PENGALAMAN AKU – SIAPAKAH MEREKA?

Hai Assalamualaikum untuk pembaca semua,
Nama aku Nora. Aku mempunyai banyak pengalaman mistik dari kecil sampai sekarang dah beranak dua. Disebabkan selalu terkena, aku sememangya seorang yang penakut. Aku tak tahu nak mula daripada mana tapi aku cuba. Aku harap tak ada komen yang akan cakap aku banyak merapu atau berangan dan aku harap korang faham jalan cerita aku (sorry takda seni menulis).

PUTERI?

Okay ni kisah pertama yang terjadi dan sampai sekarang masih jelas dalam otak aku. Kronologi dia macam ni, haritu hujan lebat, ayah aku balik kerja dalam hujan dan menggunakan potongan kotak berbentuk bujur untuk mengelakkan kasut kerja nya basah (ayah aku sendal dalam kasut bahagian depan). Entah macamana aku dengan adik perempuan aku (masa tu baru 2 beradik je) boleh main dengan potongan kotak tu. Mungkin ayah aku tengok kitorang bosan je…die pun start lukis muka Pontianak kat kotak tu dan jadikan topeng untuk kitorang main. Ayah aku memang garang tapi dia kuat mengusik lagi lagi aku yang penakut ni.

Aku tak tahula kejadian ni ada kaitan ke tak dengan topeng tu, malam pun datang…rumah kami terletak di tingkat 3 kuarters. Ayah dan adik aku tidur atas katil, manakala aku dengan mak aku tidur beralas tilam di lantai bilik…nak dijadikan cerita, tak semena mena aku terjaga di tengah malam. Aku fikir mungkin kerana panas sebab kedudukan tilam itu tersorok sedikit di balik dinding.

Ayah aku ni memang suka buka tingkap nako luas2 supaya bilik menjadi sejuk. Aku yang terjaga ni tiba tiba Nampak seperti bentuk kaki ayam ( bayangan tapak sahaja ) perlahan lahan masuk melalui tingkap bilik. Tiba tiba, Di hujung katil ayah aku menjelma seorang perempuan berselendang menutupi kepala btul betul di hujung kaki ayah aku..aku terkedu. Baju perempuan tu seolah baju kebaya tapi lut sinar dan sedikit bercahaya susah untuk aku terangkan.

Aku yang berumur 5 tahun hanya mampu melihat dan cuba membaca apa apa doa (aku sangat petah dan dah hafal surah2 lazim masa ni)..tapi semua nya bagai tersangkut di tekak…suara pun tak terkeluar..walaupun kedudukan nya hanya ternampak dari sisi aku, aku dapat melihat dia seolah olah tersenyum.
Apa yang pelik, dia tidak menakutkan sangat. Cuma siapa je yang tak pelik tiba tiba menjelma perempuan umpama puteri di depan mata.

Aku hanya mampu terkebil kebil dan memandang kearah nya. Lama kelamaan suara aku dapat keluar dan aku hanya mampu membaca bismillah..hirrohma…nirrohimmmmm  (part ni baru suara jerit keluar ) perlahan2 perempuan tu hilang dan azan subuh terus bergema..mak dan ayahku terus terjaga dek jeritan tadi..
Sehingga hari ni aku masih terbayang perempuan itu dan tertanya Tanya siapakah dia…

SIAPA DIA?

Okay ni satu lagi kisah mistik yang aku alami…tapi yang uniknya hantu ni lelaki heheh..ok cerita dia macamni, masa aku umur dalam 4-5 tahun, ayah aku selalu hantar aku seorang untuk menemani nenekku die sebuah negeri di selatan tanah air. So aku pun duduk la dengan nenek dan arwah atuk aku.

Satu malam tu, tengah syok tidur aku terjaga cam biasa la…nak nmpak hantu mestila terjaga tibe tibe (sakit hati aku) aku tidur dgn nenek di tengah ruang tamu..manakala arwah atuk di hujung ruang tamu menuju ke dapur..aku dan nenek mengadap ke tangga naik ke tingkat 2 ( rumah nenek aku teres 2 tingkat ).

Tiba tiba, aku Nampak seorang lelaki berbaju turtle neck lengan panjang berwarna hitam turun perlahan lahan dari tingkat atas..aku hanya mampu memandang..muka lelaki itu seakan akan cina, tiada ekspresi, mata sedikit merah (umpama tak cukup tidur), berambut paras bahu dan diikat kemas ( lebih kurang macam zamani slam )…dia turun tangga dan lalu di depan aku dan nenek…terus ke dapur dan hilang dalam pekat malam.

Aku kemudian menyambung tidur macam biasa kerana wajahnya tidak sedikit pun menakutkan..Cuma sedikit pelik sebab tak mengenali lelaki itu..dan perkara itu aku diamkan sahaja mungkin kerana budak budak kan tak reti berfikir lagi.

Itulah sahaja pengalaman mistik aku setakat ni…kalau approve, insyallah aku sambung sebab banyak lagi pengalaman aku…dan semuanya benar benar belaka..

Assalamualaikum…tq sudi baca

NORA..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NORA

2 thoughts on “PENGALAMAN AKU – SIAPAKAH MEREKA?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.