Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

AIR SUNGAI

Hai, salam sejahtera kepada semua pembaca dan Fiksyen ShaSha. Terima kasih kepada admin jika cerita aku disiarkan. Aku berasal dari Sarawak dan merupakan seorang penggemar cerita horror, dan aku percaya bahawa dunia ini bukan hanya dihuni oleh makhluk yang boleh dilihat. Kisah ini terjadi pada 4 April 2021 semasa aku pergi berkelah dengan keluarga aku. Masatu aku berumur 17 tahun, waktu tu cuti sekolah dan keluarga aku plan untuk luangkan masa sama-sama dengan melakukan aktiviti berkelah di air sungai.

Sebelum ni, kitorang memang selalu berkelah di sungai. Tapi sungai yang kalini bukan sungai “kosong”. Sungai tu nampak tenang, banyak batu besar dan pohon besar. Di bahagian kiri sungai ada terowong besar dan gelap, terowong tu merupakan bahagian bawah jambatan, sungai tu berada di bawah jalan. Kami sampai di sungai dalam sekitar jam 12 tengahari, cari port kemudian kami mandi dan santai-santai, bukan kami sahaja malah banyak keluarga lain yang sedang berkelah juga. Sungai tu tak nampak seram langsung, keadaan macam biasa.

Kemudian, dalam 2 jam lebih berada di situ, aku rasa nak kencing kemudian aku bagitahu mak aku. Mak aku pun suruh aku pergi kencing berdekatan dengan terowong yang gelap tu tadi. Lepastu aku pun kencing di sebalik batu yang besar. Mak aku temankan aku waktu tu.

Kemudian waktu kencing, aku perasan yang aku period. Aku tak kisah sangat pun time tu sebab orang cakap kalau mandi time period, darah tak keluar sebab tekanan air. Jadi aku pun mandi semula macam takda apa apa sampai aku penat, aku duduk atas batu besar sambil rehat. Kemudian dalam jam 5 petang, kami pun ready nak balik. Semua kemas-kemas then balik macam biasa.

Di sini lah permulaan gangguan pada aku. Kesokkan harinya, aku pergi sekolah, rasa macam lesu dan gelisah je sepanjang berada di sekolah. Lepastu balik je dari sekolah, aku sampai rumah aku masuk bilik dan aku menangis seorang diri seolah ada sesuatu yang membuatkan aku rasa sedih dan murung. Bilik dalam keadaan gelap, pintu ditutup rapat. Aku ingat tu normal, sebabkan period. Masa berlalu, dan keadaan semakin pelik hari demi hari. Aku mula dengar bisikan.

Masatu, aku duduk seorang diri dalam bilik dalam keadaan gelap, langsir ditutup dan keadaan di luar rumah hujan renyai. Aku ada tumbler plastik, aku baru je refill pergi dapur, bukan air panas atau sejuk tetapi air suhu bilik. Lepastu, aku masuk bilik aku duduk atas katil sambil main telefon. Masatu aku dengar bisikan “takda orang saying kau” something like that la, bukan sekali tapi banyak kali. Aku jadi rimas kemudian aku jerit “DIAMLAH!” tiba-tiba…. penutup bekas air plastik yang berada di sebelah terpelanting pergi dinding sehingga pecah. Aku jadi kaku, dalam hampir 1 minit, kemudian aku panggil mak aku dari ruang tamu dan cerita kat dia. Dia cakap dia ada dengar bunyi benda pecah tapi taktau dari mana.

Dipendekkan cerita, semakin hari semakin banyak benda pelik jadi pada aku. Kadang aku lalu cermin dalam bilik aku sendiri aku boleh terkejut dengan reflection aku… sehingga setiap kali datang bulan, aku kerap mimpi aku jadi pontianak. Kadang bangun pagi, badan lebam tapi bila tekan kuat kat bahagian lebam tu tak sakit pulak.

Pada suatu malam, aku mimpi aku jadi pontianak terbang kat kawasan rumah sambil mengilai, dalam mimpi tu aku tengok kakak-kakak aku takut dengan aku. Tapi yang peliknya makin dorang takut, makin aku suka. Ada juga dalam mimpi tu aku tengok kuku aku panjang sangat, keadaan dalam mimpi tu aku duduk dekat ampaian rumah kayu yang terbengkalai. Dalam mimpi tu aku sedar there is something wrong jadi kat aku. Aku cuba potong kuku aku waktu dalam mimpi, kemudian aku terbangun dari mimpi, kuku aku sakit sampai ke alam nyata.

