Kau Milikku
Assalamualaikum, disini ingin saya ceritakan secebis kisah luka yang pernah berlaku dalam hidup saya. Kejadian berlaku beberapa bulan sebelum terjadi PKP. Sedikit pengenalan diri, saya Lily merupakan anak bongsu daripada 3 beradik & anak tunggal perempuan dalam keluarga saya. Pada tahun 2019 saya mengalami putus cinta dengan bekas kekasih saya yang sudah 6 tahun bersama. Nak kata sedih tu adalah sedikit tapi saya lebih berpegang kepada prinsip ‘jangan berharap kepada sesuatu yang belum pasti’.
Selepas beberapa bulan hidup solo, kawan saya cuba untuk kenalkan saya dengan rakan sekerjanya. Saya yang pada waktu tu dalam fasa berserah hanya bersetuju.Pertama kali berjumpa kami berkenalan sambil berbual santai ditemani kawan saya & pasangannya. Saya lihat perwatakannya baik-baik sahaja & berasal daripada keluarga yang mempunyai ilmu agama yang cukup baik. Ketika itu dia saya beri nama Aiman mengatakan yang berniat baik untuk berkenalan dengan tujuan mahu berkahwin dalam masa terdekat. Awalnya saya tidak mahu tapi setelah pulang tu saya bercerita kepada ahli keluarga saya & mereka menjemput Aiman untuk datang kerumah.
Selepas 2 minggu, Aiman datang ditemani rakan kami. Ayah & angah menyambut Aiman dengan baik & mereka berbual rancak di ruang tamu sementara saya membantu mak menyediakan makanan. Hari tersebut berlalu dengan baik & setelah Aiman pulang ayah memanggil saya untuk berbincang. Mereka bersetuju untuk menerima kedatangan keluarga Aiman untuk berkenalan dengan saya sebulan lagi & saya hanya bersetuju.
Sepanjang perkenalan kami Aiman seorang yang baik tutur kata & rajin berjemaah di masjid.Akhirnya hari yang ditunggu tiba, Aiman datang bersama ibu bapanya, 2 abang & 3 kakaknya yang masing-masing membawa pasangan mereka. Saya lihat ibu & kakaknya semua sopan menutup aurat. Hasil perbincangan, kami bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.
Majlis pertunangan berlansung bulan Nov 2019 dengan meriah dihadiri saudara & rakan terdekat. Kami memutuskan untuk melansungkan perkahwinan dalam tempoh 5 bulan selepas itu. Pada awalnya semua baik-baik sahaja. Saya masih ingat selepas sebulan PKP dilaksanakan Aiman tiba-tiba hilan dari radar. Saya tidak dapat menghubunginya lansung ditambah pula dek PKP saya tidak boleh mencarinya. Kata rakan saya dia pulang ke kampung kerana ibunya jatuh sakit & masih tersangkut disana namun masih menerukan pekerjaan secara maya.
Saya cuba menghubungi ahli keluarganya pun masih gagal. Hinggalah satu malam saya bermimpi ada seekor ular berwarna hijau besar membelit saya & cuba mematuk saya. Keesokkannya habis badan saya berbirat dengan kesan lebam. Saya ceritakan pada ayah & ayah telah membuatkan air tawar untuk saya. Untuk pengetahuan ayah mempunyai sedikit ilmu tapi cukup sekadar untuk melindungi diri & keluarganya sahaja.
Sejak peristiwa itu hampir setiap malam ada sesuatu seakan beban yang berat jatuh betul2 di atas bumbung bilik tidur saya kemudian berguling kebawah & saya juga makin lama seperti menjadi orang lain. Kata mak, saya hanya akan keluar untuk mandi, solat, makan & keluar jika ayah atau mak meminta untuk membelikan sesuatu diluar.
Waktu kejadian tu berlaku, saya sebenarnya rasa diri ni macam penat sangat & terasa seperti sesuatu yang cuba menghasut saya untuk mencederakan diri saya sendiri. Sebab tu sebolehnya saya cuba menahan diri sendiri hinggalah saya sudah tak tahan saya sendiri memberitahu ayah tentang keadaan saya. Disebabkan PKP ayah tak mampu untuk meminta bantuan daripada sahabatnya tapi mereka tetap berusaha untuk membantu saya.
Sehari selepas ayah ‘merawat’ saya, ada mesej daripada Aiman masuk. Dia meminta maaf dengan saya & menyatakan yang dia belum bersedia untuk berkahwin & memerlukan masa kerana masalah keluarga yang dihadapi. Saya cuba bertanya berkenaan masalah tersebut tapi dia kembali mendiamkan diri. Saya ingat saya akan baik-baik sahaja namun saya silap, selepas mesej tersebut makin menjadi-jadi gangguan yang saya terima.
Kesihatan saya merosot, saya tak boleh makan, kulit wajah saya menjadi kusam & naik jerawat membuatkan saya makin tertekan. Abang2 & kakak ipar saya cuba untuk menaikkan semangat saya untuk memulihkan wajah saya tapi masih gagal. Perkara ni berlarutan sehingga hampir 3 bulan. Saya sering ke bahagian kecemasan kerana badan saya kekurangan air & darah. Ayah pun buntu untuk membantu saya kerana setiap kali ayah merawat hanya mampu baik 2-3 hari sahaja.
Sehinggalah along saya pulang membawa seorang pakcik yang kami panggil pakLi. Pakli mengatakan ada sesuatu yang bersama saya & mula sebati dengan diri saya. Dimata Pakli wajah saya seperti nenek tua. Bermulalah sesi rawatan selepas maghrib & apa yang saya ingat saya duduk dihadapan Pakli ditemani mak. Pakli meletakkan sehelai kain batik ditubuh saya sebagai pelapik jika dia perlu menyentuh saya. Selepas memberi salam & membaca sesuatu, tiba-tiba rumah saya seperti dilanda ribut. Angin kuat diluar rumah, pintu utama rumah seakan mahu roboh & bumbung rumah seakan mahu tercabut dek angin yang kuat.
Ketika Pakli memegang kepala saya terus terkulai pengsan. Pakli masih tak lekang membacakan ayat suci AlQuran di samping ayah & along turut sama membantu Pakli. Beberapa saat lepas itu saya duduk bersila dan memandang tajam pakli. Kejadian selepas ni diceritakan along saya & ini adalah sedikit dialog antara Pakli & ‘saya’. “Assalamualaikum, boleh aku tahu siapa kamu”. “Dia milik saya, tiada siapa yang mampu memilikinya selain saya. Jangan cuba-cuba nak sentuh dia. Pergi semua kalua tak nak dia aku ambil jauh dari kamu semua”. Selepas itu berlakulah adegan saya meratib dengan bahasa yang tak difahami, saya cuba untuk melepaskan diri sehingga perlu dipegang emak, ayah, along & angah tapi masih tidak mampu mengawal saya.
Apa yang boleh dikatakan waktu tu saya hanya melihat ke arah pintu utama seakan mahu keluar melarikan diri. Rawatan berlansung selama 4 jam kerana saya sekejap sedar sekejap pengsan & akhirnya dengan izinNya saya berjaya dipulihkan. “Apa barang yang baru dia pakai di badan dia sebab ‘benda’ hamper sebati dengan dia”. “Barang apa tu maksud pakli? Setahu saya anak say ani takde pula ambil barang yang bukan-bukan. Hidup dia sebelum ni pun pergi kerja balik kerja” kata ayah. “Maksud aku macam tangkal ke atau perhiasan”. “Kalau tangkal tu takde lah, kalau perhiasan dia ada pakai rantai, subang dannn haa cincin, cincin pakli dia baru tuning & cincin tu baru dia pakai”.
