Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Panggilan Waktu Maghrib

Semester pertama diploma di sebuah universiti awam. Nama aku Zaara, ini kali pertama aku berjauhan dari keluarga. Aku ditempatkan di sebuah kolej kediaman yang bersebelahan dengan masjid universiti. Jadi, jika telah masuk waktu. Kami akan mendengar azan dengan jelas. Bilik aku ada empat orang penghuni, dan kami semua pelajar seni. Akan tetapi kami dari course yang berbeza. Sudah menjadi kebiasaan setiap harikami pulang lewat dari studio. Aku namakan mereka Izz, Ina dan Ria.

Malam itu, aku terlalu penat untuk keluar mencari makan. Dua orang roommate belum pulang, mereka bercadang makan di sebuah gerai terkenal di kolej lain yang jaraknya lebih kurang 600 meter dari tempat kami. Tinggal aku dan seorang lagi roommate di bilik iaitu Ria.

Azan maghrib berkumandang, aku bersiap untuk membersihkan diri dan solat.Tiba-tiba, telefon aku berdering.

Izz menelefon. Izz dan Ina pergi membeli makanan berdua.

“Zaara, kau nak pesan makanan? Tanyakan Ria sekali” Suaranya tenggelam dalam bunyi bising orang ramai.

Fuhh, aku tersenyum lega, perut pun memang lapar. “Ada apa je kat sana, Izz?”

“Ada ni ha…,” dia menjawab, tetapi suaranya tiba-tiba putus-putus.

Aku berkerut dahi. “Haa? Aku tak dengar.”

Dan saat itu, bunyi bising gerai makan lenyap serta-merta. Sunyi. Seperti berada di dalam bilik kosong. Aku menjauhkan telefon dari telinga, melihat skrin. Talian masih bersambung.

“H-Hello? Izz?”

Diam.

Beberapa saat kemudian… “He… he… he… he… he…”

Suara perempuan mengilai perlahan, tetapi cukup untuk membuat darahku berderau. Aku terkaku. Bulu roma meremang. Tangan berpeluh dingin.

“Hello?” Aku cuba lagi.

“Hehehehehe…”

Lebih jelas. Lebih dekat.

Aku terus menjauhkan telefon dari telinga. Pandangan aku kosong, nafas semakin berat. Roommate di sebelah menepuk bahuku.

“Muka kau pucat, kenapa? Dah order makan belum? Aku nak nasi goreng”

Dan serta-merta, suara telefon kembali meriah.

Bunyi riuh-rendah pelajar, suara kawan aku seperti biasa.

“Hello, Zaara? Kau dengar tak? Senyap pulak.” kata Izz di hujung talian. Aku tersentak dari lamunan. Seolah-olah kejadian tadi tidak pernah berlaku.

“E-Er, kau beli je apa-apa yang aku selalu makan. Ria nak nasi goreng. Bye,” aku cepat-cepat menamatkan panggilan. Aku terpaku di tempat duduk. Apa yang aku dengar tadi? Kenapa suara itu muncul di talian?

Sehingga hari ini, enam tahun sudah berlalu dan aku masih tiada jawapan.

Hantu pandai main telefon ke?

Zaara
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram