNYI gila. Macam takde orang. Aku panggil banyak kali, dia stop.
Masa tu dia cakap slow dari jauh, “awak panggil saya ke?”. Lepas tu aku cakap takda air. Time tu lah dia pusing kepala dia 360 darjah pandang aku. Memang ketar lutut lah masa tu sebab badan dia stay pandang sana, kepala je pusing ke belakang pandang aku. Muka dia scary and dia boleh senyum je takde cakap apa. Aku pun undur slow slow masuk balik wad, duduk berselimut atas katil. Aku dah banyak kali nampak tapi, bila aku jumpa yang betul scary and terkejutkan aku, aku boleh demam dibuatnya. Kadang aku penat, aku susah sebab benda tu pun tahu aku boleh nampak dorang, memang aku akan selalu kena kacau.
So sambung, pagi tu aku tanya nurse memang takde sapa ke akan stay dengan aku. Lepas tu dia cakap takde and wad yang sorang tu dah full so dia kena letak aku wad ni jugak. And selagi suhu tak turun, aku memang takleh discharge. Then time tu nak dekat maghrib, aku terjaga sebab aku terlena (timing tak elok), sebab tak tahan letih sangat. Masa aku bangun, aku dengar macam ada orang mandi dalam toilet. Cuba dengar balik memang ada, suara orang mandi, menyanyi sayu macam tu. Aku diam je lepas tu keluar sorang perempuan ni, fully hospital punya baju. Then dia cakap masa aku tidur, doctor transfer kan dia kat wad ni. Aku pun okay jela and agak lega sebab malam ni aku tidur berteman, ada juga orang dalam ni. Cuma dia ni tak banyak cakap. Aku pun expect mungkin dia sakit, so takpelah.
Malam tu nak tidur, aku dah cuci muka apa semua, aku keluar toilet, aku tengok dia terbaring je atas katil tapi menghadap belah sana. So aku biarkan, aku pun baring, main phone check whatsapp kejap. Sekali aku pusing ke kanan (belah pesakit tu), pesakit tu betul-betul muka dia depan aku. With her bloody face, kulit terbakar and rambut mengurai panjang. I was so freaking out and terus pengsan.
Esok nurse kejut aku, dia pelik suhu aku makin naik. Lepas tu muka dia dah nampak rasa bersalah. Dia pun tanya aku, aku ada kena kacau ke semalam? Aku pun diam. Then aku cakap semalam ada perempuan admit kat bilik ni. Tak habis cakap, nurse tu cakap, “rambut panjang? Muka terkoyak terbakar kan?”. Aku terkedu juga, then dia cakap dia tu penghuni wad ni, dulu rumah dia terbakar apa semua blablabla nurse cerita. Masa tu aku cakap, aku macam tak sanggup sangat nak stay wad ni sebab takut. Selalu aku berani tapi mungkin sebab aku sakit, aku macam lemah nak hadap.
Nurse request minta transfer bilik, so aku dapat bilik yang paling dekat dengan kaunter pertanyaan nurse tu. Wad ni still, aku duduk berdua but so far bilik tu takde apa. Yang problem, level tu.
Ada sekali nurse lari masuk bilik aku dengan muka pucat and takut sangat. Bila aku tanya dia, dia cakap dia duduk buat kerja. Pandang paper dia buat tu and lepas tu ada orang datang kat kaunter tu, dia tak perasan and tak pandang lagi. Sekali suara tu cakap, “awak, tolong saya. Mata saya terkeluar, saya tak reti nak pasang balik” sambil tangan dia tu hulur bebola mata and bergolek jatuh atas meja nurse tu! Nurse tu terus jerit lari masuk wad paling dekat (bilik aku). Aku nak tergelak pun ada jugak, tapi kesian pun ada juga.
So ni jelah kot aku boleh cerita. Maaflah kalau tak seram, aku banyak lagi cerita tapi insyaAllah aku akan comeback share cerita kat sini. Just aku boleh nampak ni, kadang aku takut, at the same time aku rasa macam bersyukur sebab kadang aku boleh tahu kenapa dorang ni jadi hantu. Aku tahu cerita dorang. Cuma bila aku kena sergah dengan dorang with cara jahat, aku memang totally out. Kalau setakat ponti semua tu, dah terlalu jadi kebiasaan. Kadang dorang ni ada lawaknya, ada seramnya, ada baiknya (do not ever buat jadi kawan), ada jahatnya. So sekian cerita dari aku.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cerita yg agak klise dan boring. Tapi pujian harus diberi sbab susunan cerita tratur & kemas walaupun tak seram.
Boleh x citer part yg lawaknye psl diorg ni…??
Dan serba sedikit apsal diorg pilih utk menjelma dlm sesuatu keadaan tu, cth sbg cik ponti, sbg abg chong ke…
Sambung tau…
Gune hashtag #sidemam …
Hahahahahah…
hahahha nak juga komen lah….. kemahen lagi suh buh hashtag bagai… baru ni dgr nama abg chong hahahah
Sya nk tahu yg awak ckp tu…
“. Kadang dorang ni ada lawaknya, ada seramnya, ada baiknya (do not ever buat jadi kawan), ada jahatnya.”
Klu bolehla…hee
*cerita tentang apa yg awak ckp di hujung entry awak
Sambung cepat!!! ??
Aku suka cerita org yg gifted ni sbb lg real..please sambung yg part lawak..
bukan hantu tu golongan iblis,syaitan,jin ke..knpa ckp mcm citer omputih lak ni..hmmmm
Kau rase susah sengsara ble nmpk bnde ni semua kn?.
Soalan aku,adakah itu satu anugerah atau malang?.
So dh tau kan?.sj nk betulkan mind set ko..ni bukan satu anugerah.
btul2
kalau dikatakan sebagai kelebihan ok kot….
aq fham sbb kkak aq pon ade bnd2 mcmni, dorg ni xnormal wey, msti die rse sengsara,kite ni bsyukur xde nmpk sgt, takat rase,kelibat tu je. Allah bg anugerah kt dowg,kelebihan supaya nmpk2 bnde2 mcm ni
Dulu aku pon pkir yg boleh nampk2 ni kelebihan, sbb semue duk ckp cmtu..
then 1 hrini ade lah kes histeria kt tempat aku study… lps da brsuraii, ktorg ade borak2la dgn ustaz ni.
Die ckp, “klau dah ade petande kite bole nampak2 ni maknenye kite diganggu,bukan kelebihan tp penyakit.
Kebanyakan yg boleh nmpk mmg dah diganggu dr kecik, pernah kene rasuk or histeria atau yg ade saka.
So,klau dah kene tu cpt2 berubat, tandenye ade bende lg dkt kite.. bende2 luar mmg mcm tau kite bole nmpk sbb die tau org ni mmg ade bende atau tak kt die,, die bole kesan spe yg ade spesis die jugk dkt sesorg tu”
So,bile aku prhati balik, mmg betul kte ustaz ni .. sbb kwn aku ade sorg mmg kononnye ade ‘kelebihan’ smpai da 3 taun daa… smpai 1 thap, die kne kcau truk . then bwk gi berubat, die ckp da tak nmpk pape dah lpstu.
betul apa ustaz tu cakap.benda ni pernah jadi pada aku sendiri. nampak benda2 tu selepas diganggu. bukan gifted kalau mcm ni tp benda tu yang berdamping dengan kita dan membuka laluan untuk melihat ‘diaorang’. biarpun aku cuma nampak selepas maghrib sampai ke subuh memang cukup seksa. sebab ‘benda2’ tu pun akan tertarik pada kita sebab kita blh nampak dia. mujur arwah tokwan berjaya ubatkan dan tutup balik hijab.
buat penulis cepat2la berubat. tak elok lama2 biarkan benda macam ni. lama2 hidup kita yang jadi tak serupa orang.
BEST
Nnak follow cerita this sixsense. Selalu dengar2 je kawan itu ini sixsense tp tak tahu cerita. Kurang2 dah ade wakil nak cerita org sixsense. #sidemam
Sekali suara tu cakap, “awak, tolong saya. Mata saya terkeluar, saya tak reti nak pasang balik” sambil tangan dia tu hulur bebola mata and bergolek jatuh atas meja nurse tu! Nurse tu terus jerit lari masuk wad paling dekat (bilik aku). Aku nak tergelak pun ada jugak, tapi kesian pun ada juga. – srious, part sni aku ktawa sorang2 dlm office . i can imagine k ahhahhaahha
Nice gak ah. Tengah khusyuk baca tetiba abang aku bukak pintu bilik dia and aku pon terkejut.
Cerita lembu!!!!
nasib badan
Seram & best👍 teruskan berkarya, abaikan komen2 spesis mulut longkang ni😤
…seram atau tak seram ceritanya, saya tetap suka baca…
180 darjah je..kalau 360 mmg ke depan semula ler kepala kawan tu ahahaha..anyway, cerita mmg menarik
180 darjah je, kalau 360 mmg ke depan semula lah kepala kawan tu ahahaha. Anyway, cerita memang best 😹