Rumah sewa Taman Chandan Putri

Kisah ni terjadi pada tahun 2010. Kami 3 orang iaitu aku, abang aku dan adik aku. Sebelum ni puas dah kami cari rumah area Padang Rengas sebab nak yang dekat dengan tempat kerja. Nak tak nak abang aku sewa jugak rumah ni sebab dah takde pilihan lain. Rumah ni member satu U dulu tolong carikan. Rumah kakak dia satu baris dengan rumah kami sewa tu.

Kami pindah ke Kuala Kangsar sebab abang aku dapat tawaran buka bisnes di Padang Rengas. Jaraknya lebih kurang 18km dari rumah dan tempat keja baru tu. Rumah sewa kami tu jenis teres berderet. Kongsi dinding dengan jiran kiri kanan. Ada 3 bilik. Tingkap pulak bilik depan dan bilik belakang je yang ada. Aku duduk bilik tengah. Ade satu tingkap kecik cukup untuk udara dan cahaya keluar masuk.

Ruang porch tempat letak kereta tuan rumah dah pasang bumbung dan agak rendah. Jadi korang boleh bayangkan betapa gelap dan suram rumah tu walaupun siang hari kalau tak pasang lampu. Belakang rumah pulak ada perumahan yang tak siap. Aku tak tahu dah berapa lama tapi lebih dari setahun mungkin sebab dah berlumut dan penuh semak samun. Siang hari jadi tempat anjing melepak kat situ.

Abang aku jarang tido kat rumah. Ye lahhh bisnes baru mula dan operasi 24 jam. Jadi dia hanya balik untuk mandi dan tukar baju. Malam tido di tempat kerja. Tinggallah aku dan adik aku kami berdua. Jiran sebelah rumah aku yang sorang tu Melayu. Ibu tunggal tinggal dengan 4 orang anak. Dia selalu balik kampung rumah mak ayahnya sejak kematian suami. Jiran yang satu lagi Cina family. Rumah sewa kami ni dekat dengan satu IPT. Dulu kolej. Sekarang dah jadi U. Najib tukar sebelum PRK Kuala Kangsar hari tu.

Bulan pertama kat situ kami dah bincang aku dan adik aku kena kerja malam seminggu gilir gilir sementara nak dapat pekerja tetap. Ada satu hari tu macam biasa aku tido sorang. Malam tu dalam jam 11 aku sampai umah lepas makan di kedai kelantan depan tu. Rumah akak sebelah sunyi je. Dah tido agaknya. Lampu luar rumah dia terpasang. Dan aku pulak tak perasan yang kereta Unser dia tak ada. Aku dah siap bentang toto nak tido depan ruang tamu. Tido dalam bilik panas. Sempit. On laptop macam biasa nak layan youtube. Alamak akak ni off pulak wifi dia. Selalunya on 24 jam. P****g mood. Off balik.

Lampu semua aku dah tutup. Tak boleh tido kalau terang. Memang gelap gelita cuma ada cahaya lampu jalan je nampak di sebalik langsir pintu kaca. Anjing pulak dah banyak kali menyalak. Dalam dok tengah tidur tak tidur baru nak lelap aku dengar bunyi macam guli jatuh atas siling. Dah bunyi apa pulak ni???? Berhenti kejap dalam 2 minit. Lepas tu bunyi lagi. Makin lama makin rancak pulak. Aku yakin aku tak mimpi. Sebab aku dengar bunyi motorsikal lalu kat jalan depan rumah. Haaaaa… part ni yang best. Bunyi guli kat atas tadi kali ni pindah kat lantai pulak. Tapi macam jauh je bunyi. Aku yakin bunyi dari rumah akak sebelah. Korang pernah dengar tak bunyi guli kena lantai simen???

