PULANGKAN

Salam admin dan pembaca FS. Thank you so much admin andainya kisah aku disiarkan. Hai…nama aku Biey, umur dah 20. Kisah yang bakal aku rungkaikan ini adalah pengalaman yang aku alami sendiri sejak aku berusia 7 tahun. Yess, umur 7 tahun aku dah alami benda2 mistik ni. 23 November 2003, jam 2 pagi ayah aku menghembuskan nafas yang terakhir depan mata aku. Masa tu aku masih kecik lagi perasaan nak menangis memang takde. Tapi aku cepat faham dengan situasi yang berlaku sebab selalu mak dan ayah bawak aku menziarah orang yang meninggal dunia.

Waktu ayah aku meninggal, cuma tinggal aku dengan mak dan jiran tetangga sahaja sebab waktu masih awal pagi. Kakak2 aku semua berada di luar negeri, dan aku anak bongsu yang jarak usia jauh sangat dengan kakak2 aku. Lepastu ada yang sempat balik dan ada yang tak sempat. Selepas siap semua urusan pengebumian, majlis tahlil 7 hari dan kakak2 semua balik untuk bekerja dan belajar, maka tinggallah aku berdua dengan mak aku. Di sinilah bermula segala benda baru dalam hidup aku.

Tinggal berdua dengan mak memang sunyi, tambah pula rumah kayu yang sederhana besar. Takut memang takut, apatah lagi mak aku siap bawak air dalam baldi letak dalam bilik supaya senang nak ‘cici’. Setiap malam tu. Setiap malam tu jugak lah hidup kami berdua ni tak tenang. Macam2 yang aku dengar tengah2 malam sampai nak tidur pun tak senang. Bunyi orang ketuk pintu pukul 2-3 pagi, bumbung zink tu macam orang pijak, barang jatuh kat dapur, dan sebagainya. Itu baru sikit hakak abam….. Benda ni berlarutan sampailah aku sendiri yang kena.

Kena macam mana? Perlahan-lahan hijab aku mula terbuka dengan nampak bayang2 hitam, dengar orang berlari dalam rumah, mimpi2 yang menakutkan sampai aku jadi terganggu walaupun waktu baru berusia 7 tahun. Aku mula bercakap sorang2 bila aku boleh nampak makhluk ni. Sejak tu, aktiviti harian aku terganggu. Malam2 aku akan rilek tengok tv macam biasa, bila masuk jam 12 tengah malam aku memang tak boleh tidur. Langsung tak boleh tidur. ‘Dia’ datang ajak aku main2 dengan dia. Boleh dikatakan aku ‘berkawan’ dengan ‘dia’. Yelah waktu tu aku kecik lagi, tak tahu apa2. Bila ingat balik sedih rasanya sebab tak normal macam orang lain.

Ibarat zaman kanak2 aku dirampas macam tu je (ya Allah sebak ni) dengan kesakitan yang aku alami. Bukan sikit, bukan sekejap benda ni ganggu hidup aku, bertahun lamanya sampai aku terpaksa berhenti sekolah. YE, BERHENTI SEKOLAH. Okay sambung, memang setiap malam itulah rutin aku, bermain macam2 , mak2, cikgu siap bawak beg pakai selipar atas rumah. Bukan waktu malam je, siang hari pun sama. Hatta masa aku duk ralik main dengan kawan2 sebenar pun ‘dia’ ada. Cuma ‘dia’ tak masuk dekat. Rupa dia? Kepala botak, muka pucat, baju lusuh tu je aku ingat. Di rumah pulak, setiap kali aku nak turun tangga ke dapur mesti ada bayang2 hitam melintas, kadang2 tu aku panggil mak suruh naik amik aku ke dapur.

Tak berhenti setakat tu je. Makin hari aku semakin teruk dan ketara. Bercakap dah la sorang2 , siap ketawa lagi. Satu malam aku mimpi arwah ayah aku ada dalam rumah, tapi pakai kain pelikat je, dia jalan je nak masuk bilik tapi aku lari, sebab aku takut. Lepastu, aku mimpi lagi masuk ke sebuah rumah kecik yang usang tapi kat dalam penuh dengan ular. Sikit pun ular tak kacau aku dan aku jalan terus nak keluar sebab aku takut sangat dah masa tu. Benda lain pulak timbul lepas aku alami mimpi2 tu. Setiap malam lepas main aku nak tidur, mesti ada satu makhluk ni muka hodoh, baju putih, rambut panjang, kuku panjang (meremang aku) datang nak cekik aku. Aku yang sememangnya tidur tak suka bungkus badan jadi terpaksa bungkus.

