Start daripada sini semua gangguan bermula dalam diri aku, tapi masa ni sangat slow. Kadang-kadang aku rasa tingkap bilik aku tidur tu ada orang bukak. Aku mula rasa terperanjat masa tengah nyeyak tidur. Bangun- bangun memang akan terkejut sampai malam tu jadi ketakutan sangat. Benda ni aku tak cerita dekat family aku, dekat pakwe aku pun aku tak cerita. Aku simpan sorang-sorang. Sebab aku nekad untuk berpositif dan anggap mungkin rumah ini rumah baru ada gangguan. Tak cukup dengan tu , ada satu hari tu aku rasa dada aku dihempap oleh sesuatu, mata tak boleh bukak, aku rasa macam lama sangat. Tapi aku cuba baca ayat kursi 2 ke 3 kali barulah benda tu hilang.
Tapi masa tu aku confius sama ada ianya adalah mimpi atau benda tu memang betul betul terjadi. Kebetulan bilik tidur aku paling belakang dan gelap, aku tidur pun sorang sorang. Awal aku datang rumah tu anak-anak dia akan teman aku tidur. Sampai satu masa kak Ji rasa cemburu, aku dengar anak dia cakap mak tak bagi tidur sini lah. Anak perempuan dia memang rapat sangat dengan aku, aku ini tempat dia meluahkan segala jenis cerita. Hahaha biasala gossipppp… Dari situlah aku mula tahu perangai kak zaila dibelakangku.
Tarikh yang aku tak boleh lupa 15/11/2019. Tarikh ni aku gaduh besar dengan pakwe aku, padahal benda kecik je pun tapi aku gaduh sampai aku block dia, aku tak tahu kenapa aku buat macamtu sedangkan aku sayang dia sangat dan takkan ada niat nak sakitkan hati dia. Sebab dia terlalu baik dan memahami diri aku even parents aku pun tak sepaham macam dia. Hehe tersweet pulak. Okay dah jom sambung.
Kak Ji mula mencorak langkah dengan memporak perandakan hubungan aku dengan pakwe aku, dia nak aku merana sama macam dia. ( ustaz yang bagitahu ). Adui ngam-ngam ustaz bagitahu time aku tengah berubat, kantoi la dekat bapak aku yang aku ada pakwe sebab sebelum ni aku share dengan mak aku je. Aku tak kahwin lagi so apa salahnya aku bercinta. Sungguh dasyat dendam Kak Ji dekat aku. Aku kesian sangat dengan pakwe aku sebab dia yang terkena tempias atas perbuatan syirik orang yang dengki aku. Bukan setakat ini je, dengan bapak aku pun aku mula lawan cakap, aku jenis paling susah bantah cakap ayah aku sebab aku hormat gila kot. Masa ni perubahan sedikit demi sedikit dalam diri aku mula kelihatan, mak aku pergi umrah, akak aku kerje jarang balik rumah sebab susah dapat cuti. So aku kena la balik rumah tiap-tiap minggu.
Kak Ji mula rasa tak puas hati, dia bising-bising dekat aku suruh kemas rumah baru gerak balik ( dia update status whatsap tuju dekat aku) Masa tu aku sentap gila terkejut. Eya rasa kenapa dia ni. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak ambik hati pun malah aku turutkan kata dia. Kadang-kadang aku rasa nak luah dekat pakwe aku, tapi rasa tersekat dekat kerongong. Aku cuba nak luahkan dekat orang, jadi aku update status dengan harapan kalau orang tertanya kenapa, aku boleh tercerita. Dan pkwe aku Tanya sebab dia memang caring orangnya, aku cakap takut buka aib orang. YOU see how bodoh aku ni kan memang mulut aku dikunci oleh kak Ji.
Nak dipendekkan cerita, aku naik bus balik rumah, turun depan sekolah aku call bapak aku tapi dia tak angkat mungkin tengah busy kerja. Tapi aku ni tak tau kenapa balik rumah terus berkurung dalam bilik. Tambah-tambah bilik aku dekat rumah aku ni belakang sekali warna bilik merah maroon, jadi gelaplah. Aku berkurung , taknak makan taknak cakap dengan sapa sapa. Sampaila nenek aku panggil ayah aku yang dah balik kerja tu. Benda ni aku tak ingat, tapi ayah aku kata aku marah-marah suara jadi garau mata merah.