Waktu berlalu, aku cerita semua pada mak aku, dia dah syak ada sesuatu tak kena dengan aku. Selama waktu aku sakit, aku perasan setiap kali orang ambil gambar aku guna camera belakang, mata aku nampak pelik. Macam terbeliak yang tengah marah, tapi muka aku relax je tak buat any expression. Sampai satu tahap, ada benda pelik jadi kat adik aku. Mak aku hantar adik aku berubat kat seorang pakcik perawat antara kita manusia dan alam ghaib.

Pada bulan Ogos 2022 dalam jam 6 petang, kami pergi ke rumah pakcik tu, pakcik tu tinggal kat kawasan rumah flat. Btw, pakcik tu bukan dukun tau (haha). Lepastu pakcik tu suruh aku duduk atas tikar anyaman rotan, dia pegang belakang aku kemudian dia tengok aku dia cakap “badan kamu ni lain, sejuk semacam”

Kemudian dia cerita kat aku dan mak aku, ada “something” nak aku, benda tu nak tarik aku ikut dia sekali tapi tak dapat kemudian kuku “benda” tu tertinggal kat dalam badan aku dekat bahagian punggung. No wonder la setiap kali period, punggung aku sakit sangat sampaikan start dari bahagian punggung hingga tapak kaki aku sejuk giler. Pakcik tu suruh kami datang balik keesokkan harinya, dia suruh datang bawa paku, bunga hidup 3 jenis kecuali bunga berwarna merah.

Keesokkan harinya, kami pun datang pakcik tu pun mula rawat aku petang sebelum waktu maghrib aku kena mandi air bunga tu selama tiga hari. Aku sembuh. Tak ada apa-apa berlaku kat aku dah. Tapi aku hanya pulih untuk beberapa bulan sahaja.

Aku ingat aku dah sihat, tapi tidak. Aku ingat aku boleh mandi sungai macam biasa, sebab lepas sesi rawatan tu aku ada mandi sungai semula. Benda ni jadi semula tapi tak kerap cuma selalu muncul dalam mimpi sehingga aku masuk zaman diploma pada tahun 2024. Can y’all imagine berapa lama aku hadap “benda” tu. Masa diploma aku duduk sewa luar, maksudnya jauh dari keluarga. Banyak mimpi-mimpi pelik aku lalui. Mimpi tengok pocong lah, mimpi hantu yang macam dalam cerita the conjuring tu la. Selalu kena sleep paralysis.

Aku still ingat aku separuh sedar ada “benda” cuba nak timpa aku. Hantu tu macam orang pakai burqa tapi semua warna putih. Benda tu duduk dekat bahagian kaki aku, dekat sedekat ke bahagian muka aku sehingga aku boleh dengar nafas dia. But luckily, jam aku berbunyi tepat jam 5 pagi, jadi aku boleh sedarkan diri. Time aku sedar dada aku rasa macam berat giler rasa macam sesak nafas.

Banyak lagi mimpi dan benda pelik jadi, aku kerap mimpi hantu sampaikan pernah mimpi pocong menyandar kat bahu aku la, kadang hampir waktu datang bulan, aku tiba-tiba rasa nak makan daging mentah, tak kira lah daging apa asalkan mentah. Okay kita skip terus pada bulan Ogos 2025. Masatu aku dah habis diploma, jadi aku balik ke rumah kakak aku, aku duduk satu rumah dengan dia.

Pada 25 September 2025, aku keluar dengan kakak aku yang sorang lagi. Jadi maksudnya aku takda kat rumah la. Suami kakak aku ni balik kerja dalam jam 5 petang macamtu. Time dia balik, dia lalu depan rumah dia tengok aku berdiri kat jendela pakai baju yang aku selalu pakai dengan keadaan rambut aku terbuka. Lepastu dia sampai je rumah, dia tanya aku mana, pastu kakak aku cakapla yang aku dah keluar dengan kakak sorang lagi. Lepastu siapa yang dia nampak berdiri kat jendela tadi ???

Aku syok keluar jalan-jalan, aku dapat mesej dari kakak aku, dia cerita apa yang husband dia tengok tadi. Aku rasa pelik kemudian kami beradik berpakat nak cerita pada mak kami. Btw, mak aku duduk kat kampung, kami beradik duduk kat bandar. Masih tak ada apa-apa rancangan dari kami sehingga suatu malam kakak aku separuh sedar tengok aku berdiri belakang pintu bilik tidur dia pakai baju hitam dengan rambut mengerbang macam kak limah. Kakak aku terkejut terus terbangun. Bulu roma dia berdiri semua sampaikan dia tak boleh nak tidur semula. Things getting out of hand, kami cerita pada mak. Mak aku decide untuk pergi bandar sebab nak hantar aku pergi berubat. Tapi sebelum tu mak aku ada wasap makcik perawat tu, dia minta gambar aku kemudian mak aku send kat dia, makcik tu cakap mata aku nampak pelik, pandangan aku macam tajam.

Taknak tunggu lama, mak aku makin risau dengan keadaan aku akhirnya dia pergi bandar sebab. Waktu tu aku dah start kerja tapi kerja sampai tengah hari je. Balik je kerja tengah hari tu kami terus pergi ke rumah makcik tu. Sampai je, dia tengok aku dia cakap, aku bukan orang lemah aku boleh lawan lagi benda tu sebab benda tu kemana-mana aku pergi, benda tu selalu ikut. Sebab benda tu suka aku, dia cakap benda tu lelaki.

Kemudian mak aku cerita la yang aku pernah kena kacau dengan pontianak. Makcik tu cakap memang ada, tapi hantu lelaki tu lebih garang dari yang pontianak, jadi hantu perempuan tu mengalah sebab takut dengan yang lelaki. Dia rawat aku menggunakan cara perubatan islam, dia suruh aku pakai kain sarung kemudian baring atas katil massage dalam keadaan meniarap. Dia sapu minyak kat badan aku lepastu dia tepuk belakang aku 3 kali, dia panggil nama aku dia cakap “Jum balik, mak kamu tunggu” time tu aku rasa aku bukan aku, aku geleng kepala taknak balik. Kemudian dia tepuk lagi “balik la, mak kamu tunggu, nak balik tak ?” lepastu aku macam sedar kemudian aku angguk kepala. Time tu perasaan aku bercampur, rasa macam nak nangis dan marah. Tapi aku tahu, yang marah tu bukan aku tapi benda yang nak berdamping dengan aku.

Lepas selesai je sesi rawatan, dia pesan jangan balik lewat dari pukul 10malam. Dia ada bagi paku dan dia suruh aku cucuk paku kat tanah depan rumah, dan makcik tu suruh aku sediakan bubur kosong hanya di campur seulas bawang putih sahaja kemudian aku kena makan bubur tu sampai habis sebagai sajian dia “hantar” benda tu balik ke tempat asal “benda” tu. Hari ke-2 dia rawat aku dia, dia bagi aku mandi. Senang cakap, dia pagar aku dari “benda” tu cari aku semula, dia bagi aku mandi tepat azan pada waktu maghrib berkumandang dan wajib selesai mandi sebelum azan habis dilaungkan.

Masa dia bagi aku mandi tu, badan aku sejuk sangat sampai badan aku menggigil. Lepas selesai bagi aku mandi, makcik tu suruh aku keringkan badan dan rambut sekering keringnya sebab benda tu boleh cari aku balik dari titisan air rambut aku. Dah selesai semua, aku dan mak aku pun duduk sekejap sambil borak dengan makcik tu, dia cakap sebelum mak aku dan aku sampai rumah dia, benda tu dah awal sampai tunggu kitorang. Benda tu marah dan cuba untuk sakitkan makcik tu. Makcik tu cakap kaki dia tiba-tiba sakit rasa macam kena cengkaman sesuatu yang kuat. Jadi balik je rumah aku takboleh keluar rumah lewat dari jam 10 malam.

