DENDAM KESUMAT

Assalamualaikum w.b.t kepada admin dan semua pembaca fiksyen shasha. Cerita yang aku nak ceritakan ni terjadi 7 tahun yang lalu, aku harap admin dapat siarkan cerita aku ni. Kisahnya terjadi pada abang aku dan keluarga aku. Pada mulanya, takde apa pun benda pelik yang berlaku, sampailah satu masa abang aku selalu ternampak kelibat atau bayang bayang . Masa dia nampak tu dia tak ceritakan pun dekat atok dengan opah aku. Lupa nak bagitahu, aku, abang aku dengan adik beradik yang lain semua tinggal dengan atok dan opah kitorang.

Berbalik pada cerita tadi, sampai kadang kadang bila abang tengah tidur, dia selalu terjaga dan bila dia bukak mata dia selalu ternampak macam kelibat yang pelik. Sampai satu tahap bila dia tak tahan, dia ceritalah dekat atok aku. Mujurlah dekat kampung kami ni ada sorang pakcik yang jalankan perubatan islam ni.

Ok sinilah bermula sesi perubatan. Ok bila pakcik ni dah sampai dekat rumah kitorang, dia tanya siapa yang selalu nampak atau selalu kena kacau dengan benda tu. Jadi kami pun cakaplah yang abang selalu nampak benda tu. Sebab pakcik tu nak buang benda tu gunakan orang yang selalu kena kacau dengan benda tu. Maksudnya abang aku sendiri yang akan buang benda-benda yang kacau kami tu.

pertama sekali pakcik tu letakkan jari dekat hujung dahi kanan dan kiri abang aku, dia suruh abang aku berselawat dan tiba tiba abang aku cakap dia nampak masjid, masjid yang ada dalam kampung kami. Apa yang aku cerita ni berdasarkan apa yang aku dengar. Tapi apa yang aku tahu masa tu pakcik tu dengan abang aku dah ada dekat alam lain.

Ok sambung balik, macam biasa bila dah ada dekat depan masjid tu pakcik tu suruh abang aku berselawat lagi dan berdoa untuk mintak perlindungan dari Allah S.W.T dan abg aku cerita masa tu dalam tangan dia tiba tiba macam ada satu pedang yang bercahaya. Jadi dalam alam tu abang aku pun baliklah kerumah. Masa nak sampai rumah tu, abg aku nampak sorang budak perempuan tengah duduk dekat kerusi batu depan rumah aku, tapi dia tak cerita dekat pakcik tu , dia terus sambung masuk kedalam rumah .

Masa dalam rumah tu, dia nampak rumah aku betul betul gelap, pakcik tu suruh dia cerahkan ruang tamu rumah aku dengan gunakan pedang yang ada dekat tangan dia tu, caranya berselawat dan cucuk pedang dalam tanah. Lepas tu abang aku cakap ruang tamu rumah aku dah cerah. Dan lepastu dia pergi pulak ke bilik adik perempuan aku , sama jugak cara yang dia gunakan, bilik adik aku pun cerah. Lepastu dia pergi bilik opah aku , dia cerita masa tu dia terkejut, sebab dalam bilik bilik yang lain, bilik opah aku je yang cerah masa tu, sebabnya opah aku selalu mengaji dalam bilik tu. Lepastu abg aku pergi dalam bilik air, dia terkejutlah sebab dia nampak budak perempuan yang duduk atas kerusi batu dekat luar rumah aku tadi, dia kata patutlah benda tu pandang pelik je dia memula tadi hahahhaa.

Dia selawat lagi dan kalini dia gunakan pedang tu untuk cincang kaki budak perempuan tu. Last sekali yang gelap tinggal bilik aku dengan abg aku je (kami kongsi bilik) . Masa dia nak cerahkan bilik tu dia tiba tiba ternampak opah aku, pakcik yang berubat tu suruh dia cincang opah aku tu , mula abg aku tak sanggup sebab yelah dia menyerupai opah kitorang sendiri kan. Tapi pakcik tu cakap jangan percaya, dia menyerupai opah aku je sebab nak bagi abg aku keliru, pakcik tu ajak abang aku berselawat balik dan mintak benda tu untuk menyerupai tuan yang hantar dia. Abg aku pun cincanglah dia. Abg tu kata rupa orang tu mcm pakcik tua. Dia cakap dia dah lama berdendam dengan atok aku . Sebab tu dia nak musnahkan family kami. Abg aku pun cincanglah pakcik tua tu dan last sekali abg aku cucuk pedang yang dia gunakan tu dalam tanah, lastly, cerahlah rumah aku.

Sebenarnya banyak jugak kisah yang jadi dekat family aku yang tak sempat aku nak ceritakan, nanti ada masa aku ceritakan. Dan untuk kali pertama aku menghantar kisah ini, biarlah aku ringkaskan apa yang telah terjadi dalam family aku.

Atok aku sekarang pun dah lama dah meninggal dan benda tu terjadi sebelum dia meninggal. Alhamdulillah sekarang dah takde benda lagi yang kacau family aku. Cuma sampai sekarang aku masih tertanya tanya, siapa yang sanggup buat family kami macamtu, sampaikan nak berdendam dengan atok aku. Aku harap orang tu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, insha Allah. Cukuplah sampai sini je kisah aku, mintak maaf kalau kisah aku ni tak berapa seram dan tak berapa menarik. Aku cuma nak kongsikan apa yang terjadi dekat family aku dan dapat ceritakan pengalaman aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

wan

3 thoughts on “DENDAM KESUMAT”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.