Senang cerita macam meracau-racau. Bapak aku terkejut gila dia kata dia sedih mak aku pergi umrah buat benda baik, tapi aku dekat rumah jadi pelik. Paling teruk aku punya pelik, aku kalau dduk skudai aku tak akan call family aku , padahal dulu tinggal dekat univrsiti sampai ke tahun akhir aku rajin telepon family. Pakwe aku memang aku jarang oncall, sebab aku pemalu orangnya takut kawan sebilik dengar kalau aku sweet. Haha. Okay sambung balik, aku meracau-racau lepastu pakcik rumah sebelah aku ni bekas perkerja penjara dan dia macam ustaz sikit, jenis kuat lah kiranya pandai berubat. Dia yang bagitahu bapak aku anak kau ni macam ada terkena apa apa lah azmi ( bukan nama sebenar) mungkin dia kacau tempat orang tu. Bapak ak ni ingat aku terkena dekat tempat kerja aku. yelah sebab aku pernah sembang dengan ayah aku ramai officemate kata ada makhluk halus dekat office aku. Jadi bapak dengan pakcik sebelah rumah aku ingat benda tu dah pergi.
Keesokan harinya aku macam biasalah duduk rumah kemas rumah, chat pakwe aku, oncall lepas rindu .. ops lari topik… tapi kan apa yang aku rasa, bila aku duduk rumah dekat kak Ji aku rasa panas dengan pakwe aku. Aku rasa aku dikawal oleh sesuatu. Biasa aku balik rumah kalau kakak aku takda memang aku lepas rindu berborak sampai 1 ke 2 pagi dengan pakwe aku . Jadi hari ini hari ahad, aku balik naik bus ke rumah kak Ji jam 3 ke 4 macam tu sebab isnin aku kena kerja. Sampai sampai je rumah, anak –anak kak Ji kata mak dengan Paa gaduh sampai ambik pisau . Mak ambikk pisau nak bunuh ayah. Aku macam terkejut gila. Patutlah aku balik rumah sunyi gila, rupanya abang sepupu aku tu dah keluar daripada rumah tak balik –balik. Aku rasa risau, tapi barang dia tak di ambil . Jadi aku masih lega la, sebab kalau dia tinggalkan daripada rumah tu, macam mana keadaan nasib anak anak dia nanti.
Tapi hari yang sama , Ji berbual biasa je dengan aku, dia tak menunjukkan apa apa tanda yang dia tengah marah pun. Seolah- olah takda apa yang brlaku. Tapi anak-anak dia jarang berbohong kalau mak ayah diorang gaduh. Kalau korang nak tahu kak Ji pandai bermuka-muka. Depan kita lain, belakang kita lain.
Hari berganti hari, dah masuk tahun 2020. Aku mula menyuarakan pandangan kepada bapaku aku ingin keluar daripada rumah kak Ji dan nak menyewa di tempat lain. Tapi cadangan aku ditolak sekerasnya oleh ayah aku. Alasan dia , dia takut akan keselamatan diri aku dekat luar sana. Jadi aku turutkan kata ayah aku. Alasan kedua ayah aku bagi, dia takut nanti kak Ji terasa lepastu tak akan datang majlis kahwin akak aku bulan 3 nanti. Jadi aku turutkan kan lagi kata ayah aku. Tapi mak aku punya aura lain, dia macam paham ada sesuatu tak kena, dia cuba korek-korek cerita dengan aku. Tapi ya ALLAH sumpah aku memang rasa susah sangat nak cakap, rasa macam tersekat sesuatu di kerongkong, aku rasa macam segala tingkah laku aku terkawal. Tapi bila dah berubat ni, memang ustaz pun kata , aku memang dishirkan untuk ikut segala kehendak penyihir. Ustaz ni sebenanya tak bagitahu pun ciri orang tu, ustaz Cuma cakap dengan sapa aku duduk, dengan sapa aku bergaul aku kena berjaga- jaga, dan paling penting ustaz cakap selama ni kau makan dekat mana. Haa dari situ aku dapat tangkap serba sedikit berdasarkan benda-benda pelik yang berlaku dekat diri aku.
Part paling best, ayah aku memang tak percaya langsung. Tapi macam biasala mak mak ni biasa ada naluri, mak aku percaya dan mak aku ceritakan hal ini dengan pakcik aku ( abang kedua mak aku). Dia bagi suggestion untuk kitaorang pergi tengok dekat tempat perubatan orang asli. Sebab based on ustaz cakap, benda diorang pakai dekat aku hindu punya, susah nak dibuang. Bak kata orang, orang asli pun kuat bab halus halus. Tapi benda ni ditangguhkan sebab tak confirm lagi. Sebab macam biasalah bapak aku kan tak percaya, dan dia sebolehnya suruh aku duduk je rumah kak Ji. Sampai mak aku cakap bapak kau pun dah kena dibodohkan kot sama macam suami kak zaila. Aku tak tahula kenapa mak aku cakap macam tu. Mak aku kata laki kak Ji dah lama kena bodoh, sebab tu bini dia buat apa pun dia bising sekejap je lepastu jadi pak turut. Allahualam. ( masa ni mak aku dah balik daripada Umrah).
