Gangguan Solat

Assalamualaikum buat semua warga Fiksyen Shasha dan terima kasih buat Admin jika kisah aku ni disiarkan. Kisah ni pendek dan mungkin tidak menyeramkan buat para pembaca. Ini adalah kali kedua aku berkongsi selepas cerita Hantu Raya Ibu disiarkan.

Aku Sophia (bukan nama sebenar). Setelah lama aku menganggur, aku diterima untuk bekerja di sebuah taman tema yang cukup terkenal di Malaysia. Tidak perlu aku sebutkan nama taman tema tu. Disana aku bekerja dan diberikan asrama untuk para pekerja. Terdapat banyak asrama dan aku pula ditempatkan di asrama yang agak jauh berbanding asrama lain.

Waktu pertama kali masuk, aku cukup resah disebabkan orang yang membawa aku dan rakan yang lain kebilik memberi sedikit maklumat tentang asrama tersebut. Katanya asrama ini masih baru dan hanya dua tingkat sahaja digunakan. Keseluruhan tingkat adalah 28 dan aku ditingkatkan di tingkat 21 bererti tingkat 21 dan 22 sahaja digunakan.

Aku cukup berpuas hati kerana ditempatkan di bilik tersebut kerana satu bilik untuk dua orang sahaja jadi aku tidak perlu beramai-ramai bersama yang lain. Bulan pertama duduk masih tiada apa-apa gangguan.

Roommate aku pula tidak suka tidur dan duduk dibilik. Selalunya aku akan tidur seorang namun aku tidak takut disebabkan bilik aku kecik. Tepat pukul 1pagi pintu bilik aku diketuk. Aku dengar suara kawan aku yang sedikit takut. Waktu tu memang aku dah tidur dan disebabkan katil aku betul betul sebelah pintu, aku terus bangun dan buka pintu.

Sampai hari ini aku masih ingat rupa kawan aku yang pucat. Katanya dia nak tidur dibilik aku satu katil dengan aku. Aku cuba bertanya beberapa kali, “Kenapa nak tidur sini?” tapi dia terus baring disebelah aku. Katanya esok dia akan ceritakan.

Esok pagi aku terus bersiap pergi kerja dan waktu lunch aku sempat bertanya pada kawan.

” Kau kenapa semalam datang tidur bilik aku? Setahu aku, kau ni jenis tak suka tidur dengan orang? ” Kawan aku tunduk sebelum buka cerita.

” Aku balik kerja lewat. Aku siap mandi terus solat. Roommate aku dah tidur awal. Masa aku solat tu aku dengar ada orang bisik kat telinga aku suara garau. Kau pun tahu katil aku sebelah tingkap. Mula mula aku fikir roommate aku yang mengigau . Lepas tu aku dengar lagi dia sebut nama aku tepi telinga. Aku solat je . Habis tu terus aku pegi bilik kau.”

Lepas kejadian tu aku fikir dah tak ada gangguan namun lepas beberapa hari sewaktu aku sendiri yang solat di dalam bilik , aku turut diganggu. Waktu aku nak bangun lepas dari sujud , badan aku macam kena tarik dari belakang terus aku jatuh terduduk. Time tu hati sentap sebab takut . Memang ada orang tarik aku dari belakang. Aku terus stop solat pergi solat bilik member.

Malam tu pula , aku dengan kawan baru balik dari makan so plan nak round asrama. Aku pun masuk pintu untuk tempat orang merokok. Kat situ aku rasa macam best sebab dapat angin luar. Tetiba je kawan ajak balik . Aku pula bodoh pergi tutup lampu then semua tempat terus gelap. Kawan aku dah menjerit , aku pun terus on balik lampu. Dia pun terus tarik tangan aku .

Kawan aku ni dia taknak masuk bilik dia jadi dia terus ke bilik aku. Waktu aku buka pintu bilik aku , aku tengok roommate aku dah ada tidur dalam bilik . Aku terus cakap dekat kawan yang roommate aku ada . Tetiba roommate aku pusing pandang aku dan kawan dekat pintu terus dia tutup muka pakai selimut .

Aku dah pandang kawan aku and rasa tak sedap hati jadi kami berdua ambil keputusan pergi berjalan. Jangan masuk bilik buat beberapa jam.

Dua hari lepas tu kawan aku buka cerita yang dia nampak ada muka orang tengah perhatikan kami berdua dekat pintu waktu duduk di kawasan merokok tu. Lepas aku tutup then buka balik lampu terus benda tu hilang .

Roommate aku pula bagitahu yang waktu aku dan kawan nak masuk bilik , ada benda yang duduk kat belakang ditengah tengah antara aku dan kawan. Sebab tu dia tutup dengan selimut sebab dia takut . Muka benda tu menakutkan .

Lepas dua tiga minggu , kawan aku ni buka lagi cerita dan siap tunjuk video yang waktu dia tidur ada benda di dinding rambut kusut masai macam perempuan. Bayang bayang . Tak sampai berapa saat benda tu lari. Aku pun sempat bagi video tu dekat ibu dan dia pesan supaya berhati hati , solat jangan tinggal .

Lepas pada tu kami kurang mendapat gangguan selain dari mendengar bunyi . Alhamdulillah setakat mendengar bunyi itu perkara biasa .

So pada semua maaf jika kisah ini tidak begitu menarik cuma berhati hati dan jaga tingkah laku dimana pun kita berada.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sophia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 thoughts on “Gangguan Solat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.