Sahabat Dunia & Akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin FS dan para pembaca sekalian. Nama aku As dan umur aku dah mencecah 4 siri. Kisah aku adalah mengenai seorang kawan lama yang aku rindu sangat. Namanya Ida tetapi aku panggilnya Along sebab dia tua 3 tahun daripada aku. Kami kenal ketika aku baru bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam pada tahun 95 selepas SPM. Masa tu dia dah kerja 5 tahun di kilang tu so dia dah dapat naik senior operator.

Aku cerita sikitlah macam mana aku boleh kenal Along. Sebagai orang baru memang kami akan dipantau oleh staf yang lebih senior. Aku dipantau bawah seliaan Along. Kebetulan kami dari tempat yang sama iaitu Paya Jaras dan naik bas yang sama ke tempat kerja dan Along dari sekolah menengah yang sama dengan aku, cuma aku tak sempat kenal sebab dia berhenti lepas SRP dan terus kerja kilang tu. Badannya agak gempal dan kali pertama aku bekerja dengan dia memang menyeramkan, kerjanya nak herdik aje, salah kami sikit dia bukan nak back up, dia report lagi kat bos. Ooh dia ni pun seorang yang kuat makan. Tetapi disebalik kegarangan dia rupanya seorang yang baik hati.

Aku mula ditegur oleh dia semasa di kantin kilang. Ketika aku nak membeli nasi dia panggil aku suruh cari tempat duduk, sebagai orang baru aku turutkan aje arahan dia, kalau melawan nanti jadi apa pulak. Sedang bela – bela tudung tetiba dia terpacul. Rupanya dia belanja aku makan tengahari hari tu, masa tu dah masuk hari kedua aku bekerja.

“Akak belanja awak ni sebab awak orang kampung akak, tu je”, dia buat muka seriusnya sambil kunyah burger.

Dalam hati aku macam nak sangat dia belanja. Tetapi aku bersyukur sangat haritu sebab dapat berjimat, yelah ibu bagi bekal RM 5 je tau, 22 tahun yang lalukan, zaman barang murah tapi rakyat miskin. Lepas tu entah macam mana kitorang jadi rapat sebabnya hari – hari dia menempel kat meja makan aku. Dia beritahu sepanjang 5 tahun lepas dia hanya makan seorang diri tanpa ditemani sesiapa, diapun tak tahu kenapa orang lain tak suka berkawan dengan dia, mungkin sebab tabiat makan dia.

Tetapi pada aku Along seorang yang rajin sebab tu bos tak bagi dia berhenti bekerja, kira bos sayanglah dia. Sejak pada hari itu, kami berdua pergi balik kerja sama, rehat sama, kekadang balik kerja kami melencong ke Kompleks Sungai Buloh. Satu perkara yang paling aku suka dengan Along, rutin solatnya tak pernah tinggal. Dia pernah pesan pada aku kalau tinggal sekali waktu solat kena seksa 6000 tahun dalam neraka, nasihat itu yang aku pegang sampai sekarang.

“Akak dulu kelas belakang bengap sebab tu akak stop lepas SRP, tapi akak tau awak kelas sains, tak payah duduk lama – lama kat kilang ni, dapat tawaran pergi”, nasihat Along padaku. Tetapi aku orang miskin, rasa tak sanggup nak sambung.

Satu hari ketika dalam bas dalam perjalanan ke kilang, Along bercerita padaku yang dia tak dapat tidur malam tadi. Aku soalnya kenapa, dia jawab dia didatangi satu makhluk hitam berbulu tebal seolah – olah berdiri di atas perutnya, bila dia dah sesak nafas terus dia terjaga. Tergamam bila aku dengar cerita dari Along tu. Sebab tu lah muka dia serabut je pagi tu, sebab tak cukup tidur. Aku beritahunya jangan layankan sangat sebab itu permainan syaitan. Dia pun setuju dengan pendapat aku. Lepas tu kitorang pun bekerja seperti biasa tetapi selang seminggu selepas kejadian tu Along mengadu didatangi benda tu lagi dengan cara yang sama.

