DUNIA TENTERA AKU

DUNIA TENTERA AKU
DAN
KISAH
LAPANG SASAR DI GURUN
DAHAGAKAN DARAH
LAPARKAN NYAWA PARA TENTERA

CHAPTER 1

EPISODE KENALI KEM HOBART

Kapten Hobart, adalah Pegawai Tentera British yang berkhidmat di Tanah Melayu di tahun 40an dulu. Demi memperingati sebahagian dari jasanya, satu penghormatan telah diberikan dengan menamakan kem di Gurun Kedah itu, dengan nama Kem Hobart. Kem ini telah dibina pada tahun 1940an. Ia juga telah dijadikan penempatan Anggota Tentera British dan Angkatan Tentera Gurkha pada tahun 1947. Semestinya ada menyimpan 1001 kisah mistik dan misteri, yang sedih, dan juga kisah yang menakutkan, kisah yang mengerikan. Berlaku hanya kepada orang-orang tertentu, yang pernah melalui phasa latihan lasak di situ. Mereka juga, ada jawapan masing-masing yang tersendiri.

Kem ini, telah sepenuhnya menjadi milik Malaysia, setelah Tentera British mengundur diri dari Tanah Melayu pada tahun 1969.

Bermulalah era yang baru.

Bila sebut Lapang Sasar, keadaan yang muncul dalam minda kita, adalah tanah yang kering kontang, jauh dari pokok-pokok yang menghijau. Tengaharinya terang benderang bagai bulan penuh, yang pasti membuatkan kulit putih gebu, menjadi hitam berkilat dibaham oleh panas mentari di siang hari.

Dan

Kem Hobart adalah “Pusat Latihan Senjata Bantuan”, bagi semua Warga Tentera. Sebuah Kem, yang wujud, umpama hutan simpan yang agak tersembunyi. Yang bila malam hari, memang ngeri, suram, sunyi dan sepi yang tersangat. Dan pada diri aku sendiri, waktu malam terlalu lama untuk aku dan pasukan aku hadap, semasa berkampung di situ.

Kursus Senjata Bantuan yang diadakan di Kem Gurun Kedah, digabungkan dengan Kursus bagi Anggota lain-lain pangkat sekali.

Pada tarikh yang di tetapkan, konvoi 5x 3tan dan 2biji landrover menuju ke Kem Hobart. Aku rasa macam berada di Medan Perang. Mana tidaknya, deruan tayar-tayar Trak Askar yang sedang bertugas silih berganti. Bergema dan bergaung, gagah megah menyusuri jalanraya.

Disebabkan Pegawai Wanita tidak ramai, aku ditempatkan bersama dengan anggota Pranita di tempat yang agak jauh dari penempatan lelaki. Dari Dewan Makan ke bilik aku memang tersangat sunyi dan sepi.

Sebaik sahaja tiba di bilik penempatan untuk wanita, aku mula buat ronda kawasan untuk lihat keadaan luaran. Sunyi dan sepi sebab ber“manusia ikut musim”.

Bila ada latihan, barulah ada manusia di situ. Jika tidak, Perkampungan Hobart sunyi dan sepi. Penghuni yang ada, makhluk penunggu yang dah berkurun-kurun, terlebih awal mereka hidup di situ.

Kisah ngeri musim lalu, yang baru terjadi

Bila,

“Tapak Latihan Bom Tangan” tersangat suram. Kes, Team Jurutera menjalani “Latihan Kendalian Bom” yang tidak meletop. Malang tidak berbau, semasa taklimat dibuat, sistem dalaman salah satu dari bom itu tiba-tiba berfungsi dan meletop di lokasi. Jurulatih dan Pelatih mati sertamerta di tempat kejadian.

Bom yang meletup dan meletus itu, telah menghancurkan segala yang ada dalam lingkaran 250meter kawasan membunuh. Apa lagi berkecai jasad mereka. Daging bersepai-sepai, merata-merata. Dengan darah yang memerah membasahi tanah bumi Kem Hobart yang juga bumi misteri dan penuh mistik. Darah-darah dari jasad anggota tentera menjadi tangisan keluarga mereka dan juga kami warga tentera.

