Hai semua, sihat? Hehehe. Nama aku Yaya. Aku nak cerita satu-satunya pengalaman aku dengan perkara-perkara ghaib ni. Nasib baik pernah kena sekali, jangan la kena lagi. Warning!! Story aku ni tak menakutkan sangat kut, tapi aku rasa macam nak share je. Ok guys,straight to the story..
Kejadian ni berlaku pada tahun 2007.Fuuhh..dah lama dah.Masa tu aku baru masuk Tingkatan 1 di sebuah sekolah Imtiaz di Terengganu. Precisely, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang. Aku ingat lagi, malam kejadian tu, kawan-kawan aku dan senior-senior duk bercerita kisah hantu yang pernah terjadi kat sekolah tu. Tapi aku ni jenis penakut yang chillex gitu, so aku buat tak tahu je la.
Nak dijadikan cerita, malam tu lepas supper kat dewan makan,aku masuk dorm and terus tidur. Niat dalam hati nak bangun malam sebab nak menghafal quran. Sekolah aku ni, setiap pagi pelajar-pelajar dia kena tasmi’ yakni mendengarkan bacaan hafalan quran kepada ustaz/ustazah. Dan aku ni termasuk dalam golongan yang lembap sikit bab menghafal ni. So, tak nak kena denda, berusahalah saya nak menghafal quran sikit malam tu. Maka terjagalah saya pada malam itu (tak ingat lah pukul berapa tapi yang pasti semua orang dah tidur). Masa tu takde lah aku rasa takut ke apa sebab lampu dorm aku terpasang, mungkin kawan-kawan aku siapkan presentation kut.
Aku ambil Quran aku, dan bersandar kat katil. Tengah-tengah duk baca tu, aku terdengar macam plastik kena seret kat lantai. Korang boleh bayang tak macam mana? Alaaa, bunyi macam sssreeetttttttt…ssssreeetttttttt gitu. Aku ni positif orangnya, maka aku pun berpaling ke tepi, dan nampak satu plastik (plastik pasar malam tu, orang Terengganu sebut rajuk atau supit) kat lantai sedang ditiup angin. So, aku fikir maybe betul la sangkaan aku yang plastik tu berbunyi, maka aku pun menyambung semula aktiviti aku. Tak lama lepas tu, aku dengar balik bunyi sssreeeettt…sssrreeeetttt..ssrreeettttt. Masa tu aku macam dah tak sedap hati dah, tapi yelah kan. Untuk menyangkal sangkaan aku tu, aku pun terus berpaling dan perhatikan plastik tadi. Lama aku tenung plastik yang kat atas lantai tu bergolek-golek ditiup angin, tapi tak bunyi pun macam ssrreeettt..ssrreeettt tu. Aku dalam tak berani pun, sambung balik hafal quran, sebab masa tu aku fikir ‘aku baca quran kan, kenapa nak takut dengan hantu ke apa ke’.
Tengah syok berusaha menghafal, aku dengar bunyi macam orang tengah tembak-tembak pistol manik pulak. Haaa..budak-budak sekarang tak tahu la pernah main ke tak pistol manik ni. Ok sambung balik. Aku pun tak tahu kenapa aku bengap sangat kan. Yelah, mana aku nak tahu aku dah kena kacau time tu sebab tak pernah kena selama ni. Mungkin, makhluk tu tak puas hati ku sebab aku buat tak tahu je tu yang dia sambung kacau aku lagi. Positive,guys. Dalam hati aku, aku cakap ‘bunyi kipas kut..’ .Sebab masa tu memang kipas dorm kitorang berbunyi skit.
Dalam buat tak tahu tu, aku pun ternampak kawan aku, fatin terjaga. Katil fatin ni paling hujung, tepi dinding, dekat pintu masuk dorm kitorang. Dia pun melambai-lambai ke arah aku, ajak tidur sekali kiranya. Aku tak tahu dia dengar apa-apa ke tak sebelum tu, sebab dia tak pernah cerita. Aku pun apa lagi,bawak selimut pastu terus pergi kat katil dia. Baru je nak pejam mata, bunyi orang tembak pistol manik tu makin kut dan macam makin kerap. Sebab masa aku mula-mula dengar tu, bunyi tu macam ada jarak skit ‘ttahh….ttaahh…..ttah.’ Tapi kali ni dia bunyi camni ‘ttahh ttahh ttahh’.
Gedannngggggg!!!Terdengar pulak macam bunyi besi kena hempas kat lantai wehh. Betul2 macam kat tepi telinga ni. Aku ni nak sedapkan hati. Cakap la mungkin tu bunyi iron board kitorang terjatuh. Aku fikir macam tu, sebab memang iron board dorm kitorang tak kukuh, asyik-asyik terjatuh je time duk sedap menggosok baju. Dalam duk tengah figure out lagi, betul ke yang iron board tu yang jatuh, dia mai dengar bunyi besi kena tarik pulak. Adehhhh. Masa tu baru la aku sedar yang sebenarnya, aku memang kena usik. Sebab macam tak logik pulak, iron board yang jatuh tu, kene tiup angin kan. Tambah-tambah aku kelih ke arah iron board tu dengan hujung mata aku ni and nampak memang iron board tu tak jatuh, teguh je dia berdiri kat situ.
