Assalamualaikum FS! First of all saya nak ucapkan terima kasih kerana pernah post tentang cerita seram saya di asrama semasa saya menuntut di IPT dulu.
Hari ni saya ada nak berkongsi sedikit cerita seram semasa saya menjalani Latihan Industri (training) di salah sebuah Hotel yang agak ternama di Johor Bahru.
Saya menjalani latihan industri selama 5 bulan dibawah 2 departments iaitu Kitchen Department dan juga Front Office Department. Kedua2 departments saya dapat pengalaman seram yang tak akan saya lupakan. Akan tetapi saya akan cerita kan tentang pengalaman saya semasa training di Kitchen Department sebagai Commis(pembantu chef).
Peristiwa ini berlaku semasa minggu2 terakhir saya hampir tamat menjalani latihan di kitchen department sebelum saya bertukar ke bahagian front office.
Seperti yang kita sedia maklum, Kebiasaannya shift bertugas utk staff di hotel iaitu 7am-3pm, 3pm-11pm & 11pm- 7am. Dan saya sebagai trainee (pelajar praktikal) sering ditugaskan pada 2nd shift (3pm-11pm.)
Kejadian misteri tersebut berlaku apabila shift saya dah habis dan tiba masa utk pulang dalam pukul 11.15pm. Kebiasaanya saya akan ke locker room utk tkr baju sebelum pulang kerumah.
Semasa menunggu lift, tiba2 datang seorang chef dari pastry room tahan saya dan meminta pertolongan di pintu lift. Dia memberi isyarat β ‘stop’ . Teman dia, sama2 hantar desserts ke Level 1 diatas ?. Level 1 merupakan Kitchen juga tetapi tidak digunakan. Lebih kepada ruang untuk penyimpanan makanan yang telah disiapkan untuk buffet breakfast,lunch & dinner keesokkan harinya. Dan memang kitchen di level 1 itu tidak beroperasi, tiada chef yg bertugas. yang ada hanya bunyi Cool Room ( peti sejuk besar).Untuk makluman pembaca, chef pastry itu seorang chef yg bisu. So saya pun tunggu lah dia keluar dari pastry room untuk bawa trolley. Saya jangka mungkin banyak kek dan dessert yang dia nak hantar dan disimpan di Level 1 sebab dia perlukan pertolongan dari saya.
Apabila dia keluar dengan trolley kitchen, dalam hati saya ada lah tergelak sedikit dan bercakap dalam hati ‘ haha..Laaa, 2 pinggan je pun. Tak payah pakai trolley pun x pe..Ape lah Chef ni, itu pun tak larat ke?’. Lalu kami pun naik lift ke Level 1. Seperti biasa semasa membawa trolley untuk masuk ke dalam cool room memang kena angkat sedikit roda trolley tersebut. Dan posisi saya menghadap Chef tersebut. Saya masuk dahulu kedalam coolroom dengan langkah kebelakang. Setelah selesai simpan desserts tersebut, kami pun keluar dimana Chef pastry dia akan keluar dahulu untuk angkat roda trolley supaya tak tersangkut. Dan saya pun ketika itu, keluar dari pintu Coolroom terus menghadap meja kitchen yang panjang. Selalunya bahan2 kering Nasi Lemak seperti kacang goreng, ikan bilis goreng,tempe goreng akan di susun dan di wrap kemas2 diatas meja tersebut.
Alangkah terkejut dan tergamam dalam beberapa saat. Bayangkan secara langsung dibelakang Chef pastry tersebut, saya nampak susuk tubuh seorang perempuan , berambut panjang hingga ke lantai kitchen, sedang cangkung diatas meja kitchen sambil toleh kearah saya dan mulutnya sedang mengunyah dengan lahapnya.
Muka makhluk tersebut macam manusia biasa …bukan mcm typical muka hantu yg kita selalu tengok dalam tv tu yang berdarah dan hodoh. Akan tetapi reaksi mata makhluk tu menggambar kan dia sedang marah dan mulut dia mengunyah memang buat saya beku seketika. Saya tersedar apabila trolley yg saya pegang tu disentap chef pastry tu.