“Apa yang benda tu nak dari akak As ?”, kali ni Along semakin cemas. Aku cuba untuk tenangkan dia, aku suruh dia beristighfar setiap kali teringatkan benda itu. Balik kerja haritu aku ceritakan pada ibu perihal Along. Menurut ibu, kalau orang kampung panggil benda tu ‘hantu raya’. Tetapi gerak hatiku menyatakan benda itu sesuatu yang lain, aku rasa sangat tak sedap hati.

Di tempat kerja, dah 2 hari aku tengok Along kelihatan gelisah, daripada seorang yang kuat makan jadi tak berselera, daripada seorang yang banyak cakap dan kuat membebel kepada seorang yang pendiam. Aku ada cadangkan dia untuk ambil cuti sama – sama dan berjumpa seorang ustaz di Paya Jaras, tetapi dia belum bersedia. Kali ketiga dia didatangi benda itu, dia ceritakan juga padaku. Kali ni aku memang terkejut besar sebab dia beritahu yang benda tu beri peringatan pada dia.

“Masa kau dah dekat … “, itu yang benda tu pesan pada dia. Haritu juga aku isikan borang cuti untuk dia dan aku minta van kilang hantarkan dia ke rumah sebab dia hampir nak demam dan sasau. Badan dia sangat lemah. Lepas tu dekat seminggu jugak dia bercuti, kebetulan minggu tu juga result SPM aku keluar. Aku fikir kalaulah aku dapat berkongsi detik istimewa ni dengan Along mesti syok. Masa tu hanya ada telefon rumah untuk berhubung, rumah kami pun tak jauh mana. Aku pernah janji pada Along kalau dapat Pangkat 1 aku akan belanja dia satu bucket KFC. Muka dia sangat happy kalau cakap pasal makanan.

Ya, ternyata aku telah mendapat Pangkat 1 dalam SPM dan semua A dalam setiap subjek. Namun saat itu juga di dewan sekolah agak kecoh bila cikgu mengumumkan yang salah seorang bekas pelajar sekolah itu telah meninggal dunia apabila motornya telah dihimpit oleh 2 biji lori, nama bekas pelajar tu pula ialah Norhaida. Terus berpinar mataku bila terdengar nama tu. Aku baru bercadang nak telefon Along bila sampai kat rumah nanti. Saat tu juga air mataku laju mengalir hingga menitis ke atas slip result. Lepas tu lenyap terus rutin harianku bersamanya selama 4 bulan yang penuh masammanis tawar tu.

22 tahun kemudian, aku berdiri di hadapan makam Norhaida atau Along membawa bersama dua orang puteraku sambil aku sedekahkan secebis doa kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Alonggg, As sedang sambung PhD ni kat luar negara, Along kan nak tengok As berjaya. Hari ni As balik ke Malaysia untuk singgah jumpa Along. Jujurnya As rindu sangat – sangat pada Along. Al-Fatihah untuk arwah Along. Alonglah sahabat dunia dan akhirat As.

12 thoughts on “Sahabat Dunia & Akhirat”

  1. sy terkesan dengan ayat seram akk ni.. 22 tahun yg lalu zaman barang murah tapi rakyat miskin..
    kak, sekarang ni sy bajet belanja makan kt tmpt keje rm7 je kak. naik rm2 jer dari zaman 22 tahun akk yg lalu tu. maklumlah sekarang zaman barang mahal dan rakyat dia bawah sikit dari miskin.

    Reply
  2. Bongoklaaaahhhh…
    Ape antor citer camni ni…
    Sedih kite tau kak…
    Mengalir2 airmata ni…
    Huwaaaaa sedih…

    *seingatnya tahun 1995, kakak kite pn keje kt kilang kt SA…Die pn mse tu lepasan SPM…

    Reply
  3. 3 hari sblm meninggal, Along didatangi makhluk seakan hantu raya. Cmne la cara kita mati nnt? Apakah cara peringatan yg kita dpt sblm meninggal?

    Reply
  4. Sedih cite sis.Semoga roh allahyarhamah along ditempatkn bersama hamba Allah yg bertaqwa.Aammiinn.Mungkinkah arwah along disihir?semua tu sebab musabab.Sudah sampai masanya Allah swt panggil along.

    Reply

Leave a Comment