Beberapa hari kemudian, mak aku pun nak balik semula ke kampung sebab dah selesai la katakan. Rupanya, dia tak berhenti di sini ye gais. Benda tu masih cari aku seminggu sebelum aku period, ada benda pelik jadi kat aku, aku bangun tidur aku tengok dekat bahagian lutut akua da lebam. Teruk sangat sampai warna ungu kebiruan, tapi bila aku tekan bahagian lebam tu takda sakit pulak.

Sampaikan satu malam ni kakak aku mandi dalam jam 9 malam gitu dia dengar macam ada seseorang kat luar bilik mandi. Dia rasa tak sedap hati, kemudian tiba-tiba balik je mandi dia pesan kat aku “malam ni kau tidur pakai kelambu, aku ada kelambu extra”. Aku dah syak something tak kena dah sebab yela dia tiba-tiba je kan. Kemudian kami pun selesai gantung kelambu. Semua pun tidur macam biasa.

Malam yang sama, semua orang dah tidur. Kakak aku mimpi tengok aku berjalan kat luar kelambu cuba untuk masuk ke dalam kelambu. Tapi masa yang sama dia tengok aku masih baring tidur dalam kelambu. Kenapa akua da dua ??? Siapa yang kat luar kelambu tu ? Benda tu langgar kelambu aku cuba nak masuk tapi tak dapat. Kemudian kakak aku cerita, benda tu macam perasan la kakak aku tengok dia. Lepastu benda tu berlari pergi pintu bilik tidur kakak aku, btw kakak aku tidur tak tutup pintu sebab aku tak suruh.

Jadi benda tu lari pergi ke pintu dia sambil “peekaboo” kakak aku. Lepastu benda tu tikam sesuatu kat kakak aku, kakak aku separuh sedar antara tidur dan sedar dia tengok benda tu macam aku macam bukan. Tapi kitorang taktau pun apa yang dia tikam kat kakak aku. Sebab waktu pagi kami cari tak jumpa, tapi time malam memang ada bunyi sesuatu yang dia tikam tu jatuh kat lantai.

Pagi tu aku pergi kerja macam biasa, aku taktau apa yang jadi time malam, sebab aku tidur lena. Kemudian time balik kerja, bapak aku ambik aku then aku dengar perbualan mereka dalam phone. Mak aku cakap nanti dia nak whatsapp ustaz tu. Lepastu aku personal message mak aku, aku tanya dia “kenapa mak nak wasap ustaz ? ada apa-apa jadi ke ?”

kemudian mak aku cakap, kau balik nanti kau tanya la kakak kau mimpi dan tengok apa malam tadi. Pastu sampai je rumah, aku tanya kakak aku. “kau mimpi apa?” lepastu kakak aku senyap dalam beberapa saat. Dia cakap sebenarnya dia taknak bagitau aku sebab dia risau aku takut. Lepas je dia cerita semua, malam tu aku terus tak lena tidur dan aku takut dengan aku sendiri sebab “benda” tu menyerupai aku.

Mak aku pun berjaya contact ustaz tu, ustaz tu boleh rawat secara jarak jauh. Mak aku send gambar aku kat ustaz tu dan ustaz tu minta nama penuh aku. Kemudian mak aku tanya ada apa yang tak kena dengan aku. Ustaz tu cakap “benda tu mengusik yang berupa macam dia tu” pastu mak aku tanya la benda tu datang dari mana dan ustaz tu jawab “dia mengikut makcik, mungkin bole jadi benda tu suka anak makcik lebih kurang macam tu” lepastu mak aku tanya la ustaz aku buat apa je kat benda tu, ustaz tu cakap “saya dah bunuh dan benda tu cakap dia dari luar, benda liar, saya dah buat nanti 2 3 hari makcik tengok ye okay atau pon tidak”. Ustaz ni dia tak minta bayaran apa-apa pun.

Dan ye… bersyukurlah pada tahun 2026 ni aku dah totally sembuh aku dah sekarang, dari tahun 2021 aku hadap benda tu, hampir 5 tahun. Cuma aku berhenti dan mengelakkan diri daripada masuk hutan dan mandi sungai. Itu sahaja. Sekian terima kasih, cuma satu pesanan, kalau masuk tempat yang bukan tempat kita, jaga adab.

marr
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram