Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha. Aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Maaf kalau cerita ni tak seram macam cerita lain dan maaf ya gaya penulisan kalau ada sedikit campur2. Ok tanpa membuang masa kita mulakan dan sebelum itu , terima kasih admin kerana siarkan cerita aku ini.
Kisah ni berlaku kira-kira pada tahun 2014, ada dua kisah yang akan aku ceritakan. Aku bekerja di Johor Bahru (JB). Setiap minggu , setiap sabtu malam aku akan balik ke kampung di Parit Raja, Batu pahat untuk menjenguk kedua ibu bapa aku. Aku akan balik malam lebih kurang 12 malam sebab pulang bekerja pada pukul 10 malam. Tiada kenderaan lain waktu itu melain kan ada sebiji motosikal modenas kriss untuk di guna pakai.
Kisah pertama
Satu hari, seperti biasa hari sabtu selepas balik kerja aku mengemas sedikit pakaian di bilik sewa untuk balik ke kampung. Malam tersebut ayah ku menelefon, “kau jadi balik ke?” Aku menjawab “jadi, ni tengah kemas2 baju” ayahku membalas, “Ni dah lewat sangat ni kalau boleh gerak la lepas subuh kalau penat minggu ni tak payah balik “. Aku pun jawab “tak apa la ni dah nak gerak kejap lagi”. Ayah ku membalas , “Ok la macam tu, hati- hati, minyak jangan lupa isi”.
Aku pun menaiki motosikal melalui jalan highway (PLUS), kebiasaan nya aku akan berhenti RNR Skudai dulu untuk penuh kan tangki minyak motosikal aku ni..jam menunjukkan 11:30 malam dalam hati ku berbisik “ni kalau sampai Ayer hitam dalam pukul 12:30 malam singgah ‘ngetih’ kejap warung makan roti canai dengan kari kaki ayam fuhh”. Perjalanan jarak antara JB dengan Ayer hitam lebih kurang 1 jam kalau naik moto cc biasa.
Dalam perjalanan pada malam itu, tidak banyak kenderaan di atas jalan raya. Suasana yang tenang dan sejuk membuat aku lagi suka balik malam – malam macam ni.
Nak di jadikan cerita seram yang terkena pada hari itu , setibanya di Sedenak tiba – tiba bulu roma ku naik meremang, aku berbisik dalam hati “ah sudah, jangan la kacau aku” , Aku cepat2 baca ayatul kursi supaya hati ku tenang dan dapat mengawal motosikal ku. Pada ketika itu, aku merasakan perjalanan aku begitu lama dan tak sampai – sampai ke RNR Simpang renggam. Sebab antara Sedenak dengan Simpang renggam tak jauh lebih kurang 30km tapi aku merasakan dah lebih 50 km perjalanan.
Dalam kegelapan malam daripada jauh aku ternampak ada benda seperti lembaga besar hitam yang berdiri di tengah – tengah lebuh raya iaitu dekat pembahagi jalan (ni memang real). Aku apa lagi memecut laju tapi apakan daya meter tetap tunjuk 100km/h.
Apabila mendekati lembaga tu aku terus azan sekuat hati memang waktu itu berterabur azan dan bacaan sampai kan aku terlanggar satu benda yang keras macam kayu besar dan hampir terbabas masuk ke semak. Buat pengetahuan pembaca ketika itu, aku membawa motosikal di laluan kecemasan.
Waktu itu, ternampak papan tanda RNR Simpang renggam lagi 5 km aku terus memecut dan tak tengok ke belakang. Setibanya di RNR aku berhenti di bawah lampu untuk melihat keadaan motosikal sebab rasa langgar macam kayu yang besar kot. Aku lihat habis cover set pecah dan block ada sedikit leaking minyak hitam. Jam menunjukkan aku pukul 2 pagi. Ni kalau lambat ayah mesti risau bisik ku dalam hati, aku pun bawa moto dengan perlahan lahan agar tidak jem, ni kalau jem masak la nak overhaul. Pada ketika itu, memang ada dua tiga biji sahaja kereta atas jalan raya.
Akhirnya sampai jua di tol Ayer hitam. Hilang selera terus nak ‘ngetih’ pada pada malam itu.
Kisah kedua
Kali ini pada tahun yang sama, ada rezeki lebih aku buat muka beli motosikal yang cc yang besar sikit, hutang Aeon credit tapi tak besar pun 150 cc jenama Yamaha tapi kena la dengan berat badan aku ni, laju sikit kalau nak balik kampung.
Tapi kali ni kejadian tak la berapa seram, aku dari kampung nak ke JB sebab esok isnin pagi dah nak kerja. Aku gerak lebih awal anggaran lepas maghrib ketika itu. Ketika masuk tol Ayer hitam aku lihat banyak kenderaan di lebuh raya jadi tak la rasa takut sangat. Sebab peristiwa yang pernah berlaku membuat aku seriau nak balik tengah malam lagi.
Memang sedap bawa moto bahru ni lagi- lagi cc yang besar memang ranggi orang cakap. Ketika memecut di lebuh raya utara-selatan, tiba-tiba meter moto dari 140km/h turun ke 40km/h turun mendadak. Moto dalam keadaan macam berat (sebu) throotle dah pulas habis tapi macam tak pergi. Aku dah mula sumpah seranah ce***a betul la tengah sedap2 pecut layan moto bahru kau dah buat hal. Haish “moto bulan pertama pun belum bayar lagi ni” bisik ku dalam hati.
Ketika bebel2 kenderaan belakang bagi lampu tinggi kat aku. Boleh katakan banyak la bagi lampu tinggi ni. Aduh, “takkan kena lagi “bisik hatiku lagi. Aku pun merasakan mungkin ada benda yang menganggu perjalanan aku lagi ni. Aku pun azan sekuat hati dan baca zikir zikir yang boleh hilangkan gangguan tersebut.
Secara tiba-tiba meter moto yang tadi 40km/h naik mendadak laju seperti biasa. Ceh, nak tumpang moto aku rupanya “pergi la beli sendiri “ aku berseloroh dan Alhamdulillah aku selamat sampai ke JB. Sejak kejadian yang berlaku, aku akan berdoa sebelum perjalanan dan zikir3 sebagai pendinding sebab kita tidak tahu apa yang ada di sekeliling kita.
Terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Aku pernah jumpa lembaga hitam kat hway baru merapoh-gua musang.. Dr jauh aku nampak lori besar berhenti kat lorong kecemasan(hway bertentangan). Dlm dok ushar, ade keta dr arah bertentangan tu laju je langgar lori tu, serta merta lori tu hilang dr pandangan. Aku pandang belakang, keta yg langgar tu da menggagau berhenti tepi. Xtau ape yg dia rasa. 2x aku kena kat situ, sekali tu nampak mr.Candy tumpang sebiji keta yg aku potong.. Dok seat belakang pemandu. Huhu