Kampung Pokok Neem .

Assalamualaikum, hi peminat-peminat FS Nama aku Urul ( Nama samaran ) . Aku dah lama baca kisah-kisah seram dari FS, ni tiba masanya giliran aku pula nak share pengalaman seram yang terjadi dalam hidup aku . Banyak sebenarnya tapi disebabkan ni first time aku nak share pengalaman aku ,aku start cerita pertama dulu .

Bismillah .

Baiklah aku describe macam mana Kampung Tamil look like . aku duduk di sebuah kampung orang Tamil ( di Malaysia lah mana lagi 🤣 ). Kalau kampung orang melayu , kebanyakkan pokok pisang je kan yang banyak ? Haaa di kampung Tamil ni penuh dengan pokok-pokok Neem .

So, ada sebuah Kuil yang besar sangat , ada yang kuil kecil-kecil bawah pokok Neem . Orang tamil ni kalau nak sembahyang , mereka perlukan daun Neem , setiap kali mereka habis memetik daun Neem , mereka akan keluarkan duit syiling and letak dibawah pokok Neem atas tanda terima kasih atau menghargai pokok Neem tersebut .

So ni aku nak cerita kejadian seram yang terjadi pada aku . Abang aku balik sekolah terus dia masuk dapur nak makan , tapi disebabkan dia tak teringin nak makan nasi malam tu , dia decide nak makan maggie . Waktu tu di rumah mak aku tak ada , dia pergi rumah makcik aku , lepas tu ayah aku keluar kejap . jadi aku dengan abang aku je lah di rumah . Masuk dapur tak ada maggie jadi terpaksa kena pergi beli . Disebabkan aku gatal nak ikut dia pergi kedai runcit Anne tu , dia ajak aku sekali pergi beli maggie . Agak jauh juga lah runcitnya tu dari rumah aku ambil masa 4 or 5 minit jalan kaki . Kami berdua sambil berjalan sambil sembang , kami ternampak duit syiling bawah pokok Neem tu . Aku pula pergi bawah pokok tu untuk kutip duit syiling tu dan abang aku cakap :

Abang : ADIK !!! Letak balik duit syiling tu sekarang juga!

Aku : ala banyak ni bang , boleh beli ais krim dengan duit ni .

Abang : tak apa , kita beli esok bila ayah balik kerja . tu bukan duit kita . letak balik .

Disebabkan aku sentuh and kutip duit syiling tu , aku rasa macam ada orang memerhatikan aku . Waktu itu perasaan aku macam aku tersentuh hak orang jahat , rasa macam ada yang tak kena . Perasaan macam takut . Abang aku baru nak pegang tangan aku dan tiba-tiba aku nampak pagar rumah orang tamil
tu bergegar . Gegarannya kuat sampai aku dengan abang aku pecut lari dengan duit syilingnya berterabur di jalan .

Kami ceritakan hal itu pada makcik dan mak aku, kami terpaksa tidur rumah makcik aku ( rumah makcik terletak ditepi kedai runcit ) . Sebab mak aku cakap dia tak sedap hati . Ayah pulak tidur seorangan ( hati kental hahaha ) .

Hari keesokan paginya , mak aku pergi tanya rumah orang tamil tu :

Mak : Eh you , ada ke semalam main-main gegar pagar you ni disebabkan anak saya kutip duit syiling semalam ? Maaflah you anak saya tu nakal sangat .

Acik Tamil : eh , mana ada lah . Semalam saya tak ada di rumah , saya bermalam di rumah anak saya . Kenapa ?

Dan mak aku pun cerita lah dekat acik tu benda yang terjadi pada kami . Dan acik tu cakap dari segi kepercayaan mereka ( tamil ) , ada “benda” baik pada setiap pokok Neem . Tapi kalau benda tu jahat , maut pun boleh jadi . So semalam benda yang terjadi pada kami tu hanya disebabkan kami kacau hak ‘dia’ . Sebab tu ‘dia’ marah .

Ni lah cerita seram yang terjadi pada aku dan abang aku. Maaflah kalau tak seram bagi kau orang semua . Hal ni terjadi pada aku dan abang aku jadi aku je lah yang rasa keseraman tu .

PERINGATAN : “ Kalau bukan hak kita , jangan mengambilnya”.

Terima kasih kerana membaca kisah aku . Inshaaallah , kalau ada masa aku akan cerita lagi . Bye assalamualaikum!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 79 Average: 4]
Urul

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.