Kadang2 aku duk tengah main sesorang, tiba2 aku menjerit, “Aaaaaaaaaaaaaa”, terkejut mak aku yang tengah tidur, dia tanya kenapa, aku jawab saje je. Marah dia, haha. Tapi bukan saja2 tau, aku memang rasa nak menjerit aku jerit jelah. Bila aku dah makin teruk, mak aku pun berubat lah rata2 pergi berubat. Boleh katakan adalah dalam 30 orang lebih tok bomoh dan ustaz yang mengubatkan aku. Nak tau apa? Rata2 ustaz dan tok bomoh cakap benda ni jadi hasil daripada saka peninggalan arwah ayah, dan sihir yang orang hantar dekat mak aku. Saka arwah ni digunakan untuk meniaga je cuma bila tuan dah tak ada dia cari pengganti la kan. Itu memang biasa sampai merana hidup aku.

Sihir tu pula yang aku mimpi ular tu. Nak tuju kat mak aku, tempiasnya aku sekali kena. Orang dengki kat mak aku sebab mak aku baik sangat. Dia hantar sihir suruh orang benci mak aku, pulau keluarga aku. Sihir satu lagi, untuk mak sedara aku. Yang ni memang betul2 jiran aku yang buat sebab dia gaduh dengan mak sedara aku, dengan aku sekali kena jugak. Jadi, aku sakit sebab perbuatan khianat orang kat keluarga aku. Masa aku sakit tu, takdelah sampai kena rasuk, menangis je sebab sakit dan takut. Ada sekali tu ustaz datang rumah nak berubat , aku mengamuk sampai pecah barang dan setiap kali berubat aku sedar apa yang dicakapkan makhluk tu dengan ustaz dan tok bomoh.

Memang, memang aku kesal sangat2 dengan apa yang jadi. Ia seolah-olah meragut hidup aku. Aku berhenti sekolah sebab tak boleh tidur malam, siang hari sah2 la aku tidur. Alhamdulillah, masuk darjah 6 aku dapat sekolah normal balik, tapi bayangkan hidup aku sebelum tu, kena hina orang kata aku bodoh, pemalas. Sungguh kalau waktu tu boleh diputar kembali aku ingin “pulangkan” masa kanak2 aku. Aku nak sekolah rendah balik, nak kawan ramai. Namun sayang, hidup aku penuh “sejarah hitam” waktu kecik.

Pesanan aku di sini, biarpun kisah aku ni 13 tahun yang lalu, sampai sekarang benda ni masih menular dalam masyarakat Melayu Islam. Nak marah sikit santau, sakit hati sihir, salah cakap buat sampai mati. Islam agama yang suci, Allah ajarkan sifat sabar dan reda dalam setiap hal agar kita dapat elak dari benda sebegini berlaku, kesannya? Mungkin anak cucu yang masih kecik jadi macam aku. Terkena tempias tanpa dipinta. Minta maaf kalau tak best ke, melalut ke, setiap orang pengalaman berbeza. Sekian….

9 thoughts on “PULANGKAN”

  1. Hmmm…
    Sedih plak bace kesah hidup ko ni dik…
    Dahlar ayah xde pastu idop plak jd tunggang langgang cmtu…
    Kakak2 plak jauh2…
    Semoga Allah memberikan yg terbaik buat kamu dn keluarga dan sentiasa dlm lindunganNya…
    Aamiin…

    Reply
  2. Penuh pengajaran.. sometimes kt sini bukan untuk seram je.tp sy sendiri cari pengajaran dlm setiap kisah.yela kita pun xdpt jangka kn zaman moden pun ad perbuatan mcm ni.keluarga sy pun pernah kena..xpela ad hikmah ?nice write up

    Reply
  3. Dahsyat …Melayu Islam …sampai kesudah tak lepas dari Amalan mahayana dan kanuragan …sudah seribu tahun Islam menyinari Alam Melayu Kisah Mistik Dunia Tantrik tiada kesudahan ….
    Hanya Kepada Allah swt kita berserah ….

    Reply

Leave a Comment