Blok Baiduri UiTMPP

Salam semuanya! Nama aku Tini dan ini cubaan kedua aku menghantar kisah yang aku alami sendiri. Pada aku seramlah, dan impak kejadian yang berlaku ni membawa kepada kisah-kisah seram yang berlanjutan.

Tahun 2006, aku Part 2 di UiTMPP. Aku tinggal di Baiduri memandangkan jantina aku perempuan kan. Masa tu kolej kediaman kampus tu ada 2 ketul je. Best gila sebab pelajar tak ramai sangat so taklah serabut sangat pemandangan. Bilik aku ni tingkat 7 dan mengadap ke pulau. Kalau senja-senja tu, nampak la matahari terbenam kat pulau sana. Memang layan la.

Mula-mula buka pintu, kau akan nampak loker dulu di tepi dinding, kemudian katil dan hujung sana dekat tingkap baru meja study. Paham? Ok.

Waaupun bilik untuk 4 orang tapi kami bertiga je. Sorang classmate aku, Ija dan sorang lagi junior kami Amra. Amra ni budak Bukit Mertajam je so dia selalu tak balik bilik. Kami nampak muka dia pun setiap pagi Isnin je. Yelah kalau kau pun rumah dekat dengan kampus mesti nak stay kat rumah je kan?

Satu malam aku ni tidur la dalam pukul 11 gitu. Aku dengan Ija ni takde maknanya nak stay up kalau bukan ada exam. Lebih baik tidur je. Kami pun tidur di katil bawah. Aku tidur mengiring mengadap Ija, peluk bantal tutup muka. Tengah-tengah katil kami ada lorong la kan. Tengah aku tidur tu, aku terjaga kejap sebab dengar bunyi kerusi di hujung kepala aku ditarik. Aku rileks je. Ija kot guna meja study aku, kot dia nak pinjam novel aku ke kan. Tapi bunyi kerusi tu berlanjutan macam diheret dari hujung kepala aku sampai ke pintu. Aku husnuzon lagi, gais! Aku ingat Ija nak panjat kerusi nak adjust speed kipas.

Elok aku nak terlelap balik, hati aku terdetak. Amboi terdetak siot! Eh, Ija ni tinggi. Apahal nak panjat kerusi bagai kalau nak adjust kipas. Hah! Lepas je aku terfikir gitu, bunyi kerusi tu start balik diseret dari pintu tu dan berhenti betul-betul depan muka aku. Nasib baik aku tutup muka dengan bantal! Tapi jantung aku dah kencang ni! Aku paksa diri aku berlagak cool dan buat-buat tidur padahal aku dapat rasa badan aku kena tindih, so dalam hati aku dah tunggang langgang baca Al-Fatihah dan ayat Kursi. Ambik kau, Tini. Time ni baru ingat Tuhan! Tapi aku respek jugak kepada diri aku sebab tak buka mata. Kalau aku buka, entah makhluk apa yang kacau aku tu kan?

Keesokannya tu, aku tak demam pun. Tapi lepas-lepas tu ada sekali aku jatuh dalam tandas di fakulti. Tandas tu dekat aras yang menempatkan kitchen lab. Memang tandas tu jarang orang pakai masa tu. Aku ni terjatuh mengiring. Aku tak sedar pun, tahu-tahu aku dah kat lantai. Macam, eh tetiba ni apahal? Aku jatuh ke? Sebab tak sakit apa-apa aku pun bangunlah macam biasa.

Start dari aku jatuh tu aku demam berpanjangan. Pergi check kat pusat kesihatan, klinik dan hospital, doktor kata aku okey. Nurse siap tuduh aku manja, buat-buat cerita nak balik. Kalau aku larat masa tu, aku lempang je mulut celupar nurse tu tapi sebab aku ni nak melangkah pun kena ada orang pegang, aku biar je.

Aku observe demam aku. Sebulan aku tak lalu makan. Aku hanya minum air. Bila lapar, aku mintak kawan belikan roti. Bayangkan roti bun inti coklat 6 biji tu, tak sampai sebiji pun aku jamah dalam seminggu. Bila makan, rasa berpasir dalam tekak. So telan air mineral. Demam aku juga ada timing, tapi aku lupa. Yang aku pasti, bila azan maghrib aku akan menggigil start demam dan tepat pukul 3 pagi aku akan kebah serta-merta. Kelas jangan cakaplah, aku skip banyak dah. So aku call mak ayah aku suruh ambik bawa balik KL.

Nanti aku sambung cerita aku di KL pulak. Start aku masuk wad di HKL sampai ke aku berubat lepas keluar wad. Aku nak kena siap-siap pergi kerja ni. Sorry cerita ni kurang buat korang seram tapi ini permulaan kepada kisah seram lain yang terjadi dalam hidup aku.

Okey nanti aku tulis lagi. Bye!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Tini

24 thoughts on “Blok Baiduri UiTMPP”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.