Hari demi hari keadaan kesihatan aku makin lemah, aku Nampak kuat diluar tapi dalaman aku lemah sangat. Aku suka menyendiri, duduk diam, padahal aku sejenis yang suka berborak lama, aku yang peramah menjadi pendiam. Muka aku pun Nampak letih selalu macam ta bermaya. Sampaikan semua adik bradik aku tegur aku sakit ke tapi aku cakap tak sebab aku pikir aku penat kerja je. Yelah bulan satu bapak buat business makanan , aku tolong dia lepastu aku ulang-alik dari tempat kerja ke rumah family selama 4 hari berturut-turut. Tambah pula, kakak aku mintak tolong teman dia pergi bridal semua untuk majlis kahwin dia bulan 3. Aku layankan jela walaupun aku rasa tak larat. Kakak aku pun sama tegur aku, kenapa aku Nampak lain lately ni.
Aku mula cerita ke kakak aku pasal aku mula rasa tak suka tinggal di rumah kak Ji sejak ustaz ubatkan aku. Aku rasa sesuatu yang lain. Kadang-kadang aku nampak orang pun aku malas nak bertegur. Masa ni aku pernah cakap kat pkwe aku, tak tahu kenapa rasa malas nak solat, pakwe aku marah dan suruh pergi solat. Aku turutkan. Aku ni ada masa bersemangat dengan pakwe aku, ada masa aku rasa panas kalau dia mesej aku. Padahal aku sayang dia sepenuh hati.. tapi jawapan untuk ni aku bru tahu setelah aku pergi berubat 14 kali ditempat yang berbeza. Yelah semua tempat yang bapak aku bawak semua cakap ni hindu punya susah ni . Tiap kali aku dengar macam tu aku memang sedih sangat, rasa macam takda harapan nak teruskan hidup. Kesihatan makin hari makin merosot.
Tibalah bulan 2, bulan yang penuh kejutan. Lately ni aku rasa macam kak Ji dah tahu aku pergi berubat. Dia macam cuba korek-korek dengan aku sikit demi sikit, sampai dia cakap dengan aku, kak Ji kata aku nampak tak sihat cubala pergi klinik. Dalam hati aku, aku tahu dia saja umpan aku nak korek sesuatu. Kak Ji ni pandai, dia akan berbaik dengan suami dia kalau dia nak dapatkan sesuatu. Suami kak Ji ni kerja branch manager dekat sebuah company, dia rajin outstation . Kadang sebulan mesti ada 2 kali kena pergi kuala lumpur. Sebelum –sebelum ni, kalau dia pergi outstation, uncle india tu rajin datang jumpa kak Ji, bawak keluar jalan-jalan.
Pernah sekali kak Ji tipu suami dia dan aku dengan mengatakan yang dia kata nak pergi Selangor outstation. Tapi masa tu aku dah pelik sebab dia kata nak pergi Selangor tapi dah jam 5 pun tak bertolak –tolak lagi. Tambah- tambah aku dengar perbualan lelaki tu dengan Kak Ji “ umpama diorang plan nak datang pukul berapa ambik dekat airport”.
Lepas beberapa hari, pertanyaan aku terjawab apabila aku bukak laptop nak buat kerja sikit sebab laptop aku tertinggal dekat office, aku sangat terkejut bila aku Nampak satu email pengesahan booking hotel pada tarikh yang kak Ji takda. Hotel tersebut adalah di negeri yang sama dengan tempat tinggal aku. Yang penting bukan Selangor. Aku memang terkejut dengan perangai terkutuk dia. Hanya Allah je tahu apa perasaan aku . Tapi aku tak bagitahu suami dia, sebab aku taknak dituduh cakap tanpa bukti. Dia main tinggal anak dia dekat aku, aku yang ambik anak-anak dia balik sekolah.
Senang cerita aku macam dah jadi mak kepada dua orang anak. Kak Ji seperti buta denga cinta, sampai sanggup abaikan anak-anak dia demi menagih cinta si lelaki india tu. Opss lupa nak cakap Kak Ji asalnya islam, tapi aku yakin uncle india akan sesatkan dia suatu hari nanti. Now dah nak dekat 1 tahun, satu demi satu yang aku Nampak. Kak Ji bertukar penampilan seperti kaum hindu. Namun yang aku heran, suaminya masih berdiam diri dan tinggal bersama isterinya. Apakah benar suaminya juga telah di bodohkan sama seperti kak Ji melakukan pada diri aku?… masih tertanya sehingg ke hari ini,.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Alahaii dik kejap kak ji kejap kak zaila. Mcm tergesa2 sgt nk sudahkan cerita ni. Kan dah kantoi kamu dah sebut nama betul dia