Pakli terus menyuruh mak untuk mencabut cincin yang saya pakai namun susah betul mak nak cabutkan. Orang lain pun mampu nak cabut, walaupun dah letak minyak masih tetap tak bergerak dari jari-jari ku. Ada 2 cincin yang aku pakai, 1 cincin belah rotan & 1 lagi cincin yang mempunyai ukiran berserta batu ditengah. “Man, kau izinkan aku pegang tangannya ye”. Ayah pun angguk & pakli cuba untuk tanggalkan cincin-cincin tersebut sambal mulutnya tak lekang membaca sesuatu. Owh ye, selepas rawatan saya terus lena & kejadian ni saya tak sedar lansung. Kemudian secara tiba-tiba cincin-cincin tersebut berasap sedikit seakan panas & jari saya merah seperti terbakar sehinggalah pakli berjaya mencabutnya.
Pakli meletakkan cincin-cincin tersebut ke dalam botol kaca & kemudian dibalut dengan sehelai kain putih yang dibawa bersamanya.”Cincin ni ada penjaga, nasib baik dapat kesan awal kalua tak anak kau ni boleh jadi gila. Hebat jugak anak kau boleh bertahan sebab benda ni nak anak kau, kalau tak dapat dia nak dia mati. Lagi-lagi PKP ni tak boleh kemana-mana makin marah lah dia mungkin sebab tak boleh jumpa”.”Tapi ni cincin tuning dia yang bagi pakli, setahu saya dia sendiri yang nak batalkan majlis kahwin lagi sebulan ni”.
Selepas berbual dengan ayah, pakli meminta izin untuk meronda kawasan rumah untuk proses membersihkan. Secara tiba-tiba saya dihubungi oleh nombor yang tak dikenali lalu along yang angkat panggilan tersebut. Belum sempat along bertanya “kau fikir dia takkan kembali kepadaku, dia selamanya milik aku. Tiada siapa mampu memiliki dia selain aku”.
Panggilan dimatikan & along terus ceritakan kepada pakli. Bila dilihat kembali nombor tadi hilang. “Jangan kau risau, aku dah pagar rumah ni. Dengan izinNya anak kau baik-baik sahaja. Kalau ada apa-apa Luth kau terus call aku, aku cuba buat dari rumah sahaja kalau perlu baru aku kemari. Air kelapa tu kau simpan dalam satu bekas bagi dia minum selalu pun takpe, kalau dah habis nanti aku ajar kau bagaimana. Bunga yang aku bawak tadi kau bagi dia mandi. Ada 7 bekas tu buat 7 hari berturut-turut untuk pulihkan aura dia yang dah ditutup tu” pesan pakli sebelum along menghantarnya pulang.
Alhamdulillah saya pulih & kulit wajah saya pun semakin membaik. Selepas kejadian itu, ayah menghubungi Aiman untuk memutuskan pertunangan secara baik & ayah kata Aiman menangis sambal meminta maaf. Dia menceritakan yang sebenarnya dia tahu apa yang sudah berlaku ke atas saya. Semua itu kerja ibu dia yang inginkan saya tunduk kepadanya selepas saya berkahwin dengan Aiman.
Oleh sebab itu Aiman cuba untuk menangguhkan perkahwinan tersebut untuk memulihkan keadaan dengan keluarganya. Cukup saya tak sangka yang perwataka ibunya yang memeakai tudung labuh itu sanggup berbuat demikian. Saya bersyukur terselamat daripada terikat dengan keluarga tersebut.Wallahualam..
Asbab kejadian tersebut kadang-kadang saya masih bersa seperti diperhatikan, kesan terbakar dijari saya pun masih ada. Bermacam ubat saya sapu pun masih meninggalkan kesan sehinggalah saya sah bergelar menjadi isteri kepada suami saya sekarang. Pagi setelah saya bergelar isteri kesan tersebut hilang secara tiba-tiba. Itu semua kuasa Allah SWT.
Buat Aiman, apa yang saya tahu dia sudah pun mendirikan rumah tangga. Namun baru-baru ni saya perasan dia menjumpai akaun media social saya & sering melihat postingan saya. Doakan semoga rumah tangga saya dilindungi daripada sebarang anasir jahat. Inshaa Allah.
Sekian, terima kasih.
Lily