Rumah Sewa Bekas

Selamat sejahtera untuk semua peminat fiksyen Shasha, hari ini saya ingin bercerita tentang rumah sewa saya di sebuah negeri , K , yang amat saya takuti sehingga sekarang.

Saya dan keluarga saya daripada KB ingin berpindah ke B telah menemui rumah sewa yang nyaman bagi kita dan murah. Ibubapa saya memilih duduk di rumah sewa itu.

Pada malam pertama saya dan keluarga saya tidur di situ, semuanya kelihatan seperti biasa, tiada apa keanehan berlaku disana, setiap malam, keluarga kami memang tidur mati dan keluar air liur basi kalau dah tidur mati, termasuk saya.

Beberapa hari kemudian, sebelum saya tidur bersama keluarga tercinta saya, saya lihat seseorang wanita, berpakaian baju muslimah, rambut panjang, hitam sedang membasuh periuk dan lain lain di dapur, saya pun segera bertanya kepada ibu saya, ” Umi, siapa tu yang sedang membasuh periuk di dapur?”.

” Mana? Duduk dekat dapur ke? ” kata Ibu saya, saya pun menjawab ” Ya Umi, saya nampak dia memakai baju muslimah warna putih, rambut panjang dan hitam sedang membasuh periuk” Ibu saya kemudian senyap. Ibu saya menyuruh saya supaya saya tidur dengan segera dan jangan peduli dengan “dia”.

Keesokan harinya, Ibubapa saya telah memanggil Ustaz dan menyuruh Ustaz itu memeriksa rumah sewa saya.
Ustaz itu berkata bahawa dahulukala, ada kes pembunuhan disini, kerana itulah rumah sewa ini jadi berhantu dan menakutkan.

Selepas kejadian kelmarin yang berlaku pada saya dan Ibu saya, kami memutuskan balik ke kampung dan mencari rumah sewa yang lain.

bubapa saya berpindah ke kawasan berhampir dengan rumah itu pada 3 tahun yang lalu sehingga sekarang, sampai sekarang, jika saya mahu pergi kemana-mana, saya akan lalu jalan lorong rumah sewa “dia” itu.

Penghuni baharu rumah sewa itu juga sudah ada dan saya tidak tahu, apalah nasib mereka semua. Hanya Allah Yang Maha Melihat sahaja yang tahu.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mickey (Nama Samaran)
Cerita Berkaitan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.