Lama lama bunyi guli tu aku dengar makin lama makin kuat dan makin dekat dengan telinga aku. Lepas tu senyap. Aku pun malas nak pikir sebab mata dah suruh tido. Dalam dok nak lelap tu tup tup bunyi pulak macam orang dok alih perabut. Bunyi kayu kena heret kat lantai. Kruk krak kruk krak. Dah sape pulak kemas umah malam malam buta ni. Aku bukan cakap besar. Aku tak rasa seram pun. Sebab aku ni jenis pikir positif. Tak suka layan benda benda yang tak masuk akal. Aku pikir akak ni kot dok alih dengan anak anak dia. Dalam dok dengar bunyi tu terus aku tertido. Sedar sedar dah subuh. Dah siap mandi elok keluar nak kunci gate rumah, kereta akak sebelah sampai. “Dari mana kak awal pagi ni?”. “Dari kampung. Semalam tido sana. Ada kenduri arwah”, Jawab akak tu. Masa tu terus aku teringat bunyi guli dan perabut malam tadi. Tak de banyak cakap terus start enjin kereta pergi kerja.

Kisah ni aku tak cerita kat sesape pun. Aku simpan je. Sampai lah aku kongsi kat sini. Dan sejak malam tu aku selalu dengar bunyi guli atas siling tu. Dan bukan malam saja pernah waktu petang aku sorang kat rumah ada jugak bunyi guli tu. Masa tu akak sebelah ada kat rumah. Aku buat tak peduli malas nak pikir. Dan pernah beberapa kali aku kena tindih masa tido dalam bilik tengah tu. Rasa macam ada benda besar dan berat duduk atas badan sampai tak boleh nak gerak. Leher pulak macam kena cekik nak menjerit tapi tak keluar suara. Aku anggap itu macam mimpi saja. Adik dan abang aku pulak dorang pun tak pernah cerita apa apa pasal rumah tu. Ada cerita tapi tak nak cerita macam aku ke aku pun tak tahu.

Dalam bulan 12 macam tu sepupu aku lelaki baru lepas STPM datang duduk sekali kat rumah tu. Dia keje shift malam. Sementara tunggu result. Adik aku pulak balik Penang keje tempat keje lama dia. Tak best dia kata keje sini. So sepupu aku duduk bilik belakang tu. Aku pulak dah kerja opis hour. Abang aku masih lagi tido di tempat kerja. Sepupu aku cerita dia kena kacau waktu tido kat rumah tu. Kena tindih. Nampak macam macam. Makhluk berbulu hitam laaa….. budak kecik laaa. Aku iyakan aja. Malas nak tambah. Takot terus berhenti kerja balik kampung. Sejak haritu terus dia tido depan ruang tamu macam aku. Tapi dia takde cerita pulak pasal bunyi guli dan perabut tu.

Kami duduk rumah tu genap setahun. Kemudian pindah rumah sewa baru kat Padang Rengas. Lepas keluar rumah tu baru kawan aku cerita. Sebelum kami masuk dah ramai yang sewa rumah tu. Tapi tak tahan lama. Dua tiga bulan pindah. Katanya kena kacau. Hampeh punya kawan awal awal tak nak bagitau. Tapi sekurang kurangnya aku dapat pengalaman yang sebelum ni aku terpikir langsung. Dan aku pun baru tahu bila dengar bunyi guli dan perabut tu sebenarnya rumah tu ada makhluk lain yang tumpang sekali iaitu Jin. Wallahuaalam.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Rumah sewa Taman Chandan Putri”

  1. Tu la kau. Minta izin tak guna Wifi rumah akak tu? Mesti kau jenis main bantai je kan macam jiran aku. Tah kali ke berapa tu kar still juga curi line orang. Jin tu kacau kau sebab kau nakal hahahaha.

    Reply
  2. Baik ko buat tajuk cite bunyi guli aku jamin hnye 5% org je akn baca cerita ko..

    Knp?
    Pikir la sndri ramai org berpengalaman biase mcm ko ni termasuk aku.xpyh la cite bosan org baca

    Reply
  3. Baik ko buat tajuk cite bunyi guli aku jamin hnye 5% org je akn baca cerita ko..

    Knp?
    Pikir la sndri ramai org berpengalaman biase mcm ko ni termasuk aku.xpyh la cite bosan org baca

    REPLY

    Reply
  4. Tak sangka terjumpa cerita kat taman yag aku duduk ni sejak 2003… masa tu kawasan ni baru nak maju.. Kui*** yang naik taraf U pun tak wujud lagi masa tu..hehe… pengalaman bunyi guli kat tangga , bunyi ubah perabot, bunyi macam (benda berat ) duduk atas kerusi kayu… lebih kurang sama mcm penulisan.. itu je nak share..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.