Aku pun tanya fatin “fatin..fatin..mu dengor dok?”. “Sssshhhhh”,Fatin suruh aku senyap.Aku macam lega sikit la masa tu. Yela, at least takde la aku kena sorang-sorang, ada juga peneman a.k.a (geng kena kacau). Lepas je aku tanya fatin macam tu, semakin galak makhluk tersebut usik kami berdua..’Gedegannnggg!!!..ssrahhh..ssrraahh..’ ditambah bunyi tembakan yang tak henti-henti(macam over je bunyi tembakan tapi bunyi dia cam ‘ttaahh..tttaahh’ gitu). Aku mula baca 3 qul dan ayat kursi tapi macam payah sangat nak sebut satu persatu, aku boleh baca dalam hati je. Kemudian, aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku, aku pun jeling sebab nak tengok apa kat belakang aku( masa tu aku tidur mengiring menghadap belakang fatin). Aku nampak lembaga hitam, betul-betul tepi katil fatin. Time ni la, aku rasa badan aku memang tak boleh bergerak langsung. Mungkin lembaga tu tak nak bagi badan aku tersentuh dia kut, sebab tu dia tak kasi aku bergerak .Dah la kat katil fatin tu banyak nyamuk, nyamuk gigit pun susah nak garu. Seksa wehhh..gatal tau tak?
Kegatalan kesan gigitan nyamuk ditambah dengan bunyi bising kena kacau membuatkan aku rasa stress dan nak marah. Nak tidur pun susah, nak garu pun tak boleh. Masa tu, aku dah tak takut dah. Aku rasa geram sampai nak jerit, ‘Dah la kacau aku!Aku nak tidur la weii!!!’. Dan ternyata, tak keluar pun suara aku. Haha. Berani apa macam tu, nak marah pun tak boleh. Suara tersekat-sekat keluar. Aku tak sedar bila aku tertidur, tapi yang aku tahu,aku tertidur dalam kemarahan. Selepas kejadian tu, baru aku ingat aku pernah kutip batu dekat atas bukit belakang dorm aku untuk dibuat hiasan kat kelas. Berangan nak jadi kreatif la ni, kutip batu bagai. Jadi,aku pun campak la balik batu tu kat belakang bukit. Alhamdulillah, aku dah tak pernah kena kacau lagi sepanjang duk kat sekolah tu selama lima tahun.
Terima kasih kerana membaca cerita ni dan bersabar dengan gaya bahasa dan penulisan aku yang tak seberapa ini. Dah lama tak tulis karangan, sebab tu cara cerita pun tunggang langgang. Kalau ada student Imtiaz Kuala Berang kat sini, let me tell you, aku duk dorm Ummi Aiman time aku kena tu haha.
P/s: jangan takut nak kutip batu ke apa lepas ni, sebab batu tu milik Allah. Tapi kalau kena kacau lepas tu, bagi je balik maybe dia suka batu tu dan tak nak kita ambil. Lagipun, berbudi bahasa budaya kita. Ok guys. Terima kasih.Bye~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ya btul tu… sume y ada di dunia dan alam ni milik Allah…
*pernah dulu dgr org kata kalau nk lalu kt dlm semak2 malam2 kna mnta izin penjaga la.. ank cucu nk tmpang lalu… lpas tu dgr ceramah kt surau, ustz kata itu syirik… sbb sume tmpat dlm dunia ni Allah pnya, mnta perlindungn dri Allah dan yakin dgn Allah.
Wuish. Prnah mnjadi pghuni ummi aiman dlu. Tp Alhamdulillah takde pape. Kne tindih tu bese lha.
Haiii aku Ex student Imtiaz Kuala Terengganu hehe a.k.a kospint korang kenal kan?? Hihi..tapi aku batch kospint la, sebelum ditukar jadi imtiaz..batch aku tak sempat hafal quran..lepas 2tahun aku keluar baru jadi fully imtiaz..
wow… kali pertama dengar cerita hantu imtiaz huhu.. btw alumni idun here hehehe
Hai super super junior from another Imtiaz. Imtiaz Dungun yang tepi pantai tu pun tak kurang hebatnya. Tambah-tambah dekat Imtiaz Atas which is yang betul-betul belakang bandar Dungun tu. My batch was the pioneer for that place. Benda ceni lagi la suka kat korang, suka menguji. Yela, korang kat hafal al-Quran. Tu gurau-gurau ja nama dia. Gurau manja gittew. Yang penting, jangan cakap besar. Bongkak namanya.
-your super super senior from that another imtiaz-