Malam pertama di situ, mundar mandir lembaga hitam melintas di Depan Dewan Makan. Masa itu 2ekor kucing santai-santai, dan yang nampak biasa je seolah-olah telah biasa dengan suasana penunggu asal. Mereka yang terlebih dahulu berkampung di situ.

Esoknya jam 0400hours, kami mula berebut untuk ke tandas dengan jumlah pelatih yang ramai. Sejuknya air memang sangat terasa, hendak tak hendak jirus secepat mungkin dan sarungkan celoreng serta merta untuk hilangkan rasa sejuk yang melampau. Dan episode latihan pun bermula.

EPISODE LATIHAN MENEMBAK M16 LAUNCHER

Seperti biasa, setiap kali turn menembak, setiap detail akan di ambil dahulu untuk direkodkan. Turn aku belum tiba lagi. Jadinya masa itu aku hanya menjadi penonton ke detail yang sedang berjalan.

Sambil yang menunggu tunggu turn ni, kami juga yang berada diluar. Kami juga yang akan perhatikan setiap anggota yang menembak. Dan juga akan belajar dari situ, step by step kendaliannya, supaya nanti tidak melakukan kesilapan dalam mengendalikan senjata dengan peluru hidup, Belajar tetap belajar. Nyawa sentiasa jadi taruhan.

Arahan dari Pegawai dan Jurulatih bertugas adalah menu utama hidup kami di lapang sasar.

KES 1

Arahan bermula
Pegawai Latih Kapten Adnan
– “Angkat Launcher”
Pelatih jawab
– “Angkat Lancher”
Pegawai Latih
“Masukan bom”
Pelatih mengajuk
– “Masukan bom”

(sambil mengisi bom di dalam sarung launcher)

Pegawai Latih,
“Launcher 1, tembak”
Pelatih jawab
Launcher 1- Tembak

Sambil menembak mengguna jari kiri ke picu launcher.

Latihan berterusan hingga ke Penembak ke 6. Semasa penembak ke 6 memicit picu, tiada kedengaran bom meletup.

Tapi pada masa itu, tiada siapa yang tergerak, untuk bersuara. Keadaan macam membiarkan satu keadaan tragedi tanpa ada sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut masing-masing, walaupun dari Pasukan Latih.

Dan

Bila tiba masa untuk ikrar “Selamatkan Launcher”,

Pegawai Latih bagi arahan,

Selamatkan Launcher!

Dan, bila Penembak ke 6 ambil tindakan, tiba-tiba bom dari Launcher dia, jatuh terletak sebiji-sebiji, di atas tanah. Masih berat, masih tidak terluak isi dalamnya. Rupa bentuk seperti asal. Maknanya bom sedia untuk meletup pada bila-bila masa sahaja, sekiranya tersentuh dengan benda berat atau benda tajam yang membuatkan hentakan pin peletup bekerja, sekaligus bekerja untuk berkecaikan juga segala isi nyawa kami yang di situ.

Keadaan juga menjadi sunyi dan sepi. Terasa seperti ada malaikat maut yang sedang mundar mandir menghitung usia nyawa para tentera yang berada di situ.

Si penembak ke 6, serta merta menggigil dan wajahnya jadi pucat lesi. Peluh dia pula, usah dikata sebab menjurai-jurai jatuhnya. Dan belum lagi dikira peluh-peluh dari para Jurulatih dan peluh dari kami sendiri.

Dalam keadaan itu, sekiranya bom meletup aku dan semua di situ akan menurut jejak langkah kes terdahulu, berkecai daging, bersepai-sepai di merata tempat. Dengan darah aku dan darah mereka akan membasahi bumi.

Tiba-tiba Sarjan Hamzah, Jurulatih bertugas berlari, menyambar bom dan bawa lari ke tempat yang jauh dari pelatih. Berpeluh-peluh, basah kuyup celoreng dia. Hampir sahaja, yang dia jatuh tersungkur sebab nak menjaga tempoh saat kalau-kalau bom meletup sendiri.

Alhamdulillah, Sarjen Hamzah berjaya mengeluarkan bom keluar dari kawasan membunuh nyawa dia dan nyawa-nyawa kami semua. Pakar Jurutera bom, dipanggil dan tugas-tugas mematikan bom dijalakan dengan serta merta. Memang ramai yang bercerita, jarang sungguh berlaku kes sebegini. Kes terpencil yang dahagakan darah dan nyawa kami para tentera. Tapi ia benar-benar berlaku masa kursus yang aku hadiri.

