Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Video Call

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS..

Kisah aku ni mungkin ringkas sebab aku pun tak pandai nak mengarang cerita. Kisah ni Kisah sebenar terjadi pada diri aku. Kejadian ni berlaku pada 2 tahun lepas dan masa ni aku dalam fasa bertunang dengan bini aku. Bini aku baru pindah bilik sebab bilik lama dia agak kecik. Jadi dia pindah ke bilik Master.

Sebelum ni dia ada ceritakan tentang pengalaman seram yang dia lalui dalam rumah tu. Tapi bini aku ni jenis kental, tak takut dengan benda halus ni. Cuma kadang-kadang terasa seram bila yang datang mengacau, aura negatifnya agak kuat. Jadi dia tak lepak di ruang tamu sangat.

Oh ya, waktu ni hanya tinggal dia dan seorang lagi housemate dia. Sebab kakak yang duduk bilik Master ni dah beli rumah. Tapi kakak ni dah pesan pada bini aku sentiasa bukak lampu toilet dan tutup pintu toilet kalau malam. Jadi bini aku faham la.

Dijadikan cerita, 1 malam tu aku dengan bini aku video call. Bini aku teman aku buat kerja kat rumah sebab aku dapat 1 projek dan terpaksa siapkan secepat mungkin. Aku cari kerja lebih sebab nak kumpul duit untuk kahwin. Jadi masa video call, aku letak fon aku kat tepi. Sambil buat kerja, dia boleh pandang aku. Tengah syok buat kerja, bini aku kata nak ke dapur buat kopi. Dia tinggalkan fon kat bilik dan fon dia pun letak atas fon holder. Aku pun ok. Aku stop kejap kerja aku kejap.

Ntah macam mana mata aku perhati screen fon. Lama-lama aku perasan yang fon bini aku bergerak sendiri perlahan lahan. Dan stop ke arah 1 patung teddy yang aku hadiahkan pada dia. Dalam beberapa minit, patung tu bergerak seolah olah berjalan ke arah fon.

Dalam beberapa langkah, teddy bear tadi berhenti dan duduk macam biasa. Lepas tu baru bini aku masuk bilik balik. “Bi, why my fon hadap sana??”. Aku nak sedapkan bini aku, aku cakap mungkin angin kot. Then dia ketawa. Dia kata dia tak pasang kipas. Cuma aircond dan tingkap pun tak bukak. Aku diam je. Terasa meremang bulu tengkuk aku.

Esok malamnya pun sama. Kami video call. Kali ni agak lama sebab aku betul2 kejar duet date. Bini aku pun sibuk dengan laptop dia masa tu. Buat kerja dia. Masa ni dia atas katil. Tapi dia hilang kejap sebab baring kat sebelah fon. Jadi terdedah lah apa yang ada kat kepala katil dia. Bini aku susun gambar2 dia, gambar kami berdua, gambar family. “Bi, i baring kejap tau. Penat la”. Dengar suara je. Orangnya tak nampak. Cuma hujung baju je. Masa ni aku ambik masa untuk rehatkan mata selepas beberapa jam menghadap kerja dalam komputer.

Aku perhati gambar2 yang ada. Dan aku terperasan yang 1 gambar bini aku ni senyum dia makin melebar dan menakutkan. Aku gosok mata aku, aku pandang balik. Ya… gambar tu terus ukir senyuman yang sangat mengerikan dengan pandangan mata yang tajam. Lama jugak aku pandang foto tu untuk kepastian dan foto tu kembali normal bila bini aku duduk balik. Aku masih tak cakap apa-apa. Kami berbual seperti biasa dan aku sambung kerja aku balik. Kali ni bini aku mengantuk. Dia letakkan fon dia kat meja lampu. Fon menghala ke arah dia. Sebelah katil ada sedikit ruang dan ada almari baju.

Suasana bilik bini aku ni agak malap tapi masih boleh nampak. Jam waktu tu menginjak ke 4 pagi. Aku waktu ni hampir 85% siap kerja. Jadi aku decide untuk solat tahajud. Lagi sekali aku di “usik”. Nampak jelas sosok seorang perempuan berambut panjang keluar dari dinding berjalan lurus. Aku risau dia main “cakkk” dengan aku. Aku terus end call.

Esoknya, waktu tengahari aku pergi tempat kerja bini aku untuk lunch sama-sama. Aku ceritakan semua yang aku lalui sepanjang 2 hari kami video call. Bini aku muka berubah bila aku kata aku end call lepas aku nampak perempuan rambut panjang tembus keluar dari dinding.

Sebabnya, waktu dia bangun subuh tu, dia kata fon dia masih lagi vc dengan aku. Tapi muka aku rapat sangat dengan fon. Aku senyum, mata tak berkedip. Bini aku ingat fon dia lag. Dia cuba end call, tapi tak boleh. Jadi dia terpaksa off kan terus fon dia. Kami masing-masing terdiam sekejap.

Sejak tu kami jarang video call dan bini aku pun tak duduk situ lama. Hanya 5 bulan dan kami pun berkahwin. Kami menyewa sebuah rumah. Alhamdulillah rumah kami tiada apa-apa gangguan.

Khairi
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram