HANTU RAYA
Assalamualaikum semua, nama saya Bella, memang selalu baca Fiksyen Shasha ni hehe , so kalini aku nak cerita pulak pengalaman aku nampak pelbagai jenis hantu dekat dalam rumah sendiri . Cerita ringkas sahaja tapi seram bagi aku la maybe sebab aku yang alami haha .
Aku anak bongsu dari empat adek beradek , memang dari dulu aku ni jenis suka tengok cerita hantu maybe ikut ayah aku sebab dia pon suka . Okay mak aku ni dia kerja sebagai pengasuh, kami tinggal di kuarters, so kami duduk tingkat 3. Mak aku ni memang ramai hanta pengasuh sebabnya aku dengan kakak aku memang suka melayan budak-budak. Tetapi jiran kami, dia punya rumah berhadapan dengan kami, dia pon ada buat kerja pengasuh tapi orang tak ramai hantar sebabnya dengar cerita, dia ni jenis garang haha budak mana suka kan, jadinya memang selalu tengok budak-budak mesti akan nangis kalau datang rumah dia.
Jadinya, dipendekkan cerita, jiran kami ni macam dengki dengan mak aku ni, jadi dia hanta benda untuk duduk dalam rumah kami, untuk tengok apa yang kami buat dekat rumah. Masalahnya keluarga aku tak nampak benda (hantu raya) tu tapi aku yang nampak. First sekali benda tu tunjuk adalah dekat dalam bilik abang aku, masa ni aku dengan kakak aku jedekat rumah, lain semua keluar, kakak aku tidur kat ruang tamu tapi aku masa tu tengah tengok cerita highland towers dekat laptop.
Okay kedudukan aku tengok masa tu aku meniarap then sebelah aku ni bilik abang aku, bilik abang aku ni memang tak guna sebab abang aku rekrut 6 bulan masa tu jadi memang kosong lama bilik tu tapi kitaorang tak tutup pintu, cuma tutup langsir sahaja. Ini la kali pertama benda tu tunjukkan diri dia tau, masa tu baru lepas hujan so angin memang takde tau, tetiba langsir bilik abang aku tu die terselak lepastu aku memang auto tertengok sebab yela bilik tu kan sebelah aku.
Korang tahu tak benda tu duduk bertenggek kat atas katil then dia tenung aku dengan mata merah dia, sumpah die sangatlah tinggi dan besar sampai siling, aku masa tu terus lompat kat kakak aku , aku nangis teruk gila, then mak ayah aku balik, time ni sangatlah lega, aku cerita kat mak aku, dorang terus selak langsir tu tapi memang takde apa, masa tu mak aku kata aku ni banyak sangat tengok cerita hantu huhu. Masa ni aku baru sedar, benda tu yang buat langsir tu terselak ke atas untuk die tunjuk yang dia ada kat situ.
Kejadian kedua, time ni benda tu kat dapur, kitaorang jenis makan malam tau so memang yang selalu basuh pinggan memang aku, jadinya malam tu mak aku pesan cakap ” dikcik jangan lupa buang sisa ayam dalam tong sampah besar, sebab kan biasa singki ada tempat untuk letak sisa en, so kitaorang masa tu tengah tengok movie, jadinya lepas je basuh pinggan, aku lupa nak buang sisa tu, lama jugak la dari pukul 9.30 sampai kol 11 aku lupa haha, lepas dah habis movie tu aku terus pegi mandi, okay depan tandas aku ni ade cermin yang akan nampak pantulan dari sinki dapur, kalau cuci muka memang akan nampak sinki, dan masa tu lampu dapur tutup, just ade cahaya luar tingkap dapur sahaja, aku masa tu jenis suka cuci muka kat luar sebab cerminnya besar sikit.
Masa aku cuci muka tu, aku nak pegi kat cermin tu memang auto akan tengok ke dapur melalui cermin, korang tahu tak aku nampak apa, aku nampak benda yang sama tu dia tengah makan sisa tulang ayam yang dalam bekas sisa kat sinki tu, masa ni kan aku nampak tubuh die gelap besar dan masa tu die tengah tunduk lahap tulang2 tu, aku terus jerit ” makkk ” aku pegi ruang tamu, mak aku tanya kenapa, aku cakap benda tu kat dapur, mak aku ni memang jenis berani, dia pegi dapur, masa tu aku ikut, dah takde dah benda tu tapi memang sisa tulang tu berselerak, mak aku marah la aku sebab tak buang tapi masa ni mak aku macam pelik sebab dah kali kedua benda yang sama tapi tak kesah lagi sebab rumah kitaorang tu dari dulu memang seram. So pengajarannya, lepas dh basuh pinggan, sisa wajib buang ye dan tutup sampah tu ikat.
Sambung cerita ketiga, masa ni dekat kampung opah belah mak aku, kampung aku yang ini memang seram sebab second last haha, okay masa ni hari raya, time tu zaman wechat lagi sebab aku 18 tahun masa tu baru habis spm. Hari raya of course la kan tido lewat, masa tu kat atas semua tak tido lagi, kitaorang masih gelak-gelak padahal dah pukul 1 pagi.
Kampung aku ni dua tingkat, so atas tu memang ruang untuk tido sahaja, tapi luas la muat untuk tiga keluarga. Tingkap atas ni dia macam banyak lubang2, biase la kan kayu reput la ape la, then time tu aku duduk menghadap tingkap yang lopong tu masa tengah gelak2 tu memang kuat kitaorang gelak, time tu aku nampak ada benda hitam lalu laju gile kat lubang bawah tingkap tu, bayangkanla tingkat 2, sape je yang
tinggi sangat sampai cecah tingkap atas en, masa tu aku tengok lepastu tak sampai 3 saat, pintu bawah which is pintu dapur makan ada orang ketuk tiga kali tanpa salam.
Tuk..Tuk..Tuk.. dia macam ketuk satu2, then kitaorang semua diam serentak sebab kuat ketukan tu. Then sedara aku dia pegi turun bukak sebab semua ingat paksu kitaorang, sebabnya paksu kitaorang ni kadang suka balik malam dan suka masuk guna pintu tu sebab rumah paksu aku sebelah je rumah opah aku. Okay sedara aku bukak then terus die hempas pintu, die naik atas lari laju hahaha, naik2 dia kata ” takde sape pon”. Lepastu mak sedara aku cakap ” ha benda tu tegur la tu bising sangat, dah semua pegi tido”.
Masa ni kitaorang, mak sedara kitaorang semua auto diam dan semua terus tido. Esoknya tanya paksu kitaorang kot die mengacau en, dia kata ” pasaipo, paksu tido dah ” tapi dalam bahasa perak haha. Hari raya tu kecoh cerita pasal benda tu, start pada tu memang semua auto tido awal hahahhha.
So, sebenarnya hantu raya tu adalah dari jiran saya, dia yang hanta untuk ikut ke mana sahaja kitaorang pergi sampai ke kampung, memang time tu kat mana je saya ada, benda tu akan ada. Akhirnya dapat tahu, jiran saya mengaku yang die hanta sebab time tu die dah nak pindah, dia jumpa mak saya dan dia bagitahu perkara sebenar dan dia pon dah minta maaf dengan kami. Tetapi dia tak bawak benda tu tau, dia tinggal kat rumah dia tu, so until now memang benda tu, owner sebelum dia pernah kena kacau banyak kali sampai dorang pindah sebab kerap di ganggu.
Then tak lama lepastu, rumah tu pon dah ada owner baru lain, alhamdulilah setakat ni takde ape jadi. Itu sahaja dari saya hehe kalau tak seram minta maaf . Okay bye Assalamualaikum