Pak Long Ku

Assalamualaikum semua. Aku ada 1 story seram baru nak share pada korg semua. Kisah ni bkn datangnya drpd aku tapi drpd buah mulut Paklong aku. Segala apa yg aku coret disini ‘sifar’ fiktif, maksudnye takde tokok-tambah & olok-olok. Semuanya 100% diceritakan oleh Paklong aku sendiri.

Paklong aku ni merupakan seorang tenaga pengajar bebas separuh-masa yg menyediakan khidmat mengajar subjek matematik & sejarah utk UPSR secara percuma kpd anak2 sekolah rendah di pekeliling taman perumahannya. Namun, semenjak Paklong kehilangan anak tunggalnya, Paklong semakin kurang meneruskan aktiviti mengajar dan akhirnya dia pun berhenti sepenuhnya. Disebabkan dia tinggal berseorangan dan telahpun bersara, maka dia sentiasa mengadikan diri didalam rumah dgn membaca & mendengar tazkirah di televisyen.

Paklong pernah cerita kat aku masa dia tengah kusyuk mendengar kuliah agama kt ruang tamu sorg diri pkl 2 pagi, dia terdengar suara mirip ‘arwah’ anaknya dr bilik tengah iaitu bilik anaknya sendiri. Suara tu memanggil2 nama Paklong aku. Mendayu2 suara tu mcm org tgh mintak tolg. Bagi Paklong aku, dia sebenarnya dah lali dgn perkara tu semua jadinya dia x berapa nak meremang sangatlah kalau terdengar suara2 halus ni. Kata org hati kental la. Bila paklong aku berjalan sampai je depan bilik anaknya, dia pun terus bukak pintu. Dia nampak ada ‘lembaga’ yg menyerupai arwah anaknya sedang terapung di ruang bilik sambil menyeringai ke arah Paklong aku. Lembaga tu betul2 terapung sehasta drpd jarak paklong aku berdiri. Paklong aku mula membaca Ayat Kursi. Tapi hantu tu x berganjak. Makin lama hantu tu makin mara perlahan kedepan & hantu tu mula menganga mulutnya seolah2 hantu tu mcm nk kokak Paklong aku. Paklong aku laungkan azan sekuat hati pulak sambil tenung muka hantu tu. Hantu tadi terus hilang sekelip mata. Ingatkan semuanya dah reda tapi kali ni paklong aku terdengar pulak bunyi kerusi terjatuh dr arah ruang makan! Bila paklong aku pergi ke ruang makan, paklong aku tengok ada salah satu kerusi kt meja makan jatuh terbalik. Masa tu jugaklah paklong aku nampak ada bayang2 hitam mirip budak2 kecik lari melintas dr arah pintu dapur sebelah kanan menyusur ke pintu dapur sebelah kiri. Paklong aku mula terasa x senang duduk. Dia pun berjalan semula ke ruang tamu untuk matikan lampu & TV. Yang menyeramkannya, TV tak dapat ‘Dimatikan’! Ditekannya dua tiga kali butang ‘OFF’ tapi TV tetap tak nak padam! Paklong aku terus tarik wayar TV drpd soket belakang TV. Barulah TV mati. Sedang Paklong aku melangkah keluar dari ruang tamu, dia diuji sekali lg. Kali ni, bilik hujung bersebelahan bilik arwah anaknya terkuak pintu daun seluas2 alam! Paklong aku nampak dari jauh nun ruang tamu. Al-maklumlah, teres setingkat yg laluan ruang tamunya yg luas mestilah menyeramkan kan? Dia ternampak ‘hantu’ ala2 arwah anaknya berdiri depan pintu bilik hujung tu. Kali ni ‘hantu’ tu berdiri pulak. ‘Hantu’ tu mula maju kearah paklong aku mcm hantu Jerangkung! Siap ‘hantu’ tu menangis mendayu2 lagi! Memang menyeramkan. Tapi Paklong aku lawan balik. Dia berganjak sikit kedepan dan baca Ayat Kursi dengan kuat. Sambil baca2 tu, Paklong aku laungkan ‘Takbir Azan’. ‘Hantu’ tadi yg tengah berjalan ke arah paklongku berhenti diam tiba2. Kali ni, ‘hantu’ tu cuma berdiri tegak aje. Bila paklong aku makin tinggikan suara bacaannya, ‘hantu’ tu makin panjang tangisannya. ‘Hantu’ tu mendayu2 bersuara meminta tolong.

“Tolong….Tolong…Tolong…”

Paklong aku buat tak endah. Malah, dia teruskan bacaannya sambil melaungkan azan sekuat hati. Akhir sekali, ‘hantu’ tadi terus lesap dlm sekelip mata. On the spot jugak satu rumah terus bercahaya! Walhal tadi gelap-gelite je rumah. Paklong aku pun matikan semua semua lampu2 lepas tu terus masuk ke bilik dia. Alhamdulillah, takde lagi gangguan berlaku sampailah keesokkan hari.

Pernah jugak Paklong cerita kat aku pasal dapur gas rumah dia tiba2 hidup sendiri. Daripada cerita paklong aku, masa tu dia baru balik Solat Isyak daripada surau berdekatan taman perumahannya. Lepas masuk ke dalam rumah, paklong aku pun berjalan menuju ke dapur utk ambil minuman. Tiba2 paklong aku nampak dapur gas tengah hidup sendirinya. Terkejut paklong aku bila ternampak dpn mata kepala sendiri. Paklong aku pun cepat-cepatlah matikan dapur gas pastu blah dr situ. Tapi benda tu tak stop mcm tu je. Kali ni dapur gas tu hidup balik masa Paklong aku tgh sibuk tengok kuliah kt TV. Kesian… terpaksalah dia matikan balik dapur gas.

Yang ni pun best jugak. Paklong ada cerita banyak lagi kat aku psl benda2 seram dlm rumah dia. Masa dia tgh sedap tidur lena atas katil, dia ada terdengar bunyi orang tengah sapu daun kering dpn laman rumah. Untuk memastikan hati sendiri bahawa bukan penyamun@siapa2 yg ada kt dpn laman rumah, paklong aku pun keluarlah drpd rumah sambil bawak keluar “Parang Banjar”. Bila tengok sekeliling, takde sape pun dpn laman rumah. Kosong. Paklong aku masuk semula kedalam. Baru je lepas katup pintu rumah, dia terdengar balik bunyi daun kering kena sapu dr laman luar. Paklong aku x bukak pintu rumah. Dia sebaliknya mengintai dr lubang pintu rumah. Sekali, paklong aku ternampak ada ‘bayang hitam’ tengah pegang penyapu sambil menyapu daun kering dpn laman rumah!

Selain tu, Paklong aku pernah jugak sekali terdengar bunyi burung tiung berkicau dari ruang tamu masa dia tengah tidur-tidur ayam. Paklong aku dah perasan sebenarnya walaupun mata dia pejam rapat tapi paklong aku sengaja buat dek pasal dia tau yg itu bukan burung tapi hantu. Bunyi tu bersahut dekat 3 kali. Paklong aku tetap buat x endah je. Lepas tu bunyi burung tiong tadi terus hilang. Baru je kejap tadi dengar bunyi burung kt ruang tamu, kali ni paklong aku terdengar bunyi burung tiong tadi dalam bilik dia pulak! Masa tu paklong aku memang dh bengang habis dh. Dalam hati dia menyumpah seranah. Apa nak jadi jadi la. Dengan beraninya, dia pun bukak mata dia cepat-cepat. Bila dia bukak aje mata, dia nampak ada ‘lembaga hitam’ rupa mcm mawas tengah berdiri sejengkal drpd birai katil. Benda tu tenung Paklong aku. Dalam pada hantu tu tenung paklong aku, katil paklong aku bergegar secara tiba-tiba seolah-olah benda tu mcm tengah marah kt Paklong aku. Paklong aku cuba untuk membaca ayat Kursi tapi entah kenapa lidah dia jadi kelu. Makin lama makin kuat katilnya bergegar. Akhirnya, paklongku pengsan akibat terkejut yg melampau. Dia sedar pada siang hari kemudiannya.

Rasanya cuma itu sajalah bibit2 seram yg aku dapat kongsikan pada korang semua. Alhamdulillah, paklong aku masih lagi sihat wal-afiat dan selepas drpd insiden tersebut, takda lagi kekacauan yg paklongku alami. Apapun, aku mohon maaf banyak-banyak kalau cerita aku tak dapat menarik perhatian korang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

-Don-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

28 comments

  1. berani pak long kau..dh lah sejengkal je dri katil kalau aku,ntah ntah dh melatah sumpah seranah keluar dari mulut..hahaha

  2. Salam Don. Best dan seram kisah ni. Berani sungguh paklong awak. Kalau saya ditempat paklong awak gerenti saya dah tak berani tinggal rumah tu sorang2. Mungkin jin tu tak suka paklong selalu dengar majlis ilmu di rumah.jin tu panas. Makhluk halus ni memang suka mengganggu manusia lebih2 lagi ya g berseorangan. Teringat saya allahyarhamah nenek saya pun pernah kene ganggu di rumahnya. kebetulan nenek saya pun tinggal sorang.

  3. Assalamualaikum semua. Terima kasih buat kalian semua kerana sudi meluangkan masa untik membaca kisah saya. Saya harapkan feedback drpd kalian. InshaAllah, sy akan meneruskan lagi cerita yg terbaru utk kalian semua

  4. Anak tunggal pak long kao meninggal mase kecik lg ke? Kesian arwah…makhluk menyerupa dia jadikan memori buruk lak pasal arwah.. selalunya kita nak memori indah je pasal org kesayangan bila dia dah xde…

  5. Nice..seramat (seram amat). Agaknya rumah Pak Long awak tu tempat laluan iblis2 tu kot..kot la..huhu..papepun Pak Long awak memang berani. πŸ‘πŸ‘

  6. Pak long kau boleh meruqyah orang ke? Sebab benda lain lain kan datang kacau dia. Kot lah benda benda tu orang bela and bengang sebab pak long kau tolong ruqyahkan orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.