Kena kacau tak tunjuk rupa takpe

Assalamualaikum admin fiksyen shasha. Aku Kis and aku peminat setia page ni. Semua cerita kat page ni aku dah khatam kehkeh ok ok aku start malas nak mukadimah pepanjang. Ni aku nak kongsi pengalaman aku sendiri yg tak berapa seram

2013
Time ni aku form 5 nak amek Spm. Aku ngan family aku tinggal ngan atok nenek. Rumah kampung 2 tingkat. Lepas atok aku meninggal aku kerap kena kacau. Tapi yg peliknya dlam ramai ramai aku sorg je kena. Tak adil betul kan haih. Nak kata aku berani takpun, aku rasa aku biasa biasa je. Maybe sebab aku sorg je kot yg tdo kat rumah atas. Yg lain semua tdo kat bawah. Kena tindih tu bagi aku benda biasa. Aku jerit panggil mak aku bukan mak aku dengar pun. Bila aku tdo je mesti selimut satu bdan dari hujung kaki smpai hujung kepala ala ala pocong gituu haha. Yg atas ni rumah kayu tau jadi bile ada org jalan akan bunyi krukrakrukrak. Aku tdo tak lena malam tu pastu dengar pulak bunyi org berjalan kul 3 4 pagi cmtu. Dia jalan selangkah selangkah, aku telan air liur dah sebab aku tau tu dia. Sebab dah bnyak kali kena aku pun dah boleh hafal waktu dia nak dtg haha. Takut punya pasal aku kuatkan kipas bagi bising sikit tadela sunyi sgt. Aku ni tdo atas tilam bujang je. Pastu elok je dia benti depan tilam aku time tu aku dah sumpah seranah dah. Dia dtg duduk atas tilam aku smpai tenggelam tilam aku pastu dia usap usap paha betis aku. Alaaa ajak memanja lak kan. Aku tdo dah la pakai seluar track cheetah yg bunyi sruksraksruksrak tu. Woo aku syak natang ni jantan. Start dari tu aku tdo bawah tak tdo atas dah. Tobat weh

2016
Aku kerja kat salah satu kedai kat Ss15 Subang tapi sekarang kedai tu dah tutup. Aku sempat kerja kat situ sebulan je pastu kena transfer. Aku ni staff baru lagi. Kisahnye time closing sepatutnya bertiga. Tapi sorg ni tak dtg jadi aku closing ngan Za. Za closing bawah aku closing atas. Aku kemas kemas mop semua kerusi tolak kedalam nak tutup suis ade satu kerusi tu terkeluar. Takpela aku bersangka baik mungkin tdi aku lupa nak tolak. Za kat bawah jerit panggil aku suruh turun. Aku pun turun le. Za tnya aku ok tak.

Aku ckap jela aku ok tade masalah. Rupanya Za terkena, dia dok syok hisap vape buat bentuk 0 sekali bentuk 0 tu dtg balik kat dia ibarat ada org tiup. Aku dah la lupa tutup suis kat atas terpaksa mintak Za temankan. Selang 2hari cmtu kteorg closing berdua lagi. Time ni ade lagi customer kat atas jadi aku berani sikit la nak closing. Dah siap closing pukul 12.30am kteorg lepak kat mto tengah sembang sembang gelak gelak pastu dengar org tarik kerusi kat atas. Jelas bunyi sebab tu kerusi kayu.

Kteorg yg rancak sembang ni terus senyap. Za pndang aku, aku pndang Za. Ehemm jom kita lepak asia cafe jap kata Za. Kelam kabut kteorg lari hahaa. Kteorg lepak situ smpai 3 pagi jugakla. Za cite dari A smpai Z benda yg ada kat kedai tu. Rupanya Za paling selalu kena. Ada org bisik kat telinga, kena tolak masa turun tngga. Kisahnya kat situ pernah ada kes org bunuh diri. Selalu dorg nmpak perempuan rambut panjang berdiri kat sudut toilet atas. Tapi dorg staff lama ni agak kurang ajo jugak le tak pernah gtau aku benda benda ni patut le sorg pun tanak closing atas haha. Tapi alhamdulilah la benda tu tak pernah tunjuk rupa dia depan aku. Kalau tak mau koma aku dibuatnya

Ok itu sahaja cerita aku. Terima kasih baca. Ada lagi sambungan nya nnti aku share ye. Maaf la tak seram

? Thurs 2.58 am 15 sept 2016

3 thoughts on “Kena kacau tak tunjuk rupa takpe”

Leave a Comment