Apa lagi, saya keluar cepat2 dan tarik trolley tersebut untuk terus keluar dari kitchen tersebut…dalam hati memang terkumat kamit. Jujur cakap bila kita terlalu takut dan terkejut ayat kursi pun tunggang langgang kita baca…tapi saya banyakkan ber istighfar masa dalam lift dan cuba utk tenangkan diri sndiri.
Chef Pastry pelik tengok saya dan dia bertanya, Kenapa saya berpeluh? Sambil dia memberi isyarat untuk saya lap peluh didahi saya. Sampai di Kitchen Besar di level bawah, dia bertanya lagi kepada saya dalam bahasa isyarat.. Dia tunjuk 2jari mata saya…dan dia buat isyarat mcm monyet…maknanya dia maksud kan ‘ kau nampak hantu ke?’ macam tu lah gaya dia. Setelah saya tenang sedikit saya pun tulis lah pada kertas, saya ada nampak hantu dibelakang dia semasa keluar dr coolroom. Ikutkan hati saya tak nak cerita sebab benda mcm ni lagi kita cerita mesti kita sndiri akan rasa lebih takut.
Badan dah rasa dedor semacam dah time tu.saya duduk sebentar di Pastry Room, dan masa itu Chef Pastry panggil salah seorang chef senior, chef senior pun tanya lah saya apa yang berlaku? kau ada cakap benda bukan2 ke dkt level 1 tu? Sebab staf2 dkt situ sedia maklum, Level1 tu mmg banyak benda pelik berlaku. Ada yang nampak kelibat budak2 berlari..ada juga yang nampak kawan chef mereka bertugas.
Tapi bila ditegur tak jawab. Bila mereka ingat semula kawan mereka tu offday hari tersebut. Kebanyakkan trainee ( student latihan) yang selalu diganggu. Senang cerita ‘ Dia nak berkenalan’ kata chef senior tersebut. Kau jangan fikir sangat benda ni. Lagi kau fikir, lagi besar dia menghantui kau. Banyakkan istighfar dan jangan lupa solat. Benda2 macam ni dekat mana2 pun ada. Pokok pangkal dari kita sendiri. Selalu ingat Allah.
Bila fikir semula, patutlah semasa minggu pertama saya training di kitchen, saya rasa mcm ramai sangat staff kitchen. Bila saya tanya, x semua yang sudi menjawab pertanyaan saya jika saya perlukan tunjuk ajar dr mereka. Ya lah, kita kan baru lagi. Orang tua2 kata ‘malu bertanya, sesat jalan’ tapi bila rajin bertanya, risau juga orang menyampah. Haha. Ada juga 2,3 orang staff yg moody juga. Senang cerita mcm tak semua yang friendly. hari demi hari rasanya macam ramai yang dah tak ada. Mungkin mereka berhenti kerja kot. Saya malas nak ambil tahu sangat. Nanti kalau banyak tanya, orang kata saya bussybody. Sebab bagi saya itu bukan urusan saya. Tapi ada kemungkinan besar sebahagian staff chef yg saya nampak itu tak wujud. Hanyalah mainan jin sahaja yg menyerupai manusia.
Nasib baik lah itu minggu terakhir saya berada di kitchen. Tapi bila di fikirkan semula, mungkin juga silapnya dari diri saya sendiri .semasa Chef pastry minta tolong, dalam hati saya dah terdetik perasaan ‘cakap besar’. Tak sangka juga benda2 macam ni pun boleh tahu apa yang hati kita berbicara.
Syukur semasa pulang kerumah tak ada apa yang berlaku.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jin ni mmg kelebihan dia boleh mendengar kalau kita bercakap dgn diri sendiri… contohnya kalau kita terdengar sesuatu bunyi bising ditengah mlm. hati kita secara automatik akan cakap;
apa tu?…
alamak!..
hantu ke tu?
kalau berani mai la…
hang nak buat apa hang buat la…. janji tak muncul depan aku…( ayat mcm ni biasanya dia akan muncul) sbb makhluk2 ni akan ganggu kita dgn perkara2 yg paling kita seram.. hati2 la semua…
Serem serem…
Nnt smbg citer yg department satu lg tu tau…
I know hotel yg mana π sbb i perna kje hotel tu gk
Kat mana kat mana pls bagitahu
Mak Aii seram siot!
kat hotel dkt ngan tempat aq de jugak hotel camni..berhantu…huhu
Bisu dah keje TeΓ+o Tebrau sekarang π€£