Jangan kata yang kejadian itu berlaku saja-saja atau yang kata itu hanya cerita dongeng. Mungkin ada sebab disebaliknya, yang tiada siapa yang tahu.

Semasa keadaan huru hara itu, memang aku ternampak kelibat. Kelibat, satu lembaga berupa macam orang hutan. Berbulu lebat, membelakangkan aku. Tapi bila dia menoleh, mak ai, jasad dia hanya tinggal tulang temulang yang boleh dikira satu persatu. Tapi masa yang sama, tulang itu bersalut dengan daging yang bersepai-sepai dan berjurai-jurai.

Bau dia, jangan sebutlah. Dengan bau darah pekat yang dah terperam lama, yang telah lama membusuk. Hanyir dan busuk kohong, kata arwah mak aku dulu-dulu. Ba utu, betul-betul menusuk kuat ke hidung aku. Semua ni berlaku, sebaik sahaja, bom senjata M16 launcher dikeluarkan dari lokasi tempat ujian Launcher dijalankan.

Semua gambaran itu wujud, untuk pandangan dari mata hati, jiwa telepati aku atau untuk mereka yang juga jika boleh merasai seperti mana yang aku rasa. Atau mungkin juga, orang lain tak rasa apa yang aku rasa. Mual, nak muntah, ngeri, seram silih berganti bercampur baur.

Bagi dunia yang nyata,

Masing-masing yang terlibat dengan suasana semua ni, habis basah celoreng dengan peluh-peluh jantan, peluh-peluh betina yang keluar, gara-gara panic dan juga ketakutan. Keadaan masa itu, bukan sahaja menakutkan tapi juga satu keadaan yang bakal terlibat dengan kemalangan maut yang sangat tragedi

Mesti juga penunggu itu jadi marah sebab niat untuk mendapatkan darah dari kami tidak kesampaian, dia muncul dan dengan keadaan rupa yang marah dan keluarkan bau yang sangat busuk, macam tu.

EPISODE MENEMBAK SENJATA CARL GUSTAV

Untuk kesekian harinya, tibalah satu hari, yang mana, antara hari yang sangat menakutkan aku pun tiba. Walaupun takut tapi rasa sangat excited untuk Practical menembak Senjata Bantuan yang hebat iaitu “Carl Gustav”.

Masing-masing berangan nak menjadi ala-ala komando macam cerita Ma t Saleh di dalam television atau wayang. Konon nak jadi hebat memikul “Buluh Lemang” istilah yang di panggil oleh kami, masa itu.

Latihan ini agak mencabar. Mendukung sebatang besi padu di atas bahu. Dengan berat, dengan kekuatan dan keyakinan yang padu. Jangan main-main, back flash dari api yang keluar semasa peluru ke sasaran, memang terasa perit di belakang badan dan di kaki penembak dan badi-badi. Badi-badi adalah penembak kedua bagi istilah kami. Memang kena ada jati diri yang kuat dan kental serta perlu ada tenaga yang padu untuk melaluinya.

Masa itu turn Anggota Lain-lain pangkat dulu. Kami yang pegawai menunggu giliran sambil menjadi penonton.

Memandangkan tugas menembak senjata bantuan ini perlukan berpasangan untuk menembak, Sarjen Kumar dan Kpl Amirmelapor diri untuk Praktikal Senjata Carl Gustav.

Pegawai Latih bertugas pada hari itu, adalah Kapten Amar

“Arahan menembak”
Pegawai Latih – Kapten Amar
– Angkat Senjata
Pelatih
– Pelatih mengajuk,
– angkat senjata!

(Dan terus letak atas bahu. Dan menyokong dengan kedudukan kaki dan kuda-kuda yang tegap. Dan padatkan tapak boot untuk dipasak ke tanah)

Pegawai Latih
– Angkat peluru
Kpl Amir Penembak Pertama

– Kpl Amir ajuk – Angkat peluru
Sarjen Kumar Penembak badi-badi

(Juga mengajuk Angkat Peluru)
– Angkat Peluru. (Sambil mengambil Peluru Carl Gustav di kendong macam baby dan standby arahan selanjutnya)

Pegawai Latih
– Isi Peluru
Penembak satu
– Isi Peluru
Badi-badi

– Isi peluru. (Dan membuka pintu Venturi dan mengisi Peluru di dalamnya) Dan memberi laporan.

– Isi!
(Dengan suara yang kuat dan lantang)

Pegawai Latih
– Siap, untuk Tembak
Pelatih Satu
– Siap, untuk Tembak (sambil mata menuju sasaran kereta kebal lama yang berada di kejauhan pandangan mata)

Pelatih Dua

– Siap untuk tembak. (Pelatih ke 2 menoleh ke belakang dan memastikan tiada haiwan dan manusia yang ada di belakang sebelum menembak).

Tetapi apa yang berlaku, tiba-tiba sahaja, Sarjen Kumar terus memasukkan kepala dia ke dalam lubang ventury tempat keluarnya kelungsung peluru,

Dan dia diam di situ seketika, dia tak alihkan kepala dia, dan membiarkan kepala dia berada di dalam lubang itu.

Dia seolah-olah dikuasai dan di pukau buat perkara yang sangat aneh dan tidak munasabah. Tidakan itu, bukan sahaja, akan menghilangkan kepala dia tapi bakal meragut nyawa dia sekali.

Sekali lagi semua pelatih tercengang, membisu seribu bahasa. Tiada siapa pun yang bertindak tapi terpaku di situ, hingga PW Kamal, menjerit sekuat hati dia, dan dari jauh sambil berlari

Kumar.. Kumar, kumar, alih kepala

Kumarrr, oiiit Kumar, berhenti, berhenti,

PWII Kamal berlari menuju ke lokasi yang berdekatan supaya Sarjen Kumar dengar arahan dia.

Bila terdengar suara dari PWII Kamal, barulah Sarjen Kumar tersedar, dan kelam kabut alihkan kepala dia, keluar dari lubang peluru Carl Gustav,

Masa tu muka Sarjen Kumar dah seperti rupa mayat hidup. Kulit gelap dia bertukar menjadi pucat, biru dan tak berdarah. Peluh dia menjurai-jurai basah baju celoreng dia. Topi helmet dia jatuh tergolek-golek di atas tanah.

Bila keadaan tenang, Sarjen Kumar minta teruskan.

Pegawai Latih
– Siap untuk tembak
Pelatih satu
– Standby……….
Pelatih dua
– Ucap perkataan SELAMAT dan tepuk bahu Pelatih 1
Pelatih Satu
– Picit picu, dengan nada lega berakhir ketakutan masing-masing

Tapi semasa ledakan peluru menuju ke sasaran, suara desingan api yang berjurus keluar membaca sekali satu raungan ganas dari suara yang tidak pasti dari mana datangnya.

Masa tu, ternampak hanya kepala manusia yang keluar dari kepulan api back flash Carl gustav yang Kpl Amir tembak itu tadi. Sempat juga kepala tu menoleh, memandang ke aku, dengan juraian darah busuk dan hitam, seolah-olah darah yang telah lama dari kematian seorang tentera, yang tak boleh aku agak, warganegara si mati. Gigi yang tajam, mata yang hanya nampak tempurung. Darah dari mulut dan hidung dengan bau hamis tu, betul-betul buat aku rasa mual dan pitam seketika.

Tiba-tiba suasana aku terhenti, bila aku terdengar suara PWII Kamal

PWII Kamal bersuara,

Macha, apa you buat tadi? Adoiii kalau tidak kita sudah buat Kawad Jenazah bawa you keluar dari sini.

Sarjen Kumar jawab

Staff, aku tak tahu apa aku buat tadi. Aku sedar bila dengar suara Staff suruh aku alih kepala aku. Terima kasih, selamatkan nyawa aku.d

Kpl Amir menambah

Sarjen, kau buat apa tadi. Aku tunggu lama, aku dah mengigil sebab aku rasa ada yang tak kena. Nak menoleh aku tak berani..

Sambung Chapter 2

Hantar kisah anda : fiksyenshahsha.com/submit

1 thought on “DUNIA TENTERA AKU”

  1. saya pernah buat latihan menembak dekat sini masa arkar watanih dulu. jurulatih dah pesan nak p mana2 kena berdua walaupun lelaki.

    Reply

Leave a Comment